Anda di halaman 1dari 1

PERALATAN DAN AKSESORI

Dalam mana-mana sukan, pakaian dan peralatan yang sesuai atau khusus untuk
sukan berkenaan adalah perlu. Ianya bukan sekadar keperluan biasa tetapi juga
berfungsi sebagai pelindung untuk keselamatan. Permainan paintball ini
sememangnya memerlukan pemain ada peralatan keselamatan ini sebelum boleh
dibenarkan bermain.

1. Peralatan paling utama untuk bermain paintball ialah marker untuk menembak
pellet terhadap lawan. Terdapat berbagai jenis marker dari jenis manual hinggalah
marker elektronik atau e-marker. Ia juga boleh diperolehi dalam berbagai saiz
mengikut posisi seseorang itu bermain.

2. Google adalah satu lagi peralatan wajib untuk pemain paintball. Google hendaklah
yang dibuat khusus untuk permainan paintball kerana ia berfungsi untuk melindungi
muka, khususnya mata dan juga telinga pemain.

3. Pakaian yang sesuai juga dalah merupakan satu lagi aspek yang perlu diambil berat.
Pakaian untuk bermain paintball biasanya jenis heavy-duty dengan warna yang sesuai
sebagai camouflage. Semua pemain dikehendakki memakai kasut yang sesuai kerana
ia memerlukan banyak aktivti berlari antara satu bunker ke satu bunker. Jika bermain
di padang rumput, adalah sesuai untuk memakai but bola yang ada stud.

4. Squeegees digalakkan semawa berada di gelanggang permainan.

5. Kit First Aid sepatutnya menjadi sebahagian dari kelengkapan. Kemalangan dan
kecederaan kadang-kadang tidak dapat dielakkan.

6. Lain-lain keperluan yang mungkin diperlukan seperti pemutar skru, pengepiy, plier
dan juga kapas. Bateri spare untuk marker juga perlu disediakan.

Kelengkapan dan aksesori ini adalah perlu dan setengah pemilik gelanggang paintball
tidak membenarkan seseorang itu bermain jika tidak memakai pakaian yang sesuai
seperti pakaian dan kasut.

Pemain hendaklah sentiasa memastikan keselamatan diri sendiri dan pemain lain.
Memakai alat pelindung mata adalah wajib dalam permainan paintball.

Anda mungkin juga menyukai