Anda di halaman 1dari 3

GMGM 2013 ORGANISASI DAN MASYARAKAT

1.0 ISO

PENGENALAN. nama singkatan kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR

STANDARDISATION (ISO). Di organisasi saya menggunakan ISO 9001:2008. ISO 9001:2008 merupakan satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti. Ia juga merupakan satu sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa. Sistem kerja yang terancang, akan mempunyai proses-proses yang dikenalpasti, proses-proses tersebut didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal. Sistem tersebut juga akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya. Sistem kerja yang terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan perkhidmatan yang konsisten kualitinya, ini lebih dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti.

2.0

KESAN PERLAKSANAAN ISO

Terdapat kesan potif dan negatif dalam perlaksanaan ISO 9001:2008 didalam organisasi saya. 2.1 Antara kesan positif yang kita dapat lihat adalah seperti contoh: 2.1.1 Penyusunan sesuatu fail itu lebih teratur dan tersusun. Ia juga bertujuan

memudahkan dalam proses pencarian data dan mengemaskini maklumat terkini. Keadaan juga akan lebih sistematik dengan terlaksananya proses ini. 2.1.2 Kakitangan itu sendiri akan mempunyai tujuan atau target kerja pada hari

tersebut. Seperti contoh mereka perlu mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu perlu melakukan pemeriksaan sebanyak 28 jam pada setiap bulan. Maka dengan adanya sasaran tersebut mereka akan membuat perancangan awal bagaimana
NORZAZA BINTI OMAR 216092 1

GMGM 2013 ORGANISASI DAN MASYARAKAT

untuk mencapai sasaran yang di inginkan. Jadi bagi mencapai sasaran yang diinginkan mereka perlulah melakukan pemeriksaan pada setiap hari selama 1 jam. 2.1.3 Disamping itu juga dengan terlaksananya proses ini dapat meningkatkan

disiplin terhadap kakitangan itu sendiri. Mereka akan lebih mematuhi arahan dan sedikit sebanyak dapat mengubah sikap seseorang itu dari bersikap negatif ke positif. Dapat juga meningkatkan motivasi, kesedaran dan semangat pekerja dengan bantuan iso 9001 : 2008 ini. 2.1.4 Dengan adanya proses ini maka objektif jabatan akan tercapai. Seperti

contoh dengan adanya pemeriksaan yang dilakukan pada setiap hari maka kemasukan artikel larangan akan dapat dikurangkan dan program pemulihan juga akan tercapai.

2.2

Antara Kesan Negatif pula ialah: 2.2.1 Proses yang dilaksanakan ini akan menjadikan bebanan kerja makin

bertambah. Mereka perlu sentiasa mengemaskini data dan maklumat terkini pada setiap masa. Mereka juga perlu memastikan fail-fail sentiasa berada dalam keadaan tersusun dan mengikut kehendak piawaian. 2.2.2 Jadual kerja akan lebih padat kerana mereka perlu melakukan pemeriksaan

pada setiap hari kerana ingin mencapai sasaran pemeriksaan sebanyak 28 jam pada setiap bulan. Jika pemeriksaan dilakukan kurang dari sasaran asal
NORZAZA BINTI OMAR 216092 2

GMGM 2013 ORGANISASI DAN MASYARAKAT

semestinya mereka akan dia diberi surat tunjuk sebab mengapa sasaran tidak mampu dicapai pada bulan tersebut.

2.2.3

Kemasukan artikel larangan juga akan bertambah sekiranya kurang

pemeriksaan dilakukan. Ini dapat meningkatkan agihan artikel larangan pada setiap blok penempatan banduan semakin berleluasa dan program pemulihan juga akan terjejas. Objektif jabatan juga tidak akan tercapai dengan menjadikan sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020

3.0

KESIMPULAN.

Pensijilan ISO bukan sahaja boleh menjadi pemangkin kepada lonjakan prestasi organisasi malah dalam keadaaan yang lain ianya tidak mampu memberi kesan yang signifikan seperti yang diharapkan. Adalah lebih membimbangkan apabila berlaku ketidakjelasan motif perlaksanaan ISO. Adalah lebih baik pensijilan ISO hanya sebagai kaedah pembudayaan kualiti dan bukannya matlamat akhir dalam gerak kerja kualiti. Oleh yang demikian adalah disarankan agar pihak pengurusan atasan memahami falsafah, konsep dan tujuan ISO dan mengkomunikasikannya dengan jelas kepada seluruh warga organisasi bagi mendapatkan komitmen secara menyeluruh dalam pelbagai peringkat organisasi. Hanya melalui fokus yang jelas dan komitmen yang tinggi dapat memastikan pensijilan ISO dapat membuahkan hasil dan memberikan kesan maksimum kepada pengurusan proses dan sistem kualiti dalam organisasi.
NORZAZA BINTI OMAR 216092 3

Anda mungkin juga menyukai