Anda di halaman 1dari 28

Topik

Pengenalan kepada Pengurusan Tingkah Laku

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep asas pengurusan tingkah laku; Menghuraikan andaian asas mengenai tingkah laku; Memerihalkan sejarah perkembangan analisis dan pengurusan tingkah laku; dan Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari dalam aktivti yang disediakan.

X PENGENALAN
Cikgu Amira baru ditugaskan untuk mengajar di Kelas Anggerik yang merupakan sebuah kelas khas bermasalah pembelajaran. Beliau risau dengan perangai salah seorang muridnya yang bernama Dali. Di dalam kelas, Dali tidak boleh duduk diam dan suka mengamuk tanpa mengira masa. Tingkah laku Dali ini mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Sekiranya anda berada di tempat Cikgu Amira, apakah yang akan anda lakukan? Untuk mengendalikan keadaan sebegini, seseorang guru itu haruslah mampu menganalisis dan mengurus tingkah laku. Topik ini akan memperkenalkan anda

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

kepada konsep pengurusan tingkah laku dan juga membincangkan sejarah perkembangan analisis dan pengurusan tingkah laku.

AKTIVITI 1.1
Perhatikan salah seorang anak anda atau murid anda. Cuba kenal pasti satu tingkah lakunya yang boleh dianggap negatif. Tanya diri anda mengapa dia bertingkah laku sedemikian dan apakah kesan tingkah lakunya itu?

1.1

KONSEP KEMAHIRAN HIDUP

Tahukah anda apa yang dimaksudkan tingkah laku? Kita mempunyai pandangan sendiri mengenai definisi tingkah laku. Mari kita melihat definisi pakar mengenai tingkah laku. Terdapat berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seperti aktiviti, aksi, perbuatan, gerak balas dan reaksi (Martin & Pear, 1996). Pada asasnya, tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan. Sekarang mari kita lihat rumusan takrifan tingkah laku manusia menurut Miltenberger (2001):

Apakah tingkah laku nyata (overt)? Ia adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Bagaimana pula dengan tingkah laku tidak nyata (covert)? Ia merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

Adakah warna rambut seseorang itu tingkah laku? Adakah menyikat rambut itu tingkah laku? Adakah kasut yang dipakai tingkah laku? Adakah memakai kasut itu tingkah laku. Kalau anda jawab tidak bagi soalan pertama dan ketiga; dan menjawab ya kepada soalan kedua dan keempat, anda berjaya memahami maksud tingkah laku. Tahniah! Secara amnya terdapat persamaan dan perbezaan tingkah laku seseorang. Perbezaan tingkah laku disebabkan oleh beberapa perkara misalnya, perbezaan individu, perbezaan dalam bentuk keluarga , kekurangan upaya atau kerencatan, faktor persekitaran dan faktor psikologi. Kita sebagai ibu bapa dan guru juga tahu ada kalangan anak atau murid kita mempunyai masalah tertentu dalam tingkah laku. Ada pelbagai jenis tingkah laku kanak-kanak. Ada yang suka bergaduh, ada yang terlampau aktif, ada yang suka menangis, ada yang suka berbohong dan sebagainya. Tingkah laku ini juga bergantung pada tahap keterukannya sama ada serius, sederhana atau ringan. Mari berfikir sejenak! Bagaimana cara anda melihat masalah tingkah laku dikalangan kanak-kanak? Ada dua cara orang melihat masalah tingkah laku pada kanak-kanak iaitu:
Cara Pertama Cara Kedua Mereka melihat kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak yang bermasalah. Mereka melihat kanak-kanak itu mempunyai masalah.

Bagaimana pandangan anda? Adakah anda berpandangan seperti pandangan yang pertama atau kedua? Mari kita lihat penjelasan lanjut mengenai pandangan tersebut. Pandangan yang pertama iaitu melihat kanak-kanak dan masalah sebagai satu perkara yang sama. Pandangan sebegini akan membentuk sikap negatif kita terhadap kanak- kanak itu. Ini akan menyukarkan usaha kita untuk membantu mereka. Pandangan kedua pula melihat kanak-kanak dan masalah sebagai dua perkara yang berasingan. Pandangan sebegini akan memudahkan kita mengurus dan mengubahsuai tingkah laku yang negatif. Kita semua ingin membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku tetapi bagaimana kita dapat membantu mereka? Kita hanya perlu berikan sedikit masa untuk lebih memahami keadaan mereka dan cara mengurus

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

tingkah laku mereka dengan betul. Teruskan membaca perbincangan seterusnya, mudah-mudahan anda akan mendapat jawapannya!

1.1.1

Anteseden, Tingkah Laku dan Konsekuen

Sekarang kita akan berbincang mengenai konsep anteseden, tingkah laku dan konsekuen. Ingat, tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran. Kita tidak hanya prihatin dengan tingkah laku kanak-kanak tetapi juga dengan apa yang berlaku sebelum dan selepas perbuatan kanak-kanak itu.

