Anda di halaman 1dari 4

NOTA RINGKAS TOPIK 10 PENYEDIAAN INDUSTRI AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK

Penyediaan industri ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik Penyediaan Penggunaan 1. AMMONIA Kebanyakan tumbuhan tidak boleh menggunakan nitrogen secara langsung dari udara. Fritz Haber(1911) menemui proses untuk menghasilkan ammonia dari unsur-unsurnya. ( hidrogen & nitrogen). Proses ini menggabungkan gas nitrogen,N 2 dari udara dengan gas hidrogen, H2 yang diperolehi dari gas asli untuk membentuk ammonia, NH 3. gas hidrogen diperoleh dengan memproseskan gas air atau dengan menukarkan gas asli kepada hydrogen. Gas air ialah campuran hidrogen dan karbon monoksida yang terbentuk daripada proses penghembusan stim melalui arang batu yang membara.

Proses bagi penghasilan ammonia ini dikenali sebagai Proses Haber. Kebanyakan ammonia yang dihasilkan daripada Proses Haber digunakan untuk membuat baja. Ammonia merupakan gas alkali, maka ia tidak digunakan secara terus sebagai baja. Oleh kerana ia bersifat alkali maka ia boleh bertindakbalas dengan asid untuk menghasilkan garam pepejal (baja).

Penghasilan baja ammonia adalah seperti :-

i.

Baja ammonium fosfat Larutan ammonia + asid sulfurik ammonium sosfat

ii.

Baja ammonium nitrat Larutan ammonia + asid nitrik ammonium nitrat

iii.

Baja Sulfat Larutan ammonia + asid sulfurik ammonium sulfat

Selain penghasilan baja, penggunaan ammonia ialah dalam pembuatan asid nitrik melalui proses Ostwald, pembuatan elektrolit sel kering, pembuatan agen pencuci seperti serbuk pencuci dan detergen, pembuatan bahan letupan seperti trinitroluena (TNT) dan dalam pembuatan pencelup.

2. ASID SULFURIK

Asid sulfurik,H2SO4 tidak wujud secara semulajadi .Asid ini perlu dihasilkan .Proses yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik dalam industri dipanggil proses sentuh (Contact Process).

Proses Sentuh melibatkan tiga tahap:

i.

Pembentukan sulfur dioksida

Cecair sulfur di sembur ke relau dimana ia akan dibakar oleh udara panas dan kering pada suhu 10000C untuk menghasilkan sulfur dioksida.
ii. Pembentukan sulfur trioksida.

Sulfur dioksida

yang tulen dan kering dicampurkan dengan oksigen kering yang 2SO3(g) H = - 197 kJ

berlebihan. 2SO2(g)+ O2(g) Suhu: 4000C - 4500C Tekanan: 1 atmosfera

Nisbah bahan tindakbalas: Nisbah SO2 kepada O2 ialah 2:1 Mangkin: Vanadium(V) Oksida, V2O5 Pembentukan asid Sulfurik

iii.

Sulfur trioksida yang terhasil dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum SO3 (g) + H2SO4 (ce) H2S2O7 (ce) + H2O(ce) H2S2O7 (ce) H2SO4 (ce)

Oleum dicairkan dengan air untuk ditukarkan kepada asid sulfurik .

Kegunaan Asid Sulfurik ialah dalam pembuatan baja seperti ammonium sulfat, Pembuatan eletrolit dalam akumulator asid plumbum, pembuatan sabun dan detergen, pembuatan racun perosak, pembuatan barang plastic seperti rayon dan nilon dan pembuatan car dan pencelup (pewarna)

3. ASID NITRIK

Ammonia sebenarnya digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat asid nitrik (HNO3). Asid Nitrik, HNO3 dihasilkan melalui 3 tahap dan proses ini dipanggil sebagai Proses Oswald. Tahap-tahap ini dikenali sebagai: i. Pengoksidaan Ammonia ii. Pengoksidaan Nitrogen monoksida iii. Penyerapan Nitrogen dioksida dalam air

LANGKAH 1- PENGOKSIDAAN AMMONIA Di dalam sesuatu industri yang menghasilkan asid nitrik ini, terdapat satu reaktor yang menjadi tempat untuk ammonia bertindak balas dengan udara untuk menghasilkan nitrogen monoksid di atas mangkin Pt/Rh pada suhu 900 0C. Mangkin ini terdiri daripada beberapa lapisan halus. Platinum-Rhodium (95%Pt dan 5%Rh). LANGKAH 2 PENGOKSIDAAN NITROGEN MONOSIDA 2NO(g) +O2(g) 2NO2(g)

50% daripada nitrogen monoksida ditukar kepada nitrogen dioksida setelah gas-gas tersebut disejukkan.Di dalam kamar penyejuk, air yang terbentuk di dalam pengoksidaan ammonia terkondensasi dan menyerap sebahagian daripada nitrogen dioksida untuk menghasilkan asid nitrik. penyerapan. Asid ini kemudian dipam ke kamar

LANGKAH 3 - PENYERAPAN NITROGEN DIOKSIDA KE DALAM AIR Air yang telah dinyah-ion telah dibawa ke dalam kamar dan diturunkan ke bawah kamar yang mempunyai beberapa peringkat sambil gas-gas di naikkan ke atas.Di dalam setiap peringkat di dalam kamar ini, asid-asid yang berlainan dari segi kepekatan dihasilkan.Produk yang dihasilkan mempunyai 60% asid nitrik. Diantara kegunaan Asid Nitrik ini pula ialah Ujian kolorimeter bagi mengesan perbezaan heroin dan morphine, kegunaan tambahan dalam kaji logam dan

penulenan kerana ia bertindak balas dengan kebanyakan logam, dan dalam sintesis organik, agen pengoksidaan yang kuat , Bahan letupan seperti trinitrotoluene (TNT)dan cyclotrimethylenetrinitramine (RDX), Digunakan dalam penulenan emas, perak, platinum dan sebagainya, Asid nitrik (kepekatan 0.5% - 2.0%) sebatian bagi mengesan logam dalam larutan dan pembuatan baja. digunakan sebagai

Anda mungkin juga menyukai