Anda di halaman 1dari 15

SERANGAN PEMIKIRAN LEBIH MERBAHAYA TERHADAP UMAT ISLAM DARI SERANGAN KETENTERAAN

Judul Asal: al Ghazw al Fikri : Akhtar ala al Muslimin min al Ghazw al Askari Pengarang: Sohib as Samahah as Syeikh Abd al Aziz bin Abd Allah bin Baz Terbitan : Wizarah ash Shuuun al Islamiyyah wa al Awqaaf wa al Dawah wa al Irsyad, Kerajaan Arab Saudi, 1419 H Terjemahan ke Bahasa Melayu Jawi : Ustaz Abd Allah Karimi (Versi Jawi) Suntingan ke Bahasa Melayu Rumi : Ustaz Hairil Irza b Ramli, UIAM Gombak Isi Kandungan : Bismillahirrahmanirrahim Riwayat Hidup Samahah as Syeikh bin Baz Terjemah Muqaddimah Tarif al Ghazw al Fikri (Serangan Pemikiran) Jenis jenis serangan yang paling merbahaya Serangan Yahudi Serangan Komunis yang Mulhid (Tidak mempercayai Tuhan) Method Barat dalam menyebarkan pemikiran mereka merosakkan itu

yang

1.0 Bismillahirrahmanirrahim Segala puji kepada ALLAH yang menurunkan al Qur`an dan diberikannya petunjuk kepada mukminin, selawat dan salam ke atas Nabi yang ummi, Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda dengan baik hingga ke hari Kiamat. Risalah ini adalah berasal dari satu dialog yang diadakan oleh majalah Rabitah al Alam al Islami dengan Sohib as Samahah Syeikh Abd al Aziz bin Abd Allah bin Baz, Ketua Umum Jabatan jabatan Penyelidikan Ilmiyyah, Fatwa, Dawah dan Irsyad; dan Ketua Majlis Taksis Rabitah al Alam al Islami Arab Saudi. Dialog ini

disiarkan dalam majalah ini pada bilangan keenam bulan Jamadilakhir 1403 H / April 1983 M tahun kedua puluh satu. Walaupun dialog ini disiarkan sejak lima tahun dahulu tetapi isinya tetap memberi faedah kepada umat Islam pada hari ini dan juga pada masa masa yang akan datang kerana huraiannya begitu jelas sekali tentang kegiatan musuh musuh Islam dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam khususnya generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan umat Islam pada masa akan hadapan. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan harapan supaya dapat dibaca oleh belia dan beliawanis kita agar mereka benar benar mengenali musuh musuh mereka dan rancangan rancangan jahat yang sedang dilaksanakan untuk menghancurkan mereka dan melemahkan Islam di seluruh negara Islam Mudah mudahan ini memberi manfaat dan menjadi amal soleh semata mata kerana ALLAH SWT (4 Syawal 1408 H - Penterjemah). 2.0 Riwayat Hidup Samahah as Syeikh Abd al Aziz bin Abd Allah bin Baz Sebagai ulama antarabangsa yang terkenal dikalangan para ulama dan umat Islam di Timur Tengah, rasanya perlu bagi setiap pembaca dan penuntut ilmu untuk mengetahui riwayat hidup Samahah Syeikh Bin Baz: Nama penuh : Sohib as Samahah as Syeikh Abd al Aziz bin Abd Allah bin Abd al Rahman bin Muhammad bin Abd Allah al Baz. Tempat lahir : Bandar Riyadh, Ibu Negara Arab Saudi Tarikh lahir : Awal Dzulhijjah 1330 H bersamaan tahun 1910 Masihi Kehidupan : Beliau hidup sejak dari kecil dalam linkungan keluarga yang taat dan suka kepada ilmu dan ulama. Beliau hafaz al Qur`an 30 juzuk sejak beliau baligh lagi seterusnya belajar ilmu syariat dan bahasa Arab dari para ulama di Riyadh. Di antara tuan tuan guru beliau antara lain ialah Syeikh Muhammad bin Abd al Latif bin Abd al Rahman Aali Syeikh, Syeikh Soleh bin Abd al Aziz bin Abd al Rahman Aali Syeikh bekas Qadi di Riyadh dan juga Syeikh Saad bin Muhammad bin Atiq yang juga merupakan bekas Qadi Riyadh Di samping itu, beliau berguru dengan Syeikh Hamad bin Faris, Timbalan Pengarah Baitul Mal. Beliau belajar ilmu tajwid dengan Syeikh Saad Waqqas al Bukhari di Makkah; dan selama sepuluh tahun beliau berguru dengan Mufti Besar Arab 2

