Anda di halaman 1dari 23

DEFINISI KETAHANAN DAN PERTAHANAN

Ketahanan: Ketahanan merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasak dalam menghadapai peperangan. Ketahanan terbahagi kepada dua, iaitu ketahanan berbentuk kepada dua: 1) Berbentuk kerohanian 2) Ketahanan fizikal

Pertahanan: Perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh. Terdapat empat perkara asas yang digunakan oleh kebanyakan negara untuk mempertahankan polis (negara kota) atau negara mereka daripada musuh, iaitu strategi, taktik, teknologi, dan pentadbiran ketenteraan (logistik). Pemikir-pemikir klasik turut menyentuh tentang pentingnya pertahanan sesebuah negara atau kerajaan.

Plato dalam bukunya The Republic, menyatakan bahawa keperluan untuk memiliki kelas pengawal untuk mempertahankan negara. Aristotle dalam bukunya Politics, bersetuju dengan pendapat Plato dan menganggap kehadiran kelas hulubalang (warrior) dalam sesebuah kerajaan adalah penting daripada kelas-kelas lain seperti kelas petani, mekanik, pegawai kerajaan, dan hakim.

KETENTERAAN DAN PEPERANGAN ZAMAN JAHILIAH


Peperangan dianggap sebagai satu profesian yang mulia dan sangat diminati. Kejayaan dalam sesuatu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan kepada sesuatu kabilah. Peperangan biasanya melibatkan semua anggota kabilah termasuk harta benda, kaum perempuan dan kanak-kanak. Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan golongan wanita.

Harta rampasan perang akan diagihkan secara sama rata kepada tentera setelah satu per empat daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Seseorang ketua kabilah berhak memilih dan memiliki harta rampasan perang yang disukainya sebelum diagihkan kepada tentera-tenteranya. Sesuatu peperangan itu terjadi disebabkan oleh sikap taksub terhadap suku kaum. Matlamat peperangan pada masa itu ialah untuk mencari nama dan kemegahan.

Senjata yang digunakan oleh orang Arab praIslam ialah tombak, panah dan pedang. Tenteranya terdiri daripada tentera berjalan kaki (infantry) dan sebahagian kecilnya tentera berkuda (cavalry). Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan serang lari. Pakar bedah turut serta dalam peperangan yang menggunakan pisau panas untuk memotong anggota badan tanpa mengeluarkan darah yang banyak. Alat-alat bunyian dan nyanyian bersemangat digunakan semasa menuju ke medan perang.

Organisai tentera Arab pada zaman pra-Islam terdiri daripada puak Badwi dan puak Hadari. Susunan tentera puak Badwi yang tinggal di kawasan padang pasir tidak begitu teratur dan mereka sering menggunakan teknik serang lari. Susunan teknik puak Hadari yang tinggal di bandar pula adalah lebih teratur kerana organisasi tentera mereka banyak dipengaruhi oleh tentera Rom dan Parsi.

Pertahanan Dalam Islam


Pertahanan ini bertujuan untuk memelihara kehormatan agama, negara, dan masyarakat. Pada asasnya Islam tidak menganjurkan peperangan apalagi membenarkan pencerobohan ke atas negaranegara lain. Islam cinta akan pendamaian kerana Islam itu sendiri membawa maksud salam atau perdamaian. Menegakkan agama Allah SWT adalah matlamat utama peperangan dalam Islam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mempertahankan agamanya.

Peperangan hanya diizinkan sekiranya umat Islam diancam dalam negaranya sendiri seperti yang berlaku di Madinah. Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya ketika berada di Makkah selama 13 tahun telah diseksa dengan pelbagai cara semasa mereka menjalankan kegiatan dakwah di sana. Mereka tidak bertindak balas di atas kezaliman ini kerana beberapa sebab. Atas dasar inilah, Islam tidak menggalakkan penganutnya berperang sewaktu di Kota Makkah. Dari sini dapat dilihat dengan jelas bahawa Islam tidak disebarkan melalui mata pedang sebagaimana yang dituduh oleh orientalis Barat.

Setelah berhijrah, Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya membentuk sebuah negara. Negara tersebut dibentuk melalui satu piagam yang dikenali sebagai Perlembagaan Madinah. Piagam ini mengandungi perjanjian antara golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Piagam ini telah dicabuli oleh kaum Yahudi dan musyrikin Mekah. Orang Yahudi taksub dengan keturunan mereka sehingga sanggup menghapuskan agama Islam dan mempersoalkan kewibawaan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW terpaksa mengambil langkah yang lebih tegas untuk mempertahankan kedaulatan negara dan kehormatan umat Islam. Langkah pertama ialah menyingkirkan suku kaum Yahudi di Madinah iaitu Bani Qainuqa. Bersama harta benda mereka ke Syam. Penyingkiran ini berpunca daripada sikap mereka yang memperkecil kemenangan umat Islam dalam Perang Badar. Setelah Bani Qainuqa disingkirkan, Bani Nadir pula masalah kepada Nabi Muhammad SAW. Seorang Arab tidak sengaja terbunuh 2 orang lelaki Yahudi. Oleh itu, mereka telah menuntut bayaran ganti rugi yang tinggi.

Rasulullah SAW telah berbincang bagi meyelesaikan kes tersebut, tetapi Bani Nadir telah mengambil kesempatan untuk membunuh Nabi SAW tetapi tidak berjaya. Oleh sebab itu, Bani Nadir disingkir dari Madinah setelah mereka mengaku kalah akibat dikepung oleh umat Islam selama 6 hari. Bani Quraizah di Madinah dan kaum Musyrikin Mekah bertindak balas dengan menyerang Nabi Muhammad SAW di Madinah. Dengan itu, meletuslah Perang Al-Azhab yang menyebabkan ketewasan mereka kepada orang Islam dan banyak antara orang Yahudi yang ditawan. Orang Islam juga diancam oleh kaum Musyrikin Makkah yang mahu menyerang Madinah. Umat Islam sentiasa bertahan untuk menegakkan agama, umat, dan negara mereka.

Islam menetapkan agar pembunuhan hanya di medan perang dan tidak boleh diperluas ke luar medan perang. Islam melarang membunuh: - Kaum wanita - Kanak-kanak - Orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan - Orang tua yang uzur - Pekerja dan petani - Perwakilan dan diplomat

Peraturan-peraturan tersebut disertai dengan sikap toleransi umat Islam. Jika pihak bukan Islam menginginkan perdamaian, maka umat Islam haruslah memberikan perdamaian. Ketika dunia Islam belum celik mengenal batasan peraturan dan hak asasi, Islam telah menggariskan peraturan dan hak dalam soal peperangan dan hubungan antarabangsa. Jadi, tuduhan Islam sebagai agama ganas dan tidak berperikemanusiaan adalah dusta semata-mata.

Peperangan Dalam Islam


Peperangan pada era Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada dua iaitu peperangan yang disertai baginda yang dikenal sebagai ghazwah dan peperangan yang tidak disertai baginda disebut sariyah. Baginda menyertai 27 ghazwah dan 38 sariyah yang diwakilkan kepada para sahabat.

Perang Badar
Berlaku pada tahun ke 2 Hijrah dan merupakan peperangan pertama yang disertai Nabi Muhammad SAW. FAKTOR utama berlakunya peperangan ini ialah orang Musyrikin Makkah telah menghalau orang Islam dari Makkah dan harta benda mereka terpaksa ditinggalkan di Makkah. Orang Musyrikin cuba menghapuskan umat Islam di Madinah kerana bimbang umat Islam akan menguasai perdagangan kerana Madinah terletak di antara Makkah dan Syam.

Orang Quraisy juga telah membuat satu pakatan sulit dengan orang Yahudi kerana mereka mehu menghancurkan perkembangan agama Islam. Sebab itulah kaum Muslimin menganggap peperangan ini sebagai Al-Ghazwatul Furqan yang bermaksud peperangan yang menentukan pihak yang benar dan pihak yang salah. Pada suatu masa, orang Musyrikin Makkah telah membawa suatu kafilah perdagangan dari Syam ke Makkah dibawah pimpinan Abu Sufian bin Harb. Setelah mengetahui gerakan itu, Nabi Muhammad SAW bersama 324 tentera cuba mengesan kafilah tersebut.

Abu Sufian terus meminta bantuan dari Makkah yang berjumlah 1000 orang telah dihantar dengan diketuai oleh Abu Jahal. Kesan: 67 orang pihak Musyrikin termasuk Abu Jahal 14 orang tentera Islam mati syahid Tentera kaum Musyrikin ditawan- dikenakan wang tebusan mengikut kemampuan masingmasing (1000-6000 dirham). Tebusan yang miskin tetapi pandai membaca dan menulis dikehendaki mengajar 10 kanak-kanak Islam sebelum ia dibebaskan.

Perang Uhud
Tercetus pada tahun ke 3 Hijrah (625M). PUNCA utama ialah perasaaan marah dan dendam dalam kalangan Musyrikin Quraisy setelah diaibkan oleh kemenangan tentera Islam menerusi Perang Badar. Kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dengan kekuatan sebanyak 3000 orang tentera telah menuju ke utara untuk memulakan misi menentang Islam. Rasulullah SAW bercadang untuk bertahan di dalam kota Madinah tetapi golongan muda mahu keluar dan menentang golongan Musyrikin.

Anggota tentera Islam dibahagikan kpd 3 batalion yang berjumlah 1000 orang. Abdullah bin Ubay telah keluar daipada barisan peperangan dan kembali ke Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Uhud dan pertempuran telah meletus di situ. Pada peringkat awal, kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya tentera Islam tewas. Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan.

Perang Khandak (al-Ahzab)


Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah. Perang Khandak bermaksud parit atau kubu kerana tentera Islam menggali parit di sebelah utara Madinah. Peperangan ini juga dinamakan Perang Ahzab kerana tentera musuh terdiri daripada gabungan tentera Quraisy, kabilah-kabilah Arab, dan Kaun Yahudi Madinah. Faktor: wujudnya perasaan sombong dan angkuh dalam kalangan orang Quraisy yang ingin melanjutkan kemenangan mereka selepas Perang Uhud. Mereka menganggap kekuatan tentera Islam sudah lemah

Bilangan tentera Musyrikin berjumlah 10000 orang. Rasulullah SAW menyusun strategi peperangan dengan menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sepanjang 12000 hasta di utara Kota Madinah. Halangan parit besar ini menyebabkan tentera Azhab terpaksa berkhemah di kawsan luar parit dan mengepung selama dua minggu. Kepungan mereka tidak mendatangkan hasil. Peperangan hanyalah berlaku dalam bentuk berlontaran batu dan lembing serta berpanahpanahan. Beberapa orang tentera Quraisy cuba menyerang parit tetapi berjaya dibunuh oleh tentera Islam.

Akhirnya, tentera musuh yang mengepung di luar parit telah kehabisan makanan. Peristiwa ini disusuli dengan ribut pasir selama 3 hari menyebabkan khemah-khemah tentera Azhab telah terbongkar dan debu yang bertebaran memedihkan mata mereka. Akhirnya, mereka meninggalkan medan peperangan dengan penuh kecewa.

Anda mungkin juga menyukai