Anda di halaman 1dari 4

Apakah hukum menjual barang-barang yang haram seperti rokok dan dadah?

Berdassarkan sebuah hadis ada disebutkan bahawa, jika Allah mengharamkan sesuatu, maka diharamkan juga jualannya. Rasulullah SAW telah melarang menjual bangkai, khamr, babi dan patung. Pakaian yang tidak menutup aurat juga tergolong dalam barang yang haram diperdagangkan. Begitu juga dengan rokok dan dadah.

Walaupun tiada dalil khusus tentang pengharaman penjualan rokok dan dadah, namun Allah telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Dan semua jenis rokok dan dadah membawa kemudaratan kepada manusia seperti mereka penyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser . Para doktor juga telah bersetuju bahawa keduanya membahayakan kesihatan.

Selain itu, Islam memerintah kita untuk menjaga harta benda dengan baik dan pengambilan rokok dan dadah bertentangan dengan perintah tersebut. Apabila mendapat sakit akibat daripada mengambil antara keduanya, labih banyak pembaziran akan berlaku. Begitu juga haram jualan mercun dan bunga api kerana keduanya tidak mendatangkan faedah dan diangggap seolah-olah membakar duit.

Anda mungkin juga menyukai