Saudi, Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aali Syeikh daripada tahun 1357 H. Sebagai murid yang cerdas, luar biasa dan bijak, beliau telah berjaya menguasai berbagai cabang ilmu agama. Sehingga tuan gurunya memilihnya sebagai Qadi. Sistem Belajar : Beliau telah melalui dua sistem dalam berbagai bidang ilmu, iaitu dengan cara mempelajari pelbagai disiplin ilmu dari beberapa orang syeikh dan kedua, dengan seorang tuan guru (syeikh) beliau belajar beberapa disiplin ilmu. Dengan Syeikh Muhammad bin Ibrahim (Mufti Besar), waktu beliau belajar adalah mengikut jadualnya tersendiri, secara berperingkat peringkat dan beransur ansur, daripada asas Islam iaitu pelajaran ilmu Tauhid yang berkisar tentang tiga pelajaran pokok atau asas yang tiga dengan menggunakan kitab Kasy asy Syubhat. Seterusnya beliau mempelajari kitab Tauhid dan Aqidah Wasitiyyah. Dalam pelajaran fiqh juga begitu,dimulakan dengan matan sehingga syarahnya. Juga dalam pelajaran faraid yang dibaca berkali kali sehingga hafaz kesemuanya. Pelajaran nahw (nahu) dipelajari dari kitab Matan Ajrumiyyah lantas kitab al Mulhah dan seterusnya dalam matapelajaran yang lain. Waktu beliau belajar dengan Mufti Besar ialah selepas solat Subuh sehingga terbit matahari di masjid, waktu Dhuha dan siang di kediaman mufti seterusnya selepas Zohor, Asar dan Maghrib di masjid secara teratur. Penguasaan Syeikh dalam ilmu ilmu agama : Setelah bertungkus lumus belajar bagi mendalami ilmu dan pengetahuan sampai ke kemuncak kejayaan dalam ilmu syariah dan bahasa Arab sehingga digolongkan dalam golongan ulama; ulama Mujtahidin yang masyhur termasuk juga dalam bidang ilmu fiqh, ilmu hadith, ilmu Qur`an disamping terkenal di peringkat dunia Islam. Beliau banyak mengarang kitab kitab dalam bidang ilmu fiqh, hadith dan aqidah disamping sejumlah besar fatwa fatwa beliau telah tersiar. Kerja dan pengalaman beliau : Kerja beliau bermula di daerah Kharaj sebagai Qadi selama 14 tahun dari tahun 1357 H hingga 1371 H. Disamping bertugas sebagai Qadi di pejabat mahkamah, beliau juga aktif mengambil berat urusan sosial, pendidikan, pertanian, kesihatan dan menghantar surat kepada ketua ketua masyarakat untuk keselamatan dan kesejahteraan sehingg beliau dikalangan mereka sebagai ayah dikelilingi oleh anak anak dengan memenuhi segala permintaan mereka serta melengkapkan keperluan mereka. Sekalian pemuka pemuka masyarakat pula menyambuti nasihat dan keikhlasan syeikh dengan senang hati. 3

Bahkan kesannya masih lagi tinggal hingga ke hari ini. Seterusnya beliau mengajar di pelbagai kolej dan fakulti. Sejak pembukaan Universiti Islam Madinah pada tahun 1371 H hingga 1380 H beliau menjadi pensyarah dalam matapelajaran fiqh, tauhid dan hadith. Pada waktu itu, hanya terdapat Fakulti Syariah sahaja. Beliau adalah contoh yang patut diteladani dengan sifat beliau yang ramah dan terbuka, menjawab setiap soalan dengan terang,setiap pelajaran diberi dengan cara mentarjih, khasnya dalam matapelajaran hadith dan fiqh yang sebenarnya ada persamaan. Misalnya, sewaktu mengajar bab zakat, maka yang seperti ini beliau menghuraikan pelajaran fiqh mengikut mazhab Hanbali beserta dalil, seterusnya dalam pelajaran hadith beliau menghuraikan berdasarkan nas dan kandungannya. Jika secocok dengan pandangan mazhab Hanbali, itulah yang beliau ambil. Sekiranya didapati bertentangan, maka beliau akan mentarjihkannya dengan cenderung kepada pendapat yang lebih kuat dalilnya tanpa tasub dengan mazhab tertentu. Dan suatu hal yang menonjol lagi bagi diri beliau ialah mahu menjawab setiap persoalan pelajar dan memenuhi segala kemahuan dan menyelesaikan segala kemusykilan bahkan kadang kadang beliau tangguhkan jawapannya jika persoalan itu memerlukan kajian yang serius. Contohnya dalam perkara Khilafiyyah mungkin tertangguh jawapannya. Cara ini menurut pakar pendidikan moden, bertujuan membangkitkan minat pelajar disamping semangat berdikari dan memupuk harapan kepada pelajaran sehingga ada sikap bahawa ilmu akan bertambah melalui kajian. Pelajaran pelajaran baru boleh diteruskan apabila satu satu tajuk sudah dihadamkan dengan betul. Dalam matapelajaran tauhid atau aqidah, beliau merupakan teladan umat yang sederhana, kerana tidak termasuk kelompok pelampau yang senang menghukum orang sebagai kafir atau syirik sama ada dalam perkara kecil atau besar sekalipun. Walaubagaimanapun, beliau tidak mengecilkan perkara aqidah bahkan beliau mengambil berat dan menjelaskannya ianya kecil atau besar serta meletakkan sesuatu perkara mengikut tempatnya, yang syirik tetap syirik dan yang bidah tetap bidah. Bahkan sesiapapun yang merujuk kepada beliau dari luar Arab Saudi mendapat kesan kepuasan hati bahawa beliau menjadi kayu ukur yang utama dari segi dawah dan dari tokoh tokoh pendawah, beliaulah peribadi yang seimbang dan sederhana. Begitulah keadaan beliau sentiasa baik di pejabat ataupun di majlis ilmu di 4

