Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

B.MELAYU TAHUN 3 KUMPULAN 1 TAJUK 5 :

Perkataan Digraf & Konsonan Bergabung

RPH B.Melayu Tahun 3


Kelas : Tema : Tajuk : 3 Mawar Kekeluargaan Nenek Saya

Standard Kandungan

3.2

~ Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.
~ Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas. ~ Menulis ayat tunggal secara mekanis.

Standard Pembelajaran 3.2.6

Kemahiran Literasi

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis secara betul dan kemas. Menulis ayat tunggal secara mekanis dengan betul dan kemas. Pengisian Kurikulum: Ilmu Pendidikan Moral

Nilai Murni:
EMK: TMK BBB/Media :

Kasih Sayang

Kad imbasan, lembaran kerja, Slaid Power Point

Langkah

Aktiviti PdP

Catatan

Set Induksi Guru meminta seorang murid 5 minit melakokan aksi berdasarkan kad arahan.

Kad Arahan: Lakonkan aksi seorang nenek berjalan menggunakan tongkat. KP: Kinestetik
KP : Verbal linguistik

Langkah 1 10 minit

Guru meminta murid membaca petikan cerita menerusi paparan slaid dengan nada dan intonasi yang betul secara individu, kumpulan atau kelas. Guru membimbing murid yang tidak menguasai membaca dengan sebutan yang betul. Guru memaparkan kad ayat tunggal dan kad ayat majmuk menerusi paparan slaid. Murid yang menguasai diminta menulis ayat tunggal dan ayat majmuk yang dilihat pada papan putih. Murid yang belum menguasai dibimbing untuk menulis ayat tunggal yang dipaparkan.

Langkah 2 20 minit

Cth ayat . KP : Verbal linguistik

Langkah

Aktiviti PdP

Catatan BBB Kertas mahjong TKP Kinestetik

Langkah 3 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 20 minit Setiap kumpulan diberi kertas mahjong. Setiap ahli dalam kumpulan diminta menulis ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan. Kumpulan khas diminta menyalin ayat tunggal yang diberi oleh guru. Kumpulan yang paling cepat siap dan paling kemas dikira sebagai pemenang.

Penutup 5 minit

Murid menyanyikan lagu Neneknenek Si Bongkok Tiga. Guru membuat rumusan tentang nilai murni dalam cerita sambil bersoal jawab dengan murid.

BBB Lirik lagu Nilai Murni Kasih sayang TKP Verbal linguistik

Penilaian

KAD ARAHAN

Lakonkan aksi seorang nenek berjalan dengan menggunakan tongkat

Nenek Syila
Saya ada seorang nenek. Nama nenek saya Syila.

Nenek saya tinggal di Kluang, Johor. Rumah


nenek di tepi sungai dan banyak nyamuk. Walaupun nenek saya berusia 80 tahun tetapi nenek saya tidak nyanyuk. Nenek akan mengajar saya mengaji Al-Quran selepas sembahyang

maghrib. Nenek bukan sahaja pandai mengaji,


malah pandai menyanyi dan bersyair.

Pada hari Khamis, nenek membawa saya ke pasar malam berdekatan

stadium. Nenek membeli strawberi,


longan dan nyiru. Saya meminta

nenek membelikan minuman kerana


dahaga. Saya minum menggunakan straw. Saya lihat ada traktor diparkir di tepi jalan.

Sampai di rumah, kaki nenek sakit. Saya membantu nenek menyapu minyak angin di kakinya. Kemudian,

saya memakaikan nenek stoking.


Sebelum tidur nenek memasang

kelambu agar tidak digigit nyamuk.

Arahan: Salin semula ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan

1. Ayat Tunggal __________________________________________


2. Ayat Majmuk __________________________________________

Tulis semula perkataan berdasar gambar di bawah.


nyiru traktor strawberi penyu

stoking

nyamuk

seluar

belalang

Nenek nenek Si Bongkok Tiga


Nenek-nenek si bongkok tiga Siang malam asyik berjaga Mencari cucu di mana saja Nenekku kahwin dengan anak raja. Cucu-cucu tak dapat lari Nenek tua banyak sakti Sekarang nenek nak cari ganti Siapa yang kena dia yang jadi.

Anda mungkin juga menyukai