Anda di halaman 1dari 1

Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang individu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.

Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Selain itu, menaakul juga adalah kemahiran memberi alasan, penjelasan, sebab atau hujah yang menjelaskan mengapa, bagaimana, di mana dan lain-lain persoalan tentang sesuatu perkara, masalah atau fenomena. Berdasarkan Terry dan Higgs (1993), penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta dan pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan. Menurut Mobley (2010), kemahiran menaakul adalah kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Selain itu, ia melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan. Kemahiran menaakul juga membolehkan individu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik serta dapat membezakan sesuatu perkara yang positif dan negatif. PPK (2001) pula merumuskan kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea.

Anda mungkin juga menyukai