Anda di halaman 1dari 49

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Modul : Latihan Guru-guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2010

Jun 2010 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

Perkara 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Pengenalan Matlamat Objektif Kursus Objektif Modul Jawatankuasa Kerja Para Panel Penggubal Modul Kandungan Kursus 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9.0 PengenalanPedagogi Sains Inkuiri Penemuan Pembelajaran Masteri Kontruktivisme Kontektual

Muka Surat 4 4 4 5 5 6

9 19 26 34 41

Lampiran (nota tambahan)

KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010 TARIKH: TEMPAT:

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

HARI/TARIKH

8.00 10.00 PAGI 8.00 8.30 PAGI Pendaftaran 8.30 10.00 PAGI 1. Pengenalan Pendedahan Strategi dan Pendekatan P&P

10.00 10.30 pagi Rehat

10.30-12.30 PETANG 1. Pendedahan Modul 1

12.30-2.00 PETANG Rehat

2.00-4.30 PETANG

Hari Pertama

1.Pendedahan Modul 2 2. Pendedahan Modul 3

Hari Kedua

1. Pendedahan Modul 4 2. Pembahagian kumpulan

Rehat

Bengkel Pembinaan Modul

Rehat

1. Bengkel Pembinaan Modul 2. Pembentangan Modul 1. Pemurnian Modul 2. Rumusan dan

Hari Ketiga

Pembentangan Modul

Rehat

Pemurnian dan Penambahbaikan Modul

Rehat

Penutup

1.0

PENGENALAN

Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu dibangunkan sebagai persediaan awal bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun 2012.

2.0

MATLAMAT Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0

OBJEKTIF KURSUS

Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains dan Matematik Tahun Empat Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.

Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi. Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan.

Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih cemerlang.

Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4.0

OBJEKTIF MODUL

Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik Tahun Empat dalam Bahasa Melayu.

Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolahsekolah rendah seluruh Malaysia.

Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil pembelajaran.

JAWATANKUASA KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010

5.0

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi

Dr. Haji Zahri Bin Aziz Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Naib Pengerusi

En. Abdul Halim Bin Abdul Razak Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Profesionalisme

Setiausaha

Dr. Zainab Bt Hussin Ketua Penolong Pengarah Unit Kursus Dalam Perkhidmatan

Pen. Setiausaha

Cik Roslina Bt. Abdul Rashid Penolong Pengarah Unit Kursus Dalam Perkhidmatan.

Penyelaras

Pn. Siti Nafsiah Bt. Ismail (Bahasa Melayu) En. Shaharizan Bin Shamsuddin (Matematik)

Urusetia

En. Mohd Helmi Bin Hamid

JAWATANKUASA PELAKSANA Semua guru sains dan matematik tahun empat sekolah rendah.

6.0

PARA PANEL PENGGUBAL MODUL : Pensyarah Kanan Jabatan Matematik IPG Kampus Pulau Pinang.

En. Choo Wai Chong

Pn. Mahayon Bt. Abas

: Pensyarah Kanan Jabatan Matemati IPG Kampus Ipoh.

Pn. Siti Khadzimah Bt. Salip

: Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Teknik.

En. Mokhtar B. Ishak

: Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.

En. Norhawan B. Misiran : Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.

Pn. Haslinah Bt. Abdullah : Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Teknik. En. Fazali B. Hashim : Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Raja Melewar.

Pn. Hasniza Bt. Embong

: Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Ipoh.

Dr. Seman B. Salleh

: Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Pn. Zanariah Bt. Ibrahim

: Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

En. Mohd Ghazali B. Ahmad : Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Pn. Fawziah Bt. Othman

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

En. Nasaruddin B. Shaarani :

SK Sri Tiram Tg. Karang, Selangor.

Pn. Nurriti Bt. Kurdi

SK Sungai Leman Sekinchan, Selangor.

En. Fadhlah B. Afif

SK Methodist Banting, Selangor.

Pn. Nur Madihah Bt. Mohd Din

SK Putrajaya Presint 8(2), Putrajaya.

Pn. Isnayani Bt. Zulkapli

Sk Serendah Serendah, Selangor.

Pn. Rahayu Bt. Ab. Rahman

SK Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya.

Pn. Mariani Bt. Mohd Dom

SMK (P) Methodist Kuala Lumpur.

En. Azmi B. Abdul Halim

SK RTB Bukit Changgang Banting, Selangor.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Kod Kursus Masa Personal

P engenalan Pedagogi Sains

Dua jam Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menguasai prinsip pengajaran dan pembelajaran sains yang ditekankan dalam kurikulum sains sekolah rendah. 2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu menggunakan Bahasa Melayu. 3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan. 4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. 5. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.

B. Kandungan Kursus

1. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran sains 2. Strategi pengajaran dan pembelajaran sains 3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran 4. Bengkel
5. Pembentangan

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran

10

Persembahan power point, nota

E. Alatan LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian 1. Interaksi verbal 2. Hasil perbincangan 3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR

Kemahiran Berfikir Kritis

Mencirikan Membandingkan & membezakan Mengumpulkan & mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

11

Kemahiran Berfikir Kreatif

Menjanakan idea Menghubungkaitkan Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mensintesiskan Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

Strategi Berfikir

Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan Menaakul

12

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. 3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. 4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. 5. Menyedari bahawa sains merupakan satu dripada cara untuk memahami alam. 6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. 7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. 8. Berhemah tinggi dan hormat-menghormati. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi. 10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan. 11. Berfikiran kritikal dan analitis. 12. Luwes dan berfikiran terbuka. 13. Baik hati dan penyayang. 14. Bersifat objektif. 15. Sistematik. 16. Bekerjasama. 17. Adil dan saksama. 18. Berani mencuba. 19. Berfikir secara rasional. 20. Yakin dan berdikari.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sainsn mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

1. Pendekatan Inkuiri Penemuan Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing.

2. Konstruktivisme Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah seperti berikut: Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

3. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.

4. Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam

pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan . Contoh kecerdasan ini adalah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestetik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan Penciptanya, pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberikan penerangan ringkas tentang kaedah ini. 1. Eksperimen Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah

saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti yang berikut: Mengenal pasti masalah Membuat hipotesis Merancang eksperimen o o o o mengawal pemboleh ubah menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

Melakukan eksperimen Mengumpulkan data Menganalisis data Mentafsirkan data Membuat kesimpulan Membuat pelaporan

Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang di bimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

2. Perbincangan Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa

dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

3. Simulasi Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

4. Projek Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut: Kenal pasti dan faham masalah Jelaskan masalah Cari alternatif penyelesaian masalah Lakukan operasi penyelesaian Nilaikan penyelesaian

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Topik
Masa

Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan InkuiriPenemuan


2 Jam

Personel

Penceramah

____________________________________________________________________
A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran secara pendekatan inkuiri-penemuan dan kepentingan menyerapkan pendekatan inkuiri-penemuan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan. 3. Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan inkuiri-penemuan

selaras dengan hasil pembelajaran secara berkesan.


4. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.

B. Kandungan Kursus 1.Pengenalan pendekatan inkuiri-penemuan 2.Prinsip pendekatan inkuiri-penemuan 3.Strategi inkuiri-penemuan 4.Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran 5.Bengkel 6.Pembentangan

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran Persembahan power point, nota

E. Alatan LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian 1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan 3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tema Tajuk Sub Topik Tempoh Tahun Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: : : : : : :

Menyiasat Alam Bahan Sifat-sifat Bahan Sifat Bahan 60 minit 4 Memahami sifat-sifat bahan Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat; Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik - Pendekatan - Inkuri penemuan - Strategi Mengeksperimen dan Perbincangan

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi

Fasa (Masa) Set Induksi (5 minit)

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran & pembelajaran Jenis aktiviti : Bercerita - Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil. - Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid. 1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid, Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca. 2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik. 1. Murid membina litar lengkap. 2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap. 3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap. 4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi. 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen. 2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masingmasing. ( Aras tinggi) 3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Catatan

Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati

Meramal Idea (10 minit)

Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni : Kerjasama, berani

Pemerhatian (25 minit)

Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.

Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian Nilai Murni : Berkerjasama Jujur

Penjelasan (15 minit)

- Bahan konduktor (pengalir elektrik) - Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1

Memahami sifat-sifat bahan.

Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEK

KEADAAN MENTOL SELEPAS DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA

TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Duit Syiling 10

sen

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua SekolahSekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Pengajaran Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Masteri

Topik Kod Kursus Masa

2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. menyatakan Konsep pembelajaran masteri; 2. menerangkan langkah pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 3. Mengaplikasikan dan melaksanakan pembelajaran Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.

B. Kandungan Kursus 1. Pengenalan 2. Ciri-ciri pendekatan pembelajaran masteri.

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran 4. Bengkel 5. Pembentangan

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on,bengkel dan pembentangan.

D. Bahan Pengajaran Persembahan power point, nota, internet

E. Alatan LCD, Komputer, dan papan putih

F. Penilaian 1. Interaksi verbal 2. Hasil perbincangan 3. Hasil bengkel.

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Hari Tarikh Masa Kelas Tema Bidang Pembelajaran

: : : : :

Selasa 01 Februari 2010 60 minit 4 MAJU Menyiasat Alam Kehidupan : : Hidupan memerlukan keperluan asas Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas. Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat: Mengenalpasti keperluan asas haiwan. Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung. Pembelajaran Masteri Mengeksperimen Berkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubah

Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran : i) ii) Pendekatan P& P Kaedah KPS : : :

KMS

Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

BBM

Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

Perancangan P & P Fasa Pengajaran Orientasi (5 minit)

: Isi Kandungan Aktiviti Guru bersoal-jawab: 1. Siapakah yang memelihara haiwan di rumah? 2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu? 3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu? Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan. Contoh : Udara, air, makanan, dan tempat berlindung Soal-jawab: 1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan? 2. Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air? 3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung? 4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung? Catatan

Menyatakan haiwan peliharaan murid

Pencetusan idea (15 minit)

Keperluan asas haiwan

KPS: 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens KBKK: 1. Menghubungkai tkan 2. Mencirikan 3. Menginferens Nilai Murni: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. Tahap Kognitif: 1. Pengetahuan 2. Kefahaman

Penstrukturan semula idea (25 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung

Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen: 1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan. a. Murid memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas. Stesen 1 Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring. Stesen 2 Bekas B: Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring Stesen 3 Bekas C: Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk Stesen 4 Bekas D: Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring 2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat

KPS: 1. Mengeksperime n 2. Mengawal pemboloeh ubah 3. Membuat pemerhatian KBKK: 1. Membanding dan membezakan keperluan asas hidupan. 2. Menghubungkai t 3. Menjana idea 4. Membina hipotesis Nilai Murni 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling 2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling. 3. Baik hati dan penyayang 4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian Lembaran Kerja

Aplikasi idea (10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan: 1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat berlindung

pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan. (Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan: a) Lembaran kerja b) Borang pemerhatian Projek memelihara ikan secara kumpulan 1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti : a) Akuarium b) Pam udara c) Makanan d) Ikan e) Tumbuhan air f) Air bersih Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini
Ai

Nilai murni Menyayangi haiwan Bekerjasama Tahap kognitif Pengetahuan Aplikasi

Refleksi (5 minit)

Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawan

Tahap kognitif Pengetahuan Kefahaman

Makana n

Keperluan asas haiwan Udara Tempat berlindung

Borang pemerhatian

Bekas

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Lembaran Kerja Kumpulan Nama ahli :................................................................. :.................................................................. ..................................................................... ................................................................... .................................................................. ........................................................................

Arahan

: Jawab semua soalan

Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan. 1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan. ______________________________________________________________________ _______________________________________ ______________________________________________________________________ _______________________________________

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini. i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah) ................................................................................................................................. ........................................................................... ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)

................................................................................................................................. .......................................................................... iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan) ................................................................................................................................. .............................................................................

