Anda di halaman 1dari 13

Langkah-langkah untuk menjamin hidupan liar dapat terus hidup di bumi ini Posted on 25 Mei, 2009 by admin Bumi

ini bukan sahaja milik manusia. Flora dan fauna juga mempunyai hak untuk hidup di bumi hijau ini. Walau bagaimanapun, tindak-tanduk manusia telah mengakibatkan hidupan-hidupan liar semakin dinafikan haknya untuk hidup. Pembangunan dijadikan alasan untuk merasionalkan tindakan manusia ini. Langkahlangkah segera harus diambil agar hidupan liar juga dapat meneruskan kehidupan mereka di bumi ini. Langkah menggazetkan hutan-hutan simpan harus dijalankan secara meluas. Hutan-hutan simpan harus digazetkan agar tiada sebarang tindakan pembalakan dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan. Dengan menggazetkan hutan-hutan simpan ini, tempat pembiakan haiwan-haiwan dapat dijamin clan sumber makanan mereka juga akan berkekalan. Contohnya, penggazetan hutan simpan di Taman Negara Endau-Rompin di Pahang. Idea ini perlu diluaskan ke setiap negeri di Malaysia. Walaupun negara kita mempunyai pelbagai undangundang kawalan untuk melindungi flora dan fauna, tetapi dari segi penguatkuasaannya masih menampakkan kecacatan. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 perlu dikuatkuasakan agar kawalan pembalakan dan jaminan hidupan liar dapat ditingkatkan. Jabatan PERHILITAN juga harus menyumbang dalam merealisasikan akta ini dikuatkuasakan. Tindakan pemulihan seperti penanaman semula hutan untuk menjamin habitat hidupan liar juga perlu ditingkatkan. Pemburuan haram khususnya bagi mendapatkan kulit dan pelbagai anggota hidupan liar semakin berleluasa kerana nilai komersil yang diberi kepadanya. Untuk memastikan hidupan-hidupan liar ini selamat, langkah dari segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas dan berat ke atas pemburu-pemburu haram perlu diambil. Pegawaipegawai Jabatan Perhutanan juga perlu ditambah agar kawalan pemburuan dapat dijayakan. Selain itu, langkah kawalan tindak-tanduk orang asli juga perlu diberi perhatian serius. Pertanian pindah dan pembakaran hutan untuk membersihkan kawasan hutan merupakan tindakan biasa. Ini secara langsung mengakibatkan habitat hidupan liar hilang dan berlaku pemupusan hidupan liar. Penempatan orang-orang asli dan kawalan pergerakan mereka serta usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat haiwan perlu diberi perhatian serius.

Usaha penyelidikan dan pembangunan merupakan satu tindakan yang wajar dijalankan untuk menjamin hidupan liar kekal,di bumi ini. Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitaran. Pelbagai pelalian dan hormon perlu dicipta untuk menjamin haiwan-haiwan ini terus hidup. Usaha-usaha juga perlu dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian. Contohnya, penempatan orang Utan di Sarawak. Tambahan pula, aktiviti pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar seperti pembinaan empangan, perumahan dan pertanian perlu dirancang dengan teliti serta kajian kesan ke atas ekosistem serta fauna dan flora perlu dijalankan dengan mendalam agar hidupan liar dapat kekal di bumi ini. Kesimpulannya, langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kesedaran tentang hak hidupan liar melalui pendidikan penting agar tindak-tanduk manusia dapat dikawal. Hidupan liar patut diberi tempat untuk meneruskan zuriat mereka bersama manusia di bumi ini.

Langkah-langkah untuk menjamin hidupan liar dapat terus hidup di bumi ini Bumi ini bukan sahaja milik manusia. Flora dan fauna juga mempunyai hak untuk hidup di bumi hijau ini. Walau bagaimanapun, tindak-tanduk manusia telah mengakibatkan hidupan-hidupan liar semakin dinafikan haknya untuk hidup. Pembangunan dijadikan alasan untuk merasionalkan tindakan manusia ini. Langkahlangkah segera harus diambil agar hidupan liar juga dapat meneruskan kehidupan mereka di bumi ini. Langkah menggazetkan hutan-hutan simpan harus dijalankan secara meluas. Hutan-hutan simpan harus digazetkan agar tiada sebarang tindakan pembalakan dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan. Dengan menggazetkan hutan-hutan simpan ini, tempat pembiakan haiwanhaiwan dapat dijamin clan sumber makanan mereka juga akan berkekalan. Contohnya, penggazetan hutan simpan di Taman Negara Endau-Rompin di Pahang. Idea ini perlu diluaskan ke setiap negeri di Malaysia. Walaupun negara kita mempunyai pelbagai undang-undang kawalan untuk melindungi flora dan fauna, tetapi dari segi penguatkuasaannya masih menampakkan kecacatan. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 perlu dikuatkuasakan agar kawalan pembalakan dan jaminan hidupan liar dapat ditingkatkan. Jabatan PERHILITAN juga harus menyumbang dalam merealisasikan akta ini dikuatkuasakan. Tindakan pemulihan seperti penanaman semula hutan untuk menjamin habitat hidupan liar juga perlu ditingkatkan. Pemburuan haram khususnya bagi mendapatkan kulit dan pelbagai anggota hidupan liar semakin berleluasa kerana nilai komersil yang diberi kepadanya. Untuk memastikan hidupan-hidupan liar ini selamat, langkah dari segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas dan berat ke atas pemburu-pemburu haram perlu diambil. Pegawaipegawai Jabatan Perhutanan juga perlu ditambah agar kawalan pemburuan dapat dijayakan. Selain itu, langkah kawalan tindak-tanduk orang asli juga perlu diberi perhatian serius. Pertanian pindah dan pembakaran hutan untuk membersihkan kawasan hutan merupakan tindakan biasa. Ini secara langsung mengakibatkan habitat hidupan liar hilang dan berlaku pemupusan hidupan liar. Penempatan orang-orang asli dan kawalan pergerakan mereka serta usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat haiwan perlu diberi perhatian serius.

Usaha penyelidikan dan pembangunan merupakan satu tindakan yang wajar dijalankan untuk menjamin hidupan liar kekal,di bumi ini. Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitaran. Pelbagai pelalian dan hormon perlu dicipta untuk menjamin haiwan-haiwan ini terus hidup. Usahausaha juga perlu dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian. Contohnya, penempatan orang Utan di Sarawak. Tambahan pula, aktiviti pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar seperti pembinaan empangan, perumahan dan pertanian perlu dirancang dengan teliti serta kajian kesan ke atas ekosistem serta fauna dan flora perlu dijalankan dengan mendalam agar hidupan liar dapat kekal di bumi ini. Kesimpulannya, langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kesedaran tentang hak hidupan liar melalui pendidikan penting agar tindak-tanduk manusia dapat dikawal. Hidupan liar patut diberi tempat untuk meneruskan zuriat mereka bersama manusia di bumi ini.

Kesesakan jalan raya menjadi satu fenomena biasa di bandar besar Perkembangan sektor pengangkutan darat moden di negara kita bermula pada tahun 1930-an apabila penjajah British meluaskan kuasanya di Tanah Melayu. Kini, sektor ini telah mengalami perkembangan yang pesat, terutama di bandar besar sehingga telah menimbulkan masalah kesesakan jalan raya yang serius. Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya. Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar. Bagi bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk. Kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya. Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di

rumah bersama anak-anak terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi. Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat. Satu lagi akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan bunyi bising. Kesimpulannya, semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius.

