Anda di halaman 1dari 40

A.

Esei kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran membaca atau

menulis dari segi pendekatan, kaedah dan teknik. 1.0 Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisna ini mempunyai kolerasi antara satu dengan lain. Hal ini kerana, jika seseorang kanakkanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan.

Menurut Nor Aina Dani (2007) satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekana suara ) , jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsure-unsur ini akan melibatkan perbezaan

maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancer. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Amat sukar untuk membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara pendekatan pembelajaran yang ada ialah seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan Komunikatif. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Pendekatan deduktif pula ialah suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan. Pendekatan elektif pula merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Seterusnya pendekatan komunikatif memberikan fokus kepada murid untuk berkomunikasi sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluannya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan dan menyampaikan maklumat.

1.2 Kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh

bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur 12345Kaedah terus Kaedah fonetik/ linguistik Kaedah eklektik Kaedah audio-lingual Kaedah komunikatif

1.2.1 kaedah terus

Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat : - Saya minum (ayat sebelumnya) -Saya minum susu (ayat baru)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

1.2.2 Kaedah fonetik/ linguistik

Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca

1.2.3 Kaedah eklektik

Kaedah

ini

mengambil

ciri-ciri

yang

baik

daripada

kaedah

lain

dan

menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

1.2.4 Kaedah audio - lingual

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

1.2.5 Kaedah komunikatif

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

1.3 Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu

pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.

Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik lakonan/drama Teknik permainan bahasa Teknik hafazan Teknik latih tubi Teknik perbincangan Teknik penyelesaian masalah

1.3.1 Teknik soal jawab

Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini

dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : - untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid -untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

1.3.2 Teknik main peranan

Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

1.3.3 Teknik lakonan/drama

Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.

*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

1.3.4 Teknik permainan bahasa

Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu : Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat Permainan berpasangan Permainan slip undian

1.3.5 Teknik hafazan

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini

mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

1.3.6 Teknik latih tubi

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek bahasa

kebolehan

menggunakan Huraian

Sebutan (accent)

menyebut perkataan atau suku

kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat hukum-hukum bahasa

berdasarkan

daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya

dengan

penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan

lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan

mengemukakan jawapan yang wajar

1.3.7 Teknik perbincangan

Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :

i.

Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

ii.

Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.

iii.

Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.

iv.

Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

1.3.8 Teknik penyelesaian masalah

Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :

i.

Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.

ii.

Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

iii.

Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing muridmurid memahami dan mengenal pasti masalah itu.

iv.

Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

v.

Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.

2.0Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca adalah satu komponen dalam kemahiran berbahasa yang amat penting dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan,, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca juga akan dapat membantu dalam menguasai kemahiran menulis. Menurut Kamarudin Hj.Husin (1988) dalam Siri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Konsep kemahiran membaca pula mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan walaupun tidak memahami lagi isi yang dibacanya. Mengikut pendapat Pumfrey (1977) di dalam buku Pengajian Melayu !:Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik; iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi ia adalah lebih daripada itu. Membaca ialah proses pemikiran yang membina. Ini bermaksud dengan membaca seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa sahaja yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Psikolinguitik kognitif menolak kefahaman dahulu yang menyatakan bahawa membaca adalah satu aktiviti mengenal

kata-kata dengan cara menyembunyikan (dalam hati) dan kemudian menarik maksud kata-kata itu.

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran membaca iaitu; a) Peringkat menyediakan murid. b) Peringkat mendirikan asas. c) Peringkat melatih membaca dan memahami. d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari pengetahuan. e) Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Kemahiran membaca ini pula terbahagi kepada dua jenis bacaan iaitu bacaan bersuara (mekanis) dan bacaan senyap (akaliah). Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Selain itu, ia juga disebut sebagai membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring. Bacaan akaliah / senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Ia juga disebut sebagai membaca di dalam hati. Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. 2.1 Pendekatan pengajaran kemahiran membaca 2.1.1PENDEKATAN BINAAN i. ii. Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. iii. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Contoh :Untuk mengajar perkataan mata , murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf m, a, t, dan a dan daripadanya dibentuk suku kata ma dan ta, kemudian digabungkan menjadi mata. Huruf-huruf Suku kata perkataan

iv.

Perkataan ini akan digalurkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah diketahui oelh murid-murid untuk membentuk rangkai kata, ayat seterusnya cerita.

Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad. 2.1.2 PENDEKATAN CERAKINAN i. ii. Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut. iii. Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada muridmurid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. iv. Contoh :Ayat : Buku saya tebal Perkataan-perkataan : buku saya tebal Suku kata : bu + ku, sa + ya, dan te + bal Huruf-huruf : b, u, k, u, s, a, y, a, t, e, b, a, l. Ayat v. Perkataan-perkataan Suku kata Huruf-huruf

Kaedah yang bersesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

2.1.3 PENDEKATAN ELEKTIK i. ii. Pendekatan ini juga dikenali pendekatan campuran. Ia mengabungkan kedua-kedua pendekatan iaitu pendekatan binaan dan juga pendekatan cerakinan iii. Ia mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-duanya, disesuaikan dengan

keadaan murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. iv. Pendekatan ini mestilah dijalankan secara sistematik dan dirancangkan sebaiksebaiknya. Ia juga mestilah mempertimbangkan dengan semasak-masaknya akan sifat-sifat ejaan bahasa Malaysia yang fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan dan sebagainya agar perjalanan pengajaran dapat meninggalkan kesan yang sebaikbaiknya kepada murid-murid. 2.2 kaedah pengajaran kemahiran membaca 2.2.1 KAEDAH ABJAD Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z. Murid -murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.

Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. 2.2.2 KAEDAH SUKU KATA Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata : (a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K

(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat). (c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah). (d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

2.2.3 KAEDAH PANDANG SEBUT Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:

(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan (b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk

membaca. 2.2.4 KAEDAH FONIK Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa. Bunyibunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : a dibunyikan aaaa.., u dibunyikan uuuu..

Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu dan sebagainya. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti baba, batu, ibu dan sebagainya.

2.2.5

KAEDAH

GABUNGAN

BUNYI

KATA

Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran. Gabungan ini dibuat secara sistematik. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.

Rujukan

Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2.3 Teknik pengajaran kemahiran membaca 2.3.1 TEKNIK SQ3R Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan. Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

1. Survey Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning. 2.Soalan (Question) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalansoalan yang dibina. 3. MEMBACA (READ) Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG) Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing. 5. REVIEW (MENYEMAK) Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Muridmurid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal).

2.3.2 TEKNIK KWLH APAKAH KWLH? Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. K What I know Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W Want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. L What I learned Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri. H How much I want to know How (Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain. 3.0Kemahiran Menulis

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsepkonsep. Tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum

seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambing-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambing-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hall (1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambinglambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat dengan membaca.

Peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.

Bagi peringkat tulisan mekanis pula, ianya berlaku setelah kanak-kanak melaui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.

Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iatu peringkat yang merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Pada peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh pada peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif bagi membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman. 3.1 Pendekatan kemahiran menulis

Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214). 3.1.1 Pendekatan terkawal. Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Melalui pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. 3.1.2 Pendekatan bebas Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Contohnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah pencemaran alam sekitar, guru boleh keratan-keratan akhbar dan majalah untuk ditunjukkan kepada pelajar.Aktiviti perbincangan dan sumbang saran boleh dijalankan dimana murid dapat memberikan pendapat melalui aktiviti tersebut. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. 3.1.3 Pendekatan Komunikatif Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan

tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Berdasarkan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. 3.1.4 Pendekatan pola-perenggan. Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang sudah dapat menguasai kemahiran bahasa. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

3.2 kaedah pengajaran kemahiran menulis. 3.2.1 penulisan terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: (i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar; (ii) Menulis surat:isi disediakan; dan (iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

3.2.2 Penulisan Separa Terkawal Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah: (i) Mengisi tempat kosong dalam petikan; (ii) Menuliskan cerita daripada gambar; (iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan (iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

3.2.3 Penulisan Berpandu Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataanperkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah: (i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan (ii) Menukarkan bentuk puisi kepada prosa. 3.2.4 Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: (i) Menyudahkan cerita; dan (ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru. 3.2.5 Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu: (i) Penulisan naratif;

(ii) Penulisan deskriptif; (iii) Penulisan imaginatif; dan (iv) Penulisan argumentatif.

3.2.6 Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah: (i) Cerpen; (ii) Puisi; (iii) Drama; dan (iv) Novel.

3.3 Teknik pengajaran kemahiran menulis. 3.3.1 Teknik peta minda Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. 3.3.2 Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalansoalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan apa, bila, mengapa, dan bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir ke arah isi-isi penulisan.

3.3.3 Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut. Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada prinsip-prinsip berikut: (i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. (ii) Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula. (iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.

B.

