Anda di halaman 1dari 4

Bahasa Sama-Bajau

Dari Wikipedia Bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Belum Summary

Artikel ini perlu dirapikan agar memenuhi standar Wikipedia


Merapikan artikel bisa berupa membagi artikel ke dalam paragraf atau wikifikasi rencana . Setelah dirapikan, tolong hapus pesan ini.

Bahasa Samah-Bajau digunakan oleh masyarakat di wilayah-wilayah Kalimantan bagian utara (Sabah / salah satu negara bagian Malaysia ), kepulauan bagian selatan Filipina , dan di Bahagian timurIndonesia . Umumnya masayarakatnya yang berpindah ke semenanjung Malaysia tinggal di Lembah Klang . Sebenarnya nama asli bahasa ini adalah Sinamah . Kata Sinamah adalah kata yang berasal dari akar kata Samah yang merujuk kepada suku bangsa Samah . Kata Samah kemudian mendapatkan sisipan '-in-' sehingga menjadi Sinamah . Dalam Sinamah, Bahasa Samah (Bajau) (penulis adalah berketurunan Bajau / Samah) sisipan -in- , apabila diimbuhkan kepada Kata Nama, akan bererti 'kepunyaan'. Justeru itu, masyarakat Samah menamakan bahasa mereka sebagai Sinamah kerana bahasa tersebut adalah bahasa kepunyaan mereka. Berkenaan dengan perkataan 'Bajau' yang juga dirujuk kepada suku bangsa dan bahasa yang sama iaitu Bahasa dan Bangsa Samah, belum dipastikan tentang asal-usul kewujudannya. Namun demikian, perkataan Bajau berasal dari Indonesia. Dalam bahasa Indonesia juga terdapat kata tersebut. Yang pasti kata "Bajau" berasal dari hasil proses pelunakan bunyi atau sebutan perkataan Badjoe (sistem tulisan / ejaan lama bahasa Indonesia): BADJOE -> BADJAO -> BADJAU -> BAJAU. Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (cetakan 1997) terdapat dua entri kata bajau seperti berikut: -

bajau I; membajau memukul Bajau II = orang ~ orang laut (terutama yang tinggal di pantai sebelah timur Borneo)

Di Sabah, penduduk yang dipanggil Bajau tidak pernah menggelar diri mereka sebagai berbangsa Bajau. Mereka akan menggunakan nama suku-suku seperti Sama, Simunul dll. Pentadbir British yang menggelarkan diri mereka Bajau. Ini mungkin hasil dari guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar disekolah-sekolah diSabah pada waktu itu dan menjadi penasihat kepada pentadbir British. Ramai guru-guru Bahasa Melayu ini berasal dari Indonesia dan Malaya, sebab orang Sabah tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan mereka dan tidak ada orang Sabah yang mampu menjadi guru. Terdapat sekurang-kurangnya 26 atau lebih subdialek bahasa ini yang dituturkan di Sabah dan Selatan Filipina. 26 (kini telah disenaraikan 31) subdialek ini belum mengambil kira subdialek yang terdapat dan dituturkan di Indonesia Timur. Ini adalah 31 subdialek tersebut:

1. Ubian 2. Sallogan

3. Sapa ' 4. Sikubung 5. Sapa'-sapa ' 6. Tando 'Bas 7. Basbas 8. Tando 'banak 9. Ungus Matata 10. Lo'ok Nato ' 11. Kohek 12. Bannaran 13. Sitangkai 14. Simunul 15. Sibutu ' 16. Pangutaran 17. Siasi 18. Laminusa 19. Nusa 20. Larapan 21. Musu ' 22. Manubal 23. Pala'u 24. Kota Belud (Penduduk disini memanggil diri mereka sebagai Sama, bukan Bajau, dan tidak ada perbezaan ketara diantara bahasa mereka dan orang Sama) 25. Sama (Pantai Barat Sabah) 26. Sisangat 27. Siamal 28. Tabawan 29. Kagayan 30. Bangingi '(Balagnini atau Balangingi) 31. Tatabuan-Kaniogan

RUJUKAN

http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sama-Bajau

BAJAU - SAMA
Salam semua, post kali ni aku mau berkongsi tentang satu lagi perkara berkenaan dgn kaum Bajau di Sabah.Ia dtg dr seorang kawan yg secara tidak sengaja terbaca ttg artikel Sama ketika sdg sibuk mencari bahan utk thesisnya.Aku sendiri nda pasti samada dia taip balik artikel ni mengikut susunan kata dia sendiri atau pun dia cut n paste dan trus private msg aku di fb..Mari sama2 kita baca info yg aku baru tau pasal Sama...