Rajah 1.1: Anteseden, tingkah-laku dan konsekuen

Apa yang ditunjukkan oleh Rajah 1.1 dikenali juga sebagai ABC (AntecedentBehaviour-Consequence) atau Anteseden-Tingkah laku-Konsekuen. Tingkah laku yang diperhatikan dipengaruhi oleh peristiwa sebelum dan selepasnya. Pakar pengurusan tingkah laku percaya anteseden dan konsekuen respon seseorang kanak-kanak boleh dikawal bagi mengubah suai tingkah lakunya. Tingkah laku ditentukan oleh konsekuennya. Lihat cerita ini: Sani bergaduh (tingkah laku) dengan kawannya. Dia digantung daripada sekolah (konsekuen). Sani tidak lagi bergaduh selepas itu kerana dia suka bersekolah.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

Di sini kita dapat lihat, bahawa konsekuen adalah kesan daripada tingkah laku seseorang. Kita juga perlu tahu bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh anteseden. Apa yang berlaku dalam persekitaran boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Jumlah murid di dalam kelas, saiz kelas, keadaan di rumah, kelakuan rakan sekelas serta pengajaran guru merupakan antara anteseden yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang murid. Ambil contoh cerita ini. Ali kawan Sani mengambil buku Sani (anteseden). Sani bergaduh (tingkah laku) dengan kawannya. Sekiranya kita mengambil tindakan atau mengawal anteseden itu sebelum ia berlaku, mungkin pergaduhan itu tidak berlaku. Untuk memudahkan lagi anda memahami konsep ABC atau Anteseden Tingkah laku-Konsekuen ini cuba lihat rajah di bawah:

Rajah 1.2: Elemen utama strategi pengurusan tingkah laku Sumber: Wallace dan Kauffman (1986)

Setelah melihat Rajah 1.2 anda akan dapat lihat apa dimaksudkan dengan Anteseden-Tingkah laku-Konsekuen. Analisis ABC inilah yang boleh kita gunakan untuk memanipulasi peristiwa sebelum dan selepas sesuatu tingkah laku. Contohnya, anda memberi hadiah kepada anak anda, dia melompat kegembiraan dan anda saling berpelukan. Cuba fikirkan yang manakah

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

anteseden, tingkah laku dan konsekuen. Syabas, sekiranya anda jawab memberi hadiah itu anteseden, melompat kegembiraan itu tingkah laku, dan anda berdua saling berpelukan itu konsekuen. Nampaknya anda sudah memahami ABC!

AKTIVITI 1.2
Bayangkan tingkah laku anak anda apabila anda enggan membeli barang mainan yang diminta oleh anak anda. Yang mana satu anteseden, tingkah laku, dan konsekuen? Sekiranya anda belikan barang mainan tersebut, adakah tingkah laku itu berubah? Bincang dengan rakan anda.

1.1.2

Respons dan Stimuli

Mari kita sama-sama lihat Rajah 1.3. Cuba renung dan fikirkan.

Rajah 1.3: Gambar berkaitan rangsangan dan respon Sumber: Martin & Pear (1996)

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

Rangsangan boleh menghasilkan respon daripada penerimanya. Rangsangan lazimnya menggalakkan seseorang melakukan sesuatu perlakuan. Namun kita perlu memahami konsep rangsangan dan respon serta kesannya dalam pendidikan. Setiap masa kita menerima pelbagai stimulus atau rangsangan dalam kehidupan kita. Rangsangan berlaku semasa kita mendengar bunyi hon kenderaan, melihat anak kita bersiap-siap ke sekolah, tersentuh seterika panas atau terhidu bau masakan jiran sebelah. Kita akan bergerak balas terhadap rangsangan itu. Stimuli Mencungkil menghasilkan respon atau gerak balas yang tidak bergantung pada sebarang peneguhan atau stimuli konsekuen (Schwitzbel & Kolb, 1974 dalam Cole & Chan, 1990). Stimuli Mencungkil boleh berbentuk perkataan yang diucapkan oleh guru, teks bercetak dalam buku yang dibaca, simbol matematik atau tunjuk cara guru dalam pengajaran. Seperti yang telah kita bincangkan dalam perenggan di atas terdapat berbagai-bagai bentuk stimulus atau rangsangan. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai respons dan stimuli ini dalam Teori Pelaziman Klasik. Anda boleh semak dalam bahagian Sejarah Perkembangan Analisis dan Pengurusan Tingkah Laku. Dalam kelas, guru selalu menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Lazimnya guru akan memberi arahan kepada murid dan mendapat respon terhadap arahan itu. Sebagai contoh, seorang guru menyoal muridnya,Ke mana kamu pergi tadi?. Murid anda memberi jawapan dan itulah responnya. Namun kita perlu tahu bahawa rangsangan jenis ini (Stimuli Mencungkil) tidak sentiasa berlaku. Rangsangan jenis ini juga tidak semestinya menghasilkan tingkah laku yang dikehendaki. Oleh itu, kita perlu banyak menggunakan peneguhan berbanding terlalu bergantung kepada Stimuli Mencungkil. Jadi tahukah anda apakah perbezaan antara rangsangan dengan peneguhan? Anda boleh dapat jawapannya dalam subtopik seterusnya.

1.1.3

Peneguhan dan Hukuman, Gesaan dan Kiu

Setiap guru pasti pernah melakukan peneguhan, hukuman, gesaan (prompts) dan kiu semasa mengajar dalam kelas. Amalan ini merupakan asas dalam pengurusan tingkah laku. Sekarang kita akan berbincang mengenai: (a) Peneguhan Peneguhan boleh dalam bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Apabila peneguhan diberi pada masa yang diperlukan kepada tingkah laku tertentu, maka peneguhan tersebut akan berupaya meningkatkan kekuatan atau kekerapan tingkah laku yang diingini itu. Secara umumnya, peneguhan menggalakkan berlakunya sesuatu tingkah laku.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(b)

Hukuman Hukuman boleh menyebabkan tingkah laku tertentu semakin berkurangan pada masa hadapan.

Rajah 1.4 menerangkan tiga bahagian dalam definisi hukuman. Mari kita lihat setiap bahagian dalam definisi hukuman.

Rajah 1.4: Definisi hukuman

Hukuman boleh menjadi sebagai satu pengawal tingkah laku yang berkesan. Walaupun begitu, perlu diingat bahawa hukuman ada kelemahannya. Lazimnya hukuman hanya berupaya menyekat sesuatu tingkah laku buat sementara waktu sahaja. Hukuman tidak menggalakkan seseorang itu membuat pembelajaran semula atau mempelajari tingkah laku yang lebih diingini. Hukuman juga boleh menimbulkan perasaan negatif dalam diri mereka yang dihukum, malah boleh meningkatkan tingkah laku agresif seperti marah dan benci. Oleh itu, jadikan hukuman pilihan terakhir dan pastikan anda berhati-hati menggunakannya. Terdapat dua jenis hukuman iaitu hukuman positif dan hukuman negatif (Rujuk Rajah 1.5). Perbezaan antara hukuman positif dan negatif ini dapat ditentukan oleh konsekuen daripada tingkah laku tersebut.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

Rajah 1.5: Hukuman positif dan hukuman negatif

Berdasarkan rajah di atas, dapat kita lihat perbezaan antara hukuman positif dan hukuman negatif. Dalam hukuman positif dapat diperhatikan bahawa terdapat rangsangan aversif yang akan menyebabkan individu yang dihukum akan berasa kurang senang. Sementara dalam hukuman negatif pula terdapat penarikan rangsangan yang diberikan bagi untuk meneguhkan sesuatu tingkah laku. Sesuatu hukuman perlu diberikan dengan berhati-hati, sebaik-baiknya diikuti dengan peneguhan terhadap tingkah laku dikehendaki yang ditunjukkan. Setelah hukuman diberikan beberapa kali, ugutan untuk menghukum sudah memadai bagi menghentikan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Seterusnya anda tentu ingin tahu apakah itu prompts?

Prompts atau gesaan digunakan untuk meningkatkan kemungkinan seseorang


itu menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki pada masa yang betul. Gesaan adalah rangsangan yang diberikan sebelum atau semasa sesuatu tingkah laku itu ditunjukkan. Tahukah anda ada berapa jenis gesaan? Sila rujuk Jadual 1.1 untuk melihat dua jenis gesaan iaitu gesaan respon dan gesaan stimulus.

10 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Jadual 1.1: Gesaan Respon dan Gesaan Stimulus Gesaan Respon (a) Gesaan respon ialah tingkah laku orang lain yang menimbulkan respon yang dikehendaki. Terdapat beberapa jenis gesaan respon: (i) Gesaan lisan Gesaan lisan ialah apabila kita berkata sesuatu yang membantu seseorang melakukan tingkah laku yang dikehendaki. Gesaan gerak isyarat ialah apabila kita membuat gerak isyarat seperti memandang atau membuat gerak badan yang membantu respon yang betul. Gesaan tunjuk kita menunjuk dikehendaki tingkah laku orang lain. cara ialah apabila tingkah laku yang bagi membantu yang sama pada Gesaan Stimulus Gesaan stimulus melibatkan perubahan pada sesuatu stimulus atau penambahan atau penarikan stimulus bagi memastikan respon yang betul terjadi.

(b)

(ii)

Gesaan Gerak Isyarat

(iii)

Gesaan tunjuk cara

(iv)

Gesaan fizikal Gesaan fizikal ialah apabila kita membantu seseorang secara fizikal untuk individu itu bertingkah laku seperti yang dikehendaki.

Sekarang kita akan membincangkan tentang kiu. Apakah itu kiu? Penggunaan kiu membolehkan murid untuk membezakan antara sesuatu objek atau konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Kiu merupakan sebahagian daripada objek atau ciri sesuatu rangsangan. Contohnya, seorang ibu menghidangkan sayur-sayuran di meja semasa makan tengah hari. Ibu itu sedang memberi kiu supaya anak-anaknya makan sayur-sayuran. Satu contoh lain, seorang guru mewarnakan nombor 6 dengan warna biru dan nombor sembilan dengan warna merah. Ia merupakan kiu kepada murid untuk membantunya membezakan nombor 6 daripada nombor 9.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

11

Apakah pandangan anda sekarang terhadap peneguhan, hukuman, gesaan dan kiu? Sebenarnya kita biasa menggunakan semua itu di rumah atau di sekolah; cuma kadang kala kita tidak menyedarinya. Berapa kali anda memberi hadiah kepada anak anda apabila dia mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan? Berapa kali anda memuji murid anda apabila dia melakukan sesuatu perkara yang baik seperti membantu anda di sekolah? Berapa kali anda melarang anak anda menonton televisyen selagi dia tidak menghabiskan kerja sekolahnya? Ada di kalangan kita yang tidak sedar manfaat pembentukan dan pengubahsuaian tingkah laku. Kita perlu bijak menggunakan peneguhan, hukuman, gesaan dan kiu secara terancang dan teratur bagi membantu perkembangan anak dan murid kita.

AKTIVITI 1.3
Cuba senaraikan objek, hadiah, pujian, senyuman, kata-kata perangsang seperti bagus, tunjuk cara dan dendaan yang anda gunakan semasa mengajar di dalam satu kelas. Kategorikan mengikut apa yang telah anda pelajari di sini. Cuba juga lihat kesannya terhadap murid anda.

1.2

ANDAIAN ASAS MENGENAI TINGKAH LAKU

Bagaimana kalau dikatakan kita boleh mengajar kucing menari? Adakah anda bersetuju? Marilah kita bincangkan tentang andaian asas mengenai tingkah laku.