masjid dan sebagainya. Pada tahun 1381 H atau 1961 M, beliau dilantik sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah. Ianya suatu nikmat anugerah ALLAH SWT apa lagi dengan kemunculan beliau yang mengendalikan universiti besar yang baru sahaja ditubuhkan sangat memerlukan timbang rasa, budi bahasa, keberanian dan ketegasan serta hikmah. Akhirnya dengan taufiq ALLAH SWT, universiti yang berkah ini membuahkan hasil dan manfaat tersebar ke seluruh pelosok dunia Islam. Semuanya berkat kerjasama semua pihak dan ketokohan syeikh sebagai ilmuwan. Walaupun masa begitu suntuk bagi beliau untuk menunaikan tugas dan kewajipan yang bertindih tindih, beliau masih sempat menulis dan mengarang kitab. Hasilnya sehingga kini sudah ada berpuluh puluh kitab karangan beliau disamping sejumlah fatwa fatwa khas dan am. Selama beberapa tahun sebelum beliau bertugas sepenuh masa sebagai Yang Di Pertua Lembaga Bimbingan Dawah dan Fatwa. Beliau adalah Canselor Universiti Islam al Madinah al Munawwarah. Semoga ALLAH SWT menjadikan ilmunya semakin tersebar luas dan memberi manfaat. Dan semoga ALLAH SWT mencucurkan taufiq dan inayah mengikuti kehendak dan keredhaan Nya. Amin...Selawat dan salam kepada hamba ALLAH dan Rasul Nya, Junjungan kita nabi Muhammad SAW. Antara karangan Samahah Syeikh Bin Baz ialah: a) al Fawaid al Jalilah fi al Mabhath al Fardhiyyah b) Naqd al Qaumiyyah al Arabiyyah c) Taudih al Manasik d) Risalah fi nikah al Sighor e) Al Jawab al Mufid fi hukm al Taswir f) Risalah fi at Tabarruj wa al Hijab g) Risalah at Tahzir min al Bida Disusun oleh ad Daiyyah Nasri Ilyas

3.0 Terjemah Muqaddimah Samahah asy Syeikh Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia mulia Nabi dan Rasul, Nabi kita Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat keseluruhannya. Saya telah ditemubual oleh pihak majalah Rabitah, tajuknya berkisar tentang serangan pemikiran. Dalam penjelasan saya itu 5

