Anda di halaman 1dari 9

A. ILMU JIWA MENURUT TOKOH ISLAM.

Pengajian jiwa melalui pandangan Islam menurut Al-Quran telah mengulaskan banyak hal yang menjelaskan definisi Ilmu Jiwa Dalam Al-Quran. Imam Abu Mansur Al-Thaalabi memperkenalkan 50 istilah psikologi seperti Janin, Walid, Radai, Baligh, dan sebagainya. AlQuran juga ada menyatakan beberapa istilah yang berkaitan dengan psikologi tentang Al-Nafs yang telah disebutkan sebanyak 367 kali yang membawa maksud kemanusiaan pada keseluruhannya. Al-Qalb pula ada dinyatakan dalam Al-Quran sebanyak 144 kali yang mengkhususkan tentang hal emosi manakala Al-Aql pula disebutkan sebanyak 49 kali yang merupakan cara manusia berfikir. Terakhir adalah Al-Roh telah disebut sebanyak 25 kali dan membawa tiga maksud,iaitu sebagai pemberian hidup,wahyu dan malaikat tetapi di dalam ilmu psikologi pula memberi maksud berkaitan dengan roh yang merupakan bahagian utama pada diri manusia yang menjadi punca kehidupan yang mengandungi ketiga-tiga aspek diatas. Hal roh ini banyak merangkumi aspek-aspek lain yang begitu meluas dan banyak bahagian dikelaskan kepada bahagian-bahagian tertentu. Namun demikian, dalil Al-Quran telah menyatakan ayat berikut : Hal roh adalah urusan Allah S.W.T. manakala manusia diberi sedikit pengetahuan tentangnya. ( Al-Isra : 85 ) Ayat di atas telah menerangkan tentang ilmu tentang roh dibataskan kepada manusia manakala Allah S.W.T. Maha Pencipta serta Maha Mengetahui adalah yang menjadikan sesuatu mengikut kehendakNya. Berbalik kepada tokoh yang terkenal yang menjelaskan pengertian Ilmu Jiwa atau pengkaji yang pertama seperti Al-Farabi telah mendefinisikan akal mempunyai dua daya kekuatan tetapi daya kekuatan pertama iaitu boleh berfikir sesuatu berbentuk abstrak yang

bermaksud terpisah daripada kebendaan dapat diinderia dan daya ini tetap kekal bersama roh dan bangkit bersama roh pada hari kiamat kelak. Menurut tokoh termasyur di zaman itu pula, Ibnu Sina telah menjelaskan bahawa roh terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Roh Manusia, Roh Haiwan dan Roh Tumbuh-Tumbuhan. Kenyataan Ibnu Sina pada bahagian roh manusia adalah roh ini unik dan boleh terpisah serta berdikari dari jasad. Beliau juga menyatakan roh wujud dan hidup tanpa jasad yang mengertikan bahawa roh itu kekal sehingga ke hari kiamat kelak. Beliau menerangkan bahawa jasad mustahil hidup tanpa roh dan tanpa kedua-dua ini berdampingan juga tidak akan menjadi sebagai satu JIWA. Roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan pula adalah untuk kepentingan bagi kehidupan manusia dan roh serta jasad akan musnah bersama tidak seperti roh manusia yang telah dijelaskan sebelum ini. Dalil Al-Quran dinyatakan ini adalah menrangkan bahawa jiwa atau roh yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. kepada makhluk ciptaanNya : ( Asy-Syams : 7 ) dan jiwa serta penyempurnaanya ( ciptaannya)