1.2.1

Tingkah Laku boleh Dipelajari, Diubah atau Diubah Suai

Falsafah dan konsep pengurusan tingkah laku kebanyakannya diasaskan kepada teori behaviorisme. Ini berasaskan idea bahawa setiap tingkah laku diperoleh menerusi pelaziman yang berlaku melalui interaksi seseorang dengan persekitaran. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui penjelasan lanjut mengenai teori di atas. Menurut ahli teori behaviorisme, pembelajaran merupakan perubahan yang secara relatifnya kekal dalam tingkah laku, keupayaan atau sikap. Ia diperolehi melalui pengalaman. Oleh itu, tingkah laku boleh diajar dan boleh dipelajari oleh setiap kanak-kanak. Apabila sesuatu tingkah laku itu boleh dipelajari, maka sudah tentu tingkah laku juga boleh diubah atau diubah suai. Kebanyakan

12 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

tingkah laku berbentuk operan dan bukannya responden (Stone, 2007). Oleh itu, tingkah laku berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan konsekuen yang berbeza. Menurut beliau lagi, operan adalah tingkah laku disengajakan termasuk kebanyakan perkara yang kita lakukan atau cakapkan setiap hari. Responden pula merupakan respon automatik terhadap rangsangan yang diberikan sebelum itu. Anda perlu ingat prinsip-prinsip berikut baik-baik! Beberapa prinsip utama dalam pengubahsuaian tingkah laku dapat dilihat dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Prinsip-prinsip utama pengubahsuaian tingkah laku

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

13

Cuba lihat apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari. Kita mengajar anak kita memakai baju dengan betul. Kita mengajar murid kita membaca, menulis, mengira dan menaakul. Apa kita lakukan bila anak kita enggan membantu kita menyapu lantai di bilik tamu? Adakah kita memarahinya atau memberinya ganjaran? Marah kerana dia tidak menyapu atau memberi ganjaran supaya dia mula membantu kita menyapu? Mengapa kita lakukan semua itu? Kita hendak mengajar anak kita pengetahuan baharu atau tingkah laku yang betul. Kita sebenarnya berperanan sebagai seorang pengurus pembelajaran dan tingkah laku kepada anak-anak kita dan murid-murid kita. Rasanya anda sudah bersedia untuk terus membaca teks ini.

Rajah 1.7: Gambar berkaitan mengenal pasti masalah tingkah laku

Sesuatu tingkah laku perlu dikenal pasti, ditakrif secara objektif dan spesifik. Ini adalah penting bagi kita untuk mengawal ataupun menghilangkan tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan tingkah laku yang tidak diingini kepada yang diingini.

14 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.2.2

Objektif Tingkah Laku Haruslah Spesifik dan Jelas

Kita mula perbincangan dengan mengingati pelan lima langkah. Lihat Rajah 1.8.

Rajah 1.8: Pelan 5 langkah dalam pengurusan tingkah laku

Sekiranya anda dapat mengingat lima langkah seperti yang ditunjukan di atas, anda akan mudah memahami perbincangan seterusnya. Walau bagaimanapun cuma langkah pertama sahaja yang dibincangkan dalam Topik 1. Langkahlangkah seterusnya akan dibincangkan dalam topik yang berikutnya. Langkah pertama yang mesti kita lakukan ialah mengenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai. Tingkah laku itu mestilah spesifik iaitu boleh diperhati, ditakrif dan diukur. Lihat contoh ini: Sirul merupakan murid yang degil. Adakah degil boleh diperhati, ditakrif dan diukur? Apa pendapat anda? Degil lebih merupakan sikap dan sifat yang merangkumi sekumpulan tingkah laku. Degil tidak dapat diperhati, ditakrif dan diukur secara spesifik.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

15

Bagaimana pula dengan contoh ini?

Sirul tidak mahu membuat kerja yang diberikan. Sudah tiga kali cikgu memberikannya kerja tetapi Sirul tetap enggan melakukannya.

Bolehkah tingkah laku tidak mahu membuat kerja ini diperhati, ditakrif dan diukur? Dalam contoh ini, dapat kita perhatikan dan memberi takrifan dari segi keadaannya secara spesifik iaitu tidak mahu membuat kerja yang diberikan. Tingkah laku ini juga boleh diukur kekerapannya iaitu sebanyak tiga kali. Kini kita akan membincangkan mengenai mentakrif tingkah laku dengan lebih lanjut. Dalam merangka Pelan Intervensi Tingkah Laku, kita terlebih dahulu mesti mentakrif tingkah laku sasaran dengan jelas. Elak daripada menggunakan label yang umum seperti mengamuk, kasar, gagap dan sebagainya. Label boleh memberi stigma negatif terhadap individu yang dilabelkan. Sebagai contoh, perkataan mengamuk boleh diganti dengan perkataan yang menggambarkan tingkah laku yang boleh ditakrif dengan jelas seperti menjerit, memaki rakan, membaling mainan ke lantai dan bergolek-golek di lantai sambil menendangnendang dinding atau lantai. Takrifan ini lebih spesifik, jelas dan lebih mudah diambil tindakan intervensi serta lebih mudah diurus. Apabila kita hendak mentakrif sesuatu tingkah laku sasaran, kita mesti kenal pasti dengan tepat apa yang dicakapkan atau dilakukan oleh seseorang kanakkanak yang melibatkan kekurangan atau kelampauan dalam tingkah laku yang disasarkan untuk diubah. Takrifan tingkah laku melibatkan kata kerja aktif yang menerangkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak. Takrifan itu perlu objektif yang jelas dan tidak samar-samar. Satu ciri baik takrifan tingkah laku ialah selepas kita mengenal pasti tingkah laku sasaran, beberapa orang pula ditugaskan memerhati tingkah laku tersebut dan merekodkan tingkah laku itu. Menurut Miltenberger (2001), proses ini dinamakan kebolehpercayaan antara pemerhati dan merupakan satu cara terbaik untuk mentakrif sesuatu tingkah laku sasaran. Selepas mentakrif tingkah laku sasaran, langkah seterusnya ialah kita perlu menentukan logistik perekodan. Ia termasuk aspek-aspek pemerhati, masa dan lokasi merekod. Pemerhati berkemungkinan terdiri daripada guru, ibu bapa, penjaga, ahli profesional seperti pakar psikologi dan kaunselor. Apa yang penting, pemerhati

