Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU UNTUK PROGRAM MINI MBMBI 2012 1.

Pengenalan : Kelas tambahan Bahasa Melayu ini telah diadakan setelah sesi perbincangan dengafn ibu bapa serta waris pelajar demi mengisi masa cuti para pelajar. Ianya bertujuan memperbaiki pemahaman murid untuk kertas soalan Bahasa Melayu penulisan disamping memberi pemahaman asas tentang kata sendi. 2. Latarbelakang murid: Oleh kerana kewujudannya adalah hasil kerjasama para ibu bapa yang sangat-sangat mengharap dan guru yang komited, maka latar belakang murid adalah pelbagai. Antara yang terlibat ialah : i) Ooi Jin Wei - Tahun 3 ii) Lee Cheh Cheong -Tahun 6B iii) Ahmad Hanafi b. Abdullah -Tahun 6A iv) Nursyaza Shazwana bt Shahrin -Tahun 6A v) Nurul Afiqah bt. Abd.Rahman -Tahun 6A 3. Impak : 3 orang murid iaitu Ooi jin Wei, Nursyaza Shazwana dan Nurul Afiqah telah berjaya memahami kehendak soalan terutamanya tentang format penulisan surat rasmi dan cara menukarkannya mengikut situasi. Ahmad Hanafi dan Lee Cheh Cheong pula yang agak lambat memahami situasi soalan, akhirnya setelah dibantu mampu untuk memahami dan menyesuaikan penulisan mengikut kaedah FATU (Faham dan tukar). 4. Penambahbaikan program: Untuk penambahbaikan ,terutama cara memahami dan kemudian menukarkan beberapa penulisan mengikut situasi, guru bercadang untuk memperbanyakkan contoh yang ada agar pemahaman murid menjadi lebih luas, dan akhirnya murid mampu menguasai penulisan berformat seperti surat rasmi, laporan dan lain-lain . Disediakan oleh :

(RAHIM BIN YUSOFF) Guru Kelas Tambahan Bahasa Melayu, Program Mini MBMBI 2012

Anda mungkin juga menyukai