Pengembara dari Barat menggunakan perkataan Bajau untuk semua komuniti yg hidup berasaskan laut di kepulauan Polynesia, yang merangkumi beratus-ratus etnik yang mempunyai persamaan dari segi budaya dan bahasa. (Macam juga kita panggil orang barat sebagai orang putih walaupun mereka berasal dari negara-negara berbeza, tapi masih ada persamaan dari segi budaya hidup).

Kewujudan komuniti Bajau sebagai pelaut, pahlawan dan pedagang yang handal sudah diiktiraf semenjak dari abad ke 14 lagi, sebelum era penjajahan! Bila Melaka jatuh ke tangan Portugis di abad ke 16, komuniti Bajau menjadikan Brunei sebagai pusat perhubungan, pertahanan dan perdagangan! Kesultanan Brunei menggunakan komuniti Bajau untuk pertahanan di Sabah, jadi wujudla Kota Belud, Mengkabong, Inanam.

Apabila penjajah Barat meluaskan kawasan jajahan ke kepulauan Borneo, komuniti Bajau memberi tentangan yang hebat dengan menyerang kapal-kapal pedagang dan ketenteraan Barat. Sebab itu perkataan Bajau digambarkan oleh penjajah

sebagai komuniti lanun yang ganas, tidak bertemadun, tiada perikemanusiaan, jahat dan sebagainya. Tapi sebenarnya, komuniti ini la yang menjadi benteng pertama kemasukan penjajah Barat ke negara-negara seperti Indonesia, Filipina, Burma dan Indochina disebabkan oleh kehandalan komuniti ini dalam ilmu pelayaran, pertahanan dan perdagangan. Tapi yang nyata di Sabah, tanpa komuniti Bajau, Sabah mungkin sudah jatuh di tangan penjajah seawal abad ke 16 bersama dengan Melaka!!! Komuniti Bajau juga sangat berpengaruh di Sabah contohnya:- kebudayaan (musik tradisi, bahasa, ugama, makanan), politik Mat Salleh (pejuang kebebasan, pahlawan), Datu Mustapha (bapa kemerdekaan), ADUN (25 Kerusi Bajau), Menteri Penuh Persekutuan (Bajau).

Mungkin juga sudah tibanya masa untuk perkataan Bajau digantikan dengan Sama sebab Bajau sangat luas (ia merangkumi berbagai etnik dari Laut Andaman (Burma) hingga ke kepulauan Sulawesi) dan Sama lebih melambangkan ciri-ciri tempatan di Sabah. Sama juga bukan Melayu sebab komuniti Bajau sudah wujud sebelum kerajaan Majapahit, Melayu Champa, Kesultanan Melayu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Melayu bukanla bangsa tapi sama seperti perkataan Bajau Melayu cuma melambangkan satu rangkuman pelbagai etnik yang mempunyai persamaan bahasa dan budaya (akan dibincang di topic lain)

Menarik kan info ni? Aku ada tanya kwn ku tu dari mana dia dpt info ni..so dia kasi aku list url yg banyak memperkatakan ttg asal usul Bajau - Sama.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari21-01.pdf http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari/SARI26-07/sari26-2007[04]new.pdf http://epress.anu.edu.au/apem/boats/mobile_devices/ch02.html http://www.101cookingrecipes.com/malaysia-cooking-recipes/bajau-and-bajau-laut-sabah-malaysia.php http://sssums.files.wordpress.com/2007/11/duang-the-semiotic-interpretation-and-perception-of-the-bajau-samacommunity-in-sabah.pdf http://abgbent.blogspot.com/2008/11/bajau-suluk-bajau-bannaran-dan-bajau.html http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961 http://www.everyculture.com/East-Southeast-Asia/Bajau-History-and-Cultural-Relations.html

Kepada mereka yg rajin membaca...sila2 lah lawat url di atas...Salam!!!

Anda mungkin juga menyukai