Anda di halaman 1dari 3

LARI BERPAGAR (HURDLE)

Pengenalan

Acara lari berpagar memerlukan aplikasi teknik yang tepat dan betul

Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan kperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yan tinngi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

Kategori Acara Lari Berpagar

Kenapa ada yang terbang terbalik tu?

Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagi setiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak bagi setiap kategori acara tersebut, ialah:

1. 110 meter lari berpagar (L) 2. 110 meter lari berpagar (P)

3. 4000 meter lari berpagar (L) 4. 400 meter lari berpagar (P)
Kemahiran Lari Berpagar Terdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah: Permulaan Lonjakan Mendarat Penamat

Kombinasi teknik dalam acara lompat berpagar

(a) Fasa permulaan Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja. Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.

Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki yang melangkah pagar. (b) Fasa lonjakan Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

Ketinggian atlet Kelajuan larian Jarak jangkauan kaki hadapan Kelajuan langkah kaki hadapan

Jarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga bergantung kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan meminimumkan pergerakan di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip) membantu keselesaan di udara dan dapat menimbangi daya tarikan graviti.

Gaya lonjakan kaki yang baik:

Meninggalkan muka trek sama seperti pecut Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki Kaki hadapan diangkat tinggi Kepala tegak memandang ke hadapan Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

(c) Fasa layangan

Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari dengan kaki belakang dengan pantas. Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

(d) Fasa mendarat

Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar. Berat badan di hadapan kaki. Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas. Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

(e) Fasa penamat

Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat. Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang. Pecut hungga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja.

Anda mungkin juga menyukai