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua SekolahSekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Kontruktivisme 2 Jam

Topik Masa Personel

Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontruktivisme dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontruktivisme ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menyenaraikan dan menggapliksaikan fasa 5 Needham. 3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan. 4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. 5. Mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

B. Kandungan Kursus 1. Pengenalan kepada Pembelajaran secara kontruktivime 2. Fasa 5 Needham 3. Contoh pedagogi pengajaran menggunakan kaedah kontruktivisme 4. Bengkel 5. Pembentangan

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran Persembahan power point, nota

E. Alatan LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian 1. Interaksi verbal 2. Hasil perbincangan 3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 : Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang) Masa : 60 minit Tema : Menyiasat Alam Bahan Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan Objektif Umum(LO) : Memahami sifat bahan Hasil Pembelajaran(LOT) : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Strategi Fasa Pengajaran Set Induksi (5 minit) Isi Kandungan Membina litar elektrik Konstruktivisme : Aktiviti `Hands-on` Aktiviti P&P Jenis Aktiviti : Simulasi 1. Guru memberi Catatan BBM: Gambar mentol, bateri, dan suis

gambar bateri, mentol, dan suis digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar . 2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap. (Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.) Soalan : Adakah mentol akan menyala? Mengapa? 3. Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan

Kemahiran Proses Sains: Memerhati Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental Nilai Murni: Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pergerakan kinestatik Tahap Kognitif: Pengetahuan

Soalan: Adakah mentol akan menyala sekarang? Mengapa? Perkembangan Langkah 1 5 minit Mengenalpasti objek yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik Jenis Aktiviti : Mengelas Soalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta? 1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja. Soalan Daripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik. 2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik BBM: Bahan yang sedia ada dan dibawa oleh murid: Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lid pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku Kemahiran Proses Sains: Mengelas Kemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal Nilai Murni: Sistematik dan berfikir secara rasional

Tahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman 1. Rujuk Lampiran 1 Langkah 2 17 minit Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrik Jenis aktiviti : `Hands-on` Arahan Guru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian. 1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik. 2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masingmasing. BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan marker Kemahiran Proses Sains: Memerhati, inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasi Kemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpul Nilai Murni: Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan pergerakan kinestatik Tahap Kognitif: Pengetahuan Kemahiran Proses Sains: komunikasi Nilai Murni: Berani, yakin dan berdikari Pelbagai Kecerdasan: interpersonal Rujuk Lampiran 2

Langkah 3 15 minit

Laporan hasil dapatan murid

Jenis aktiviti : Pembentangan 1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan. 2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat. 3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. ( Cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)

Langkah 4 8 minit

Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik. Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik. *air limau dan lid pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik. *air paip adalah konduktor elektrik yang lemah *plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis aktiviti : Perbincangan 1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan. 2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

BBM: mentol, bateri, dan suis Kemahiran Proses Sains: komunikasi Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Nilai Murni: Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa Soalan mengendalikan alatan 1. Apa akan berlaku jika elektrik kita memegang suis dengan tangan yang Tahap Kognitif: aplikasi basah? dan penilaian 2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik?

Penutup 5 minit

Peneguhan

Jenis aktiviti : Nyanyian 1. Murid menyanyi lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan) 1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik. 2. Murid mengangkat kad warna (merahtidak, hijau ya) Lampiran 3

Refleksi 5 minit

BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin, pembaris keluli, klip rambut besi, dan rod besi.

Lampiran 1 Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik Boleh mengalirkan arus elektrik Kunci Syiling satu sen Klip kertas Paku Tidak boleh mengalirkan arus elektrik Sudu plastik Sapu tangan *Air limau *Lid pensil Pemadam Surat khabar

Lampiran 2 Hasil Dapatan Murid Contoh 1 Boleh mengalirkan arus elektrik Kunci Syiling satu sen Klip kertas Paku *Air limau *Lid pensil Tidak boleh mengalirkan arus elektrik Sudu plastik Sapu tangan Pemadam Surat khabar

Lampiran 3: Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan paku Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik Pemadam, pembaris kayu, Tidak boleh mengalirkan arus elektrik Ingat wahai kawan-kawan Sifat bahan juga mempengaruhinya Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli Boleh mengalirkan arus elektrik Ingat janganlah lupa Setiap bahan ada cirinya

Pastikan kita mengetahui Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua SekolahSekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Pengajaran Berasaskan Pendekatan Kontekstual

Topik Kod Kursus Masa

2 Jam

Personel

Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. 4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

B. Kandungan Kursus 1. Pengenalan 2. Ciri-ciri pendekatan Kontekstual 3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

4. Bengkel 5. Pembentangan

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on , bengkel dan pembentangan.

D. Bahan Pengajaran Nota, Persembahan power point,

E. Alatan LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian 1. Interaksi verbal 2. Hasil perbincangan 3. Hasil Bengkel

G. Rumusan/Refleksi

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

TAHUN MASA TEMA

: : :

4 Bestari 60 Minit Menyiasat Alam Kehidupan Proses Hidup Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

BIDANG PEMBELAJARAN : OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia 2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

Fasa (Masa) Set Induksi (5 minit)

Isi Kandungan Tabiat buruk manusia

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen. (Skrip berita) Guru bertanya soalan-soalan berkaitan Contoh Soalan 1: Mengapakah murid itu dibuang sekolah? Soalan 2: Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya? Soalan 3: Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

Catatan KPS -Memerhati -Berkomunikasi KBKK -Menjana idea -Membandingkan dan membezakan Nilai Murni -Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling BBM Teks berita

Langkah 1 (10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

Jenis aktiviti Soal-Jawab Peta minda 1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah. Guru menyoal murid: a) Berdasarkan berita-berita yang

KBKK -mengumpul -mengelas KPS -berkomunikasi -pemerhatian

dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk. Jawapan Ya buruk b) Bina Peta Minda Tabiat-tabiat buruk Minum arak
Meroko

Nilai Murni -berfikir secara rasional BBM Slide gambargambar dari internet

Mengambil dadah 2. Guru menayangkan gambar-gambar

orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah. Langkah 2 Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paruparu Jenis aktiviti : hands-on aktiviti Langkah-langkah 1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral. 2. Menutup tutup botol dengan plastisin 3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil. 4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan. 5. Nyalakan rokok tersebut. 6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas 7.Keluarkan plastisin dan rokok . 8. Buat pemerhatian terhadap kapas. Dapatan 1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen. (contoh catatan eksperimen di bawah) Langkah 3 (10 minit) Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paruparu Jenis Aktiviti : Gambar 1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru 2. Guru menyoal murid: (a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan? Jawapan: Paru-paru elok dan rosak KPS -berkomunikasi KBKK -mengikut urutan -menganalisis -membanding dan membeza Nilai Murni -berkerjasama -sistematik BBM -botol plastik -kapas -rokok Gambarajah di powerpoint KPS -pemerhatian -berkomunikasi -meramal KBKK -Membanding dan membeza -menjana idea Nilai Murni -Berfikiran kritikal

dan analitis (b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia? Jawapan: Kanser paru-paru Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran 1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan. Jawapan : Merokok membahayakan kesihatan Merosakkan gigi Bau nafas dan badan Mencemarkan udara Menjejaskan kesihatan orang sekeliling 2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut. - Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok Langkah 5 (10 minit) Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur 1. Guru meminta murid melukis kartun Kempen anti merokok BBM Kertas lukisan Pensil warna KPS -membuat inferens KBKK -menjana idea Nilai Murni -Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling BBM Gambar dari powerpoint

Langkah 4 (10 minit)

Kesimpulan

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen

Warna kapas selepas eksperimen

a)

Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

b)

Kenapakah kapas itu bertukar warna?

c)

Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

LAMPIRAN NOTA TAMBAHAN

Anda mungkin juga menyukai