Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Negara kita mencatatkan angka kematian jalan raya yang tinggi dan sering menjadi fokus
perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar di Malaysia. Kemalangan menyebabkan kesan
seperti kehilangan nyawa, hilang mata pencarian, kehilangan insan tersayang dan lain-lain lagi.

Peratusan kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada
musim perayaan. Punca kemalangan disebabkan faktor kenderaan, factor pemandu, keadaan
jalan raya dan lain-lain lagi. Sebelum nasi menjadi bubur, isu ini perlu ditangani bagi

mengatasi masalah ini daripada terus menular.

Isi 1: Menyelenggara kenderaan

- Menghantar kenderaan untuk diselenggara secara berkala.

- Elak kenderaan menghadapi masalah di jalan raya (brek rosak, lampu kenderaan rosak, hilang
kawalan dan sebagainya)

Isi 2: Pendidikan di sekolah

- Memasukkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam silibus pendidikan di sekolah.

- Mendidik murid untuk peka dan mengamalkan langkah berjaga-jaga apabila dewasa.

Isi 3: Pemantauan oleh pihak berkuasa/ penguatkuasaan undang-undang

- Meningkatkan pantauan oleh polis trafik di jalan-jalan yang berisiko kemalangan

- Memasang kamera litar tertutup

- Meningkatkan denda terhadap pemandu yang melakukan kesalahan terutama yang memandu
secara berbahaya dan mabuk

Isi 4: Kempen-kempen keselamatan

- Menyedarkan dan mengubah sikap pemandu

- Berhati-hati (memandu mematuhi had laju)

- Tidak lalai (fokus dan tidak menggunakan telefon semasa memandu)

- Mendedahkan orang awam berkaitan titik buta


Isi 5: Penggunaan pengangkutan awam

- Dapat mengurangkan kesesakan jalan (mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya)

- Mengurangkan risiko kemalangan akibat pemandu mengantuk semasa memandu di jalan

raya

Penutup

- Isu kemalangan perlu dipandang serius – melibatkan nyawa rakyat

- Melibatkan ekonomi negara kerajaan mengeluarkan dana untuk membaik pulih infrastruktur
jalan

Semua pihak perlu bekerjasama – mengurangkan kemalangan

Diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah
keselamatan jalan raya
Pendahuluan

Remaja sering dikaitkan dengan masalah disiplin.

Membimbangkan semua pihak.

Masalah disiplin seperti buli, ponteng sekolah dan vandalisme semakin hangat diperkatakan
oleh masyarakat.

Masalah disiplin dalam kalangan murid ini sudah semestinya akan memberi kesan negatif
terhadap diri, keluarga dan sekolah mereka.

- Terdapat beberapa punca kemerosotan tahap disiplindalam kalangan murid.

Isi 1: Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam

membentuk sahsiah anak-anak.

- Ibu bapa zaman sekarang kebanyakannya mementingkan

pekerjaan atau wang. Menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai.

Masalah keluarga dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau murid.

Ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan
mereka berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga.

Kebanyakan murid bermasalah sering mengalami masalah keluarga.

Mereka akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah,
bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Isi 2: Kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini

Pihak sekolah merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah
terjejas.

Menyebabkan ada murid yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah.

Kekurangan guru disiplin menyebabkan murid semakin berani melakukan kesalahan disiplin.

Pihak sekolah terlalu mementingkan dan mengejar pencapaian akademik semata-mata dan
mengabaikan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid.

Menyebabkan mereka semakin berani untuk bertindak sesuka hati dengan melanggar disiplin
sekolah.
Isi 3: Pengaruh media massa

Media massa seperti televisyen dan majalah telah memberi kesan yang mendalam terhadap
kehidupan murid pada masa ini.

Mereka alpa dan mudah terpengaruh dengan apa-apa yang disajikan oleh media massa.

Sebagai contoh, murid yang menonton filem aksi ganas cenderung untuk melakukan aksi ganas
tersebut Ketika bersama-sama rakan di sekolah.

Antara program yang memaparkan aksi ganas yang terdapat di televisyen ialah pertandingan
gusti dan filem tentang rompakan bank dan sebagainya.

Penutup

- Semua pihak hendaklah berganding bahu sehingga ke akar umbi.

Tidak hairanlah masalah buli dan perbuatan mencuri dalam kalangan murid di sekolah semakin
menjadi-jadi.

Mereka akan berasa bangga jika dapat mencontohi dan meniru aksi yang dipaparkan di media
massa.

Menyebabkan kemerosotan tahap disiplin murid dan tidak mustahil akan menjadi lebih serius
sehingga menjadi kes jenayah.

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,

Langkah yang drastik dan efektif perlulah diambil supaya masalah disiplin ini dapat dikurangkan.

Jika masalah ini dapat dibendung dengan lebih awal, masalah disiplin tidak lagi menghantui
masyarakat kita.

Masalah disiplin merosakkan akhlak, akidah dan masa depan murid.

Hasrat negara untuk melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan
menjadi realiti.

Anda mungkin juga menyukai