Anda di halaman 1dari 23

Kemahiran mengurus kesenyapan

Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling


berjalan.

Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu.

Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa
kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.

Kesenyapan boleh berlaku semasa; i.Klien mungkin berasa malu dan risau pada permulaan proses kaunseling. - kaunselor boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan

ketegangan supaya klien dapat mengurangkan perasaan negatifnya dan membincangkan persoalan yang dibawa bersama dengan bebas.
ii.Klien tidak tahu apa yang sepatutnya dibincangkan seterusnya. iii.Klien berkemungkinan sedang berfikir tentang apa yang telah diperkatakannya.

- kaunselor haruslah bersabar sehinggalah klien bersedia untuk memberikan tindakbalas kepada kaunselor.

Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami kesulitan


dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya.

- Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor seharusnya membantu klien


secara lisan dengan menyatakan kenyataan seperti: Bagaimana saya boleh membantu sekiranya kamu berasa takut saya. terhadap

Kesenyapan berlaku apabila klien mengalami ketegangan emosi. - kaunselor


haruslah menunggu sehinggalah klien berasa lega dan selesa untuk bercakap.

Wolberg (1954) telah memberikan beberapa panduan untuk menghadapi


kesenyapan; 1.Kaunselor boleh memfokus terhadap tumpuan perhatian klien dengan menyatakan. Adakah kamu mendapati susah untuk bercakap. 2. Sekiranya masih tidak mendapat maklum balas daripada klien, kaunselor boleh menyatakan, Saya berasa hairan mengapa kamu senyap. 3. Kemudian kaunselor berkata, Mungkin kamu tidak tahu apa yang harus kamu katakan

4. Mungkin kamu cuba untuk merangka apa yang akan diperkatakan kemudian. 5. Mungkin kamu kecewa. 6. Komen yang seterusnya ialah, Mungkin kamu takut untuk menceritakan apa yang difikirkan dalam fikiran kamu. 7. Akhir sekali, sekiranya kesenyapan masih berterusan, kaunselor boleh berkata, Adakah terdapat sesuatu yang menyebabkan kamu berasa susah untuk bercakap.

Apabila klien masih lagi senyap, kaunselor haruslah berkata, apa kata kita hanya duduk di sini untuk seketika dan mungkin kamu akan memberitahu saya apa yang sedang difikirkan. Selepas itu, kaunselor boleh cuba sekali lagi untuk mendapatkan respons klien. Sekiranya klien masih memberikan respons yang sama, kaunselor haruslah menamatkan sesi dengan memberikan jaminan kesediaannya pada masa akan datang.

Kemahiran konfrontasi

Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara
klien dengan kaunselor.

Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada


yang lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien.

Kemahiran konfrontasi digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam situasisituasi seperti: a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain.

c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan


d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai, sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien.

Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah untuk memberikan


klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri dan membantu mengurangkan blind sport dalam membantu klien melihat dirinya dengan lebih tepat.

Contoh
Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya.

Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) adalah seperti berikut;
a. Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. b. Membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi

c. Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya.
d. Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien.

e. Supaya tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu.

Kemahiran meminta penjelasan

Dalam sesi kaunseling kadang-kadang akan timbul kekeliruan pada pihak klien atau kaunselor.
Kaunselor seharusnya boleh menjangkau jauh untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam. Kaunselor boleh membuat penjelasan semula apabila berlakunya kekeliruan. Hal ini akan membantu klien melihat lebh dekat lagi tentang masalah yang dihadapinya. Kaunselor perlu membuat kemahiran klarifikasi bagi mendapatkan maksud tersirat bagi mengelakkan salah faham ataupun mendapatkan pemahaman yang baik.

Panduan meminta penjelasan:Soalan tertutup Ke mana Daniel selalu pergi selepas pulang dari
sekolah? Dengan siapa Daniel selalu berkawan?

Sejak bila Daniel rasa bosan untuk pergi ke sekolah?


Berapa hari Daniel ponteng ke sekolah dalam seminggu?

Soalan terbuka Apa yang menyebabkan Daniel malas belajar? Boleh jelaskan sebab Daniel berasa boring untuk pergi ke sekolah? Apa yang Daniel lakukan bersama kawan-kawan apabila keluar hujung minggu?

Kemahiran membuat interprestasi

Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh


kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza.

Kemahiran ini merupakan satu proses yang aktif di mana kaunselor menjelaskan
perkara atau isu yang di bawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru

Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan menambah kenyataan


yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah kaunselor dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya.

Interprestasi dibuat untuk membantu klien menntafsir hidup mereka.

Interpretasi Bentuk Metafora Dan Fantasi

Salah satu cara membuat interpretasi adalah melalui berfantasi (daydream) yang menggunakan gambaran bahasa metafora. Cth: Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi. Saya gambarkan Rizal menelusuri jalan kayu yang rapuh, menuju ke simpang jalan, dan tidak dapat memutuskan mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang telah diputuskan berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia sesuai?. Metafora juga digunakan untuk memberikan reaksi kepada seseorang. Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai teddy bear yang lembut dan besar yang berada di satu tempat dengan pelbagai posisi. Metafora juga digunakan untuk meninjau perkataan tentang tindakan yang khusus yang digunakan klien untuk menerangkan pengalamannya. Diantaranya; imej visual: saya melihat cahaya bunyi: bunyi itu kelihatan kinestestik: Idea itu mencengkam saya.

Tujuan penggunaan metafora adalah untuk memberi pengalaman kepada klien


untuk memahami dirinya dan kaunselor meletakkan dirinya untuk mempengaruhi kliennya.

Selain daripada itu, penggunaan klien adalah juga untuk memperluaskan


bahasa deria klien melalui pertanyaan seperti bagaimana kehidupan klien diteruskan, bagaimana klien melihat kisah silamnya dan bagaimana masa hadapannya.

Kemahiran Merumus

Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan
penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut.

Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di


di akhir sesi kaunseling.

permulaan, di tengah atau pun

Namun kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat
rumusan keseluruhan.

Menurut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) tujuan merumus ialah menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien dan merupakan sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.

Rumusan untuk memulakan sesi

Contoh: Pada sesi yang lalu, kita telah bincangkan tentang perasaan Azura terhadap ibu mertua serta perselisihan faham dengannya ketika melahirkan anak. Azura merasakan diri Azura bersalah dan bimbang. Sejak itu, hubungan Azura dengan mertua tidak baik. Kita juga bincangkan pelan tindakan pada minggu itu. Bagaimana?. Adakah berjalan dengan baik?

Rumusan pertengahan sesi

Contoh: Setakat ini, saya lihat perancangan Kamal tidak berjalan dengan lancar. Sekali lagi, Kamal rasa bersalah apabila melihat idea itu dimanipulasi. Namun, satu idea boleh dilakukan. Kamal telah dapat berbincang dengan Lina tentang bidang tugasnya, dan inilah kali pertama anda boleh bercakap tanpa bertengkar. Kamal nampaknya mungkin dapat membuat perancangan susulan pada minggu hadapan. Adapan ini benar?.

Rumusan di akhir sesi


Contoh: Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai perasaan Anita terhadap ibu mertua dengan lebih terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan dengan baik, tapi Anita dapat bercakap dengan mentua tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti dibincangkan, kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang perlu diubah seperti lebih relaks dan mengubah topik bila Anita rasakan diri Anita mula nak marah. Saya juga gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini mencukupi untuk sesi ini?.

Anda mungkin juga menyukai