Anda di halaman 1dari 23

Motivasi Diri 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah

Sebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkanmotivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar. Sebagai contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit diuji. Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang kini agar sentiasa mengemas status (update

status) diri sebagai hamba. Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai Hamba Allah.

Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri


Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan: 1. Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya 2. Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu 3. Enjoy bersama rakan-rakan 4. Membawa diri untuk mencari ketenangan 5. Menghabiskan masa dengan hobi 6. Berkongsi masalah bersama rakan karib 7. Dan lain-lain.

Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.

Kembali Kepada Fitrah


Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep Hamba Allah. Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya?. Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekamenyembah dan beribadat kepadaKu. Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Penjelasan ini juga sekaligus

menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas


Bagaimana menghubungkan diantara Meningkatkan Motivasi Diri dan Kembali Kepada Fitrah? Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain). Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:

Cara # 1 Membaca Al-Quran Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas. Cara # 2 BerzikirMotivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah). Cara # 3 Memerhati Kejadian Alam Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam. Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya. Cara # 4 Mendampingi Para Ulama Dan Masjid Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri. Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat hidayah dan memeluk Islam. Cara # 5 Menghadiri Majlis Ilmu Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri. Cara # 6 Mendengar Kuliah Agama Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman. Cara # 7 Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan) Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran. Cara # 8 Berbuat Kebaikan Ia kerana memberi kebaikan kepada orang bererti memberi kebaikan kepada diri sendiri.

Merancang untuk Berjaya


Pakar-pakar motivasi sentiasa menyebut: untuk berjaya, terdapat beberapa keperluan yang mesti dipenuhi. Antara keperluan itu adalah:

merancang bertindak disiplin percaya doa berserah diri (tawakal)

Kesemua keperluan di atas saling berkait rapat antara satu sama lain. Sebagai contoh, setiap tindakan perlu kepada disiplin. Sebelum itu, kedua-duanya didahului oleh perancangan.Aspek perancangan menjadi fokus dalam artikel ringkas ini.

Merancang untuk Berjaya


Perjalanan menuju ke kejayaan sentiasa

penuh dengan liku, Justeru ia memerlukan perancangan yang rapi.Apabila diperhatikan dalam realiti kehidupan, saling berkait kejayaan dan perancangan rapat.Hendak

berjaya dalam pengurusan kewangan, perlu ada perancangan yang teliti.Hendak berjaya dalam perniagaan, perlu ada perancangan B Z jika perancangan A tidak menjadi.Sehubungan dengan itu, kata-kata motivasi di bawah sering didengari:gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Benar, orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal. Sebagai contoh: apabila seseorang hendak pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui, dia akan melihat peta dahulu.Melihat peta merupakan sebahagian daripada perancangan. Dia merancang untuk sampai ke tempat yang dituju dengan lancar.

Perancangan dalam Hijrah


Merujuk kepada sejarah Islam pula, semua sudah sedia maklum tentang kisah hijrah Nabi Muhammad SAW bersama Abu Bakar RA dari Mekah ke Madinah. Sebelum berhijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah SAW melakukan

perancangan yang menghasilkan tindakan seperti:


berhijrah di waktu malam memilih laluan lain yang jarang dilalui melantik seorang penunjuk jalan

Kesemuanya dilakukan demi mencapai kejayaan hijrah Baginda ke Madinah. Boleh sahaja dengan izin Allah, Rasulullah terus dihijrahkan ke Madinah tanpa melalui perjalanan yang berliku. Namun hal itu tidak berlaku. Antara hikmahnya adalah untuk menonjolkan kepentingan merancang sebagai salah satu syarat untuk berjaya. bijak merancang, menang bergaya.

Kenali Potensi Diri


"Sekiranya inginkan perubahan dalam kehidupan, kenali potensi diri. Jangan biarkan ia terpendam dan berlalu tanpa digilap." Kata-kata di atas sering dikongsi oleh para motivator bersama para peserta. Biasanya para motivator atau penceramah selalu menjadikan potensi diri sebagai modal untuk membangkitkan motivasi para pendengarnya. Namun, mengapa mesti berkaitan dengan potensi diri? Dan kenapa perlu untuk mengenali potensi diri? Apa kaitan potensi diri kita dengan sebuah kehidupan? Jawapannya mudah, kerana dengan mengenali potensi dirilah kita dapat mengukur tahap kekuatan dan kelemahan diri yang dimiliki tanpa diketahui orang lain. Dan tanpa kita sedar, dengan mengenali potensi diri sendiri juga sebenarnya dapat membantu orang lain untuk mengenali potensi diri mereka. Apabila telah mengenal potensi diri, maka barulah dapat mengatur strategi untuk sebuah perubahan diri. Setiap Insan Sempurna Setiap insan dilahirkan dengan potensi diri sendiri. Walaupun kehadiran seseorang ke dunia kurang sempurna seperti insan lain, namun tetap mempunyai kemampuan dan kelebihan yang tersendiri. Semua insan di'pasang-siap' dengan komponen yang sama. Seakan-akan sama namun tidak serupa dan itulah yang dinamakan akal dan potensi diri. Kemilauan sinarnya tidak terserlah andai tidak dicanai dengan baik. Sesungguhnya Allah SWT memuji kemampuan ciptaan-Nya yang terulung iaitu Adam AS kerana mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Para malaikat AHS turut terpegun sedangkan pada peringkat awal mereka menentang penciptaanya. Segalanya tercatat di dalam Al-Quran, Mukzijat teragung nabi kita Muhammad SAW.

Namun Dialah yang Maha Bijaksana, mengajar dan menyediakan segala keperluan Adam AS dan anak keturunannya. Allah SWT mengetahui makhluk manusia memiliki kemampuan untuk memahami dan melaksana perintah dan larangan-Nya kelak. Walaupun ciptaan-Nya yang lain lebih hebat tetapi manusia jua menjadi pilihan untuk melaksanakan syariat di alam dunia. Kemampuan ini ternyata tidak dimiliki makhluk lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan" (Surah al-Isra' ayat 70) Setiap Insan Mempunyai Bakat Setiap insan mempunyai bakat tersendiri yang boleh dipupuk menjadi

kenyataan. Jika bakat yang ada dikilatkan dengan ilmu dan iman, maka sinarnya akan menyerlah bah kilauan kepada pemiliknya. Demikianlah bakat yang diterjemahkan apabila panduannya berada di laluan yang benar. Akan memberi kebaikan dan kemudahan kepada seluruh kehidupan. Jika ingin menjadi seorang chef terkenal, usaha ke arah itu perlu digarap. Jika ingin menjadi seorang juruterbang, tindakan yang diambil perlu menuju ke arah cita-cita murni itu. Jika ingin menjadi seorang penulis, maka ilham dan idea perlu diasah untuk menghasilkan karya yang bermutu. Suatu ketika Nabi SAW berjalan bersama para sahabat melalui satu kebun kurma dan didapati seorang sahabat sedang mengkacukkan anak (debunga) kurma. Lantas Rasulullah SAW menghampirinya dan melakukan kacukan cara baginda. Hari berlalu dan apabila tiba masa berbuah, didapati hasilnya berkurangan seperti sebelum ini. Lalu diberitahu kepada Rasulullah SAW dan

lantas Baginda bersabda yang mafhumnya bermaksud: "Kamu lebih mahir dalam urusan dunia kamu". Jelaslah, kisah tersebut menggambarkan kemampuan sahabat dan kepakaran mereka di dalam bidang yang diceburi. Bahkan Rasulullah SAW mengakui bahawa setiap sahabatnya mempunyai kehebatan yang tersendiri. Hal ini juga menunjukkan bahawa Islam itu tidak menyulitkan di dalam soal yang tidak melibatkan aqidah dan syariah. Selagimana kepakaran itu tidak menyalahi hukum, ianya dibolehkan demi untuk kemaslahatan manusia sejagat.

Namun, bakat yang ada sekiranya tidak berada di laluan yang benar tanpa panduan ilmu dan iman yang sahih selalunya akan membawa kepada keburukan. Malah tiada mustahil bakat yang dikurniakan Allah SWT itu boleh sahaja menjerumus manusia kepada kesesatan. Sepertimana seseorang yang dikurniakan bakat bijak dalam mengatur bicara, jika berpidato kata-katanya membuatkan orang yang mendengarnya seakan dipukau. Jadilah minda orang yang mendengar sentiasa membenarkan dan mengiyakannya lantaran hatinya telah pun terpesona. Apabila menulis, idea dan hujah penulisannya mampu membuatkan orang percaya tanpa sedikit pun ada ragu, padahal tanpa sedar mereka hanya tertipu dalam kesesatan yang nyata. Segala hujah yang dilemparkan hanya menggunakan logik akal semata-mata. Tiada ilmu dan iman yang memandu kalamnya. Sehingga berlakulah orang yang mengaku tuhan dan nabi akhir zaman lantaran 'bakat'nya berkata-kata mampu membuatkan manusia percaya. Demikianlah bakat yang digilap dan garap tanpa panduan yang sebenarnya. Jauh menyimpang, melalaikan malah boleh saja menyesatkan. Kenali Potensi Diri Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap hambaNya akan dikurniakan kelebihan dan kebaikan yang berbeza dan bertahap. Justeru, perlu bagi kita untuk mencari kelebihan dan kebaikan itu untuk dimanfaatkan. Samada untuk diri sendiri atau kepada manusia yang berada di sekelilingnya.

Demikianlah juga dengan potensi diri yang ada pada diri. Perlu digali dan dikaji. Semakin ia dikaji maka semakin pula kita mudah mengenali dan memahami diri kita sendiri. Semakin kita memahami diri sendiri, insyaAllah kita akan dapat membantu insan di sekeliling kita untuk mengetahui dan mengenal potensi diri mereka pula. Seterusnya akan dapat mengubah diri kita dan orang lain ke arah yang lebih baik. Kesimpulannya, berjaya atau tidak terletak pada diri sendiri berserta dengan izin daripada Allah SWT. Seandainya potensi diri sendiri diyakini dan disertai dengan kegigihan tanpa mengenal erti susah payah, kejayaan yang didambakan pasti menjadi kenyataan. Demikianlah pepatah arab ada mengatakan, "Sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan berjaya"

Titik Kelemahan Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberiNya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada. Sungguh indah perancangan Allah dalam

mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titiktitik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya. Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. Bagaimana? Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments'kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras. Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.

Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak. Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, banyak. Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia. Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan. Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain. Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang

kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa. Rasulullah s.a.w bersabda; "Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan" (Hadis Riwayat al-Bukhari) Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi. Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way" Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian, Sabda Baginda Rasulullah SAW; "Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama" (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim) Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada

kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. "Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...." (Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih) Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian. Firman Allah yang bermaksud; "... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.." (Surah al-Furqan ayat 20) Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah, " Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatanperbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " (Surah Al-Zumar ayat 53) Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah.

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Surah al-Baqarah ayat 250)

Bahagia Itu Dari Hati Yang Mengenal Tuhan! Takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Bukankah Hilal Asyraf ada berkata, "Takdir itu hujung usaha!" Memang ada benarnya. Biarpun kita tidak boleh melawan takdir, bukan bermaksud takdir tidak boleh diubah. Yang dilihat bukan existence tetapiessence. Pasrah dan redha akan sesuatu harus diolah dengan baik yakni dengan ikhlas bukan terpaksa. Bertunjangkan nilai Islam, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya" kita dapat mencungkil hikmah dan kebaikan di sebalik sesuatu peristiwa. Bergantung di mana kefahaman kita untuk meletakkan kasih-Nya terhadap hamba. Seharusnya kita tahu, medium fikir mempunyai ruang yang terhad dalam menggapai sesuatu maksud dan erti segala rahsia yang melingkari kehidupan manusia. Walaupun kini keagungan ilmiah dan intelektual manusia dikatakan menjadi asas pembinaan tamadun yang kita gapai sekarang. Namun kita dapat lihat terdapat banyak manusia yang meluahkan rasa kekosongan hati dan kehausan rohani dalam kejayaan yang mereka kecapi. Dengan ini terbukti kemewahan dan kekayaan tidak memberi apa-apa manfaat apa-apa pun. Selama ini minda dan persepsi kita telah diprogram dengan baik di mana kita beranggapan kebahagiaan itu adalah dengan harta benda, kasih sayang sesama manusia, pangkat, populariti dan pelbagai lagi. Hakikatnya tidak. Kebahagiaan mahupun kesedihan wujud atas faktor dalaman bukan luaran. Iaitu dipengaruhi dengan bagaimana cara kita berfikir dan mengolah bentuk kebahagiaan yang kita inginkan. Lihat orang miskin, kebahagiaan bagi mereka adalah kekayaan. Buat mereka yang tinggal dalam keadaan sepi mengharapkan teman dan sahabat untuk rasa bahagia. Setiap golongan manusia mempunyai definisi kebahagiaan dan kesedihan yang berbeza-beza. Dan ketahuilah dalam Islam mempunyai satu definisi kebahagiaan yang terjamin keberadaannya setiap waktu, tempat dan ketika. Definisi ini dilandasi dengan elemen keislaman yang jitu dan universal. Ajaran daripada sunnah, para sahabat

dan tabi'in. Tidak mampu diteroka oleh akal, tetapi hanya mampu dikuasai oleh hati. Itulah kebahagiaan dicintai Allah dan RasulNya. Mengapa dicintai bukan mencintai? Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri. Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hambahambaNya. Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta. Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu" Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin. Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa

bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk. Firman Allah yang bermaksud; "Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah Yunus ayat 62) Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi. Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana. Wallahu Anta A'lam.

Didik Hati Agar Sentiasa Redha Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) . Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia

sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis) Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah alAnkabut, ayat 2-3) Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat. Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)

Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan. Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa. Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah. Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati : Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20) Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34) Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .

Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas. Musibah Menghapuskan Dosa Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis) Bersabar Tanda Kemenangan Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: "Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23) Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik. Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain. Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Bersabarlah Menanti Cinta! Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali. (QS. An-Nahl 92) Di antara rumah-rumah penduduk Makkah, terdapat sebuah rumah di kawasan Bani Makhzum. Salah seorang penghuninya adalah seorang gadis. Ia dilahirkan dan dibesarkan di Makkah. Gadis itu bernama Rithah Al-Hamqa. Setelah usianya menginjak remaja, hatinya mulai terbuka untuk menjalani kehidupan seperti lazimnya para wanita, yaitu mempunyai suami dan anakanak. Dia sering melamun dan menghayalkan siapa pendamping hidupnya. Hari demi hari tak ada satu pun laki-laki yang datang untuk menjadi calon suaminya. Rithah pun mulai khawatir, usianya kini sudah tua namun belum juga memiliki pasangan. Setiap hari ia termenung dan murung. Melihat Rithah seperti itu, ibunya pun pontang-panting mencarikannya laki-laki yang mau menjadi suami Rithah. Ayahnya, Umar pun sampai pergi ke dukun-dukun dan menghabiskan banyak hartanya hanya agar Rithah bertemu dengan jodohnya. Namun ternyata usaha mereka gagal. Dukun-dukun yang memberikan janji ternyata hanya bohong belaka. Rithah pun yang melihat usaha orangtuanya gagal menjadi murung dan putus asa. Ia begitu khawatir, jodohnya belum juga datang, sementara umurnya sudah semakin tua. Hingga suatu saat ibunya membawa pemuda tampan yang bersedia menjadi suami Rithah. Namun ayah Rithah meninggal terlebih dahulu sebelum Rithah menikah. Ayahnya mewariskan harta yang berlimpah ruah pada Rithah. Rithah yang sudah sangat ingin menikah pun menyetujui pemuda itu menjadi suaminya. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan Rithah pun datang. Ia menikah dengan pemuda tampan yang ia yakini dia-lah jodoh yang selama ini dinantinantikannya. Selang beberapa bulan kemudian, muncul keanehan dalam diri suami Rithah. Ternyata suami Rithah hanya menginginkan harta yang melimpah dari Rithah. Setelah suami Rithah mengeruk harta Rithah, ia pun pergi meninggalkan Rithah. Rithah yang pernikahannya baru seumur jagung, kini harus menghadapi kenyataan yang pahit. Pemuda yang dulu ia percaya sebagai pendamping

hidupnya ternyata menjadi pengkhianat dalam kehidupannya, meninggalkan luka dan kepedihan bagi Rithah. Setiap hari, Rithah selalu pun selesai murung tanpa Ia ia

semangat. Gairah hidupnya sudah redup. Lama kelamaan dipintal. pikirannya Setelah ia terganggu. memintalnya, mengambil gulungan benang yang kusut, lalu kusutkan kembali lalu memintalnya kembali. Hal itu ia lakukan setiap hari hingga akhir hayatnya.. Sahabat, kisah diatas direkam oleh Allah melalui al-Qur'an. Kisah di atas memberikan pesan pada kita semua tentang makna bersabar. Jodoh, rezeki, dan kematian kita adalah rahasia Allah. Yang perlu kita lakukan adalah bersabar menunggu dan berikhtiar untuk mendapatkannya. Seperti halnya jodoh, setiap orang memiliki waktunya sendiri untuk mendapatkan jodohnya masing-masing. Kita banyak melihat fenomena seperti kisah di atas, ketidaksabaran, terlalu buru-buru mengambil keputusan, terlalu cepat melakukan sesuatu. Sahabat, tidak selamanya lebih cepat lebih baik. Adakalanya kita harus melakukan sesuatu dengan seimbang dan tepat pada waktunya. Karena tidak mungkin kita mengambil buah yang masih mentah dari pohonnya. Masalah waktu dan dengan siapa, itu diatur semuanya oleh Allah. Tugas kita hanyalah berikhtiar dan bersabar. Jadi, kita renungkan kembali diri kita, jangan sampai diri kita selalu tegesa-gesa dengan ketentuan Allah, sebagaimana Rasulullah bersabda, "Tergesa-gesa adalah termasuk perbuatansetan." (HR. Tirmidzi). Jangan sampai diri kita dikuasai oleh nafsu dan keinginan semu. Pasrahkan semua perkara pada Allah dan jadikanlah sabar sebagai penolong kita. Yakinlah bahwa segala sesuatu akan indah pada waktunya.

Anda mungkin juga menyukai