Anda di halaman 1dari 2

TEORI PERKEMBANGAN MORAL Lawrence Kohlberg 3 Tahap dengan 2 peringkat penaakulan moral bagi setiap tahap Tahap 1 : Pra-Konvensional

Tahap paling bawah Tingkahlaku dinilai berdasarkan hukuman dan ganjaran Peringkat 1 : Orentasi Kepatuhan dan Hukuman Kanak-kanak patuh arahan kerana takut hukuman Peringkat 2 : Orentasi Jangkaan Individu Tingkahlaku kanak-kanak didorong kerana ganjaran

Tahap 2 : Konvensional Tahap pertengahan Mula mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling Peringkat 3 : Orentasi Perlakuan Baik Menerima sepenuhnya moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan orang sekeliling kerana ingin menjadi kanak-kanak / remaja yang patuh dan berkelakuan baik Peringkat 4 : Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan Tingkahlaku berdasarkan peraturan / undang-undang yang ditetapkan kerana memelihara kesejahteraan masyarakat Tahap 3 : Post-konvensional Tahap paling tinggi Mula meneroka pilihan / alternatif lain. Membina kod moral / etika sendiri Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Menerima peraturan / undang-undang yang menepati hak individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat Individu mempunyai kod moral / etika tersendiri yang menepati hak individu sejagat Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu Menghormati prinsip individu lain

Menurut Kolhberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak berbalik. kanak-kanak yang berumur 4 tahun Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada keduadua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undangundang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undangundang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia. individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai