Anda di halaman 1dari 28

Halaman Pengakuan.

KAMI akui bahawa Kerja Kursus Pendek (KKP) ini adalah hasil kerja KAMI sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah KAMI jelaskan sumbernya .

TANDATANGAN NAMA PENULIS NO.KP TARIKH TANDATANGAN NAMA PENULIS NO.KP TARIKH TANDATANGAN NAMA PENULIS NO.KP TARIKH TANDATANGAN NAMA PENULIS NO.KP TARIKH

........................................................... : GRIFFEN ANAK ENCHRARANG : 880228-52-6227 : 4 MAC 2009 ........................................................... : MELAYA AUDILEAUDRINE ANAK LOUIS : 890812-13-5232 : 4 MAC 2009 ........................................................... : STEVEN BLANDA ANAK INTING : 890625-13-6085 : 4 MAC 2009 ........................................................... : SUZI BINTI JINAU : 870818-52-6180 : 4 MAC 2009

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 1

Borang Rekod Kerja Kolaborasi Kerja Kursus


NAMA PELAJAR : GRIFFEN ANAK ENCHARANG (880228-52-6227) : MELAYA AUDILEAUDRINE ANAK LOUIS (890812-13-5232) : STEVEN BLANDA ANAK INTING (890625-13-6085) : SUZI BINTI JINAU (870818-52-6180) : PISMP BAHASA MELAYU : SATU : EDU 3101 : PUAN NOOR ZALIHAH BINTI PANDAK ABDUL JALAL

KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

NAMA/ TANDATANGAN -Amirah -Raffi -Zaharin -Syed -Baiziela-Zahratulnadirah-Mohd Azizzat-Mary-

CATATAN Kelas & Pusat Sumber

16.02.09

menerima soalan tugasan perbincangan tentang soalan tugasan sumbang saran mengenai tugasan menganalisis soalan mencari maklumat di perpustakaan melayari internet memberi komen/kritikan yang membina terhadap tugasan berkongsi maklumat, sumber & idea saling memberi respons yang positif terhadap kumpulan lain menyemak semula tugasan menyusun atur tugasan memurnikan hasil tugasan

17.02.0925.02.09

Kelas & Pusat Sumber

26.02.0903.03.09

Kelas & Pusat Sumber

04.03.09

Kelas -Norhadi-Zalaika-

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 2

Borang Rekod Perlaksanaan Tugasan Kerja Kursus


NAMA PELAJAR : GRIFFEN ANAK ENCHARANG (880228-52-6227) : MELAYA AUDILEAUDRINE ANAK LOUIS (890812-13-5232) : STEVEN BLANDA ANAK INTING (890625-13-6085) : SUZI BINTI JINAU (870818-52-6180) : PISMP BAHASA MELAYU : SATU : EDU 3101 : PUAN NOOR ZALIHAH BINTI PANDAK ABDUL JALAL

KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH 16.02.09

PERKARA menerima soalan tugasan perbincangan tentang soalan tugasan pemilihan pasangan/kumpulan

TANDATANGAN PENSYARAH

TANDATANGAN GURU PELATIH -Griffen-

CATATAN Kelas

-Ustazah Sharifah-

-Melaya-Steven-Suzi-

17.02.0923.02.09

menganalisis soalan mencari maklumat di perpustakaan melayari internet

-Griffen-Ustazah Sharifah-Melaya-Steven-Suzi-

Pusat Sumber & Kelas

24.02.0903.03.09

bekerjasama memproses maklumat mencari maklumat tambahan membuat rangka esei/slaid pembentangan menaip tugasan menyemak semula tugasan menyusun atur tugasan memurnikan hasil tugasan menghantar tugasan

