Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI

sosial

Sosioemosi
emosi

Kamus dewan :
Sosial ialah segala hal yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Kemahiran sosial adalah kemahiran kanak-kanak untuk mereka membina kesedaran tentang orang lain dan perasaan mereka serta mempunyai kebolehan untuk mengekalkan perhubungan tersebut.Kemahiran ini juga menjadikan mereka pandai dan mudah untuk mendekati orang lain dan berkomunikasi dengan cara yang efektif.
Kanak-kanak yang memepunyai kemahiran sosial akan mematuhi peraturan sosial dan berkebolehan bertingkah laku dalam kumpulan secara harmoni.Mereka dapat melibatkan diri dengan berfikir tentang kendiri , orang lain dan cara sesuatu perhubungan sosial itu dijalankan.

Ahli psikologi dan fisiologi :


Emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan.

Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak.

Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi


Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.
Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, serta mampu mengatasi konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan bijaksana supaya mereka tidak berada dalam keadaan yang tidak selesa apabila berada dalam kelas.

Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Perkembangan

kemahiran menyelesaikan masalah meningkatkan Nilai Kendiri (Self-Esteem) dan perasaan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
murni, keyakinan diri, inisiatif pergaulan diri, dan inisiatif persefahaman antara mereka perlu dipertingkatkan.

Nilai-nilai

Perkembangan sosioemosi membolehkan seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Sekian..

Anda mungkin juga menyukai