Anda di halaman 1dari 19

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

AMALI PENGAJARAN MIKRO:

STAIL PENINGKATAN (STAIL E)


DISEDIAKAN OLEH: NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI CHE NURUL AIN AZAHRAL BINTI CHE AZIZ PISMP AMBILAN JANUARI 2011 UNIT J2 PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK KAMARUL AZLI BIN YUSOFF JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENGENALAN
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlulah menyediakan rancangan mengajar sebagai panduannya melaksanakan proses tersebut. Walau bagaimanapun, persediaan mengajar bukanlah satu penentu kepada kejayaan perlaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kaedah yang diaplikasikan oleh guru tersebut.

STAIL PENINGKATAN (STAIL E)


dikemukakan oleh Mosston dan Ashworth. juga dikenali sebagai stail inklusi. (Axon, J. & Lock, L. 1973) : stail peningkatan tergolong dalam kelompok "reproduction" iaitu menghasilkan semula sesuatu pembelajaran berdasarkan tunjuk cara, arahan, demonstrasi, pengalaman lepas dan beberapa lagi bentuk fungsi memori kognitif.

KONSEP STAIL PENINGKATAN


Konsep ini telah diperjuangkan lebih 30 tahun oleh Mosston ke seluruh dunia yang mana konsep pembelajaran yang berorientasikan pelajar ini telah dinyatakan dalam bentuk perlambangan yang berkaitan dengan kemampuan pelajar untuk melompat tali tapi pada dua situasi atau senario yang berbeza sebagai cara menjelaskan konsep inklusi.

Senario pertama ini memperlihatkan berlakunya penyingkiran (exclusion) pelajar satu demi satu kerana tali menjadi semakin tinggi dan tidak mampu dilepasi oleh mereka. Dalam stail inklusi perkara tersebut tidak akan timbul kerana stail inklusi tidak melakukan penyingkiran malah ianya menggalakkan penyertaan (inclusion).

Senario kedua pula memaparkan konsep inklusi iaitu tali yang sama direntangkan tetapi pada keadaan condong (slanted rope). Satu hujungnya ditinggikan dan yang satu lagi direndahkan. Semua pelajar perlu melompat melepasinya tapi mereka boleh memilih untuk melompat pada bahagian yang tinggi atau pun yang lebih rendah berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan mereka masing-masing.

Kesimpulan Kajian Mosston


Berjaya pada cubaan pertama maka lompatan yang kedua mungkin akan dilakukan pada tahap yang sama atau ditingkatkan tahap ataupun direndahkan lagi. Jika lompatan pertama gagal maka bermaksud mereka telah melampaui keupayaan maksima dan seharusnya mencuba tahap yang lebih rendah untuk lompatan keduanya.

Ciri-ciri Stail Peningkatan


stail ini adalah lebih fleksibel dalam variasi tahap kepayahan (difficulty) serta pencapaian kemahiran (performance skill) yang pelbagai mengikut keupayaan pelajar. kriteria utama stail ini adalah ianya memfokuskan semua perkara tersebut tadi pada satu tugas atau cabaran yang perlu dilakukan oleh semua orang. perlakuan pelajar adalah pada tahap kemampuan mereka dan bukannya atas ketetapan dan kemahuan gurunya. tekankan kepada murid yang masih berada di tahap pilihan mereka dan beri galakan.

OBJEKTIF STAIL PENINGKATAN


Objektif Isi Pembelajaran (subject matter) Disesuaikan dengan perbezaan prestasi setiap individu. Mereka bentuk rangkaian pemilihan tahap untuk semua pelajar dalam tugas yang sama. Meningkatkan penguasaan kemahiran hasil daripada penyertaan yang berterusan. Menawarkan peluang untuk menyemak semula keputusan. Mempertingkatkan mutu penglibatan yang aktif dengan cabaran. Objektif Pelakuan (behavior) Memperolehi pengalaman dalam penetapan initial entry point. Melatih kemahiran penilaian kendiri berdasarkan kepada kriteria-kriteria prestasi yang telah disediakan. Mengalami proses pengalaman pengubahsuaian dalam membuat keputusan untuk tujuan mengekalkan penglibatan. Menerima kenyataan tentang terdapatnya perbezaan dalam keupayaan dan prestasi setiap individu. Menangani perkaitan dan perbezaan antara aspirasi dengan prestasi yang sebenar.

kaedah ini mengutamakan kepada peningkatan dan penguasaan seseorang individu secara berperingkat-peringkat dan penyertaan secara sukarela.
pelajar itu sendiri diberi kebebasan untuk menilai kemampuan mereka dalam setiap tahap latihan yang diberikan kepada mereka.

kurang sesuai untuk digunapakai ke atas pelajar-pelajar istimewa

PELAKSANAAN STAIL PENINGKATAN


Set Pra-Impak 1. Semua keputusan dibuat oleh guru. 2. Guru menyediakan tugasan untuk program individu Set Impak 1. Menerangkan atau bersoaljawab mengenai konsep gaya peningkatan. 2. Nyatakan objektif utama

3. Menyatakan peranan pelajar yang mana melibatkan: a. Meninjau pilihan b. Pemilihan tahap yang sesuai c. Melakukan tugasan d. Menilai prestasi berdasarkan kriteria e. Menentukan tahap seterusnya.

4. Menerangkan peranan guru - Menjawab soalan pelajar - Mengutamakan komunikasi dengan pelajar 5. Menyatakan fokus pembelajaran dan program individu. 6. Penetapan parameter 7. Murid bergerak dan memulakan peranan dan tugas masing-masing

Set Pasca Impak Pelajar menilai prestasi mereka berdasarkan kad kriteria. Selia kelas untuk seketika dan kemudian bergerak untuk mendapatkan maklumbalas pelajar secara individu

Peranan Guru
Membuat keputusan dalam set pra-impak

Memantau proses pembelajaran.


Memberi respon kepada peranan mengenai proses membuat keputusan.

Membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid.

Peranan Murid
Membuat keputusan semasa set impak dan pasca impak.

Membuat keputusan mengenai pemilihan dan pemulaan. Membuat keputusan mengenai peningkatan dalam tahap.
Menentukan tahap mana harus disambung. Menilai prestasi mereka

menggalakkan sifat berdikari pelajar daripada pengaruh dan keputusan guru. melatih pelajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan dinamik.

melakukan penilaian kendiri atas persembahan prestasi mereka. Interaksi pelajar sesama pelajar juga dapat dikurangkan

melatih ketajaman konsep-kendirinya

KELEBIHAN STAIL E

membantu guru dan murid untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan tentang kekurangan alatan, ruang dan sesetengah bahan pembelajaran

memakan masa

Pengabaian oleh guru


banyak memerlukan komitmen guru terdapat pelajar yangmengambil kesempatan terhadap perkara tersebut dan mereka cuba untuk tidakmelakukan sesuatu padan tahap yang sepatutnya tidak menggalakkan fungsikreativiti dan perkembangan tingkahlaku mudah terasa bosan

KELEMAHAN STAIL E

pelajar lemah yang kurang baik daya penumpuan dan fungsi kognitifnya

KESIMPULAN
Konsep cuba jaya akan dipraktikan dalam latihan dan latih tubi yang berkaitan tugas. Setiap kegagalan dalam cubaan bukan bermakna penyingkiran tetapi pelajar boleh memilih alternatif tahap kesukaran untuk tugas yang lebih rendah. Dengan ini maka pelajar akan lebih giat dan tekun untuk berusaha dalam memperbaiki persembahan dan catatan pribadi mereka.

Anda mungkin juga menyukai