terkandung tentang beberapa bahaya pemikiran pemikiran yang sasarannya adalah umat Islam dan bahawa pencerobohan pemikiran Barat itu lebih merbahaya jika dibandingkan dengan pencerobohon bersenjata kerana begitu buruk kesannya ke atas aqidah Islamiyyah serta keluhuran akhlaq, dan untuk mengubah asas Islam dengan cara cara meruntuhkan kekuatannya. Beberapa orang telah memohon agar mendapat kebenaran dari saya untuk mencetak dan menyebarkan risalah ini sehingga memberi faedah secara lebih meluas. Dengan ini saya memberi kebenaran untuk tujuan tersebut. Secara garis besarnya, perbahasan ini berkisar kepada:a. Tarif (Definisi : Pencerobohan pemikiran al - Ghazwul Fikri) b. Huraian tentang bentuk dan jenis jenis al Ghazwul al Fikri c. Sistem dan cara pergerakan mereka Kepada ALLAH jua saya memohon semoga umat Islamdapat manfaat dengannya dan kepada ALLAH jua saya berdoa semoga diterima sebagai amal soleh yang ikhlas, dialah yang Maha Mendengar segala doa disertakan dengan selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad dan keluarga serta sahabat baginda. Abd al Aziz bin Abd Allah bin Baz 4.0 Tarif al Ghazw al Fikri Apakah tarif al Ghazw al Fikri itu pada pandangan tuan? Al Ghazw al Fikri adalah suatu istilah baru. Ia dimaksudkan beberapa usaha yang dilakukan oleh salah satu umat untuk menguasai ke atas umat yang lain atau mempengaruhi ke atasnya supaya ini menuju kepada satu haluan tertentu dan ini lebih merbahaya dari serangan ketenteraan kerana serangan pemikiran memilih jalan senyap dan liku liku penuh rahsia, di peringkat awal umat diserang itu tidak menyedarinya, tidak bersiap sedia untuk menghalangnya, dan tidak bangun untuk menyekatnya sehinggalah ia jatuh menjadi mangsanya. Dan pada ketika itu, natijahnya umat itu akan menjadi lemah dan sakit pemikirannya dan juga perasaannya. Ia menyukai apa yang dikehendaki oleh musuh untuknya dan ia membenci apa yang dikehendaki oleh musuh untuk membencinya. Ini satu penyakit yang paling merbahaya, membunuh umat, meruntuhkan syakhsiyahnya dan menghilangkan keaslian nilai nilainya dan kekuatannya. Umat yang ditimpa dengan penyakit ini, tidak merasai akan musibahnya dan tidak pula menyedarinya. Oleh demikian, cara untuk mengubatnya merupakan satu perkara yang 6

sukar untuk dilakukan dan untuk menyedarkan kembali ke jalan yang betul juga satu perkara yang berat. 5.0 Jenis jenis Ghazw yang paling merbahaya Umat Islam sedang secara umumnya sedang menghadapi serangan pemikiran yang besar yang dilakukan oleh umat umat kafir dari Timur dan Barat, dan di antara yang paling merbahaya sekali ialah:a. Ghazwu Solibiy Serangan Nasrani / Kristian b. Ghazwu Yahudiy Serangan Yahudi c. Serangan Komunis yang menolak adanya Tuhan (Atheis) 6.0 Serangan Kristian Adapun serangan Nasrani Solibiy hari ini dengan bertungkus lumus sedang melakukannya kerana sejak Salahuddin al Ayyubi mencapai kemenangan ke atas umat Nasrani (Solibiy) yang menyerang negara negara Islam dengan kekuatan dan senjata. Kaum Nasrani mengerti bahawa peperangan mereka sekalipun mencapai beberapa kemenangan tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja, ia tidak akan kekal. Oleh itu mereka memikirkan dengan satu gantian yang lebih utama lagi, dan setelah beberapa kejayaan dan permesyuaratan diadakan, sampailah mereka kepada satu cara yang ianya lebih merbahaya dari peperangan ketenteraan iaitu bahawa umat Nasrani sama ada secara berseorangan atau berkumpulan hendaklah melakukan serangan pemikiran untuk mendidik generasi baru kaum Muslimin kerana kekuasaan ke atas pemikiran dan hati lebih kukuh kedudukannya dari kekuasaan ke atas bumi. Seorang Muslim yang belum dicemari pemikirannya tidak boleh melihat orang kafir menjadi pemerintah di negerinya. Maka dia berusaha dengan segala kekuatan yang ada padanya untuk menghalau dan mengeluarkan mereka walaupun dalam usaha itu ia terpaksa membayar dengan nyawanya dan dengan apa apa yang ada disisinya dan inilah apa yang berlaku selepas kemenangan kemenangan yang besar bagi tentera Solibiy yang menyerang mereka. Adapun orang Islam yang terkena dengan serangan pemikiran yang buruk itu, pemikiran mereka menjadi sakit dan kehilangan perasaan kewujudan orang orang Nasrani dan lain lain dibuminya. Pada pandangannya, ia tidak akan memberi apa apa merbahaya malahan ia berpendapat ianya satu ciri kebaikan dan dari faktor faktor yang boleh membantu untuk membina kemajuan dan tamadun pula.

Dengan adanya serangan pemikiran orang orang Nasrani tidak perlu lagi kepada Ghazw al Madiy (Harta), kerana ia lebih kuat dan lebih kukuh. Maka untuk apa lagi mereka perlu menghantar tentera tentera dan membelanjakan wang sedangkan sudah ada orang orang yang melaksanakan apa yang mereka kehendaki dari orang orang Islam itu sendiri sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, sama ada adanya upah atau tiada upah. Oleh yang demikian, mereka tidak lagi memerangi Islam secara terbuka dengan senjata dan kekuatan melainkan jarang jarang dan itupun dalam keadaan terpaksa yang memerlukan mereka menyelesaikannya secara kekuatan (senjata) sepertimana yang berlaku di Uganda dan Pakistan atau apabila dikehendaki mengukuhkan kedudukan atau mendirikan pengkalan pengkalan atau mengadakan institusi institusi yang bertugas nelaksanakan peperangan fikiran yang kejam sepertimana yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan negara negara lain sebelum kemerdekaan dahulu. 7.0 Serangan Yahudi Adapun serangan oleh Yahudi adalah seperti itu juga (seperti serangan Nasrani). Ini adalah kerana orang orang Yahudi itu sentiasa bertungkus lumus untuk merosakkan akhlaq dan aqidah umat Islam. Orang orang Yahudi juga mempunyai sifat tamak haloba di negara negara Islam dan selainnya. Mereka mempunyai rancangan rancangan tersendiri sesetengahnya telah tercapai dan yang baki sedang diusahakan dengan bersungguh sungguh untuk mendapatkannya. Mereka disamping memerangi orang orang Islam dengan kekuatan senjata dan berjaya merampas sebahagian dari bumi mereka, kaum Yahudi juga memerangi pemikiran dan aqidah orang orang Islam. Mereka menyebarkan dikalangan orang orang Islam prinsip prinsip, mazhab mazhab, agama agama yang sesat seperti Freemason, Qadiyanisme, Bahaisme, Tijaniyyah dan lain lain lagi. Mereka bekerjasama dengan orang orang Nasrani dan lain lain untuk mencapai tujuan dan matlamat mereka. 8.0 Serangan Komunis yang Mulhid (Tidak mengaku adanya Tuhan) Manakala serangan komunis yang tidak bertuhan itu pula, kini merebak di negara negara Islam (semasa buku ini ditulis) seperti merebaknya api (yang membakar) lalang yang kering natijah daripada kekosongan dan kelemahan iman dikalangan kebanyakan umat Islam 8

dan tersebarnya kejahilan dan kekurangan pendidikan yang betul dan baik. Maka berkuasalah parti parti komunis di Rusia, China dan di tempat tempat lain. Ajaran ini kemudiannya diterima oleh pendengki dan si tolol yang lemah iman dan dijadikan mereka alat alat di negara mereka pula untuk menyebarkan ajaran tidak bertuhan dan pemikiran komunis yang jahat serta menjijikan. Mereka tidak lain hanya ingin mengampu bagi membenarkan cita cita mereka menjawat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan. Apabila mereka jatuh dalam kekuasaan mereka, para pengampu mula mengukuhkan kedudukan mereka dan mula mengadu domba sesama mereka serta menumpahkan darah sesiapa yang menghalang dan menyekat mereka. Maka lahirlah segermbolan manusia yang sanggup memerangi bangsanya sendiri dan menyeksa saudara saudara dan keluarga mereka. Mereka dijadikan alat alat menghancurkan umat Islam dan sebagai tentera kepada syaitan yang dibantu oleh orang orang Nasrani dan Yahudi dengan mewujudkan suasana yang sesuai untuk mereka. Kadang kala dengan kerjasama secara langsung dan kadang kala dalam bentuk bantuan (khususnya kebajikan) dan sokongan. Hal ini boleh berlaku sekalipun mereka berselisih pendapat sesama mereka tetapi mereka tetap bersatu menentang umat Islam. Mereka berpendapat sesungguhnya agama Islam adalah musuh ketat mereka. Oleh itu, kita dapati mereka berkerjasama dan bersungguh sungguh untuk memerangi umat Islam. Maka ALLAH SWT lah tempat kita memohon pertolongan, perlindungan dan menyerah diri. 9.0 Cara cara orang Barat menyebarkan pemikiran mereka yang merosakkan itu Cara cara yang digunakan oleh Barat untuk menyebarkan pemikiran adalah banyak, diantaranya ialah:a. Berusaha menguasai aqal pemikiran umat Islam dan mengukuhkan fahaman fahaman Barat pada mereka supaya mereka menyangka bahawa cara yang terbaik ialah cara Barat pada segala sesuatu sesuatu sama ada pada agama agama dan mazhab mazhab yang dipercayainya atau bahasa yang mereka bertutur dengannya atau pada akhlaq yang diamalkannya atau adat kebiasaan yang ia hidup diatasnya b. Penjagaan ke atas sebahagian besar dari anak anak kaum Muslimin di setiap negeri dengan mengambil berat terhadap mereka dan mendidik mereka sehingga apabila mereka itu termakan betul betul dengan pemikiran Barat, mereka dihantar 9

balik ke negeri mereka lalu diberi pujian secara besar besaran dan diagungkan hinggalah mereka memegang jawatan jawatan penting dan menjadi pemimpin pemimpin negeri mereka. Maka mereka pun bekerjalah menyebarkan pemikiran pemikiran Barat itu dan mendirikan institusi institusi pengajian yang selari dan sorot dengan manhaj (sistem) Barat ataupun tunduk cenderung kepadanya c. Kegilaan untuk mempelajari bahasa bahasa Barat di negara negara Islam sehingga ia menenggelamkan bahasa umat Islam khususnya bahasa Arab iaitu bahasa al Qur`an al Karim yang diturunkan oleh ALLAH SWT kitabnya, yang digunakan oleh umat Islam dalam beribadah menyembah Nya dalam solat, haji, zikir dan lain lain. Begitu juga menggalakkan seruan seruan jahat yang memerangi bahasa Arab dan berusaha melemahkan kedudukannya di negara negara Islam dengan cara menyeru kepada bahasa bahasa daerah, dan melakukan berbagai kajian dengan tujuan mengubah tatabahasa dan merosakkannya. Kemudian mengagungkan apa apa yang dinamakan sastera rakyat dan warisan nasional d. Menubuhkan universiti universiti yang bercorak Barat dan sekolah sekolah missionari di negara negara Islam, pusat pusat asuhan, taman kanak kanak, hospital hospital, pusat perubatan danmenjadikannya pusat pusat untuk mencapai tujuan tujuan jahatnya serta menarik perhatian golongan atasan dalam masyarakat untuk belajar di tempat tempat ini kemudiannya menolong mereka untuk memegang pucuk pucuk pimpinan dan jawatan jawatan penting supaya mereka ini dapat menolong pula guru guru mereka dalam merealisasikan tujuan tujuan dan kehendak - kehendak mereka di negara negara Islam itu e. Berusaha menguasai sistem pelajaran di negara negara Islam, menggariskan polisinya, kadang kadang secara langsung seperti mana yang berlaku pada setengah setengah negara negara Islam apabila paderi memegang tugas itu atau secara tidak langsung iaitu tugas tugas ini dijalankan oleh murid muridnya yang telah berjaya pengajian mereka di sekolah sekolah paderi dan tamat pengajiannya. Sebahagian besar dari mereka telah menjadi tenaga perosak di negara masing masing, menjadi senjata paling merbahaya bagi musuh dengan bekerja keras untuk memesong pelajaran ke arah Sekularisme 10

yang tidak berasaskan keimanan kepada ALLAH SWT dan pengakuan kepada Rasul Nya, malahan mendorong ke arah ilhad (tidak percayakan Tuhan) dan ke arah fasad dan kerosakan f. Ramai orang orang Nasrani dan Yahudi mengadakan kajian kajian berhubung dengan Islam dan bahasa Arab, mengarang buku buku dan menduduki jawatan jawatan pensyarah di universiti universiti sehingga mereka berjaya melakukan kekacauan besar dalam pemikiran di kalangan golongan terpelajar umat Islam iaitu dengan kekeliruan yang mereka sampaikan kepada mahasiswa mahasiswa mereka atau yang terkandung dalam buku buku mereka dan disebarkan di negara negara Islam sehingga jadilah pula sesetengah buku buku tersebut sebagai rujukan yang dirujuk oleh para penulis dan para pengkaji dalam masalah masalah fikriyyah atau sejarah. Orientalis orientalis ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh dari anak anak orang Islam yang telah memainkan peranan penting dalam menimbulkan fitnah yang besar. Mereka dapat berbuat sedemikian kerana puji pujian yang diberi kepada mereka dan jawatan jawatan penting yang diserahkan kepada mereka di bidang bidang pelajaran, bimbingan dan kepimpinan. Maka mereka dapatlah menyempurnakan pekerjaan pekerjaan yang telah dimulakan oleh guru guru mereka. Mereka telah menjayakan apa yang tidak dapat dilakukan oleh para guru mereka kerana mereka merupakan anak anak orang Islam sendiri dan sebangsa dengan mereka. Sebahagian mereka pula bercakap dengan bahasa Barat pula. Maka, kepada ALLAH SWT kita memohon pertolongan g. Bergeraknya pasukan pasukan misionari dengan begitu ramai sekali menyeru kepada agama Nasrani di tengah tengah umat Islam dan menjalankan tugas tugas mereka dengan cara yang tersusun rapi disamping dengan wasilah yang lengkap sempurna ditugaskan untuk beratus ratus ribu orang dan disediakan peruntukan yang besar, berbagai kemudahan dan kesenangan. Firman ALLAH SWT : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan) mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahaya Nya meskipun orang orang kafir benci (as Soff: 8). Jika tenaga ini ditumpukan kepada orang orang awam kebanyakan maka tenaga orientalis pula ditujukan kepada golongan terpelajar sepertimana telah saya sebutkan sebentar tadi. Sesungguhnya mereka menanggung 11