-Griffen-Melaya-Ustazah Sharifah-Steven-Suzi-

Pusat Sumber & Kelas

04.03.09

Kelas -Griffen-Ustazah Sharifah-Melaya-Steven-Suzi-

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 3

PENGHARGAAN
Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin. Atas usaha ahli dalam kumpulan, akhirnya tugasan ini dapat dihantar seperti yang dikehendaki. Sejuta terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan tugasan terutamanya kepada pensyarah pembimbing, Puan Noor Zalihah binti Pandak Abdul Jalal di atas tunjuk ajar yang telah diberikan. Beliau telah memberikan perhatian atas tugasan yang kami ingin sempurnakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberi input yang berguna dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada perkhidmatan pusat sumber yang telah memberikan buku-buku rujukan yang sesuai dengan kehendak tugasan. Segala maklumat mudah didapati sama ada di pusat sumber atau melalui internet. Sekali lagi, terima kasih atas semua penghargaan yang telah diberikan oleh semua pihak. Sekian, terima kasih.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 4

PENGENALAN
Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan melalui satu proses yang panjang, salah satu aspek penting yang wajar dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja berfungsi sebagai wahana kebajikan dan sosialisasinya iaitu kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan kefahaman serta nilai nilai positif dan kebudayaan untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Di negara kita, dasar pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan di negara ini dalam bermula semenjak tahun 1957. Terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini antaranya termasuklah tujuan pertamanya iaitu dasar pendidikan diadakan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuan seterusnya adalah untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 5

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan emosi; Bincangkan sejauh mana sekolah telah berjaya merealisasikan matlamat matlamat tersebut.

1. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai sesuatu ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain manakala pendidikan membawa pengertian perihal mendidik ( Kamus Dewan Edisi Keempat,2007). Dengan erti kata yang lain, dapatlah disimpulkan bahawa falsafah pendidikan sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu dalam perihal mendidik atau dasar yang digunakan dalam proses pendidikan. Mok Soon Sang, 2000 menjelaskan bahawa perkataan falsafah sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran dan pandangan tersebut dihasilkan oleh ahli falsafah daripada kajian yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuannya pula ialah untuk membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkaraperkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun 1988 telah menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara berdasarkan dua ayat panjang yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 6

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara," Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan ideologi sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuklah Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini akan menjadi suluh yang member pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan. Sehubungan ini Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan denga mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu masyarakat dan negara. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Falasafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti: i. Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan ii. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara iii. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik dan untuk memahami sistem pendidikan negara
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 7

iv. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. v. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untk menentukan kurikulum, bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. vi. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar

pendidikan. vii. Menghapuskan salah faham, keraguan, atau pertelingkahan dalam

melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti: i. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajibannya sebagai seorang warganegara. ii. Menghasilkan sempurna rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya dan

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan pembangunan. iii. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan. iv. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara. v. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum. vi. Mengurangkan berada. jurang perbezaan di antara kaum dan membekalkan

kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan-golongan yang

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 8

2. Faktor-faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan (FPK)

Falsafah pendidikan mengandungi pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pula ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu masyarakat dan negara. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah: i. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.

ii. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. iii. Faktor politik yang menentukan ideologi, negara dan seterusnya

mempengaruhi dasar-dasar pendidikan. iv. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membewa pembangunan dan kemajuan negara. v. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. vi. Faktor sejarah yang berkaitan dengan pandangan dan visi dunia, perkembangan pendidikan anatarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Berdasarkan intipati yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), dapatlah dirumuskan bahawa:
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 9

i.

Faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, agama Kristian, agama Buddha, agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dihayati daripada penyataannya iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan haronis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

ii.

Faktor sosial : masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi yang sama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini, adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan sumbangan Kebnagsaan, iaitu melahirkan rakyat Malaysia...memberi

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara iii. Faktor politik : sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. iv. Faktor ekonomi : Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 10

daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara . Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. v. Faktor individu : potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis, sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menikmati hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama yang terkandung dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). vi. Faktor sejagat : penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh pendidikan sistem antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar-seminar pendidikan antarabangsa membawa pangaruhnya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan... ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 11

3. Unsur- Unsur Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

Berpandukan

kepada

pernyataan

Falsfah

Pendidikan

Negara,

adalah

difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Negara tersebut, maka

diturunkan unsur-unsur Falsafah dan Matlamat Pendidikan negara dengan huraian ringkas seperti berikut : Memperkembang potensi individu : potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan meliputi aspek-aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Potensi individu ini harus diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan melalui proses pendidikan. Menyeluruh dan bersepadu : potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain. Insan yang seimbang dan harmonis : matlamat ini boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 12

