Anda di halaman 1dari 59

L AN 8

SOA

PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

• KAEDAH • PENYIMPANAN • TINDAKAN


REKOD
PENILAIAN SUSULAN

1. 2. 3.
PENILAIAN PENGAJARANPENDIDIKAN PEMULIHAN

1.
• Penilaian

2.
• Tujuan Penilaian

3.
• Kaedah Penilaian Pemulihan

4.
• Penyimpanan Rekod

5.
• Fail-Fail Yang Perlu Ada

6.
• Tindakan Susulan

7.
• Tujuan Tindakan Susulan

8.
• Cara Pelaksananaan
PENILAIAN
• Untuk mendapatkan maklum balas tentang
tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan
dan kemahiran yang telah diajar.
• Dapat memberi maklum balas tentang masalah
yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
• Dapat mengenal pasti kemajuan seseorang
murid, sama ada pada tahap yang cemerlang,
memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung.
PROSES PENILAIAN UNTUK SESI PEMULIHAN

PENILAIAN PENILAIAN
AKTIVITI AKTIVITI
PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
KES MURID
MURID REKOD BERJAYA
SESI
PEMULIHAN PENILAIAN
KEPUTUSAN AKTIVITI
MEMERIKSA KERJA KES GAGAL PEMBELAJARAN
LATIHAN MURID
PEMULIHAN
MURID
PENILAIAN
AKTIVITI
PEMBELAJARAN
MURID
CONTOH BORANG REKOD UNTUK PENILAIAN AKTIVITI PEMULIHAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Punca Aktiviti Pemulihan
Nama Murid : ______________________ Darjah : _________________
Kelemahan
Tarikh Aktiviti Penilaian Laporan
Kekeliruan 7.6.2012 I X Boleh
di antara membezakan
perbezaan bentuk z dan s
dan bunyi tetapi masih keliru
huruf s dan dengan bunyinya
z 10.6.2012 II _/ Boleh
membezakan dan
menyebut bunyi
huruf z dan s
dengan tepat.
TUJUAN PENILAIAN
• Dapat membantu guru:
– Mengetahui keupayaan penguasaan murid
– Membuat perbandingan antara seseorang murid
dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut
dengan kelas yang lain.
– Membuat perbandingan pencapaian murid dalam
subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
– Menentukan murid yang tinggi keupayaannya dan
yang amat lemah keupayaannnya serta lemah
pencapaiannya.
• Menentukan aktiviti pengayaan dan pemulihan
bagi murid yang berkenaan.
• Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat
murid terhadap pembelajaran.
• Menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran.
• Berusaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran.
• Murid dapat mengetahui kelemahan dalam
sesuatu kemahiran atau bidang, dan segera
memperbaikinya.
AKTIVITI PENILAIAN PEMULIHAN
PEMERHATIAN SEMASA AKTIVITI
PEMBELAJARAN MURID

SOAL JAWAB SELEPAS AKTIVITI PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID


CARA-CARA PENILAIAN MELALUI
PEMERHATIAN
• Dilakukan secara berterusan mengikut jangka
waktu yang ditentukan.
• Proses penilaian boleh dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen seperti senarai
semak, skala kadar, rekod profil dan lain-lain.
Contoh Ujian Pemerhatian
• Ujian Persembahan/ Amali
Ujian yang digunakan untuk menguji
kebolehan dan kecekapan seseorang individu
dalam melakukan sesuatu aktiviti seperti
mencantum gambar dengan suku kata,
menyusun gambar bersiri dan sebagainya.
PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID
• Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti
pengukuhan. Semua keputusan penilaian ini
harus direkodkan secara individu dalam satu
borang rujukan.
CONTOH BORANG REKOD PRESTASI
REKOD PRESTASI
Tarikh: Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Kelas : Kemahiran : Membaca
Bil Nama Murid Menyebut Menyebut Membaca Membaca Membaca Membaca
huruf vokal huruf diftong imbuhan perkataan teks

1 Hajar / / / / / X

2 Emelia / X X X X X

3 Yana / / / X X X

4 Johari / / / / / /

5 Gopal / / / / X X
SOAL JAWAB SELEPAS AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Soal jawab merupakan sejenis aktiviti
penilaian formatif yang dilakukan oleh guru
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Guru dan mengesan kelemahan dan
membetulkan kesilapan serta merta serta
dapat memberikan aktiviti pengukuhan
kepada murid pemulihan.
PROSEDUR PENILAIAN
Guru boleh membuat penilaian semasa
atau pun selepas sesuatu pengajaran.

Penilaian ini boleh dijalankan semasa


murid-murid yang bermasalah menjalankan
aktiviti pemulihan dalam kelas biasa atau
semasa memeriksa kerja latihan pemulihan
murid.
Semua keputusan penilaian mestilah direkodkan
secara individu dalam rekod profil murid sebagai
rujukan.

Guru akan menganalisis pencapaian murid dalam


aktiviti pengajaran pemulihannya serta merancang
program pengajaran seterusnya.
Semua keputusan penilaian mestilah direkodkan
secara individu dalam rekod profil murid sebagai
rujukan.

Guru akan menganalisis pencapaian murid dalam


aktiviti pengajaran pemulihannya serta merancang
program pengajaran seterusnya.
PENYIMPANAN REKOD
• Rekod-rekod penting perlu disimpan dalam
satu fail yang lengkap, kemas dan teratur.
• Memudahkan pengurusan guru pemulihan
jika terdapat pemantauan daripada pihak
atasan.
• Terdapat beberapa fail penting yang perlu
diwujudkan oleh guru pemulihan.
FAIL-FAIL YANG PERLU ADA
• Fail Induk
• Fail Perancangan Program
• Fail Rekod Kehadiran Murid
• Fail Sukatan dan Huraian
• Fail Rekod Stok/ Inventori / Rekod Penggunaan
• Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia
• Fail Lembaran Kerja Matematik
• Fail Individu Murid
• Fail Bank Soalan Bahasa Melayu
• Fail Bank Soalan Matematik
TINDAKAN SUSULAN
• Tindakan susulan ini dijalankan setelah
kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid
dikenal pasti.
Memastikan kelemahan
murid tidak terhimpun
sehingga menjejaskan
pembelajaran seterusnya
Memperkukuh serta
mempertingkatkan
pengetahuan, dan
nilai yang telah
TUJUAN
TINDAKAN dikuasai.
SUSULAN

Boleh dilakukan melalui


aktiviti pemulihan dan
pengayaan (pengukuhan
dan pengembangan)
CARA PELAKSANAAN
• Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki
kelemahan pembelajaran yang telah dikenal
pasti.
• Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan
dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid.
• Murid yang telah menguasai kemahiran yang
ditetapkan, akan diberikan aktiviti sokongan,
aktiviti pengayaan atau aktiviti pengukuhan.
Tujuan:
a) masalah pembelajaran tidak akan
berulang
b) Memupuk keyakinan diri sendiri
c) Memiliki semangat ingin mencuba
dalam aktiviti pembelajaran
• Jika murid yang menyertai program pemulihan
ini telah berjaya, murid tersebut bolehlah
ditempatkan semula dalam kumpulan yang
sesuai dalam kelas biasa.
• Murid yang masih belum menguasai
kemahiran yang diharapkan perlu diajarkan
semula (kes yang ringan)
• Bagi kes yang lebih berat, mereka perlu
dirujuk kepada guru pendidikan khas.
• Pujian perlu diberikan kepada murid-murid ini
bagi meningkatkan keyakinan diri dalam
pembelajaran serta mengurangkan rasa
rendah diri.
Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
(Pengukuhan dan Pengembangan)