Memilih satu kemahiran berbahasa serta menyediakan satu rancangan

pengajaran harian dengan mengaplikasikan satu kaedah ,teknik dan pendekatan yang difikirkan sesuai. Jelaskan sebab mengapa anda memilih kaedah, teknik dan pendekatan tersebut serta sejauh manakah kaedah, teknik dan pendekatan itu benar-benar berkesan. 4.0 Rancangan pengajaran harian kemahiran mendengar dan bertutur.

TEMA : Kebersihan TAJUK : Menjaga Kebersihan Diri FOKUS UTAMA Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul . Standard Pembelajaran : 1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan. ii. menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat. iii. memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral ii. Nilai: Menjaga kebersihan anggota badan iii. KBT: Kemahiran Berfikir mengumpul dan mengelas SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata MEDIA Gambar anggota badan, kad perkataan,lembaran kerja, ICT

AKTIVITI LANGKAH 1 1. Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti. Contoh: tangan leher mata dahi hidung perut mulut badan kaki 2. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas. LANGKAH 2 1. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan . Contoh: tangan leher mata dahi hidung perut mulut badan kaki 2. Murid menyebut semula perkataan yang

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

KBT (KB): - Mengumpul dan mengelas Nilai: - Jaga kebersihan diri Ilmu: - Sains (anggota badan)

Perkataan : Contoh: tangan hidung perut mulut badan Leher Media: - Gambar

mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru. 3. Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing

anggota badan - kad perkataan

LANGKAH 3 1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan 2. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi. 3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul. LANGKAH 4 1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan. 2. Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulanginya. 3. Murid menyebut perkataan yang terdapat

Lembaran Kerja 1

KBT (KB): - klasifikasi Sistem Bahasa: - Kata nama Am KBT(TKP): - hubung kait Nilai: - Kebersihan

Lampiran 1

pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan. 4. Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada lembaran kerja yang diberi. Langkah 5 1. Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru. 2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir. 3. Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan. 4. Murid menyebut semula makna perkataan yang dihitamkan. 5. Murid memadankan perkataan dengan makna yang diberi secara menaip atau klik dan seret MS word Perkataan. PENUTUP 1. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan. 2. Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna. 3. Murid menyebut frasa yang telah dibina.

Lembaran Kerja 2

Kemahiran ICT Sistem Bahasa: - sinonim

Lampiran 2

Lembaran kerja 3

Lembaran kerja 4

AKTIVITI 1 LAMPIRAN 1

Tangan Leher

Jari Kaki

Badan
Mata

Mulut

Perut

Hidung

Dahi

AKTIVITI 2 LEMBARAN KERJA 1 Sebutkan nama gambar dan tuliskan perkataan.

BERUS

SIKAT

MULUT

PERUT

AKTIVITI 1 LEMBARAN KERJA 2 Sebutkan dan tuliskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

Selipar leher tangan mulut kasut berus mandi sikat hidung kotor perut

Anggota badan

Bukan anggota badan

1________________________

1_______________________

2________________________

2_______________________

3________________________

3________________________

4________________________

4________________________

5________________________

5________________________

LAMPIRAN 2 Secara berpasangan dengar bacaan rakan kamu.

Razak budak yang sihat. Dia selalu jaga diri supaya bersih. Hari-hari dia mandi tiga kali sehari. Dia mandi guna sabun supaya badannya tidak ada kuman. Razak gosok badan agar hilang daki. Selepas mandi, Razak lap badan supaya kering. Dia sapu bedak pada badannya supaya rasa segar. Dia juga pakai baju yang bersih. Razak selalu nampak kemas.

Aktiviti 3 Lembaran kerja 3 Baca dan tuliskan makna bagi perkataan yang diberi Uzur Serbuk harum Rapi

Bakteria

Nyaman

1. Sakit

2. Kuman

3. Bedak

4. Segar

5. Kemas

LEMBARAN KERJA 6 Secara berpasangan, dengar sebutan rakan dan cari pasangan perkataan untuk membentuk frasa. Gosok Rambut Gigi Kuku Badan

Basuh Cuci

Sabun

Sikat

Kasut

Tangan

Potong

Jawapan : 1_________________________________________________ 2_________________________________________________ 3_________________________________________________ 4_________________________________________________ 5_________________________________________________ 6_________________________________________________

Aktiviti Pengajaran Kemahiran mendengar dan bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Latih Tubi Sebutan

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Contoh, Daki - Laki.

Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/

- Pandang pandan tepi pagar depan padang. - Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Nyanyian

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Contoh,

Saya ada kucing, Namanya Miaouw, Miaouw suka makan ikan. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk

menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, muridmurid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,

perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.

Bibliografi Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai