Anda di halaman 1dari 14

Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman

PEMBENTANGAN TUGASAN PROJEK EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Nama Ahli Kumpulan : 1. Vikneswary A/P Arjunan 2. Nurshahrina binti Ahmad Tarmizi Kursus : BIMBINGAN SEMESTER 1 PISMP Nama Pensyarah : En. Jamalludin bin Mohamad Rashid

SOALAN 1
-Lawrence Kohlberg mencadangkan

bahawa perkembangan penaakulan moral seseorang individu berlaku melalui tiga tahap moral. Bincangkan tiga tahap moral tersebut secara terperinci beserta dengan contoh-contoh yang relevan dan jelas.

PENGENALAN

PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG


Tahap 3 : Tahap 2 :
Konvensional Tahap 1 : Prakonvensional (9-15 tahun) Post Konvensional (16 ke atas) 1 : Etika Kontrak Sosial & Hak Individu 2 : Etika Prinsip Sejagat

1 : Orientasi Perlakuan Baik (0-9 tahun) 2 : Akur kepada sistem sosial & etika 1 : Orientasi kepatuhan peraturan dan hukuman 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi

TAHAP 1 PRA-KONVENSIONAL
Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak dendaan / untuk memperoleh ganjaran / kepentingan diri dan satu-satu tingkah laku yang tidak didenda dianggap betul.

PERINGKAT 1 : Orientasi Kepatuhan & Hukuman Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi / mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Cth :

Aminah terpaksa membuat kerja rumah Matematik kerana takut didenda oleh Pn.Aishah, guru Matematik.

PERINGKAT 1 : Orientasi Ganjaran Peribadi Individu melakukan mendapatkan balasan. sesuatu berdasarkan keinginan untuk

Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran yang bakal diterima.

Cth : Emak : Shah, boleh pergi kedai, tolong mak beli roti ? Shah (Anak) : IIIsshh..tak nak la mak! Emak : Tolong la sayang! Shah (Anak) : Apa emak bagi kalau Shah pegi kedai nanti ? Emak : Emak bagi Shah upah seringgit la.

TAHAP 2 KONVENSIONAL
Tahap ini merupakan tahap pertengahan dalam teori ini. Seseorang individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan komuniti. Peringkat ini kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur 9 tahun hingga 15 tahun. Terdapat dua peringkat iaitu Peringkat 3 dan Peringkat 4.

Peringkat 3 Orientasi Perlakuan Baik


Mereka mula mematuhi peraturan yang diberikan mengikut persetujuan dan kebenaran pihak lain. Perlakuan yang baik bermaksud mereka ingin dianggap anak atau pelajar yang mematuhi arahan dan mendengar kata. Contoh :

Raju

: Ahmad, janganlah buang sampah di sini. Inikan taman bacaan.

Ahmad : Terpulanglah aku nak buat apa. Cikgu : Ahmad, tak baik buat macam tu. Betul kata Raju.

Peringkat 4 Akur kepada Sistem Sosial & Etika Peraturan


Peringkat ini melibatkan kanak-kanak atau remaja lebih mematuhi peraturan yang diberikan sebulat-bulatnya mengikut persetujuan dan kebenaran undang-undang yang telah ditetapkan oleh masyarakat bagi mengelakkan denda dan menjaga kesejahteraan komuniti tersebut. Contoh :

Ahmad merasa takut untuk mengikut kawan-kawannya di sekolah menconteng bahagian belakang dinding bangunan sekolah. Dia bimbang ditangkap oleh guru disiplin dan kemungkinan akan didenda.

TAHAP 3 POS KONVENSIONAL


Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam teori ini. Seseorang individu mula meneroka pilihan dan memilih alternatif-alternatif lain. Mereka memiliki kod moral dan etika untuk diri sendiri. Peringkat ini biasanya terjadi kepada remaja yang berumur 16 tahun ke atas. Terdapat dua peringkat iaitu Peringkat 5 dan Peringkat 6.

Peringkat 5 Etika Kontrak Sosial & Hak Individu


Remaja menggunakan nilai, hak dan prinsip bagi memenuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi mematuhi ketenteraman sosial. Mereka berpendapat undang-undang yang ingin dipatuhi fleksibel dan mempunyai alternatif yang dapat memenuhi hak-hak individu. Contoh :
Mardhiah membongkokkan sedikit tubuhnya untuk berjalan di hadapan tetamu yang berkunjung di rumahnya. Dia masih mengingati pesanan emaknya iaitu menghormati dan menjaga adab-adab dalam masyarakat.

Peringkat 6 Etika Prinsip Sejagat


Peringkat ini melibatkan soal moral seseorang individu yang memiliki kod-kod moral dan etika yang tersendiri bagi menepati hak-hak masyarakat sekeliling. Mereka menginginkan kesamaan hak, menghormati maruah dan prinsip untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Contoh :
Jue memakai pakaian yang menutup aurat apabila menziarahi upacara kematian jirannya yang meninggal dunia. Penggunaan pakaian yang baik dan sopan dapat menjaga maruah diri sendiri dan orang sekeliling.

RUJUKAN
Bahan ilmiah

1.
2. 3.

Mok Soon Sang (2012) : Perkembangan Kanak-Kanak (edisi ketiga). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
Jas Laile Suzana Jaafar (2008) : Pengenalan Kepada Psikologi KanakKanak Dan Remaja. Arah Pendidikan Sdn. Bhd., Selangor Darul Aman. Haliza Hamzah, Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) : Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor.

Laman web 1. 2. http://www.slideshare.net/TESAALEXSUHENDRHA/tahap-perkembanganmoral-kohlberg http://orthevie.wordpress.com/2010/05/29/teori-perkembangan-moralmenurut-kohlberg/

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai