Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI

PSE 3102 PENULISAN KREATIF


PENSYARAH: PN. TUAN ZAINAB BINTI WI PISMP 4 D, 2013 KUMPULAN 4 MAURICE MICHEAL HELORA MOHIRIN FLORINA GUKIN SURIANI USMAN

BAB 4 PROSES KREATIF NOVEL HUJAN PAGI


Latar Belakang Penciptaan

Karya Sasterawan Negara A. Samad Said. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahun 1987 (cetakan pertama). Novel ini ditulis selepas kehadiran beberapa novel beliau. Novel ini membentangkan perselisahan yang berlaku antara kerajaan dengan pihak pentadbiran akhbar.

Hujan Pagi ialah akhbar mingguan yang diketuai oleh Lokman sebagai ketua pengarang.
Lokman berasa bahawa akhbar ini dapat membawa cita-cita murni dunia persuratkhabaran, khususnya untuk kepentingan masyarakat Melayu.

Namun, Hujan Pagi hanyalah akhbar halusinasi Lokman sahaja.


Syarikat akhbar yang wujud ialah Sinar Pagi, dan Lokman hanya mengelolakan ruangan Medan Pembaca sahaja.

Hujan Pagi menyodorkan kisah dunia wartawan dua dekad.


Satu dekad yang kembali ke zaman 20-an dan 30-an. Satu dekad lagi iaitu dekad 70-an.

Dalam novel ini, dunia akhbar disorot sewaktu era menentang British dan satu sudut lain melihat akhbar sewaktu berhadapan dengan realiti.

Hujan Pagi lahir daripada pergelutan perasaan dan fikiran Lokman yang berasa begitu tertekan dengan senario dunia akhbar baharu. Sebagai wartawan veteran, Lokman berasa diketepikan dari segi perjuangannya dan kehadirannya sebagai manusia pembentuk umat, serentak berasa tidak dapat selari dengan perkembangan terkini yang baginya amat menghairankan.
Lokman sering terlontar ke alam halusinasinya, berasa bahawa itulah dunia wartawan yang suci lagi murni.

Dalam Hujan Pagi, Lokman berasa bahawa perjuangannya dan kehadirannya lebih bermakna, dirinya lebih dihargai sebagai tokoh yang ideal mempunyai ciri kepimpinan sejati.
Oleh sebab sering berhalusinasi dan menunjukkan gejala psikotik, Lokman dianggap separuh gila, dan terpaksa dirawat oleh Dr. Ahmad Dio (pakar sakit jiwa).

Hujan Pagi turut menampilkan;


1. kehidupan beberapa watak manusia yang berada di sekeliling Lokman. 2. Kisah hidup sekolompok wartawan dengan segala permasalahan dan pergolakan hidup.

Beberapa kisah manusia lain seperti keluarga porak-peranda.


Berkisar tentang Niram, pelajar Institut Teknologi Mara.

Latar Belakang Peribadi A. Samad Said (penulis):


Banyak didorong oleh cerita-cerita daripada ibunya. Setiap cerita daripada ibunya memberi lebih kesan, sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang mudah terpesona. Beliau juga banyak belajar daripada pembacaan. Beliau membaca semua genre (B.Melayu@B.Inggeris). Manusia yang paling hampir dengannya menjadi penggalaknya untuk bercerita atau sebagai sumber ilham.

Menurut A. Samad Said:


1. Penulis perlu ada asas dan bakat. 2. Penulisan karya sesuai dengan peningkatan usia, ilmu dan pengalaman diri serta persekitaran. 3. Kematangan teknik penulisan. 4. Kreativiti dalam penulisan. 5. Proses kreatif (berlaku secara tidak formal).

A. Samad Said menulis Hujan Pagi pada tahun 1987.

Ada beberapa perkara yang tidak disenanginya tentang dunia akhbar dan wartawan. Pada tahun 1970-an melihat etika wartawan dan disiplin akhbar seolah-olah sudah disongsangkan. Wartawan tidak berkuasa lagi, sebaliknya ahli politik yang banyak menentukan periuk nasi penulis.

Persediaan menulis, cuma perlu memanggilnya dan meluahkannya sahaja.

Hujan Pagi dibangunkan oleh 22 bab dengan purata 15-20 halaman setiap bab. Menghasilkan draf awal penulisan.

Proses penyemakan dan penyuntingan sebanyak 4 8 kali.


Mementingkan deskripsi latar cerita cuba digambarkan dengan sejelas-jelasnya.

Hujan Pagi hidup dengan puluhan watak dengan segala perwatakan yang rencam.
Dalam penciptaan Hujan Pagi ialah penggunaan kad indeks. Aliran yang cuba dibawa dalam penulisan, seperti unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi dsb. Menarik tentang proses kreatif Hujan Pagi ialah penerapan disiplin psikologi.

A. Samad Said cenderung memperkenalkan watak dan perwatakan secara serentak atau seluruhnya, tetapi secara beransur-ansur. Hujan Pagi menampilkan watak-watak yang dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu watak utama, watak pembantu dan watak sisipan/sampingan.

A. Samad Said mempunyai alasan tersendiri untuk menampilkan watak begitu banyak.

yang yang

Dari segi teknik penulisan pula, Hujan Pagi dihadapkan kepada pembaca melalui suatu aliran baharu yang dinamai realisme magis.
Unsur-unsur realiti, ditimbulkan secara terpecah-pecah mimpi dan halusinasi berselang seli dan

A. Samad Said seolah-olah tidak mementingkan cerita dalam novel ini kerana kebanyakan bab seolah-olah dapat berdiri sendiri. Watak-watak penting dalam novel ini pula tidak diberi poetic license yang ditemui dalam novelnovel Melayu.
Manusia dalam Hujan Pagi ialah manusia kecewa manakala dunianya adalah dunia yang suram dan tidak menjanjikan.

Kesan cerita masih terasa setelah tamat pembacaan walaupun A.Samad Said seolah-oleh tidak mementingkan cerita. Hal ini dapat dijelaskan dengan kecenderungannya membangunkan novel of ideas
Pada pandangan A. Samad Said, Hujan Pagi tidak berniat untuk mempengaruhi, tetapi sekadar mengemukakan. Aliran asing yang digunakan tidak ditelan bulatbulat tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan.

Dari segi plot, Hujan Pagi jauh daripada sifat kronologi.


Urutan ceritanya begitu lambat, melompatlompat dan seakan-akan tidak teratur. A. Samad Said menghantar plot novel ini dalam dua dekad yang berbeza iaitu dekad 20-an dan 30-an (dekad halusinasi Lokman) dan dekad 70an (dekad realiti masa kini) Plot Hujan Pagi banyak digerakkan oleh watak tertentu dan pemikiran tertentu.

Dialog, tindakan dan buah fikiran watak-watak yang ditampilkan pula menimbulkan pemikiran lanjut yang kadangkala dilanjutkan lagi dalam bab yang berikutnya.
Oleh sebab plotnya berkisar tentang dua dekad, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat juga tertumpu pada senario dua dekad tersebut.

Hujan Pagi adalah novel intelektual, novel yang sarat dengan ilmu, saranan dan falsafah. Hujan Pagi adalah period novel iaitu tentang dua dekad yang berlainan iaitu mengikat novel ini untuk memperkatakan sejarah, sekali gus politik kedua-dua zaman.

Watak tertentu dalam Hujan Pagi juga dijangkiti sindrom halusinasi, penyakit psikologi yang menunjukkkan gejala psikotik. Antara lain ditunjukkan juga beberapa gejala seperti:

Mutisme (membisu tanpa bersebab) Kontubulasi (sekejap sedar,sekejap tidak/kesedaran yang berkabut) Delusi (berasa tertekan kerana diperkecil) Paranoid sizosfrenia ( bertolak daripada gejala neologisme) Grandios delusion (perasaan dihargai semula) Mannerisme (contoh: menjerit-jerit pada waktu subuh yang merupakan tanda awal kegilaan)

A. Samad Said juga telah mengangkat unsur legenda untuk dimanfaatkan dalam karyanya. Misalnya, Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya.
A. Samad Said bukan sahaja cuba menyarankan sesuatu pemikiran tetapi juga menunjukkan beliau mahir dengan disiplin ini dengan mengetahui ilmunya dan tokoh-tokohnya.

Hujan Pagi tercetak setebal 418 halaman. A. Samad Said mengatur setiap halaman dalam setiap bab iaitu sebanyak 22 bab.

Anda mungkin juga menyukai