Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

SEMESTER : JAN 2012

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM


______________________________________________________________

JURNAL REFLEKSI PERSATUAN PENGAKAP


=======================================================

NAMA NO. MATRIK NO. TEL

: SITI LORENA BINTI EDMUND : 720917125282001 : 0198089621

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM TAWAU

JANUARI 2012

Catatan peristiwa/ Laporan Aktiviti Mingguan Guru Penasihat Bertugas 1 Pn Siti Lorena Emund 2 En Zulkarnain Mieckley Rabu - 11 Jan 2012 Kedua (1) Kelas tahun 6 22 / 23 orang murid Pendaftaran Ahli Murid-murid tahun 3 hingga 6 mendaftar sebagai ahli mengikut persatuan yang telah ditetapkan.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan

Refleksi

Permasalahan /isu Murid tahun 3, belum mempunyai kad kehadiran kokurikulum Kekuatan Guru penasihat mendapatkan kad kokurikulum yang telah diperbanyakan oleh penyelaras unit beruniforn . Kelemahan Kad kehadiran murid tidak dapat ditandatangani pada hari tersebut. Cadangan penambahbaikkan /rumusan Guru penasihat perlu memastikan semua murid meempunyai kad kehadiran Kokurikulum sebelum aktiviti dimulakan.

JANUARI 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Cik Norinah Awal 2 En. Roshaizan Bin Mohd Nor Rabu 25 Jan 2012 Keempat (2) Kelas tahun 6 20 /23 orang murid Mesyuarat Kali pertama. Melantik AJK baru bagi tahun 2012. Pengerusi : Zulkifly Rahman Timbalan : Putri Nuraisyah Abdullah Setiausaha : Kasturi Ahmad Bendahari : AJK 1. Ahmad Khuzairi 2. Lisa Hasnida Ahmat 3.Mohd Aiman Bedu 4.Mohd Afiq Samsuddin Perancangan Aktiviti Tahunan Refleksi Permasalahan /isu Murid tidak mahir mengendalikan mesyuarat. Kekuatan Guru penasihat menjadi pembimbing untuk mengendalikan mesyuarat. Kelemahan Murid tiada keyakinan terhadap kebolehan diri masing-masing. Cadangan penambahbaikkan /rumusan Guru memberi peluang kepada murid untuk menampilkan diri.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan

FEBRUARI 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 En. Aminuddin Mohd Nor 2 Cik Noliza Ahmad Rabu -01/1/2012 Kedua (3) Kelas Tahun 5 20/ 23 orang murid Penerangan penyediaan buku log pengakap Permasalahan /isu Kurang pengetahuan dan kemahiran membuat buku log Kekuatan Aktiviti menarik minat murid dan murid dapat berkongsi idea. Kelemahan Murid kurang inisiatif untuk mendapatkan bahan berkaitan buku log Cadangan penambahbaikkan /rumusan Guru penasihat perlu menyediakan bahan seperti buku-buku panduan Persatuan Pengakap dan bahan cetak.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

FEBRUARI 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Pn Siti Lorena Edmund 2 En. Zulkkairnain Miekley Rabu -18/1/2012 Keempat (4) Bilik Gerakan 22 / 23 orang murid Bengkel Kemahiran Simpulan dan Ikatan Jenis-jenis Simpulan Jenis-jenis Ikatan Refleksi Permasalahan /isu Murid tidak mahir membuat simpulan dan ikatan serta tidak mengetahui nama pelbagai jenis simpulan dan ikatan. Kekuatan Murid mempunyai sedikit asas dalam membuat simpulan dan ikatan. Kelemahan Kekurangan peralatan seperti tali nilon Terdapat di kalangan guru penasihat yang tidak mempunyai kemahiran dalam simpulan dan ikatan. Cadangan penambahbaikkan /rumusan Sekolah perlu menyediakan kelengkapan seperti tali nilon untuk memudahkan aktviti pengaplikasian kemahiran oleh murid. Guru perlu diberi kursus kemahiran berpengakap.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan

MAC 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Cik Norinah Awal 2 En. Roshaizan Mohd Nor Rabu -/1/2012 Kedua (5) Bilik Tahun 6 23 /23 orang murid Permainan Kecil Permasalahan /isu Ramai di kalangan murid yang tidak tahu menyanyikan lagulagu pengakap Kekuatan Murid seronok dan suka untuk menyanyi. Kelemahan Murid tidak tahu senikata lagu dan rentak lagu-lagu pengakap Cadangan penambahbaikkan /rumusan Guru perlu menyediakan peralatan audio visual untuk sesi pengajaran agar murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

MAC 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 En. Aminuddin Mohd Nor 2 Cik Noliza Ahmad Rabu -6/32012 Keempat (6) Padang 20/23 orang murid Tepuk Pengakap Permasalahan / isu Hanya sebahagian murid yang boleh melakukan tepukan pengakap dengan baik Kekuatan Terdapat di kalangan ahli yang boleh mendemonstrasi beberapa tepukan pengakap. Kelemahan Murid tahun 3 agak sukar untuk menguasai dan mengikuti rentak tepukan. Cadangan penambahbaikkan /rumusan Murid kerap diberi latihan setiap kali perjumpaan.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

APRIL 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Pn. Siti Lorena Edmund 2 En. Zulkarnain Mieckley Rabu -22/3/2012 Kedua (7) Padang 35/40 orang murid Kursus Dalaman Kesetiaan Pengakap Menerapkan Persetiaan Pengakap Refleksi Permasalahan /isu Penerapan persetiaan di kalangan ahli Kekuatan Murid dapat mempelajari dan mengetahui kepentingan Persetiaan kepada persatuan. Kelemahan Tidak dapat menguasai sepenuhnya Persetiaan Pengakap.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan

Cadangan penambahbaikkan /rumusan Guru perlu lebih kerap memberi latihan kemahiran berpengakap.

APRIL 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Cik Norinah Awal 2 En. Roshaizan Mohd Nor Rabu - 4/4/2012 Keempat (8) Kelas Tahun 6 19/23 orang murid Latihan kawad kaki Permasalahan /isu Berdisiplin dan memaruhi peraturan kawad Kekuatan Murid dapat mengetahui asas kawad kaki kerana sebahagian besar pernah mengikuti pertandingan kawad kaki pada hari sukan peringkat daerah. Kelemahan Pergerakan kaki dan tangan ketika murid bergerak tidak serentak. Cadangan penambahbaikkan /rumusan Mengadakan latihan kawad kaki lebih kerap dan mengadakan pertandingan kawad di antara unit beruniform sekolah.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

MEI 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 En. Aminuddin Mohd Nor 2 Cik Noliza Ahmad Rabu -18/4/2012 Kedua (9) Padang 20 / 23 orang murid Latihan kawad kaki Permasalahan /isu Memperkukuhkan kemahiran kawad yang telah dipelajari. Kekuatan Latihan kawad kaki menunjukkan peningkatan Kelemahan Meningkatkan kelemahan murid dalam menguasai disiplin kawad.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

Cadangan penambahbaikkan /rumusan Terdapat peningkatan penguasaan kemahiran kawad di kalangan murid dan guru perlu meneruskan latihan agar murid dapat menguasai sepenuhnya.

MEI 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Pn Siti Lorena Edmund 2 En. Zurkarnain Mieckley Rabu -2/5/2012 Keempat (10) Padang 35/40 orang murid Latihan Berkala Permasalahan /isu Kekuatan Meningkatkan kemahiran dan mengekalkan stamina murid. Kelemahan -

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

Cadangan penambahbaikkan /rumusan Program latihan ini dapat meningkatkan stamina dan kemahiran murid.

JUN 2012
Guru Penasihat Bertugas 1 Cik Norinah Awal 2 En. Roshaizan Mohd Nor 3 En. Aminuddin Mohd Nor 4 Siti Lorena Edmund 5 En. Zulkarnain Mickley 6 Cik Noliza Ahmad 7 Jeniah Risah 8 Salam Hamadia 9 Guru-guru Lain 29/06/2012 -01/07/2012 Kempat (11) Padang 47 orang murid ( Gabungan Unit Beruniform) Perkhemahan Unit Beruniform Permasalahan /isu Kekangan sumber air untuk mandi kerana sumber air sekolah diperolehi daripada bekalan air hujan.

Tarikh / Hari Minggu Tempat Jumlah Kehadiran Laporan Kegiatan Refleksi

Kekuatan Aktiviti pekhemahan dirancang dan dapat dijalankan dengan lancar

Kelemahan Kekurangan bekalan air untuk mandi Cadangan penambahbaikkan /rumusan Pihak sekolah perlu meminta bantuan bekalan air daripada jabatan air untuk memenuhkan tangki-tangki yang terdapat di kawasan sekolah untuk mengelakkan daripada masalah kekurangan bekalan air untuk mandi dan memasak.

REFLEKSI
Aktiviti kokurikulum merupakan aspaek penting dalam menyumbangkan pembentukan murid yang seimbang dari semua aspek fizikal. mental, emosi, rohani dan sosial. Melalui aktiviti kokurikulum, pengetahuan yang diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan. Aktiviti ini juga, memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.

Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan aktiviti mingguan dan program perkhemahan pengakap, saya menyedari tentang pentingnya perancangan sebelum melakukan segala aktiviti atau program. Segala aktiviti kokurikulum perlu dirancang telebih dahulu agar ianya selaras dan dapat melengkapi ilmu diajar di bilik darjah. Secara tidak langsung aktiviti kokurikulum dapat membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran. Sebagai contoh beberapa aktiviti kokurikulum seperti belajar kemahiran membuat pelbagai ikatan dan simpulan, kemahiran berpengakap, kesetiaan berpengakap dan pelbagai lagi yang telah dijalankan adalah berfungsi sebagai bahan pengukuhan dan pengayaan

Program perkhemahan yang telah dirancang dan telah dilaksanakan pada 29 Jun hingga 01 Julai adalah sebagai contoh bagaimana aktiviti kokurikulum, telah memberi peluang kepada murid mengaplikasi kemahiran berpengakap yang telah mereka pelajari pada setiap kali perjumpaan mingguan. Mereka boleh menggunakan ilmu pengetahuan seperti menggunakan pelbagai jenis ikatan dan simpulan dalam menghasilkan gajet. Disamping itu aktiviti ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat

kembara, berani dan berikhtiar. Aktiviti kawad kaki yang diselitkan dalam program perkhemahan ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.

Program perkhemahan ini diselitkan dengan aktiviti kesukanan seperti acara sukaneka. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sukan di kalangan murid dan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang bidang lain iaitu sukan dan mata pelajaran lain. Contoh aktiviti sukan adalah permainan bola jaring, badminton, bola sepak dan mata pelajaran lain iaitu sains dan matematik iaitu menentukan arah dan menganggar jarak melalui aktiviti mencari harta karun. Semua aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan dalam membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani serta nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.

Melalui pengalaman dan pemerhatian semasa mengendalikan aktiviti dan program kami menyedari bahawa keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah bergantung pada perancangan, strategi pelaksanaan dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak. Pentadbir, pengurus dan guru sekolah perlu merancang gerak kerja kokurikulum dengan teliti sebelum melaksanakannya. Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum perlu berganding bahu membuat perancangan aktiviti dan cara pelaksanaan kokurikulum sekolah. Kami telah berbincang dan membuat rumusan bahawa antara perkaraperkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut : a. b. Mengutamakan aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih ramai murid. Gerak kerja yang pelbagai corak untuk memupuk, melatih dan mengembangkan bakat murid. c. Melaksana dan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pendidikan di luar ataupun bukan formal. d. e. Melaksana dan mempelbagaikan aktiviti yang menyemai penerapan nilai-nilai murni. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan untuk gerak kerja kokurikulum yang akan dikendalikan.

Anda mungkin juga menyukai