16 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

itu perlu ada akses dan berada berdekatan dengan klien apabila tingkah laku sasaran berlaku. Bila dan di mana pemerhati hendak merekod? Pemerhati perlu merekod tingkah laku sasaran dalam tempoh masa tertentu. Ini dipanggil tempoh pemerhatian. Menurut pakar tingkah laku seperti Packer (2007), Miltenberger (2001), dan Martin dan Pear (1996), pemerhatian dan perekodan boleh dilakukan dalam situasi atau persekitaran semula jadi atau yang ditentukan. Pemerhati juga mesti memilih kaedah merekod yang sesuai dan instrumen sesuai untuk merekod. Ada beberapa kaedah merekod seperti kaedah kekerapan, berdasarkan tempoh masa, sela masa dan persampelan masa. Terdapat pelbagai instrumen perekodan yang boleh digunakan. Perkara ini kita akan bincangkan dengan lebih mendalam dalam Topik 3.

1.2.3

Program Pengurusan Tingkah Laku Haruslah Dilaksanakan Secara Individu dan Berfokuskan pada Persekitaran Kanak-kanak

Anda kini sudah tentu bersemangat untuk melaksanakan program pengurusan tingkah laku untuk anak atau murid anda. Dengan semangat begitu, program anda pasti berjaya. Beri perhatian kepada perkara-perkara seterusnya kerana ia akan banyak membantu pengurusan program anda nanti. Secara umumnya, terdapat lima peringkat dalam program pengurusan tingkah laku (lihat Rajah 1.9).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

17

Rajah 1.9: Lima peringkat dalam program pengurusan tingkah laku

Apa yang perlu kita fahami ialah program pengurusan tingkah laku haruslah dilaksanakan secara individu. Seperti yang kita sedia maklum, setiap individu adalah unik dan berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka mempunyai perbezaan keupayaan dan keperluan. Contohnya, Cikgu Amid menulis satu pelan intervensi tingkah laku untuk dua orang muridnya. Seorang murid mempunyai masalah iaitu suka mengganggu rakannya, manakala seorang lagi murid suka menjerit. Bagaimana Cikgu Amid hendak memberi fokus kepada dua orang murid yang mempunyai masalah yang berbeza? Situasi ini akan menyukarkan kita merancang dan melaksanakan pelan tindakan tersebut yang mana akhirnya matlamat kita tidak akan tercapai.

18 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Justeru, pelan intervensi tingkah laku perlu dirangka dan dilaksanakan secara individu. Sebelum ini kita telah berbincang mengenai konsep ABC. Anda masih ingat? Dalam konsep ABC atau anteseden-tingkah laku-konsekuen ini, persekitaran kanak-kanak memainkan peranan penting. Anteseden dan konsekuen melibatkan persekitaran. Justeru, tingkah laku secara langsung dipengaruhi oleh persekitaran. Teori Bioekologi yang dipelopori oleh Bronfren Brenner turut menekankan pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku individu. Amat penting bagi kita untuk memahami bahawa keadaan persekitaran seseorang memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi tingkah lakunya. Apabila kita berjaya mengubah keadaan persekitaran seseorang individu, maka tingkah laku yang tidak diingini juga akan berjaya diatasi. Pengaruh ibu bapa terhadap tingkah laku kanak-kanak adalah sangat besar (Sebestian & Osman Hashim, 2005). Ibu bapa berperanan menyediakan persekitaran yang kondusif seperti memberi kasih sayang, keselamatan, keperluan hidup yang cukup, pendidikan dan sebagainya untuk anak-anak mereka membesar. Mereka juga boleh menjalankan intervensi awal tingkah laku dengan baik dan berkesan. Mereka mempunyai banyak maklumat mengenai anak-anak mereka yang boleh membantu guru dalam pengurusan tingkah laku anak-anak mereka. Peranan ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik, datuk dan nenek serta saudara mara juga perlu dimanfaatkan oleh guru dalam program pengurusan tingkah laku ini kerana mereka mempunyai peranan masing-masing. Faktor tempat tinggal, kejiranan, sekolah, tempat ibadat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan juga boleh dilibatkan bagi membantu perkembangan tingkah laku kanak-kanak yang positif. Perlu diingatkan bahawa kita perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dalam menangani tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Kita perlu mengamalkan strategi pembelajaran dan pengajaran yang positif serta proaktif seperti menyediakan struktur pembelajaran yang kondusif dan mudah dijangka oleh kanak-kanak. Kita juga perlu menyediakan rutin bagi tingkah laku bersesuaian dengan kanak-kanak. Ganjaran juga perlu diberikan untuk tingkah laku yang betul yang ditunjukkan. Kita juga perlu sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada kanak-kanak. Malah, kita perlu jadi model dan idola kepada kanak-kanak supaya tingkah laku yang baik yang kita tonjolkan dapat mereka contohi. Jika ini dapat kita lakukan, maka kita telah menjadi guru yang terbaik.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

19

AKTIVITI 1.4
Cari seorang murid di dalam kelas anda. Kenal pasti satu tingkah sasaran. Takrifkan dengan jelas tingkah laku itu. Guna kamus atau bahan lain jika perlu. Tetapkan matlamat pengubahsuaian tingkah laku. Fikirkan juga mengenai peneguhan, gesaan dan kiu yang mungkin boleh digunakan.

