Anda di halaman 1dari 2

Anggota sujud dalam solat Sujud merupakan salah satu daripada rukun di dalam sembahyang, berlaku perselisihan, adakah

tujuh anggota - 2 tapak kaki, 2 tapak tangan, 2 lutut dan dahi menjadi syarat sah sujud? Jika benar boleh disertakan hujah yang kuat berpandukan kepada hadis, Quran, ijmak atau Qias? Jawab: Pertama: Dalam isu khilafiah, jika ada dua pihak yang berselisih amat sukar didamaikan kecuali kedua-dua pihak faham apakah itu perkara khilafiah dalam feqh. Selalunya dalam isu-isu khilafiah akan terdapat banyak dalil dan ijtihad fuqaha' yang mana berpegang kepada salah satunya adalah dibolehkan. Kedua: Perihal sujud dan syarat sahnya: para fuqaha' ahli sunnah wal jama'ah tidak ijma' (sepakat) dalam isu sujudnya tujuh anggota sujud yang dimaksudkan. Hadis yang paling popular ialah HR muttafaq 'alaih dari Ibn Abbas, saya diperintahkan agar melakukan sujud dengan tujuh tulang, iaitu dahi, dua tangan, dua lutut dan hujung kedua tapak kaki. (maksud sabda). Perbahasan fuqaha secara ringkas: Hanbali: mensyaratkan penggabungan hidung dengan dahi (hendaklah hidung ditekan. Imam Ahmad menggunakan hadis Abu Humaid, bahawa apabila Nabi sujud, dirapatkan hidung dan keningnya ke tanah. (di riwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi) Syafi'iy: madzhab ini mensyaratkan lagi ketat yakni dahi ditekan bersama hidung, kemudian hujung jari mengadap kiblat dan mensyaratkan dahi terbuka. Imam Syafi'iy menggunakan hadis juga riwayat Abu Humaid, RasuluLlah saw menghadapkan hujung jari kakinya ke arah kiblat. Hanafi: mensyaratkan hanya sentuhan kecil dahi, salah satu tangan, salah satu lutut dan salah satu telapak kaki. Maliki: mensyaratkan dahi ditempelkan sekali dengan hidung yang ditekan. dua lutut, tangan, dan hujung tapak kaki hanyalah sunat saja. Tarjih oleh Sayyid Sabiq: pendapat terkuat ialah penggabungan dahi dan hidung serta kesemua angguta sujud yang disebut oleh Hadis Ibn Abbas. namun pendapat Imam-imam lain yang tidak mensyaratkan bersentuhnya hidung juga adalah boleh diterima.

Petua sujud oleh dari Abdul Karim Zaidan, al Mufassal. Anggota pertama turun untuk sujud ialah dua lutut, kemudian dahi, kemudian hidungnya. Inilah yang sunnah. Dr Abdul Karim Zaidan (al Mufassal), Tujuh anggota tersebut, yang mana satu boleh berlapik eg. stokin, sarung tangan dan sebagainya? Bagi dahi, berapa helai rambut yang dibenarkan untuk berlapik? Jawab: Ini adalah termasuk dalam perkara-perkara yang memberatberatkan dalam isu khilafiah. Yang dibahaskan oleh fuqaha' ialah masalah rambut semasa sujud. Imam Syafi'iy sahaja yang mensyaratkan dahi mesti terbuka luas (seeloknya dipakai kopiah atau serban), manakala jumhur yang lain memadai sebahagian daripada dahi. Stokin dan sarung tangan tidak menjadi masalah terutama bagi muslim yang menetap di negara-negara yang ada musim sejuk; malah si musafir juga boleh menyapu stokin dan khauf selama tiga hari.

Anda mungkin juga menyukai