Unsur intelek : ia merangkumi unsur hikmah(iaitu ilmu yang sebenar), daya pemikirana yang inovatif, lojik, analitis dan ilmu yang bermanfaat. Unsur rohani dan emosi : ia merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti yang mulia, semangat berbakti dan berkorban untuk negara dan bangsa. Unsur jasmani : ia mempunyai ciri-ciri seperti kecergasan fizikal dan kesihatan diri untuk berdikari dan hidup secara bermasyarakatan. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan : kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanag dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha menatdbir dan memakmurkan alamnya. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan : rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk menfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berketrampilan : Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia : rakyat yang memilki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab : Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 13

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri : melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan : melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara : peringkat keharmonian ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 14

4. Peranan Sekolah dalam merealisasikan Falasafah Pendidikan Kebangsaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah ditakrifkan sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat meneima dan memberi pelajaran. Sekiranya kita membuka dengan meluas perspektif sekolah, maka dapatlah kita merumuskan tiga komponen terpenting yang membentuk sekolah iaitu pelajar, guru atau pendidik serta kurikulum. Dalam membentuk perkembangan jasmani yang sihat, sekolah haruslah menyediakan prasarana dan kemudahan yang sewajarnya. Adalah penting bagi sekolah menyediakan padang dan gelanggang untuk memastikan kelancaran aktiviti sukan dan permainan dapat dijalankan sepanjang tahun berdasarkan perancangan yang terkandung dalam kurikulum. Selain itu, guru yang berpengalaman dalam mengajar sukan tertentu juga akan menentukan sejauh mana sekolah tersebut mampu meraih kejayaan. Sekolah merupakan asas murid-murid mempelajari kemahiran. Melalui aktiviti sukan murid-murid akan memupuk minat, seterusnya mereka akan menngilap potensi yang ada untuk menjadi bakat. Bakat-bakat inilah yang menjadi tanggujawab guru untuk dikenal pasti dan didedahkan ke peringkat yang lebuh tinggi. Pendedahan ini seterusnya akan membuahkan kejayaan. Ukuran kejayaan tersebut pula dinilai dari segi pencapaian peribadi. Walau bagaimanapun, senario yang amat mendukacitakan pada hari ini ialah sesetengah sekolah yang terlalu mengambil kira aspek akademik hingga mengabaikan aspek ko-kurikulum. Terdapat sebilangan sekolah yang mampu mempamerkan kecemerlangan dalam bidang akademik tetapi amat pasif dalam bidang sukan mahupun aktiviti ko-kurikulum yang lain. Terdapat juga sesetengah sekolah yang memberi fokus terhadap sukan-sukan tradisi, iaitu sukan yang mampu memberikan kejayaan terhadap mereka sehingga mengabaikan sukan-sukan yang baharu diperkenalkan mahupun sukan yang tidak pernah membuahkan kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 15

Persoalannya di sini, sekiranya pihak pengurusan sekolah tidak bertindak agresif dalam memajukan sukan-sukan yang tidak popular, bagaimanakah nasib murid-murid yang cenderung ke arah sukan tersebut? Jawapannya mudah, tepuk dada tanya selera. Tingkatkan usaha, bukalah minda. Aspek emosi dan rohani pada dasarnya adalah dua elemen yang berbeza tetapi jika dilihat dari segi peranan sekolah dalam mencapai kecemerlangannya dari dua aspek ini, maka dua perkara ini adalah saling berkaitan. Selaras dengan kurikulum yang telah digubal, matalamat akhir pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan emosi. Intipatinya di sini jelas, pengetahuan agama menentukan kecemerlangan sahsiah, yang mana rata-rata agama menuntut penganutnya melakukan kebaikan dan penerapan nilai moral jika dipraktikkan akan membentuk peribadi yang mulia. Apa yang berlaku pada zaman lonjakan teknologi ini ialah pelajar semakin cemerlang keputusan akademiknya bagi dua mata pelajaran wajib ini, malang sekali begitu tandus penerapan nilai dan keluhuran sahsiah. Persoloannya di sini, adakah matlamat asal ppengenalan mata pelajaran tersebut tercapai? Oleh itu, formula pengajaran dan pembelajaran harus dikaji semula untuk memastikan matlamat memperkembangkan aspek rohani dan emosi mampu direalisasikan. Dari segi intelek, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sekolah secara total telah menyumbang kepada pembangunan modal insan pada hari ini. Buktinya masalah membaca dan menulis bukanlah sesuatu masalah yang utama dalam kalangan murid-murid pada hari ini. Murid-murid bandar misalnya jauh lebih maju berbanding murid-murid luar bandar dan kurikulum yang dirangka dapat dikuasai dengan mudah. Mereka mampu mengusai sesuatu kemahiran tanpa bimbingan yang optimum daripada guru. Dengan erti kata yang lain, mereka sudah ada asas yang kukuh terhadap sesuatu kemahiran tersebut, dan tanggunjawab guru adalah untuk memastikan asas yang sedia ada digilap. Walau bagaimanapun, di luar bandar misalnya sekelompok masyarakat tersisih daripada ilmu pengetahuan. Hal ini diakibatkan oleh persekitaran mereka terutamanya
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 16

dari segi persekitaran iaitu infrastruktur dan sosio-budaya masyarakat. Kedaifan fizikal sekolah pula mengakibatkan penggunaan teknologi IT dan ICT tidak dapat digunakan secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian amat sukar untuk menyediakan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan untuk pelajar. Oleh itu, dalam menaik taraf sistem pendidikan negara kita guru-guru sentiasa didedahkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya melalui kursus-kursus dan bengkel-bengkel pendidikan. Hal ini akan memastikan mereka mendapat input-input baharu supaya mereka mampu menyesuaikan diri dengan murid-murid yang sentiasa terdedah dengan input terkini melalui media massa khususnya internet dan televisyen. Sekiranya seorang guru tidak peka dan tidak mempunyai keazaman untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada, sudah tentu mereka jauh ketinggalan berbanding murid-murid mereka. Hal ini sterusnya menimbulkan rasa kurang keyakinan oleh murid-murid terhadap guru. Sekolah telah banyak menyumbang ke arah pembangunan modal ke arah insan yang sempuna dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Komponen sekolah yang menentukan sama ada matlamat Falsafah Pendidikan tersebut mampu direalisasikan atau tidak bergantung sepenuhnya kepada murid-murid itu sendiri.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 17

5. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap Sistem Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumentasi yang murni dan luhur. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keperihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidika hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa implikasi terhadap kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 18

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap kurikulum, iaitu perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Sukatan pelajaran di semua sekolah di Malaysia telah diseragamkan bagi memastikan pendidikan yang diterima oleh pelajar di seluruh Malaysia adalah sama. Selain itu, perubahan bahanbahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Setiap mata pelajaran yang diajar akan menyelitkan unsur murni seperti semangat berpasukan, menghormati guru, tolong menolong dan sebagainya. Bahan pelajaran bukan setakat memperkembangkan intelek, tetapi turut memperkembangkan rohani. Seterusnya, berlaku perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Pelajar bukan hanya belajar untuk memperkembangkan intelek, tetapi turut aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan , di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menyebabkan berlaku perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. Pendidikan yang diberikan di sekolah tidak secara khusus. Contohnya, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menyebabkan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Sekolah untuk bidang vokasional dan teknologi dibina bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Pelajar dapat memilih bidang yang mereka minati semasa meneruskan pelajaran di tingkatan empat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memastikan sukatan pelajaran bagi bidang vokasional dan teknologi bersepadu. Implikasi terhadap pendidik pula melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik didedahkan dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi memastikan mereka dapat merealisasikannya. Sekiranya pendidik memahami Falsafah
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 19

