Anda di halaman 1dari 3

FEM 3301 ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN Penilaian Minggu 8-12 (5%) (1) Jelaskan isu-isu etika

a dan moral dalam pembangunan yang terdapat dalam keratan akhbar ini dan huraikan secara kritis. Antara isu-isu etika dan moral yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut ialah dari segi sikap dan cara orang yang menjadi amalan serta kebiasaan penduduk Kampung Medan sendiri dari segi cara yang kurang selamat iaitu tidak mematuhi undangundang jalanraya kerana sesuka hati menaiki kenderaan tanpa memakai topi keledar dan ada di kalangan penduduk Kampung Medan membawa kenderaan tanpa mempunyai lessen dan ada juga yang memiliki kenderaan tanpa insuran jalan. Ini melibatkan soal keselamatan yang hanya dipandang remeh dan biasa bagi mereka. Jika mereka mementingkan soal ini, mana mungkin mereka mengabaikan segala peraruran serta disiplin jalanraya seperti yang telah ditetapkan. Kurangnya penekanan dalam aspek ini membuatkan penduduk Kampung Medan tiada rasa bimbang serta hormat kepada pihak berwajib kerana terang-terangan melakukan kesalahan walaupun menaiki kenderaan tanpa memakai topi keledar dan melalui di hadapan Pondok Polis. Hal ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberi penekanan yang sebaiknya agar ia tidak terus-terusan menjadi trend atau budaya yang kurang baik untuk lapisan atau golongan yang akan datang.

Soal keselamatan sebegini jika dipandang remeh akan mempengaruhi aspek keselamatan lain juga dimana dari segi keselamatan penduduk setempat dalam dan dalam usaha menangani isu-isu social lain contohnya jenayah ragut, pecah rumah, merempit, culik, rogol serta lain-lain jenayah yang mungkin berlaku kerana penduduk tersebut kurang peka dan tidak menganggap serius akan perkara ini. Seperti yang terjadi pada kes adik Syarlinie yang tinggal di Taman Datuk Harun, tidak jauh dari Kampung Medan. Mengapa penduduk tidak mengambil ikhtibar dari peristiwa dan kejadian yang menimpa keluarga ini. Inilah yang di katakan kita hanya mapu mendengar perkara-perkara sebegini tanpa cuba untuk mengatasi atau mencari penyelesaian mengapa ianya terjadi. Apakah puncanya dan adakah ia punca dari sikap kurangnya kepekaan kita terhadap perkara serius seperti ini.

Jika soal keselamatan diri sendiri pun kurang di ambil penting, memandu dan menunggang kenderaan membawa anak untuk di hantar ke sekolah tanpa rasa bersalah dengan tidak memakai topi dan tiada lesen, bagaimana soal keselamatan lain yang lebih besar untuk di ambil perhatian. Hal ini akan terus menjadi amalan penduduk Kampung Medan kerana tiada pendedahan dan pendekatan serta kesedaran yang cuba di buat bagi keselamatan diri sendiri dan semua penduduknya.

Etika & Nilai Dalam Pembangunan FEM 3301

Inisiatif untuk mengubah cara dan budaya penduduk ini perlu di buat sekarang agar gejala-gejala buruk yang lain tidak bertambah menjadi lebih serius lagi. Sebagai penduduk yang peka akan semua masalah ini, keadaan Kampung Medan akan lebih baik dan terjamin kerana isu-isu keselamatan sudah dapat dijaga bersama.

(2)

Sebagai Wakil Rakyat di kawasan tersebut (Kg.Medan), senaraikan 3-5 cadangan/tindakan yang efektif untuk mengubah mentality & sosio-ekonomi penduduk ke arah pembangunan yang lebih holistik dan beradab. Tanggungjawab sebagai seorang Wakil Rakyat bukan mudah dan bukan semua orang mampu melaksanakannya. Bukan mudah untuk kita mengubah mentality sesebuah kampung kerana ianya melibatkan ramai pihak. Tetapi jika dilihat kepada ungkapan kata dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berkata, "infrastruktur kita di kelas pertama tetapi mentaliti kita pula di kelas ketiga. Antara cadangan dan tindakan yang efektif untuk mengubah mentality dan sosioekonomi penduduk Kampung Medan ke arah pembangunan yang lebih holistic dan beradadap adalah menubuhkan Jawatankuasa penggerak bagi memegang

tanggungjawab sebagai badan keselamatan kampung. Usaha ini dapat membantu memberi penekanan agar penduduk setempat menjadi lebih peka akan soal keselamatan diri sendiri dan hal sekeliling. Cadangan lain yang boleh dibuat adalah dengan menilai semula struktur jalanraya yang sedia ada. Memastikan segala papan tanda dan simbol yang boleh meberi kesedaran dan peringatan agar semua penduduk Kampung Medan terus peka dan celik untuk menjaga keselamatan seterusnya tidak melanggar arahan dan peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Mungkin pada mulanya akan terasa berat pada penduduk untuk mengikut segala perubahan ini, tetapi jika ianya dibuat secara berterusan akan terus meresap dalam diri setiap penduduk kampung untuk dijadikan budaya yang baik seterusnya masalah dan gejala buruk sebelumnya dapat dibuang terus. Ini penting kerana semua penduduk bakal melahirkan lapisan muda-mudi yang lebih menitik beratkan soal ini akibat melihat budaya yang telah diterapkan sejak mereka muda lagi. Penekanan dan tidakan dengan mengadakan kempen keselamatan kampung juga boleh membantu mengurangkan gejala ini berleluasa. Pihak-pihak berkuasa patut turun padang untuk sama-sama bekerjasama supaya hal ini dipandang serius oleh penduduk Kampung Medan. Contohnya menjemput wakil anggota polis atau yang lain untuk memberi ceramah keselamatan bagaimana untuk mengurangkan kadar jenayah

Etika & Nilai Dalam Pembangunan FEM 3301

dan keselamatan yang amat kian berleluasa kini. Usaha-usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Hanya dilakukan bila ada atau wujudnya sesuatu kes, baru ia dibuat. Kempen ini juga bertujuan untuk membentuk sikap dan meningkatkan tahap kesedaran kepada penduduk Kampung Medan dalam membudayakan keselamatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan semua pihak. Dengan adanya langkah-langkah dan tindakan-tindakan sebegini dapat mengubah mentality masyarakat Kampung Medan dalam menjadi sebuah kelompok masyarakat yang lebih peka dalam isu-isu serius seperti ini. Sekeras-keras kerak nasi, lama kelamaan akan lembut juga jika terkena air. Begitu juga perbandingan dengan masyarakat dan penduduk ini, jika ada pembentukan dan usaha yang positif, maka sesuatu yang baik akan berlaku walaupun ianya tidak berlaku seratus peratus.

Etika & Nilai Dalam Pembangunan FEM 3301

Anda mungkin juga menyukai