Terjemahan diatas telah menjelaskan dengan lebih terang dan nyata kepada kita makhluk kepada Allah S.W.T. tuhan yang satu untuk disembah. Surah ini juga telah menceritakan tentang adanya segala hal dan benda yang diciptakanNya adalah tidak mampu kita manusia berbuat demikian. Menurut Ibnu Rusyd dalam karya Al Tuhafut Al Tahafut, roh itu akan terus hidup di alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan dan roh dibangkitkan manakala jasad tidak dibangkitkan ketika hari pembalasan kelak iaitu hari kiamat. Pendapat Ulama Al-Kalam pula membincangkan roh dari segi kebangkitan manusia pada hari pembalasan dengan lebih mendalam. Golongan ini menolak pendapat ketiga-tiga tokoh yang telah menyatakan bahawa

cuma roh sahaja dibangkitkan pada hari kiamat tetapi golongan ini telah mengutuhkan pendapat mereka dengan dalil Al-Quran seperti surah terkenal dalam Al-Quran : Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami ; dan dia lupa kejadiannya ; ia berkata : Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? ( Yaasiin : 78 ) Dan ayat selepasnya lebih menguatkan keterangan pendapat golongan ini yang berbunyi : Katakanlah : Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk, ( Yaasiin : 79 ) Maka dengan kenyataan kedua-dua ayat ini telah menerangkan bahawa keutuhan pendapat mereka terhadap Ilmu Jiwa menurut Al-Quran. Manakala pendapat Imam Al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya Ulumuddin, beliau lebih teliti dalam menjelaskan bahawa tentang ilmu kejiwaan kerana karya beliau dikomenkan dari pelbagai tokoh serata dunia seakan-akan menyamai Al-Quran tetapi itu cuma diumpamakan dan tidak ada yang setanding daripada Kitabullah yang juga dikenali Kalamullah iaitu Al-Quran Nur Karim.

B. Keterangan Ilmu Jiwa Dalam Al-Quran Lebih Mendalam. 1.1 Ilmu dan Jiwa
Disini saya akan membuktikan dalil-dalil Al-Quran yang menguatkan bahawa Ilmu Jiwa lebih mendalam dan teliti dalam kehidupan setiap manusia dan makhluk yang diciptakanNya sejak bermulanya kehidupan dari Nabi Adam sehingga ke zaman ini. Dalil Al-Quran yang disebutkan selepas ini adalah bukti kukuh bahawa Al-Quran mengkaji ilmu kejiwaan dari pelbagai aspek. Firman Allah S.W.T. : Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. ( Al-Jaatsiyah [45] : 20 ) Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ( Yuunus [10] : 57 ) Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. ( An-nahl [16] :89 ) Ketiga-tiga dalil diatas menerangkan tentang Al-Quran adalah panduan kepada apa-apa sahaja yang berada di alam semesta ini dan hanya Allah SWT sahaja yang disembah dan tiada tuhan selain Dia kerana Dialah Yang Maha Pencipta dan Maha Segala-galanya.

Dalil yang pertama adalah menunjukkan bahawa adalah panduan hidup terhadap seorang muslim melalui kitab Al-Quran yang dibawa oleh Muhammad SAW yang membawa agama dari langit iaitu agama Samawi. Dalil yang kedua pula adalah Al-Quran menjadi bukti kepada wujudnya Ilmu dan Jiwa kepada kita umat manusia bagi menerangkan bahawa Al-Quran juga dijadikan sebagai sumber utama dalam lahirnya Ilmu dan Jiwa telah termaktub di dalam Al-Quran dengan jelas dan nyata.

1.2 Bukti Ilmu dan Jiwa Dalam Kajian Al-Quran.


Bukti-bukti yang terdapat dalam Al-Quran akan saya nyatakan menerusi dalil-dalil dibawah dan berserta dengan penjelasan dan pembahagian dari pelbagai aspek ilmu dan kejiwaan. Terdapat banyak dalil yang menjelaskan tentang ilmu dalam Al-Quran dan kejadian jiwa seperti disebut di dalam kitab Al-Quran. Dalil-dalil Al-Quran itu adalah : Firman Allah SWT : i. Mengenai Jihad dengan Jiwa.

( Surah Al-Baqarah : 189 195 ) menerangkan berjihad dengan jiwa dan harta dijalan Allah SWT. Ayat-ayat ini telah menerangkan jiwa kita haruslah di jihadkan dengan pelbagai jenis perjuangan dalam kehidupan seharian seperti mencari ilmu juga salah satu perjuangan atau jihad kita ke jalan Allah SWT tetapi haruslah berlandaskan dengan Al-Quran dan Sunnah. ( Surah Ali Imran : 156 158 ) menerangkan menanamkan jiwa berkorban dan berjihad. Jiwa yang menyeluruh pasti akan merelakan diri dari pelbagai aspek pada diri kita seadanya dengan mencapai tahap yang maksimum dalam membuat pengorbanan sehingga mencapai keimanan dalam berjihad ke jalan Allah SWT.

ii.

Al-Quran Mensucikan Jiwa Manusia.

( Surah Al-Ankabuut : 45 55 ) menjelaskan tentang solat mencegahkan kejahatan dan caraberdebat dengan orang-orang yang bukan Islam. Azab Allah pasti datang pada waktunya juga akan dinyatakan dalam surah ini. Sepuluh ayat ini menceritakan wahyu, shalat, cara menghadapi orang bukan islam dan azab yang diberikan ketika hari pembalasan kelak. Hal yang telah dibicarakan dalam ayat ini membicarakan tentang kejiwaan dan ilmu yang patut kita ketahui sebagai umat Islam yang mengikut panduan Al-Quran. ( Surah At-Takwiir : 1 14 ) menerangkan tentang peristiwa besar pada hari kiamat bagi menyedarkan jiwa dengan amalan setiap makhluk ciptaanNya di dunia. Ayat-ayat diatas menerangkan bagaimana perumpamaan kejadian hari kiamat sebagai gambaran kepada jiwa-jiwa yang membacanya dan terus dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada setiap pengamal panduan Kitab Al-Quran.

C. Koleksi Bukti-Bukti Lain Menurut Islam 1.1 Dalil Al-Quran


Surah Ali Imran : 14 Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatangbinatang ternak, dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). Surah Al-Fajr : 20 Surah Al-Kahfi : 46 Surah Al-Hadiid : 20 Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga dengan banyaknya harta dan anak. Semua penjelasan di atas adalah permasalahan kepada suatu penyakit yang telah diterangkan Nabi Muhammad kepada salah seorang sahabatnya. Baginda telah menyatakan manusia diakhir zaman adalah seperti buih-buih dilautan kerana manusia pada zaman itu terlalu mencintai duniawi iaitu penyakit Al-Wahnu. Jiwa-jiwa seperti ini tidak menghiraukan hari pembalasan yang telah ditetapkan dan telah dikhabarkan tanda-tandanya di dalam Al-Quran melalui katakata Allah SWT terus melalui Kitab Al-Quran yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW. Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yag berlebihan. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.

10

1.2 Keratan Artikel Dalam Jiwa Menurut Islam.


Dalam majalah HIDAYAH keluaran pada Disember 2011, artikel Dia Mengalami Keajaiban telah mengisahkan seorang bapak ingin bertaubat dan telah berputus asa untuk mendidik anaknya sehingga sifat amarahnya menguasai jiwanya secara berlebihan daripada sifat yang lain. Beliau berusaha berjumpa dengan pelbagai orang yang mahir dalam terapi dalam mengawal sifat amarahnya, sehinggakan dia mendapat petunjuk dan hidayah dengan boleh membaca Al-Quran tanpa mempelajarinya kerana beliau telah diberi kelebihan dengan serta-merta dari kebesaran Allah SWT. Beliau dikatakan telah mendapatkan ilmu ladunni iaitu ilmu kewahyuan. Ini juga terdapat dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kewahyuan ini hanyalah terdapat pada Kenabian dan Kerasulan.

11

Anda mungkin juga menyukai