Anda di halaman 1dari 5

PERANAN JERISE Seperti yang kita ketahui, peranan Pendidikan Seni Visual dalam pembangunan insan ialah seni

mampu memperkembangkan insan yang memiliki kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi. Ia juga memainkan peranan penting sejajar dengan kehendak Kementerian Pelajaran yang ingin melahirkan modal insan yang cemerlang supaya dapat menjadi pelapis negara pada masa akan datang. Namun, pada masa ini, komponen JERISE diterapkan dalam Pendidikan Seni Visual. Di sini, kita dapat perhatikan jasmani amat penting dalam diri kanak-kanak. Tubuh badan yang sihat dan cergas dapat membuatkan murid-murid itu bertambah kreatif dalam pemikirannya. Pemakanan yang seimbang amatlah dititikberatkan di sini kerana ia mempengaruhi dalam kecergasan tubuh badan seseorang murid itu. Jadi, peranan dari jasmani amatlah penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak supaya mereka dapat menjadi warga Malaysia yang sihat selaras dengan kehendak Kementerian Perubatan kita. Peranan dari segi emosi juga tidak dilupa juga kerana emosi ini berkait rapat dengan perasaan mereka. Apabila mereka ingin melakukan sesuatu perkara, mereka hendaklah bijak mengawal emosi supaya dalam keadaan stabil serta tidak mengganggu mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Peranan emosi ini ialah membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti seseorang. Ia juga mencorakkan perlakuan perasaan yang semula jadi seperti rasa cinta atau takut. Rasa cinta atau apa-apa perasaan ini semestinya lahir dari

lubuk hati kita tapi yang membezakan seseorang itu mempunyai perasaan yang sama ialah situasi sesuatu perasaan itu timbul kerana mungkin rasa gembira atau sebaliknya. Emosi juga mengenai sifat menghargai dan mencontohi tokohtokoh seni serta menjadikan seseorang bijak dalam mengawal emosi. Oleh itu, guru mestilah memberi contoh yang terbaik semasa berinteraksi dengan kanakkanak. Selain itu, dari segi rohani jug ada mengambil peranan dalam pembangunan modal insan. Hal ini demikian kerana seseorang murid-murid itu akan lebih percaya kepada setiap ajaran masing-masing dan sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing. Mereka juga dapat menjadi makhluk Tuhan yang berguna dengan adanya ajaran yang dipegang sebagai contoh agama Islam jati diri seseorang itu dengan baik. Jelaslah bahawa komponen rohani dapat membentuk keperibadian seseorang murid itu. Kebanyakkan murid-murid pada masa kini kurang berkemahiran dari segi intelek. Dalam konteks ini, kanak-kanak lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau tindakan dalam melakukan sesuatu perkara tanpa bertindak membabi buta atau terburu-buru jika mereka dapat menguasai tahap intelek dengan sepenuhnya. Kanak-kanak ini juga akan senstiasa dihadapi dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah putus-putus menduga kita serta menguji tahap intelek kita ini. Sebagai contoh, kita hidup di dunia sentiasa diberi pilihan untuk memilih apa yang kita suka dan jika kita gagal dalam pilihan kita sendiri, kita terpaksa berhadapan dengan kegagalan itu begitu juga dengan kanak-kanak. Justeru itu, tahap intelek yang tinggi penting untuk perkembangan

kanak-kanak supaya mereka mempunyai persediaan awal untuk menghadapi masalah pada suatu masa kelak. Tidak lengkap jika tiada komponen sosial di dalam peranan ini. Hal ini merujuk kepada penerimaan seseorang itu dengan apa yang ada pada sekeliling mereka atau cara komunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak perlu menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang lain atau rakan lain kerana mereka ini jugalah yang akan mendorong mereka atau membantu mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan erat tanpa ada terjadinya perbalahan antara satu sama lain. Ia sama dengan gagasan Malaysia iaitu 1 Malaysia di mana mengutamakan perpaduan di antara satu sama lain dan apabila terjadi sesuatu pada negara kita kelak, kita dapat berganding bahu atau bekerjasama untuk mempertahankan negara ini tanpa ada pihak lain yang bersekongkol dengan pihak lain yang hanya menghancurkan negara kita. Tampaknya, sosial ini perlu dididik pada kanakkanak supaya mereka dapat mengamalkannya tanpa ada rasa keraguan. Nilai estetik juga tidak kurang pentingnya dalam peranan ini. Nilai ini perlu diterapkan dalam sanubari mereka kerana kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang penghargaan terhadap sesuatu yang mereka lihat atau dilakukan. Apabilaa mereka memandang keindahan alam semula jadi, mereka akan terpukau sejenak dan dari situlah perasaan cinta akan alam sekitar timbul dalam sanubari mereka yang lahir semula jadi dari hati yang tulus dan suci. Guru-guru mestilah sentiasa peka pada apa yang terjadi dan sentiasa membawa kanakkanak keluar untuk melihat realiti sesuatu itu terjadi supaya mereka dapat

mempelajarinya kerana kanak-kanak lebih pantas menangkap sesuatu itu dengan melihat realiti sesuatu itu terjadi. Nilai estetik penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Pendidikan Seni Visual ini menjadikan seseorang itu kreatif. Ia juga memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta. Ia juga menjadikan individu yang lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan. Keupayaan kanak-kanak itu untuk berimaginasi akan meluas dalam melakukan suatu rekaan berdasarkan apa yang mereka lihat atau rasa. Ia juga melahirkan insane yang berilmu, berfikiran saintifik dan proaktif. Kanak-kanak mempunyai laluan dengan melihat dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Insan yang membawa perubahan dari semasa ke semasa juga akan terhasil dengan adanya kreativiti pada diri kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang celik seni akan meningkat selepas mereka kreatif dalam sesuatu perkara. Insan yang sensitive menjadikan seseorang itu mudah peka dan cepat teransang kepada setiap objek. Mereka lebih peka dengan tanggungjawab yang sedia ada sebagai contoh tugas kita sebagai rajyat Malaysia untuk menjaga negara dari ancaman musuh yang hanya porak perandakan negara kita. Prihatin dan bijak ketika berdepan dengan masalah yang akan kita hadapi kelak. Matang dalam pemikiran dan dapat mewujudkan idea dalam mencipta dan menyelesaikan sesuatu yang kita hadapi tanpa mengaharapkan bantuan orang lain. Sensibiliti iaitu keupayaan untuk merasa perlu ada kerana ia memberi kita petunjuk untuk menghasilkan sesuatu karya. Kebolehan menghayati dan

menghargai hasil seni yang boleh dikatakan sebagai aspresiasi dapat diwujudkan kerana jika perkara ini tidak diambil kira, sesebuah penghasilan karya yang terbaik tidak akan terhasil kerana tiada kebolehan menghayati sesuatu hasil seni. Sifat sensitif perlu ada dalam diri seseorang kerana ia penting dalam penghasilan karya yang terbaik. Ekspresi ini dapat memantapkan curahan idea, pemikiran dan perasaan. Setiap curahan idea yang dilontarkan sesorang itu selepas hasil pemikirannya yang muncul dari perasaanya untuk membuat sesuatu perkara itu. Kanak-kanak itu perlulah menggunakan keupayaan menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan dan simbol. Kanak-kanak hendaklah menyatakan apa yang mereka lihat supaya ianya dapat dikenal pasti dengan baik. Komunikasi yang berkesan juga perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak. Pelajar dan masyarakat akan lebih bijak dalam menilai dan membuat pertimbangan terhadap kelogikan seni itu dengan emosi yang baik. Ekspresi ini juga berperanan dalam pembangunan modal insan.

Anda mungkin juga menyukai