Pendidikan Kebangsaan, mereka dapat bersikap positif dan akan cuba menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, berlaku juga perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Pendidik mampu menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza setiap hari. Strategi yang digunakan mampu memperkembangkan kognitif pelajar dengan maksimum dan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan pula, ialah perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar mendapat peluang mengembangkan bakatnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial secara seimbang. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti kemudahan di sekolah. Contohnya, pusat sumber, komputer, kantin, alatan sukan dan sebagainya. Selain itu,berlaku juga perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif adalah untuk melahirkan pelajar cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.Pelajar diterapkan dengan budaya mencintai ilmu pengetahuan,gemar membaca.sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan bulan membaca, aktiviti nilam, pertandingan dan sebagainya.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 20

6. Kesimpulan dan Cadangan Ke arah merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), sekolah memainkan peranan yang amat penting dari terutamanya sebagai asas membentuk kendiri sesorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dalam sistem pendidikan di negara kita. Pembestarian sekolah harus dilaksanakan sepenuhnya di segenap ceruk negara ini. Hal ini demikian kerana, potensi setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut pengaruh persekitaran dan baka. Terdapat kanak-kanak yang amat maju dalam pelajaran dan mereka harus diberi kenaikan darjah mengikut kemajuan akademik mereka bagi membolehkan mereka bersaing secara sihat dan tidak bosan dengan skop pelajaran yang mereka rasakan agak mudah. Sebaliknya pelajar yang lemah harus dikekalkan darjah bagi mengelakkan mereka daripada tersisih dan meningkatkan keyakinan untuk bersaing dengan pelajar yang sama tahap dengan mereka. Sekiranya hal ini dipraktikkan sepenuhnya di sekolah, maka pelajar yang lemah dapat meningkatkan keyakinan diri apabila guru mampu memberi bimbingan sewajarnya sekali gus mengurangkan masalah disiplin yang rata-rata akan timbul akibat daripada pelajar yang tidak diberikan perhatian atau bosan dalam bilik darjah seterusnya berkecenderungan untuk memberontak dan menimbulkan masalah. Perkara yang harus dikaji semula ialah mengurangkan bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Cabaran utama dalam mendidik generasi zaman ini ialah lambakan pelajar dam kelas memandangkan sistem pendidikan percuma yang mengakibatkan ratarata rakyat Malaysia menjejaki bangku persekolahan. Masalah yang timbul ialah kesukaran bagi seseorang guru untuk menyampaikan isi pelajaran dan memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar. Kesulitan ini akan menyebabkan guuru sukar mengesan kelemahan pelajar terbabit dan pelajar tersebut akan berasa tersisih lantaran tidak memahami isi pelajaran sterusnya menghasilkan kepuusan perperiksaan yang sangat lemah. Jika jumlah pelajar dalam kelas dikurangkan, maka perhatian sepenuhnya dapat diberikan dan tumpuan dan fokus terhadap isi pelajaran bertambah seterusnya pelajar akan menghasilkan keputusan yang cemerlang.
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 21

Dari segi kurikulum pula, banyak aspek yang masih perlu dikaji secara mendalam oleh kementerian. Antaranya termasuklah matlamat sebenar pengajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam. Oleh sebab itu, reka bentuk pengajaran dan pembelajaran pula haruslah berdasarkan pengalaman hidup. Sebagai contoh, untuk memastikan penerapan nilai konservasi tercapai, maka pelajar haruslah mengadakan aktiviti luar misalnya membersihkan kawasan sekolah. Maka penerapan nilai-nilai lain juga akan berlaku misalnya nilai kerjasama serta penggabungjalinan dengan matapelajaran sains iaitu mengkaji bahan kitar semula dan guna semula supaya tidak menjadi sisa buangan. Bagi mata pelajaran Agama Islam pula, aktiviti seperti giliran melaungkan Azan di Surau sekolalah atau memberi ceramah agama di Surau mahupun sewaktu perhimpunan mingguan. Hal ini akan menjadi tabiat dan amalan sekiranya dipraktikkan, seterusnya memupuk perkembangan sahsiah yang sempurna. Cabaran seterusnya ialah mewujudkan sekolah pelbagai jurusan. Walaupun pada masa kini terdapat sekolah menengah vokasional dan teknik, adalah agak terlewat bagi murid-murid memasuki sekolah berkenaan pada umur tersebut. Sekolah aneka jurusan sewajarnya dipraktikkan sebaik sahaja tamat Ujian Penilaian Menengah Rendah(UPSR) lagi. Hal ini demikian kerana adalah lebih mudah bagi murid-murid memahami isi pembelajaran yang bersandarkan kepada minat mereka. Guru juga akan memberi motivasi bahawa bidang yang mereka ceburi mempunyai jaminan masa hadapan. Masyarakat pada hari ini berpendapat bahawa jurusan sains lebih baik daripada jurusan sastera. Mereka memaksa anak-anak berusaha keras untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang sama sekali mereka tidak minati. Jika hal ini berlarutan, sudah semestinya kanak-kanak mengalami konflik dalam jiwa mereka seterusnya mewujudkan pelajar yang cemerlang pada kertas tetapi pincang dari segi jiwa. Dari segi keadaan fizikal sekolah pula, kerajaan haruslah memantapkan saluran kewangan bagi sekolah yang benar-benar memerlukan bantuan misalnya sekolah-sekolah di pedalaman dan di Sabah dan Sarawak. Untuk memastikan aspek intelek tercapai, penggunaan ICT secara meluas amatlah diperlikan begitu juga kelengkapan makmal komputer, LCD dalam bilik darjah dan guru-guru terlatih yang berpengalaman. Selain itu, amat penting bagi murid-murid di luar bandar didedahkan dengan hiburan misalnya
EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Page 22

televisyen di asrama untuk siaran berita dan program-program bermanfaat begitu juga dengan filem-filem menarik yang mempunyai penerapan nilai-nilai murni. Melalui pendedahan sebegini, murid-murid tidak mengalami sebarang kejutan budaya sekiranya mereka menyambung pelajaran di luar kelompok sosial dan budaya mereka. Dari segi jasmani pula, sekolah haruslah menyediakan prasarana selengkaplengkapnya terutama padang sekolah dan gelanggang serbaguna. Tidak dapat dinafikan bahawa peruntukan kerajaan melaui satu proses birokrasi yang amat panjang, oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan dana, tajaan dan sebagainya. Setidak-tidaknya mereka dapat membeli peralatan yang boleh diubah suai (modified-method) untuk memberi pendedahan dan sedikit pengetahuan sebelum bermain dalam keadaan sebenar. Sekiranya semua pihak mengambil inisiatif untuk memajukan sekolah, soal peruntukan bukan lagi isu yang perlu diperdebatkan. Pemakanan merupakan hal paling penting dalam perkembangan jasmani yang sempurna. Kantin sekolah haruslah bersih bagi mengelakkan penularan wabak dan sebagainya. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan sekolah memastikan makanan yang dibekalkan bersih dan berkhasiat. Dari segi rohani pula, sekolah harus menyediakan kemudahan beribadat contohnya bilik kecil untuk surau mini mahupun gereja mini dan sebagainya. Pihak pengurusan sekolah juga harus menyokong penglibatan murid untuk menyertai aktiviti keagamaan di luar waktu persekolahan di luar sekolah misalnya perarakan Maulidur Rasul, Perarakan Thaipusam, kelas fardhu-ain dan Sunday School. Dari segi emosi pula, sekolah harus menyediakan bilik kauseling seawal peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana adadalah agak lewat bagi pelajar sekolah menengah untuk diberi motivasi dan zaman kanak-kanak mereka akan terbuang begitu sahaja sekiranya masalah mereka dibiarkan tanpa sebarang bimbingan pakar kauseling.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 23

Kesimpulannya, kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu bagi memperkasakan pendidikan di negara kita. Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah misalnya dibentuk untuk memastikan pencapaian murid-murid adalah pada tahap paling optimum. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan strategi jangka panjang khusus memantapkan modal insan selaras dengan Lima Teras Misi Nasional. Walau bagaimanapun terdapat serba sedikit kekurangan dan kekangan menyebabkan progaram pendidikan yang direncanakan oleh tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Bagi memenuhi visi dan misi kerajaan ini, semua pihak harus berganding bahu bagi mencapai kecemerlangan bidang pendidikan di negara kita.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 24

REFLEKSI Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kami menyipakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek EDU 3101 : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk semester ini. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kalau tanpa usaha maka tidak terhasillah kerja kursus ini. Bercerita tentang pengalaman menerima tajuk tugasan ini, memang tidak dapat dinafikan keterujaan semua anggota kumpulan lebih-lebih lagi ini merupakan satu subjek yang baharu bagi kami. Kami telah duduk berbincang dalam kumpulan untuk mendalami soalan tugasan yang diberikan dalam bahasa Inggeris seterusnya membuat aktiviti sumbang saran mengenai perkara yang perlu dibuat. Akhirnya, kami telah merangka suatu jadual perlaksanaan tugasan untuk menyiapkan tugasan ini. Berbalik kepada keseluruhan proses membuat tugasan, sememangnya

komitmen daripada anggota kumpulan amat dihargai. Sesungguhnya kami mampu duduk berbincang, memberi pendapat serta menerima kritikan dengan sikap yang amat terbuka. Tidak ada seorang pun yang menjadi penumpang atau parasit dalam kumpulan ini memandangkan kami bekerja sebagai satu pasukan. Paling menarik sepanjang penghasilan kerja kursus ini kami lebih gemar membuat kerja bersama-sama berbanding mengagihkan tugas kerana bagi anggota kumpulan kami, definisi bekerja secara berkumpulan menurut padangan kami ialah semua aspek tugasan dibincangkan bersama, dibuat secara bersama dan tidak perlu diagihkan ataupun dibahagikan mengikut individu. Bagi kami, jika tugasan tersebut dibahagikan mengikut individu, maka tugasan tersebut ialah membukukan tugasan individu dalam satu folio, bukannya satu tugasan kumpulan. Dari segi bimbingan pula, pensyarah mata pelajaran iaitu Puan Noor Zalihah amat peka akan keperluan kami. Beliau sentiasa bertanyakan perkembangan tugasan dan memberikan input-input yang banyak membantu. Beliau juga sangat fleksibel dan amat mudah untuk di ajak berbincang mengenai tugasan.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 25

Salah satu insiden yang menarik dalam rangka membuat kerja kursus ini ialah apabila kami telah menyiapkan tugasan namun telah melencong daripada kehendak soalan. Pada hari sepatutnya tugasan ini dihantar, Puan Noor Zalihah telah mengesan kesilapan tersebut dan meminta kami membetulkannya. Beliau cukup bertimbang rasa dan melanjutkan tempoh tugasan kepada satu minggu memandangkan kami terpaksa merangka dan membuat semula tugasan yang baharu. Beliau juga menerangkan semula kehendak soalan dan kemungkinan-kemungkinan jawapan yang perlu ada dalam tugasan. Hanya setelah belajar daripada kesilapan tersebut, baharulah kerja kursus edisi kedua ini disempurnakan. Kejayaan menyiapkan kerja kursus ini membuktikan kejayaan kami bekerja dalam satu pasukan. Sebagaimana pahitnya terpaksa merombak dan mengolah semula tugasan ini, begitulah kami mengharapkan manisnya hasil tugasan ini nanti.

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 26

BIBLIOGRAFI Rujukan Buku 1. Mok Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 2. Hajah Noresah bt Baharom,dll. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Ahmad Mohd Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor. Oxford Sdn Bhd. 4. Ibrahim Saad. 1992. Perubahan Pendidikan di Malaysia, Satu Cabaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Mok Soon Sang. 2007. Pengantar Pendidikan TERAS untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 6. Noran Fauzan Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob. 1990. Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 7. Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 8. Manja Mohd Ludin. 1990. Psikologi Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Rujukan Internet 1. http://www.scribd.com 2. http://www.wikipedia.com 3. http://www.dbp.gov.my/majalah

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 27

EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Page 28

Anda mungkin juga menyukai