pelbagai kesusahan kesusahan besar dalam kerja itu di negeri negeri Afrika dan di kampung kampung pedalaman di berbagai pelosok negara negara Islam di Timur Asia dan selainnya. Kemudian dari semasa ke semasa berhimpun pula dalam muktamar, untuk mengulang kaji dan menimbang semula rancangan rancangan mereka untuk membaikinya dan mengubah strategi serta mengadakan kaedah kaedah yang baru yang lebih dahsyat. Mereka telah mengadakan ijtima mereka di Kaherah pada tahun 1906 M, di Edinburgh pada tahun 1910 M, di Lucknow pada 1911 M, di Baitul Maqdis pada tahun 1935 M juga sekali lagi pada tahun 1935 M di Baitul Maqdis. Mereka masih meneruskan ijtima ijtima dan muktamar muktamar ini. Maha Suci ALLAH yang segala sesuatu dalam tangan - Nya dan kepada Nya jua segala urusan dan pekerjaan h. Ber`dakwah untuk merosakkan masyarakat Islam dan memalingkan wanita Islam dari tugas sebenar mereka dalam masyarakat dan menjadikan mereka melangkaui batas batas yang ditentukan oleh ALLAH SWT untuk mereka. Kebahagiaan bagi mereka adalah dengan batas batas tersebut. Iaitu apabila mereka (Barat) mengadakan dakwah dakwah mereka di tengah tengah orang Islam dengan berbagai cara dan jalan supaya wanita wanita Islam bercampur gaul dengan lelaki (bukan ajnabi). Juga supaya wanita wanita ini melakukan kerja kerja lelaki. Semua itu bertujuan merosakkan masyarakat Islam dan mencabul kebersihan dan kesucian yang ada padanya. Mereka mengadakan dakwaan palsu dan karut bahawa wanita dalam masyarakat Islam telah dianiaya dan sesungguhnya bagi wanita ada hak hak itu dan ini...mereka mahu mengeluarkan wanita wanita ini dari rumahnya dan membawa mereka ke tempat yang mereka mahu. Sedangkan hudud hudud (sempadan / batas batas) ALLAH SWT begitu jelas dan perintah perintah Nya begitu terang berserta sunnah Rasulullah SAW yang juga jelas nyata. ALLAH SWT berfirman : Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu dan anak anak perempuanmu dan isteri isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang (al Ahzab: 59). Firman Nya lagi: . Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dada 12

mereka dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak anak lelaki mereka, atau saudara saudara lelaki mereka atau anak anak lelaki saudara lelaki mereka atau anak anak lelaki saudara perempuan mereka atau wanita wanita Islam atau budak budak yang mereka miliki, atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau kanak kanak yang belum mengetahui aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki (menghentak kaki) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang orang beriman supaya kamu beruntung (an Nur: 31). Dan firman Nya: Dan jika kalian meminta barang daripada mereka, maka mintalah dari belakang hijab. Hal itu lebih mensucikan hati kalian dan hati mereka (al Ahzab: 53). Begitu juga firman Nya: Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan jangan kamu berhias (tabarruj) dan berkelakuan seperti orang orang jahiliyyah terdahulu... (al Ahzab: 33). Rasulullah SAW pula bersabda: Janganlah kamu masuk kepada perempuan. Berkata seorang lelaki dari Ansar: wahai Rasulullah, bagaimana dengan kerabat kerabat suami?. Rasulullah bersabda: kerabat kerabat suami membawa maut . Dan sabdanya lagi:Janganlah seseorang lelaki berkhalwat (bersedudukan / berdua duaan di tempat sunyi) dengan seorang perempuan kerana syaitan yang ketiganya. i. Mendirikan gereja gereja dan rumah rumah ibadat dan membanyakkannya di negara negara umat Islam dan memperuntukkan sejumlah wang yang begitu besar ke atasnya serta menghiasinya dan menjadikannya nampak jelas dan didirikan di sebaik baik tempat dan medan medan (kawasan) yang terbesar pula. j. Mengadakan stesen stesen dan pemancar pemancar radio yang kuat menyeru kepada agama Nasrani dan memuji muji tujuannya dan cuba menggunakan buah fikiran mereka untuk menyesatkan anak anak orang Islam yang tidak berpengetahuan dan yang tidak memahami Islam serta tidak mendapat pendidikan yang cukup khususnya di negara negara Afrika. Ini diikuti pula dengan usaha usaha membanyakkan pencetakan kitab Injil (Bible) dan membahagi bahagikannya ke hotel hotel dan lain lain serta menghantar siaran siaran 13

Missionari (at Tabsyiriyyah) yang batil itu kepada sebahagian besar umat Islam. Inilah sesetengah wasilah dan cara yang digunakan oleh musuh musuh Islam pada hari ini dalam usaha mereka memerangi pemikiran kaum Muslimin dan menjauhkan pemikiran pemikiran yang betul dan sahih dan menggantikannya dengan pemikiran pemikiran yang lain yang rosak baik dari Timur mahupun Barat. Ia sepertimana yang dapat kita lihat mereka mencurahkan tenaga besar dan wang yang begitu banyak serta mengutus petugas petugas dengan begitu ramai sekali. Semua itu adalah untuk mengeluarkan kaum Muslimin dari agama Islam biarpun mereka tidak masuk (beralih) ke agama Nasrani (Kristian) atau Yahudi atau Marxisme.Inilah sasaran mereka iaitu mengeluarkan (menjauhkan) kaum Muslimin dari Islam. Apabila mereka berjaya pada peringkat ini, maka (peringkat) selepasnya adalah senang dan mudah. Walaupun begitu, kita tetap yakin bahawa ALLAH menghampakan harapan mereka, mensia siakan tipu helah mereka, melemahkan rancangan rancangan jahat mereka kerana mereka adalh perosak sedang ALLAH SWT tidak akan menjayakan kerja kaum perosak (al Mufsidun), firman ALLAH: Mereka merancang (tipu daya) dan ALLAH (juga) merancang, dan ALLAH sebaik baik Pembalas tipu daya (al Anfal: 30). Firman Nya lagi:Sesungguhnya orang orang kafir itu merancang tipu daya yang jahat dengan sekutu sekutunya, dan Aku pun membuat rancangan (pula) dengan sekutu sekutunya, kerana itu beri tangguhlah orang orang kafir itu iaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar (at Toriq: 15 17). Sesungguhnya perkara ini memerlukan umat Islam berhenti sejenak untuk berfikir, merenung dan menimbangkan jalan jalan yang pasti dilalui dan sikap yang mesti diambil mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang membolehkan mereka memahami rancangan musuh musuh mereka dan bekerja untuk melemahkannya dan menggagalkan rancangan tersebut. Dan semua itu tidak akan berhasil melainkan dengan bergantung kepada ALLAH SWT dan berpandukan hidayah Nya, kembali kepada Nya, tunduk kepada Nya, memohon pertolongan dengan Nya serta sentiasa mengingati segala peringatan ALLAH dalam semua keadaan khususnya dalam hubungan umat Islam dan orang orang kafir, dan umat Islam hendaklah benar benar memahami kandungan surah al Kafirun dan apa yang difirmankan oleh ALLAH SWT dalam kitab Nya:Sesungguhnya orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali 14

redha kepada kamu sehingga kamu menuruti agama (cara hidup) mereka (al Baqarah: 120). Dan firman Nya lagi :Dan mereka akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka memalingkan kamu dari agama kamu sekiranya mereka mampu (al Baqarah: 217). Dan bilamana sudah benar benar tertanam fahaman Islam tulen dalam masyarakat Islam dan kembali kepada ajaran agama Islam dengan berpegang teguh semula serta berjuang bertungkus lumus, maka sesungguhnya ALLAH akan membantu mereka dan akan menjadikan mereka kesudahan yang terbaik. Sepertimana yang dijanjikan oleh firman Nya :Wahai orang orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama ALLAH nescaya ALLAH menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu. Dan firman Nya:Dan sesungguhnya ALLAH pasti akan membantu sesiapa yang menolong agama Nya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Mulia. Kemudian firman Nya lagi:Dan mereka yang kami beri kekuasaan di atas muka bumi mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menyeru kepada maruf dan mencegah kemungkaran. Dan ayat ayat sehubungan ini banyak sekali. Akhirnya saya (Syeikh Bin Baz r.h) berdoa kepada ALLAH SWT semoga ALLAH menunjukkan kepada umat ini jalan yang benar, dan memberi perlindungan kepada mereka daripada segala angkara seteru, dan menunjukkan kepada mereka jalan istiqomah dalam perkataan mereka dan amalan mereka, sehingga ia berada sepertimana yang dikehendaki oleh ALLAH dan mendapat kemuliaan, kekuatan dan kebahagiaan. Kepada ALLAH jua kita berserah, dan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat r.a kita berselawat. Ketua Umum Jabatan Pendidikan, Pengkajian Fatwa, Dawah dan Irsyad, Abd al Aziz bin Abd Allah bin Baz Wallahualam. Alihbahasa dan suntingan selesai pada 8.53 malam, 16 Jamadilawwal 1426 H bersamaan 23 Jun 2005

15

Anda mungkin juga menyukai