1.3

SEJARAH PERKEMBANGAN ANALISIS DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Apakah teori-teori yang digunakan dalam analisis dan pengurursan tingkah laku? Siapakah pelopor teori-teori ini? Pernahkah anda mendengar nama-nama seperti Pavlov, Thorndike, Skinner, Watson dan Bandura? Kalau anda ingin tahu, nama-nama tersebut merupakan tokoh-tokoh pemikir model behaviorisme. Lihat Jadual 1.2 yang menunjukkan peristiwa penting sejarah perkembangan Model Behaviorisme.
Jadual 1.2: Peristiwa Penting dalam Sejarah Perkembangan Model Behaviorisme Tahun/Masa 1863 Peristiwa Penting dalam Perkembangan Model Behaviorisme Buku Ivan Sechenov bertajuk Reflexes of the brain diterbitkan. Beliau memperkenalkan konsep tindak balas rencatan (inhibitory responses) yang wujud dalam sistem saraf tunjang. Ivan Pavlov mula mengkaji respon air liur dengan dan gerak balas lain. Artikel Psychology as a behaviourist views tulisan John Watson diterbitkan. Ia menggariskan isi-isi utama behaviorisme. Watson dan pembantu beliau Rosalie Rayner menjalankan kajian

1900 1913 1920 1943 1948 1950 1971

Little Albert.
Buku karangan Clark Hull berjudul Principles of behaviour diterbitkan. B. F. Skinner menerbitkan Walden II yang menerangkan masyarakat Utopia berasaskan prinsip behaviorisme. Noam Chomsky menerbitkan Review of verbal behaviour yang mengkritik pandangan Skinner. B. F. Skinner menerbitkan buku berjudul Beyond freedom and dignity yang mengutarakan pandangan bahawa kebebasan daya usaha adalah satu ilusi. Sumber: Wagner (2007)

20 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Berdasarkan jadual ini, dapat kita rumuskan sejarah perkembangan analisis dan pengurusan telah berlaku sejak lama dahulu. Idea-idea mengenai tingkah laku manusia menjadi perdebatan dalam kalangan para pemikir. Pelbagai idea telah dikemukakan yang kemudiannya menjadi asas kepada bidang analisis dan pengurusan tingkah laku.

1.3.1

Pelaziman Klasik

Sekarang kita mulakan perbincangan dengan Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov. Beliau membuat kajian terhadap anjing. Beliau mendapati anjing mengeluarkan air liur sebelum makan. Anjing menyalak dan mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Kemudian beliau membunyikan loceng sebelum makanan diberikan. Beliau mendapati anjing tersebut mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi loceng. Seterusnya Pavlov hanya membunyikan loceng dan beliau mendapati anjing tersebut masih mengeluarkan air liur walaupun tidak diberikan makanan. Anjing itu telah dilazimkan dengan rangsangan baharu iaitu bunyi loceng menggantikan makanan. Untuk memudahkan kita faham, mari kita lihat Jadual 1.3 berikut:
Jadual 1.3: Istilah yang Digunakan Dalam Teori Pelaziman Klasik Istilah Refleks Ciri-ciri Respon tidak disengajakan terhadap stimulus tertentu seperti keluarnya air liur apabila terhidu atau melihat makanan yang sedap. Ini melibatkan kedua-dua stimulus dan gerak balas. Refleks yang dipelajari berbanding refleks semula jadi. Gerak balas yang dihasilkan oleh stimulus tidak terlazim tanpa lebih dahulu mempelajarinya. Stimulus yang menghasilkan gerak balas tertentu tanpa lebih dahulu mempelajarinya. Stimulus neutral yang mana selepas berulang kali dipasangkan dengan stimulus tidak terlazim, dikaitkan dengannya dan menghasilkan gerak balas terlazim. Gerak balas yang dihasilkan oleh stimulus terlazim disebabkan berulang kali dipasangkan dengan stimulus tidak terlazim. Gerak balas dipelajari semakin lemah dan akhirnya terus terhapus. Kemunculan semula gerak balas yang terhapus (dalam bentuk yang lebih lemah) apabila sesuatu organisma didedahkan kepada stimulus terlazim yang asal setelah suatu jurang tempoh. Sumber: Hamilton (2001)

Refleks Terlazim Gerak balas Tidak Terlazim (G) Stimulus Tidak Terlazim (S) Stimulus Terlazim (ST) Gerak balas Terlazim (GT) Penghapusan Pemulihan Spontan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

21

Tahukah anda apakah faktor yang mempengaruhi Pelaziman Klasik? Rajah 1.10 menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi Pelaziman Klasik.

Rajah 1.10: Antara faktor yang mempengaruhi Pelaziman Klasik

Mari kita lihat penjelasan lanjut faktor-faktor tersebut. (a) Jumlah pasangan Pasangan berulang kali stimulus terlazim dan stimulus tidak terlazim akan menghasilkan pembelajaran. Ia tidak berlaku hanya dengan satu pasangan. Secara umumnya, lebih banyak pasangan akan menghasilkan gerak balas terlazim yang lebih kuat. Intensiti sesuatu stimulus tidak terlazim Jika stimulus terlazim dipasangkan dengan stimulus tidak terlazim yang sangat kuat, gerak balas terlazim akan menjadi lebih kuat dan diperoleh lebih cepat berbanding apabila dipasangkan dengan stimulus tidak terlazim yang lemah. Sejauh mana stimulus terlazim boleh dipercayai meramal stimulus tidak terlazim? Stimulus neutral mesti boleh dipercayai meramal berlakunya stimulus tidak terlazim. (c) Jarak masa pasangan Jika pasangan stimulus terlazim dan stimulus tidak terlazim diberikan terlalu cepat secara berturutan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih lambat. Jika pasangan stimulus terlazim dan stimulus terlalu jauh jarak masa diberikan, maka akan berlaku juga pembelajaran yang lambat. Oleh itu, jarak masa yang diberikan perlu bersesuaian dengan keperluan sedia ada.

(b)

22 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sebagai rumusan, pelaziman klasik merupakan satu proses pembelajaran. Ia melibatkan proses membuat perkaitan antara stimulus neutral sebelum ini dengan satu stimulus yang secara semula jadi menghasilkan satu gerak balas. Sebagai contoh, bunyi pukulan rotan pada meja dipasangkan (diikuti) dengan perkataan diam oleh guru. Setelah satu perkaitan dilakukan terhadap keduaduanya, perkataan diam sahaja sudah boleh menghasilkan satu gerak balas positif tanpa perlu memukul rotan pada meja.

1.3.2

Pelaziman Operan

Apakah itu Pelaziman Operan? Teori Pelaziman Operan ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Pelaziman Operan ialah satu proses pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan atau dikurangkan bergantung pada peneguhan atau hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip hukum tindak balas. Ia bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuen atau akibat. Jika konsekuennya memuaskan, maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada masa hadapan. Sebaliknya, jika konsekuennya tidak memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike menganggap prinsip hukum tindak balas sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Untuk membantu pemahaman anda, cuba lihat Jadual 1.4 yang dipaparkan.
Jadual 1.4: Prinsip Hukum Tindak Balas Pelaziman Operan Konsekuen sesuatu tingkah laku cenderung untuk mengubah suai tingkah laku tersebut di masa hadapan. Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi. Manakala tingkah laku yang tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi. Apa jua yang mengukuhkan satu gerak meningkatkan kemungkinan ia akan berlaku. balas atau

Peneguh Pembentukan

Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi tingkah laku yang dikehendaki tersebut. Satu siri langkah latihan yang berperingkat dengan setiap langkah semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki. Sumber: Hamilton (2001)

Anggaran Berturutturut

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

23

Bagaimana kita hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman operan? Untuk menghasilkan gerak balas secara pelaziman operan, terdapat tiga perkara yang perlu kita laksanakan: (a) (b) (c) Tingkatkan motivasi klien kita. Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan. Gunakan Anggaran Berturut-turut dalam latihan pengubahsuaian tingkah laku kita.

Kita sebagai guru mestilah selalu memotivasikan murid kita dengan memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Kita boleh bercerita, menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan sebagainya. Kita perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pembelajaran dan pengajaran yang teliti. Ia perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat sehinggalah tercapai matlamat kita.

1.3.3

Teori Pembelajaran Sosial

Sekarang kita akan membincangkan Teori Pembelajaran Sosial. Tahukah anda siapakah pelopor teori ini? Albert Bandura merupakan pelopor teori ini. Nama lain bagi teori ini adalah pembelajaran melalui pemerhatian. Tahukah anda apakah idea utama teori ini? Secara mudah maksudnya belajar menerusi peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku orang lain dan konsekuen tingkah lakunya. Terdapat beberapa istilah lain yang mesti anda ketahui iaitu tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi pembelajaran melalui pemerhatian. Model ialah individu yang menunjuk cara satu tingkah laku atau menjadi contoh dalam pembelajaran melalui pemerhatian. Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperoleh menerusi peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan memerlukan peneguhan. Contohnya, pemain bola sepak mungkin telah bertingkah laku kasar dalam permainan kerana mereka telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga. Kita perlu ingat, terdapat empat proses dalam Teori Pembelajaran Sosial (Lihat Jadual 1.5).

24 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Jadual 1.5: Empat Proses dalam Teori Pembelajaran Sosial Perhatian Nilai rangsangan dalam model yang digunakan perlu baik, menarik, pada tahap pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai nilai kepada pelajar. Penyimpanan Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik contoh sebagai imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu disusun secara teratur dan diulang-ulangkan. Penghasilan semula Murid perlu mempunyai komponen gerak balas itu. Contohnya satu set atau satu siri pergerakan yang tersedia ada. Murid itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut. Sebagai contoh, belajar melukis mungkin memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Murid juga perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan menggunakan maklum balas. Motivasi Tingkah laku bergantung pada motivasi yang diberikan. Ia berhubung kait dengan orang yang memberi motivasi dan sumber peneguhannya.