Kemahira
n
Membaca
Kemahira Kemahira
n Menulis n Lisan

PENGUKUHAN
PENGAYAAN
 Satu proses di mana aktiviti-aktiviti
tambahan yang mempunyai aras kesukaran
yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang dijalankan di
dalam bilik darjah
 Diberi kepada kumpulan murid yang telah

mencapai taraf yang memuaskan/telah


menguasai kemahiran asas
 Dilakukan semasa murid-murid lain masih
berada dalam proses pembelajaran ke taraf
yang sederhana
 Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan

pengetahuan dan pengalaman serta


mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari
 Memberi peluang kepada murid

mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat


ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan
serta melibatkan diri dalam membuat
keputusan untuk diri, rakan dan keluarga
Bahan

Aktiviti Perkara yang Objektif


perlu diambil
kira sebelum
melaksanakan
pengayaan

Ruang dan Masa


tempat
PELAKSANAAN PROGRAM
PENGAYAAN
ᴕ Program pengayaan boleh dilaksanakan
secara informal
ᴕ Guru berperanan sebagai penggalak dan
pendorong
ᴕ Guru memberikan bimbingan kepada
murod-murid yang lemah
ᴕ Murid-murid yang cerdas dan sederhana
memerlukan sedikit bimbingan guru
ᴕ Pengajaran rakan sebaya adalah digalakkan
ᴕ Murid-murid yang cerdas akan mengajar
murid yang lemah supaya dapat memupuk
sifat kerjasama serta bakat kepimpinan
ᴕ Penghargaan diberikan kepada hasil-hasil
kerja murid
KEMAHIRAN LISAN
 Lisan bermaksud pertuturan atau percakapan
 Kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran
penting iaitu mendengar dan bertutur
 Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas
yang perlu dikuasai sebelum mempelajari
kemahiran lain
 Kemahiran mendengar dan kemahiran lisan
biasanya dijalankan serentak
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
KEMAHIRAN LISAN
Contoh aktiviti :
I. Melakonkan sebuah keluarga yang mesra
dan sayang menyayangi
II. Bersoal jawab semasa membuat lawatan
sambil belajar
III. Berbalas pantun
IV. Bercerita
LAKONAN
 Aktiviti berlakon dapat meningkatkan
kemahiran lisan murid
 Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid

mengambil bahagian dalam aktiviti ini


 Aktiviti berlakon boleh dijalankan di dalam

kelas atau dia luar kelas


 Sekiranya aktiviti itu dijalankan di luar kelas

misalnya di dewan sekolah, maka murid akan


membuat persediaan yang lebih rapi dan
bersungguh-sungguh
CONTOH PELAKSANAAN
AKTIVITI LAKONAN
o Guru akan menyediakan satu dialog untuk
murid-murid melakonkan sesebuah adegan
atau babak
o Kemudian murid akan diberikan watak yang
terdapat di dalam dialog
o Murid akan melakonkan watak masing-
masing di dalam cerita tersebut
BERPUISI
 Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu
ataupun kumpulan
 Guru menyediakan puisi sama ada puisi moden

atau puisi tradisional dan meminta murid


membacanya
 Aktiviti ini menjadi lebih menarik sekiranya

tajuk puisi yang digunakan itu dimaklumkan


lebih awal kepada murid
 Langkah ini dapat memberi peluang kepada

murid untuk berlatih, iaitu membaca dan


menghayati puisi berkenaan
CONTOH PELAKSANAAN
 Guru mengedarkan petikan sajak
 Murid berlatih mendeklamasikan sajak dalam
kumpulan
 Guru mengadakan pertandingan
mendeklamasi sajak
 Menilai murid berdasarkan borang penilaian
 Murid mendeklamasikan sajak
KEMAHIRAN MEMBACA
¤ Kemahiran membaca adalah lanjutan
daripada kemahiran asas sepeti mendengar
dan bertutur
¤ Membaca dimaksudkan sebagai proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis
¤ Membaca dapat membantu memperluaskan
pemikiran dan idea serta meningkatkan daya
kreatif seseorang individu dalam pelbagai
bidang
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Sumber-sumber bahan bacaan terdiri daripada
kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-
majalah berunsurkan pendidikan
Kad-kad bacaan boleh diperoleh daripada
pasaran atau disediakan oleh guru sendiri
Biasanya kad-kad bacaan mengandungi tema
atau tajuk
Antara bentuk bahan bacaan yang sesuai
digunakan adalah bentuk rencana, pantun, teka-
teki, dialog, cerita, iklan dan berita dan
sebagainya
KAD BACAAN

Kad bacaan boleh disediakan dalam pelbagai

bentuk seperti penerangan, pantun, teka-

teki, dialog, cerita, iklan dan berita


CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
KAD BACAAN
∞ Beri salah satu bentuk kad bacaan, contohnya
kad bacaan berbentuk pantun
∞ Murid dikehendaki membaca pantun yang diberi

dengan sebutan dan intonasi yang betul


∞ Di akhir atau di belakang kad bacaan diberi

latihan kefahaman yang berkaitan dengan pantun


yang dibaca. Murid dikehendaki menjawab soalan
kefahaman sama ada secara lisan atau bertulis
∞ Selain itu, murid juga boleh diarah membina ayat

dengan perkataan-perkataan yang terdapat dalam


kad bacaan yang dibaca tadi
BACAAN TAMBAHAN
χ Bacaan tambahan merupakan satu kegiatan
yang dijalankan untuk mempertingkatkan lagi
ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan bahasa supaya murid dapat membaca
ilmu dalam pelbagai bidang denagn berkesan
χ Di samping itu, murid juga akan meminati
dan mengamalkan bacaan dengan membuat
rujukan terhadap beberapa jenis bahan dan
sumber
PELAKSANAAN AKTIVITI
BACAAN TAMBAHAN
χ Murid diberi beberapa kad bacaan yang
berkaitan dengan tema dan tajuk yang diajar
χ Murid dikehendaki membaca kad-kad
tersebut secara senyap
χ Kemudian, membaca dengan lancar di
hadapan guru dan rakan sebaya
χ Murid juga boleh menyalin semula teks yang
dibaca tadi
χ Selain kad-kad bacaan murid juga boleh
membaca buku pengetahuan atau majalah-
majalah sekolah
χ Murid juga boleh mendapat bahan-bahan
bacaan melalui keratan surat khabar dan
risalah-risalah
KEMAHIRAN MENULIS
ᵵ Kemahiran menulis bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang itu
ᵵ Tulisan berkait rapat dengan membaca.
Kedua-duanya mementingkan teknik dan
akal
ᵵ Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada
tulisan begitu juga di sebaliknya
ᵵ Oleh itu, ia seharusnya dijalankan serentak
atau dalam masa yang selari
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
KEMAHIRAN MENULIS
» Menggunakan daya usaha sendiri
» Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
» Memberikan penekanan kepada aktiviti yang
bersifat kreatif dan eksperimental
» Menggunakan kaedah dan organisasi yang
mudah ubah
» Melibatkan pembacaan luas
» Memberikan peluang bagi mengembangkan
sifat kepimpinan sosial
» Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran
kerja
» Untuk menarik minat murid-murid mengeja
dan menulis perkataan, biasanya disediakan
dalam bentuk silang kata atau gambar-
gambar yang menarik
KERJA PROJEK
* Satu rancangan kerja bagi menggalakkan murid
membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang
mereka pelajari secara berkumpulan atau
individu
* Mereka boleh memikir, merancang dan
mengelolakan sesuatu aktiviti dengan cara
berbincang dalam kumpulan atau secara
individu
* Masa yang ditetapkan untuk menjalankan
kerja-kerja projek ialah satu jam seminggu atau
sebulan
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI
KERJA PROJEK
* Murid harus mengenal dan memahami tajuk
atau tema sesuatu kerja projek itu terlebih
dahulu
* Mencatat bahan-bahan yang perlu dicari bagi
memenuhi kehendak tajuk projek tersebut
* Jika murid memilih untuk membuat kerja
projek dalam bentuk buku skrap, murid perlu
meneliti keratan-keratan bacaan berkenaan
tajuk. Murid juga boleh menulis tentang tajuk
atau tema yang diberi
* Kemudian murid melekat bahan yang ditulis
serta keratan akhbar yang sesuai dalam buku
skrap tersebut
* Akhir sekali, murid menghias buku skrap
dengan cantik dan sesuai dengan tajuk
* Setelah buku skrap itu diperiksa oleh guru,
maka buku skrap tersebut boleh dibuat
pameran dan rujukan rakan yang lain
PERMAINAN DAN REKREASI
§ Bagi aktiviti permainan dan rekreasi ini
aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti yang
mengandungi permainan pendidikan dan
permainan rekreasi bagi mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menggembirakan
§ Akktiviti ini akan membuka minda murid
bagi membolehkan mereka berfikir tentang
bagaimana hendak menyelesaikan beberapa
masalah yang timbul daripada sesuatu
permainan dengan pelbagai cara dan strategi
§ Aktiviti ini boleh dimainkan secara
berkumpulan, berpasangan atau
perseorangan mengikut kesesuaian tema atau
tajuk permainan
CONTOH PERMAINAN DAN REKREASI
¶ Menyambungkan titik untuk membentuk gambar
¶ Mencari jalan keluar mengikut garisan
¶ Mencari tajuk sesuatu gambar atau cerita yang
diberi
¶ Mencari benda tersembunyi dalam gambar
¶ Teka silang kata
¶ Teka-teki
¶ Sahibba
¶ Domina
¶ Bingo dan sebagainya
PEAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
PERMAINAN DAN REKREASI
¶ Tetapkan aktiviti yang ingin diuji contohnya
aktiviti mencari gambar tersembunyi
¶ Edarkan lembaran kerja yang telah
disediakan oleh guru kepada murid
¶ Pastikan sebelum menjawab, murid perlu
membaca arahan terlebih dahulu
¶ Murid hendaklah menjadi penjaga masa
sendiri,contohnya selama 10 minit mesti
disiapkan
¶ Selepas cukup 10 minit murid dikehendaki
bertukar-tukar lembaran kerja
¶ Murid menyemak jawapan (menggunakan
panduan jawapan yang disediakan oleh guru )
dan memberi skor
PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
ɞ Pembelajaran akses kendiri merupakan suatu
bentuk pembelajaran individu yang membolehkan
murid-murid memahami keperluan sendiri
ɞ Aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid
memilih bahan yang sesuai dengan minat dan cara
pembelajaran mereka
ɞ Dengan ini mereka dapat meningkatkan keupayaan
berdikari dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran diri sendiri
ɞ Bahan-bahan akses kendiri boleh dibuat dalam
pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio,
radio dan komputer
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI INI
Ϭ Guru menyediakan beberapa bahan yang berkaitan
dengan tajuk atau tema yang diajar
Ϭ Murid akan memilih mana-mana bahan yang

berkaitan dan membuat latihan yang diberi


Ϭ Murid perlu membaca arahan dengan betul dan

membuat seperti yang diarahkan


Ϭ Setelah siap membuat latihan tersebut murid sendiri

akan memeriksa jawapan mereka mengikut jawapan


yang telah disediakan oleh guru di bahagian belakang
soalan tersebut
Ϭ Murid juga perlu jujur dan memberi skor bagi

jawapan mereka
KESIMPULAN
ᴥ Program pengukuhan dan pengayaan boleh
dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui
kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan
yang diberikan kepada murid untuk
diselesaikan secara individu atau kelompok
ᴥ Pengukuhan dan pengayaan merupakan
usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
konsep hari ini lebih baik dari semalam dan
esok lebih baik dari hari ini
RUJUKAN
• Mok Song Sang (2011), Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Edisi Kedua; www Penerbitan Multimedia.com, Selangor.
• Mok Song Sang (2005), Penilaian Tahap Kecekapan Pengurusan
Pengajaran Dan Pembelajaran; Multimedia –ES Resources Sdn Bhd,
Selangor.
• Modul Pengayaan Dan Pemulihan PGSR
• Diperoleh pada 18 Julai 2012

http://www.reocities.com/Heartland/Grove/1156/pendpemulpengay
a.html
• http://www.scribd.com/doc/44631066/BMM-3106-Pemulihan
• http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai