Anda di halaman 1dari 3

2.

1 Hukum merokok dikalangan ulama empat mazhab

Memandangkan masalah ini adalah masalah baru, tiada dalil daripada al-quran dan al-

sunnah,tiada hukum yang dikeluarkan oleh fuqaha,Mujahidinn yang selalu serta ulama

selepas mereka dari kalangan ahli Takhrij dan Tarjih dalam mazhab yang berkenaan perkara

ini. Mereka ini tidak mendapat gambaran yang jelas tentang hakikat dan implikasinya

berdasarkan kajian ilmiah yang betu,maka berlakulah perbezaan pendapat yang ketara di

kalangan ulama pada waktu itu. Ada di kalangan mereka yang memfatwakan haram,ada yang

menfatwakan makruh,ada yang mengatakannya harus dan ada yang mengambil sikap berdiam

diri tanpa membincangkannya. Fenomena ini juga berlaku kepada ulama bagi ke empat-empat

mazhab atau al-Mazahib al-Arba’ah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Justeru itu tidak boleh

menisbahkan kepada mana-mana mazhab,pendapat atau fatwa yang mengatakan merokok itu

harus,atau haram atau makruh.

Bahawasanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab-mazhab,ketika

permulaan munculnya rokok,penggunaannya begitu meluas dan berlaku perbezaan mereka

dalam mengeluarkan hukum mengenainya,bukanlah perbezaan dari segi dalil-dalil,bahkan

perbezaan berlaku dalam menentukan ‘ilat atau sebab yang ada pada rokok.

Ada di kalangan mereka yang mendakwa terdapat beberapa manfaat atau

faedah pada merokok,ada juga ulama yang mendakwaterdapat mudarat dan manfaat yang sama

berat pada rokok. Terdapat juga ulama yang tidak menyabitkan apa-apa faedah pada rokok tetapi

menafikan terdapat mudarat pada rokok. Ini bermakana sekiranya mereka dapat memastikan ada

mudarat pada perkara ini,pasti mreka mengharamkannya tanpa wujud perdebatan.


Sebagaimana yang disebutkan di atas menghisaprokok atau merokok,tadkhin atau

smoking tidak ada nas secara langsung dalam al-quran dan al-Sunnah,maka tidak ada hukum

yang tetap pada zaman awal,akan tetapi apa jua permasalahan tidak boleh tidak atau mesti

termasuk ke dalam mana-mana hokum Allah yang lima(al-ahkam al-khamsah),samaada yang

wajib,atau sunat,atau haram atau maktuh,dengan takrif-takrifnya yang sedia maklum dalam ilmu

usul al-fiqh-dan fiqh.

Mazhab Hanafi

Sheikh Isma’il al-Nablusi : Beliau menukilkan bahawa suami ada hak melarang isterinya

makan bawang dan bawang putih yang menyebabkan mulut berbau busuk. Kemudian beliau

berkata bahawa maksudnya adalah menegah orang dari menghisap sesuatu yang menyebabkan

bau mulut menjadi busuk,di sini asap daripada merokok,apalagi kalau suaminya tidak merokok.

Sheikh al-Sharanbalali : Menyatakan dengan terang bahawa ditegah menjual dan

menghisap rokok dan orang yang menghisapnya sewaktu ia berpuasa,terbatal puasanya.

Sheikh al-Masiri : Kata muridnya Shekih Isma’il al-Nablus,beliau telah mengeluarkan

fatwa haram menghisapnya,iaitu menghisap asap iaitu merokok.

Sheikh al-Imadi : disebut dalam hasyiah Ibn ‘Abidin,beliau menyatakan bahawa hukum

merokok makruh tahrim dan menjadi fasik orang yang menghisapnya.

Mazhab Maliki

Sheikh Salim as-Sanhuri : Fatwanya dinukilkan leh muridnya Sheikh Ibrahim al-

Laqqani,katanya,apabila menghisap rokok mula tersebar di Mesir,datanglah seotang dari Negara


Maghribi,disebutkan namanya sebagai Ahmad bin Abdullah,maka apabila ditanya mengenai

rokok,maka beliau menfatkan ianya adalah haram,maka semenjak masa itu al-‘Allamah Salim

menfatkan ianya adalah haram,dan Sheikh Sanhuri mengekalkan fatwa tersebut sehingga ia

meninggal dunia.

Mazhab Syafie

Sheikh Shihab al-Din al-Qalyubi yang menyatakan:

Maksudnya : Tiap-tiap bahan beku yang ada padanya kesan melalikan dan menutpi bagi

akal,adalah suci walaupun ianya haram dimakan.Sebagaimana yang dikatakan oleh setengah

daripadanya ialah merokok,juga hukumnya,juga hukumnya,iaitu suci tapi haram kerana

menutupi dan melalikan akal,kerana ia membuka lubang-lubang halus badan dan

menyediakannya bagi menerima penyakit-penyakit yang memudaratkan,kerana itulah maka

timbul pada orang berkenaan itu sifat membengkak pada badan dan sukar untuk bernafas dan

yang sepertinya,dan boleh jadi kadang-kadang membawa penyakit buta. Sesungguhnya ada

individu yang mempercayai bahawa hasil daripada perbuatan merokok akan mengakibatkan

pening kepala dan tidak tersembunyi lagi bahawa ini adalah kemudaratan yang paling umum

dialami daripada “al-makmur” yang asalnya diharamkan oleh Zarkasyi kerana kemudaratannya.

Anda mungkin juga menyukai