1.3.4

Terapi Tingkah Laku

Sekarang mari kita bincangkan tentang terapi tingkah laku. Terapi ini merupakan satu kaedah intervensi tingkah laku secara klinikal. Terapi tingkah laku merupakan istilah yang digunakan dalam model Pavlovian-Wolpean dan sering juga dikenali sebagai modifikasi tingkah laku kognitif. Modifikasi tingkah laku kognitif ditakrifkan sebagai prosedur yang digunakan bagi membantu individu bagi mengubah tingkah laku yang dilabel sebagai kognitif (Miltenberger, 2001). Tingkah laku kognitif pula didefinisikan sebagai pemikiran, imej atau pernyataan kendiri yang berlaku yang tidak kelihatan. Bagaimana terapi tingkah laku dilakukan? Bagi membantu individu mengubah tingkah lakunya, ahli terapi tingkah laku akan membantu individu berkenaan mengenal pasti pemikiran yang tidak bersesuaian yang menyumbang kepada berlakunya tingkah laku yang tidak diingini. Kemudian, ahli terapi itu akan bertanya beberapa soalan bagi membantu klien menilai dengan kritikal logik atau ketepatan pemikirannya. Melalui proses ini, klien akan berfikir dalam cara yang lebih tepat dan logik yang akan membantu mengurangkan timbulnya tingkah laku yang tidak diingini.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

25

Terapi tingkah laku juga termasuk prosedur latihan pengajaran kendiri. Terdapat dua komponen asas dalam latihan pengajaran kendiri. Yang pertama, ahli terapi mengajar klien membuat pernyataan kendiri atau pengajaran kendiri. Kemudian ahli terapi dan klien membuat latihan pengajaran kendiri dan tingkah laku yang dikehendaki bersama dalam situasi memainkan peranan (role playing situation). Akhirnya, klien berlatih sendiri pengajaran kendiri tersebut dan melakukan tingkah laku yang dikehendaki dalam situasi bermasalah tersebut. Terapi tingkah laku banyak dipengaruhi oleh idea pembelajaran kognitif. Pembelajaran boleh dilakukan secara pembentukan imej mental yang baharu. Ini akan dapat dilihat pada tingkah laku akan datang. Tingkah laku kita bukan sahaja dipengaruhi oleh rangsangan dan gerak balas tetapi juga pemikiran kita.

1.3.5

Analisis Tingkah Laku Gunaan

Sekarang, kita pergi pula kepada perkara analisis tingkah laku gunaan. Analisis tingkah laku gunaan merupakan satu sains mengenai tingkah laku manusia. Ia bertujuan untuk memahami, menerangkan, menghurai dan meramal tingkah laku manusia. Analisis tingkah laku gunaan turut menggunakan prinsip-prinsip ABC yang kita bincangkan sebelum ini iaitu anteseden-tingkah laku-konsekuen. Analisis tingkah laku sedemikian juga menggunakan orientasi pelaziman operan. Anda tentu masih ingat Teori Pelaziman Operan. Konsekuen dimanipulasikan bagi menghasilkan tingkah laku yang dikehendaki. Motivasi dan peneguhan digunakan dalam pengubahan tingkah laku. Apabila kita hendak mengaplikasikan analisis tingkah laku gunaan kita perlu terlebih dahulu mengetahui asas-asasnya.

26 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Apa yang kita bincang tadi merupakan asas analisis tingkah laku. Kalau anda teliti, anda akan dapati terdapat banyak persamaan antara pelbagai teori yang dibincangkan. Fikirkan dan gunakan ia untuk manfaat pembelajaran dan pengajaran serta kehidupan anda.

AKTIVITI 1.5
1. Cari maklumat dalam Internet berkaitan teori-teori tingkah laku dan simpan bahan anda di dalam fail. Wujudkan satu jurnal tingkah laku untuk salah seorang murid anda.

2.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU W

27

x x

Tingkah laku ialah apa yang dicakap atau dilakukan oleh seseorang yang mana kadang-kadang boleh diperhati dan dicatat ataupun sebaliknya. Tingkah laku kita adalah berbeza disebabkan oleh beberapa faktor seperti perbezaan individu, perbezaan dalam bentuk keluarga, kekurangan upaya atau kerencatan, faktor persekitaran dan faktor psikologi. Mengikut pandangan pakar pengurusan tingkah laku, mereka percaya bahawa anteseden dan konsekuen respon seseorang kanak-kanak boleh dikawal bagi mengubah tingkah lakunya. Mengikut teori behaviorisme, semua tingkah laku diperoleh menerusi pelaziman, yang mana berlaku melalui interaksi kita dengan persekitaran. Sebagai guru, kita mestilah sentiasa memotivasikan murid dengan memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya.

x x

Analisis tingkah laku gunaan Anteseden Gerak balas Gesaan Hukuman Kiu Konsekuen

Peneguhan Rencatan stimuli Respon Stimulus Teori pelaziman klasik Teori pembelajaran sosial Terapi tingkah laku

Cole, P. G., & Chan, L. K. S. (1990). Methods and strategies for special education. Australia: Prentice Hall. Heward, W. (2003). Exceptional children: An introduction to special education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

28 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kazdin,A. E. (2001). Behavior modification in applied settings (6th ed). USA: Wadsworth. Martin, G., & Pear, J. (1996). Behaviour modification: What it is and how to do it. New Jersey: Prentice Hall. Miltenberger (2001). Behavior modification principle and procedures (2nd ed). USA: Wadsworth. Wagner, K. V. (2007). Disunting pada Jun 18, 2007, dan dicapai pada September 27, 2012 dari http://psychology.about.com/od/behavioralpsychology/f/ behaviorism.htm Zipoli T. J., & Melloy, K. J. (2001). Behavior management: Applications for teachers (6th ed). Prentice-Hall (New Jersey).

Anda mungkin juga menyukai