Kegagalan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia Kempen `Belilah Barangan Buatan Malaysia bukanlah perkara baru di negara kita. Kempen ini dibuat secara besar-besaran oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Namun, hasil yang diperoleh tidaklah membanggakan. Hal ini demikian kerana masih ramai dalam kangan masyarakat yang seakan-akan tidak mengendahkan kempen tersebut. Salah satu punca masyarakat lebih mengutamakan barang import adalah kerana masyarakat lebih yakin terhadap kualiti barang import. Masyarakat kita mendewa-dewakan harang import kerana menganggap penggunaan barang import dapat memperlihatkan gaya iidup yang tinggi. Hal ini membuatkan barang tempatan dipandang rendah dan masyarakat menganggap akan berlaku suatu pembaziran sekiranya mereka membeli barang keluaran tempatan. Punca kedua berkaitan dengan aspek status. Masyarakat negara kita yang berkedudukan tinggi gemar menggunakan barang import dengan tujuan untuk memperlihatkan kedudukan mereka itu kepada rakanrakan dan pihak-pihak tertentu. Tidak kira sama ada mereka berbelanja di dalam negara atau di luar negara, mereka lebih mengutamakan barang import. Mereka akan berasa puas hati sekiranya dapat menggunakan barang import yang lebih mahal harganya. Mereka menganggap semua ini dapat menunjukkan suatu status yang tinggi dalam masyarakat. Kedudukan kewangan atau kuasa beli turut mempengaruhi minat masyarakat terhadap barang tempatan. Golongan kaya atau mewah gemar akan barang import sesuai dengan kedudukan ekonomi mereka. Mereka juga memandang rendah terhadap barangan tempatan yang dianggap tidak bermutu, rendah taraf dan boleh menjejaskan kedudukan ekonomi atau status mereka dalam masyarakat. Kesan mendewa-dewakan barang import telah membimbangkan pelbagai pihak, terutamanya kerajaan yang znemandang sikap ini boleh membawa kepada pengaliran keluar wang negara walaupun barang yang dibeli itu murah. Antara langkah yang boleh dibuat adalah dengan memperluas lagi kempen supaya masyarakat dapat memahami kedudukan sebenar akibat daripada sikap mementingkan barang import. Selama ini, kempen itu tidak dibuat secara meluas dan hanya mengikut musim sahaja. Kempen ini boleh dibuat menerusi media massa. Kempen mengenai faedah membeli barang tempatan,

mutu barang tempatan dan sebagainya perlu ditingkatkan supaya masyarakat lebih yakin dengan barang tempatan. Di samping itu, cukai bagi barang import perlu dinaikkan supaya harga barang tersebut menjadi lebih mahal dan hal ini akan dapat mengalihkan minat masyarakat tempatan terhadap barang tempatan. Apabila cukai sesuatu barang dinaikkan, dengan sendirinya harga barang itu akan meningkat dan pembeli terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkannya. Satu langkah lain yang boleh diambil adalah dengan memberi galakan kepada industri tempatan yang mengeluarkan barang tempatan. Galakan ini boleh dibuat melalui pinjaman kewangan dan khidmat nasihat supaya industri yang mengusahakan barang tempatan ini boleh berjalan dengan lancar dan barang keluaran mereka juga bermutu dan diyakini. Kesimpulannya, dengan membeli barang buatan tempatan, kita akan dapat membantu mengukuhkan ekonomi negara kita sendiri. Rakyat tempatan bukannya tidak dibenarkan untuk membeli barang import, tetapi adalah lebih baik kita mementingkan barang tempatan.

Gejala sosial dalam kangan remaja pada hari ini Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan. Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa. Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil

ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan? Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa dalam kangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara ini Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil. Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang

pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi. Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.

Amalan gotong-royong masih teguh diamalkan dalam kangan masyarakat di luar bandar berbanding masyarakat di bandar Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya. Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan dalam kangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan dalam kangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain. Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan. Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotongroyong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar.

Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir. Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu. Kesimpulannya, amalan gotong-royong dalam kangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.

Pihak media massa sering memaparkan wanita sebagai golongan yang lemah, emosional dan mengghairahkan Pada umumnya, media cetak dan media elektronik bukan sahaja berperanan menyalur- kan mesej yang dipancarkan daripada satu pihak kepada pihak yang lain, sebaliknya mempunyai keupayaan untuk membantu membina kebenaran dalam sesebuah masyarakat. Di sinilah timbulnya isu wanita dan pemaparannya oleh media massa sama ada di negara ini atau di negara lain. Di tengah-tengah kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, masih wujud pemaparan negatif terhadap golongan wanita. Di televisyen masih terdapat wanita yang diberikan gambaran yang terhad dan bersifat `stereotaip, iaitu masih banyak kes wanita yang dipaparkan sebagai golongan yang lemah, emosional, mengghairahkan, gemar menghias diri secara berlebihan dan sebagainya. Selain itu, terdapat watak wanita sebagai orang yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan tinggi untuk membuat keputusan, dasar dan menyusun strategi dalam pembangunan ekonomi, pertubuhan sukarela, industri dan lain-lain. Imej seperti ini yang dipaparkan melalui filem fiksyen, drama televisyen dan iklan mahupun dalam bentuk berita dan dokumentari tidak membantu membina untuk dan memperkukuh imej dan kedudukan sosioekonomi wanita secara keseluruhannya. Dalam akhbar dan majalah tertentu pula, ada sebilangan wanita yang menerima perhatian media cetak semata-mata kerana kejayaan suami mereka. Dengan kata lain, penonjolan imej dan watak seseorang wanita itu bergantung kepada kepintaran, kejayaan dan populariti kaum lelaki semata-mata dan tidak kepada kecemerlangan yang ada pada din wanita itu sendiri. Penonjolan wanita sebagai objek seks juga sering berlaku dalam akhbar dan majalah. Contohnya, kes bohsia yang mendapat perhatian serius daripada pelbagai pihak dalam negara in Dalam hal ini, yang banyak ditekankan setakat ini ialah gadis bohsia itu sendiri dan cara hidup mereka. Akhbar dan majalah tertentu menceritakan dengan ghairah sekali cara mereka bergiat. Sebaliknya media ini kurang melaporkan tentang sebilangan lelaki yang melayani gadis tersebut. Pertunjukan fesyen melalui siaran televisyen lazimnya memberi gambaran seolah-olah penonjolan wanita dan ciri-ciri keghairahan fizikalnya diberi tumpuan. Dalam hal ini, wanita, khususnya kecantikan dan tarikan fizikalnya, selalunya diperagakan bersamasama pakaian yang didagangkan. Pendek kata, keduaduanya digolongkan sebagai barang yang boleh dijual beli atau mempunyai nilai komersil.

Memandangkan masalah yang dihadapi oleh golongan wanita dalam media massa, usaha dibuat untuk memberi ruangan khas kepada wanita. Melalui ruangan ini, diharapkan wanita boleh memperjuangkan hak mereka. Dari segi lain, keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang negatif, iaitu usaha seperti ini hanya meminggirkan golongan wanita daripada wacana umum dalam sesebuah masyarakat. Tambahan pula, wanita boleh diketepikan daripada halaman hadapan akhbar itu, dengan andaian bahawa seolah-olah pemikiran dan kegiatan wanita itu tidak begitu penting. Memandangkan sebilangan majalah wanita hanya memberi tumpuan penonjolan fesyen dan kejelitaan wanita, tidak menghairankan kenapa mengikut satu kajian pembaca didapati, kira-kira 30 peratus daripada pembaca majalah ini ialah kaum lelaki. Sesungguhnya pemaparan imej wanita yang negatif dalam media massa sukar dibendung. Suatu pemikiran semula terhadap hal ini patut dilakukan oleh pihak yang berkenaan agar wanita tidak dijadikan bahan eksploitasi oleh media massa.

Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar kita Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada terus dicemari. Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahanbahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun inimelibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam. Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar. Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasankawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan.

Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak kerajaan hares memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli, disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.

Kesan-kesan peperangan kepada ekologi dan kehidupan manusia Walaupun dunia telah melalui dua perang dunia dan kesan-kesannya masih akrab dalam jiwa masyarakat dunia, khususnya di Hiroshima dan Nagasaki, tetapi is masih belum memberi pengajaran kepada umat manusia. Ciptaan-ciptaan senjata dan ujian-ujian bom, khususnya bom nuklear masih berterusan. Peperangan masih berleluasa dalam perkembangan tamadun manusia walaupun banyak kesan negatif dari segi ekologi dan kehidupan manusia dapat dilihat. Salah satu kesan peperangan adalah dari segi kemusnahan harta benda manusia. Peperangan akan mengakibatkan orang awam yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal mereka yang dimusnahkan oleh letupan bom semasa peperangan. Mereka terpaksa melarikan diri dalam usaha mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Banyak jambatan dan bangunan yang menelan belanja berjuta juta ringgit akan roboh dalam masa sekelip mata. Ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malahan penduduk yang tidak berdosa. Selain itu, peperangan akan mengakibatkan kemusnahan pelbagai fauna dan flora. Banyak spesies akan musnah kerana kehilangan habitat mereka. Letupan bom, terutamanya bom nuklear akan mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi gersang serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akan musnah. Born-born yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein manusia musnah. Peperangan juga menyebabkan kehilangan khazanah dunia. Pelbagai unsur dalam pembangunan ketamadunan manusia yang menjadi kebanggaan manusia akan musnah. Letupan-letupan bom telah mengakibatkan banyak unsur warisan budaya manusia seperti bangunan bersejarah dan Beni bina hilang begitu sahaja. Unsur-unsur tamadun manusia yang diwarisi penting dalam usaha menyedarkan generasi muda tentang perkembangan manusia dan artifaknya. Satu lagi kesan peperangan ialah kehilangan nyawa manusia. Banyak manusia akan mati kerana peperangan. Wabak-wabak penyakit pula akan merebak kerana keadaan persekitaran yang kotor dan tercemar. Ketiadaan kemudahan hospital akan memburukkan keadaan ini. Selepas Perang Teluk, Iraq menghadapi masalah ini kerana kekurangan perubatan. Ini menjurus kepada kadar kematian yang meningkat, khususnya dalam kangan bayi dan kanak-kanak. Pelbagai penyakit akan menular serta mengakibatkan kecederaan, kecacatan dan kematian manusia. Kesan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menjadi bukti nyata hal ini.

Pencemaran juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan. Kini, bom-bom nuklear mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif. Kesan peperangan di Kuwait selepas Perang Teluk mengakibatkan pencemaran yang dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan. Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran yang membawa pelbagai kesan sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia. Selain itu, kesan pencemaran radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang seterusnya. Kesimpulannya, pembangunan manusia hares berfokus kepada peningkatan taraf hidup dan bukan ke arah penciptaan senjata-senjata yang boleh memudaratkan diri sendiri. Kesedaran tentang kesan peperangan hares diwujudkan agar manusia cinta akan keamanan. Persidangan di peringkat antarabangsa pula hares lebih peka kepada usaha menangani peperangan agar pembangunan ekonomi dan kemajuan manusia dapat dimantapkan.

Internet membawa kebaikan kepada manusia? Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading. Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensiagensi kerajaan dan badanbadan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah. Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan

inn, pusat keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek keselamatan negara dan dunia. Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya. Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada negara ini. Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah. Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin. Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka

secara seksual dengan pelacur mempercepat jangkitan AIDS.

tempatan

akan

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Jenayah dalam kangan pelajar dan remaja. Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah dalam kangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah dalam kangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi? Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya keskes jenayah dalam kangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kangan pelajarpelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya. Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesankesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan

sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pilpil khayal, dan dadah. Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilainilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah dalam kangan remaja. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius. Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai