Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan Moral Tahun 4

Kelas Masa Nilai Utama Nilai Sampingan :4 : 8.30-9.30 pagi : Kesederhanaan : Baik hati, Kerjasama

Tajuk : Membantu Jiran SK : Mengamalkan sikap sederhana sesama jiran SP : 13.1.1, 13.1.3, 13.1.4 Objektif Pembelajaran (OP) : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat: i. Membincangkan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap sederhana sesama jiran. ( Penaakulan ) ii. Menceritakan perasaan bersikap sederhana sesama jiran. ( Perasaan ) iii. Mengamalkan sikap sederhana dalam aktiviti harian sesama jiran. ( Perlakuan )

EMK BBB

: Kreativiti dan inovasi, TMK : Gambar

Aktiviti : Set Induksi : Guru menunjukkan gambar (Lampiran 1) tentang jiran yang baru berpindah rumah ( Guru dan murid bersoal jawab dan mengaitkan gambar dengan nilai yang akan dipelajari. ) Langkah-langkah : Guru menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari. Guru menunjukkan gambar mengenai jiran menyediakan makanan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada jiran-jiran yang sudi membantu. (Lampiran 2) TMK. Guru bersoal jawab dengan murid tentang paparan gambar tersebut untuk menjana idea murid. ( berkaitan nilai / aktiviti ) Contoh Soalan 1. Apakah yang kamu dapat lihat melalui paparan gambar sebentar tadi? 2. Apakah aktiviti yang dilakukan di dalam gambar tersebut? 3. Apakah nilai yang diamalkan di dalam aktiviti tersebut ?

Guru memberi arahan berkaitan aktiviti mengikut kumpulan.Murid yang dilantik sebagai ketua kumpulan menjalankan tugas secara sederhana dalam memberikan arahan.
Contoh aktiviti : Gotong-royong membersihkan kelas seperti menyapu sampah, menyusun meja dan kerusi dan membuang sampah. (Lampiran 3) Murid menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas. Penutup : Guru dan murid membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan. ( Penerapan nilai-nilai dan perasaan ) CONTOH SOALAN 1. Apakah yang telah kamu lakukan bersama-sama kawan? 2. Bagaimanakah perasaan kamu selepas melakukan aktiviti? 3. Apakah nilai yang telah kamu pelajari pada hari ini? Penilaian : Pemerhatian dan Lembaran Kerja Impak :

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Anda mungkin juga menyukai