Anda di halaman 1dari 20

UNSUR asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu

bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan dengan tamadun tersebut. Latar Belakang Peminjaman Bahasa Bahasa yang memberikan sumbangan dalam proses peminjaman oleh bahasa Melayu merupakan bahasa yang pernah berdampingan atau terlibat dalam sejarah orang Melayu. Oleh itu, besar atau kecilnya pengaruh bahasa asing itu bergantung kepada tempoh dan rapatnya keterlibatannya dengan masyarakat atau budaya Melayu.

Bahasa tertua yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu bahasa Sanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh golongan istana dan bangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya Hindu yang mendominasi kebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu. Peminjaman berlaku semenjak abad ketujuh lagi apabila bahasa Melayu kuno menggunakannya untuk keperluan mengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu bersurat. Pada ketika itu kerajaan Hindu Sriwijaya berada pada puncak kegemilangannya.

Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah bahasa Tamil (bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani, dan bahasa Telegu. Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di kepulauan Melayu.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa ini menghadiahkan sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali sebagai tulisan Jawi di Malaysia dan tulisan Melayu -Arab di Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga terserap dengan ketara dalam penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad ke-16 hingga ke-18. Selain itu, bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu, yang tersebar melalui kegiatan perdagangan.

Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasabahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan orang Cina, khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasabahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan dan hubungan perdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut dipinjam ialah bahasa Siam, tetapi sangat kecil.

Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India Sanskrit, Tamil, dan Hindustani (b) Bahasa Tanah Arab Arab, dan Farsi (c) Bahasa Nusantara Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya (d) Bahasa Cina, (e) Bahasa Eropah Portugis, Belanda, dan Inggeris, (f) Bahasa lain di Asia Tenggara Siam, dan lain-lain.

Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan dan penjajahan politik membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2) Perniagaan dan perdagangan serta pendidikan dan penyebaran agama menyerapkan bahasabahasa Sanskrit dan Arab; (3) Kejiranan dan persahabatan membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Cina, Tamil, dan Jawa. Faktor-faktor Peminjaman Unsur Bahasa Asing Zaba memberikan beberapa faktor orang Melayu memi njam unsur bahasa asing.

(1) Keperluan

Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan dunia ilmu. Walaupun perkataan Melayu mungkin ada, perkataan tersebut tidak sesuai, tidak tepat atau tidak setara maknanya untuk menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan. Mungkin pula perkataan yang ada itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidak sesuai lagi digunakan.

Kosa kata daripada bahasa lain terpaksa dipinjam juga kerana penggunanya tidak mengetahui kewujudan perkataan berkenaan dalam bahasa Melayu. Walaupun perkataan itu wujud, mungkin penggunanya gagal mengingat atau mencarinya ketika hendak digunakan.

Peminjaman dilakukan untuk melicinkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu. Dengan cara itu juga, status bahasa Melayu dapat ditingkatkan sebagai bahasa moden.

(2) Sikap Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan dirasakan lebih bergaya dan canggih, dengan anggapan perkataan Melayu sudah lapuk dan tidak bergaya. Hal ini lebih-lebih lagi bagi orang yang suka berlagak dan menunjukkan dirinya pandai dalam bahasa asing atau bahasa baharu. Keadaan ini menyebabkan orang-orang lain turut menggunakannya walaupun tidak memahami maknanya dengan tepat. Contohnya, perkataan hulutelah digantikan dengan kepala.

Selain itu, orang berkenaan tidak fasih dalam bahasanya sendiri. Sikap bebalnya menyebabkan dia tidak malas menyiasat atau mengkaji bahasa sendiri, lalu dengan mudahnya menggunakan perkataan asing. Pada zaman pascamerdeka ini, terdapat pihak yang menganggap bahasa Melayu tidak dapat menandingi kewibawaan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, peminjaman bahasa asing disebabkan keperluan mengungkapkan konsep moden, dan menganggap bahasa lain lebih berprestij. Senario ini wujud semenjak zaman bahasa Melayu kuno dengan dominasi bahasa Sanskrit hinggalah kini pada era bahasa Melayu moden yang disaingi dengan hebat oleh bahasa Inggeris. Selain itu, lazimnya kebudayaan yang maju dan kuat berjaya memaksa masyarakat lain menerima tamadun mereka. Unsur-unsur Pinjaman Unsur bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada bunyi, bentuk morfem dan sintaksis. (1) Pinjaman Bunyi Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

(a) Bahasa Sanskrit: > sy - syurga > sw - swasta

(b) Bahasa Arab: > kh - khairat, bakhil, fasakh > gh - ghaib, maghrib, baligh > sy - syarikat, masygul, Quraisy > f - fikir, fatsir, takrif > z - zahir, azab, lafaz > q - Quran, furqan Selain itu, dipinjam juga bunyi dh dan th, tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu, masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja.

dh - dharab (darab), fardhu (fardu) th - Thalatha (Selasa), Ithnin (Isnin), hadith (hadis)

(c) Bahasa Inggeris:

> f - filem, fokus > v - vokal, variasi , novel, levi > sy - syif > z - zoo, zink

Semua bunyi pinjaman tersebut terdapat dalam perkataan daripada bahasa tersebut. (2) Pinjaman Kata Dasar

(a) Bahasa Sanskrit

Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Zaba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14 bidang. (i) Tubuh manusia anggota , bahu , kepala , lidah , nadi , nama , roma, rupa , sendi

(ii) Waktu

bila , dewasa , dinihari , hari , kala , kali , ketika , masa , purnama , pertama , sedia , sedia kala, senja , senja kala , sentiasa , tadi , tatkala (iii) Barang dagangan dan perniagaan

angka , arang gula , bahara , benda , cendana , gaharu , guni , harga , harta , juta , kapas , kapur barus , kasturi , laba , laksa , lawang , neraca , pala , sutera (iv) Barang-barang leburan dan batu-batu

baiduri , delima , emas , geliga , gemala , kaca , kencana , maknikam , mestika , mutia , mutiara , nilam . pancalogam , permata , raksa , suasa , tembaga , timah (v) Nama barang dan perkakas

bangsi , catur , cerana , genta , gergaji , jala , jentera , judi , kecapi , kendi , keranda , kunci , manik , panca-persada , pancaragam , peterakna , peti , tenggala

(vi) Pergaulan dan persaudaraan

ayah , bangsa , baya , belia , dara , isteri , keluangsa , keluarga , muda , pangkat , remaja , saudara , sila , suami , tabik , teruna , tua

(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan

angkasa , bima sakti , buana , cahaya , cakerawala , daksina , gelita , gema , gempa , gerhana , kertika , mega , nusantara , pancalima , pernama , rahu , udara , utara (viii) Binatang

biri-biri , cenderawasih , cerpelai , cintamani , gagak , gajah , gembala , geroda , harimau , jentayu , kala , kuda , merak , mergastua , merpati , naga , rajawali , sawa , serigala , singa , unta

(ix) Tumbuh-tumbuhan

angsana , bedara , beringin , bunga , cempaka , cendana , delima , gandamala , gandapura , gandarusa , jambu , jati , kemboja , kenanga , kesumba , labu , lenggundi , lontar , mangga , melaka , melati , melur , mempelam , nagasari , petola , puspa sari , seroja , teratai

(x) Perasaan dan keadaan asa , asmara , bahagia , bencana , berahi , bodoh , budi , budiman , cela , celaka , cerca , cinta , durjana , derma , dermawan , dosa , duka , dukacita , dusta , loba , malas

, murka , nestapa , pahala , pandai , papa , sangka , segera , seloka , sengsara , setia , setiawan , suci , suka , sukacita

(xi) Senjata dan peperangan

bahaya , bala , bala tentera , cedera , gempita , hulubalang , jaya , kendera , keris , kota , panah , panglima , perkasa , senjata , seteru (xii) Kebesaran

adiraja , anugerah , baginda , bendahara , bentara , beti , biduanda , duli , gahara , hulubalang , istana , kurnia , laksamana , maha , maharaja , maharani , mahkota , menteri , mulia , paduka , pegawai , pendeta , penggawa , raja , perdana menteri , permaisuri , perwira , putera , puteri , sida-sida , singgahsana , upacara (xiii) Pemerintahan

acara , angkara , aniaya , bahagi , balai , bangsa , bicara , denda , desa , dosa , gelora , kuasa , merdeka , negeri , penjara , periksa . perkara , pesaka , sahaya , saksi , segara , seksa , ufti (xiv) Agama dan pengetahuan

agama , badi , bahasa , bakti , betara , bidadari , biduan , bijaksana , Bisnu , boga , bota , bujangga , bukti , cendera , dewa , dewata , dewi , dupa , gergasi , guru , hantu , Hanuman , indera , jelma , jiwa , mantera , neraka , permai , petala , puasa , puja , pujangga , puji , raksasa , rencana , sakti , sangkakala , sastera , sasterawan , sempena , syurga , tapa

Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa elit India mula dipinjam ketika itu, kerana: (i) bahasa Melayu terlalu baharu, menyebabkan timbul masalah kekurangan perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyatakan makna bagi sesuatu ilmu atau budaya yang belum dikuasai oleh masyarakat Melayu, (ii) tanggapan bahawa bahasa Sanskrit berwibawa dan berprestij tinggi.

(b) Bahasa Tamil

apam , auta , bedil , candi , cemeti , cerpu , cerutu , gerudi , gurindam , jodoh , keldai , kalekati , kapal , kari , katil , kawal , kedai , ketumbar , kodi , kolam , kuli , ladam , lebai , logam , mahligai , malai , mempelam , modal , nira , paceri , paria , perli , peti , pili , pondan , putu , ragam , ranggi , sami , santeri , tambi , tandil , tirai , taulan (c) Bahasa Hindustani

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa ini banyak juga merupakan perkataan yang asalnya daripada bahasa lain yang pernah dipinjam oleh bahasa Hindustani. Oleh itu, terjadilah pinjam atas pinjam. acar , agar , aria , baldi , banglo , barua , basi , bendahari , biti , boria , boya , cap , capal , coli , cuka , cukai , curi , cuti , dal , dian , dobi , gabra , gala-gala , ganda , ganja , gari , gudang , guni , gusar , jamin , jenaka , kanji , kapas , kaskas , kerani , ketur , kubis , kunci , kurma , lucah , madat , neraca , rebana , roti , rupiah , seterika , suji , sundal , topi

(d) Bahasa-bahasa Sumatera cegah , dekak-dekak , gadis , gedang , kemanakan , kemanga , landai , malahan , ragu , rapi , semenda , tambu , teliti , teromba , teuku (tengku)

(e) Bahasa Jawa dan Sunda

agus , aji , alun-alun , ancam , andai , anggap , ayu , babad , bagus , bajik , batik , beres , bibit , buntu , cerdas , dingin , dokoh , embok , enak , enteng , galuh , gamelan , gerobok , gusti , intip , inu , jaguh , jelik , jeragan , kejam , keraton , kesal , ketara , kodok , kuping , lahar , lakon , lamun , lanang , leluasa , lucu , luntur , lurah , mendung , menginap , mesti , nona , nyaman , obor , oleh-oleh , omong , pamer , pecal , penting , ratu , rogol , ronggeng , saban , saringan , senohong , sepi , sering , sore , sumsum , sumur , tamu , tindak , tulen , urus , walang , waras , warung , wayang.

(f) Bahasa Bugis dan Borneo Abang , Beladau , daeng , mengayau , pengeran , sulitawang , sundang , tembadau

(g) Bahasa Arab

Pinjaman daripada bahasa Arab lebih banyak jumlahnya berbanding dengan pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Kebanyakannya disesuaikan mengikut sebutan Melayu, dan sesetengahnya sudah sebati sehingga tidak disangka berasal daripada bahasa Arab. Pinjaman melibatkan pelbagai bidang.

(i) Agama

ajal , akaid , akil , Allah Taala , amal , anbia , arasy , aulia , baligh , batal , bilal , dajal , doa , fardu , fikah , fitrah , haid , haji , hakikat , halal , haram , hidayat , ibadat , iktikad , imam , iman , jin , junub , kadi , kiblat , kufur , Loh Mahfuz , makmum , makrifat , makruh , maksiat , malaikat , masjid , mikraj , murtad , mustakmal , nabi , najis , nifas , qada , Quran , rahmat , rasul , rukuk , rukun , sah , sujud , syahadat , syaitan , syarat , syariah , syariat , taat , tahlil , takdir , umrah , wali , wuduk , zakat , zikir (ii) Ilmu

ahad , ahli , ahmak , alim , arif , ayat , bab , baki , dakwat , darab , falak , falsafah , fasal , fatwa , hadis , hafaz , hakim , hikayat , hikmat , hisab , hukum , huruf , ibarat , iklim , ilmu , Isnin , jahil , jawab , jumlah , kaedah , kalam , kamus , kasidah , kertas , khabar , khasiat , khat , khatam , kisah , kitab , loghat , madrasah , majalah , maklum , maktab , maktub , misal , mufti , nahu , nujum , petua , Ramadan , riwayat , saat , saraf , sejarah , siasat , sihir , soal , surat , Syaaban , syair , syarah , syeikh , tabib , tafsir , takbir , takwim , tamsil , tarikh , tawarikh , ulama , usul , waktu , zaman.

(iii) Fikiran dan perasaan

aib , ajaib , akal , akhir , am , aman , asyik , awal , bahas , dahsyat , faham , fikir , hairan , hajat , hawa , hebat , ijtihad , ikhlas , ikhtilaf , iktibar , ilham , insaf , izin , kabul , kalbu , khas , khuatir , khusus , khutbah , laknat , makna , maksud , masyghul , muhibah , mustahil , musykil , nafsu , nasib , nasihat , niat , syak , syok , tadbir , takjub , umum , waham , yakin , yakni

(iv) Hukuman dan peraturan adil , amir , baitulmal , daerah , daftar , dakwa , had , hakim , hukum , kadi , khalifah , mahkamah , makam , mansuh , mukim , rakyat , sultan , tabal , takluk , tertib , uzur , wajib , wakaf , wakil , wali , wazir , wilayah , zalim

(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan

akhirat , alam , dunia , haiwan , halwa , insan , jati , jubah , kawat , kopiah , kuat , kubah , layak , lazat , loh , nahas , nur , roh , sahur , salji , sifat , syarbat , taun , wabak , wajah , wujud

(vi) Adat dan pergaulan manusia

adat , afiat , akad , awam , azimat , bahlul , batin , darjat . darurat , faedah , fitnah , ghaib , ghalib , hadir , hadiah , hormat , ijazah , istiadat , jahil , jenazah , jimak , kafilah , karib , kaum , kerabat , khadam , khalwat , khilaf , khunsa , kubur , lazim , majnun , makmur , manfaat , marhum , martabat , maruah , masyhur , maulud , maut , mastautin , mesyuarat , mudarat , muhrim , musafir , musibat , nafkah , nasab , nazar , nazir , nikah , nisbah , redha , rezeki , sanduk , sedekah , sihat , siti , syahwat , syarifah , syarikat , syukur , tahniah , taksir , takziah , takzim , umat , waris , watan , ziarah , ziarah (h) Bahasa Farsi

andam , badam , bahari , baju , bandar , bedebah , beriani , biaperi , bina , bius , cogan , cokmar , darwis , destar , dumba , firdaus , firman , gandum , geram , gusti , honar , istana , jam , johan , juadah , kahwin , kapur , kesmis , laksa , lasykar , lawak , lazuardi , medan , nafiri , nakhoda , nesan , nobat , pasar , pelana , perca , peri , Peringgi ,

pesona , piala , pinggan , reja , rubah , sal , saudagar , serban , seluar , sudah , syah , takhta , taman , teraju , zadah

(i) Bahasa Cina

Hampir semua pinjaman daripada bahasa Cina daripada bahasa Hokkien, iaitu kaum yang mula-mula datang ke Tanah Melayu dan bergaul dengan orang-orang Melayu di kampung dan di tepi laut. (i) Makanan dan buah-buah

angki (pisang kaki) , bakmi , bepang , bihun (mihun) , cincau , kuaci , kucai , kuih , lai , laici , mi , samsu , tauhu , tauge , teh , tokyu

(ii) Pakaian dan barang-barang dagangan

bak (dakwat) , candu , cat , ci (1/10 tahil) , cukin , gincu , hun (1 inci Cina) ,kekwa , (bunga) , koyan , koyok (ubat) , tahil , tocang

(iii) Rumah dan perkakasnya

bangsal , beca , boh (batu) , cawan , dacing , jong , kincir , lanca , langkan , loceng , loteng , pangkin , pungkis , sampan , sia (bakul bertingkat) , sipua (alat mengira) , tanglung , tangsi (tali halus) , teko , tongkang , toya (kayu panjang)

(iv) Manusia dan hal ehwalnya

ampau , apek , banci (hitung) , cempiang , centeng , cuak , gua (saya) , kampuh(tutup dengan kain) , kongsi , kuntau , lancau , lancong , lu (engkau) , nyonya , ponteng , samseng , sue (malang) , tauke , tekong , toa pekong , tokong , tongsan (v) Permainan capjiki , ceki , congkak , pakau , pakbu , poh toa , cukai (j) Bahasa Portugis

baldi , bangku , meja , baulu , baldu , beranda (kota) , bola , bomba , dadu , garpu , gereja , istinggar , jendela , kapitan , kara , kebaya , keju , kemeja , lampu , lancang , lelong , mandur , mentega , merinyu , meski , minggu , paderi , palsu , peluru , peniti , peon , perada , pipa , pita , renda , rial , roda , sekolah , selada , sepatu , sinyor , tempoh , terangkera , terongkoh , tinta , tuala , wizurai

(k) Bahasa Belanda

bor , dam , dansa , duit , engsel , geladak , kamar , kantor , koran , laci , ongkos , pelekat , pelesir , peluit , permisi , rokok , sekoci , sekopong , senapang

(l) Bahasa Inggeris

aiskrim , bank , bas , basikal , beer , beg , besen , bikin , bil , biskut , botol , brek , buku , coklat , diploma , doktor , drebar , ekar , elaun , elektrik , enjin , epal , gabenor , gear , gelas , eran , glob , gol , inspektor , jel , jem , kapten , kek , kelab , kelas , kelindan ,

kenari , kolej , koman , kompas , kompeni , kopi , kopral , kot (baju) , kuinin , lesen , lokap , loket , lori , majistret , malaria , mancis , mem , mesin , misi , motobot , motokar , muzik , nat , nombor , not , notis , opera , paip , pam , pas , paun , pencen , pensel , piano , pil , pin , pistol , poket , polis , rekod , rel , residen , resit , saman , sarjan , sarkas , skru , selipar , setem , simen , sepana , standard , stereng , stesen , stoking , sup , tayar , telefon , telegraf , tenis , tiket , tin , tiub , trompet , wap , wisel

(m) Bahasa Siam kop (mata wang Siam) , makyung , menora , wat , perai (sj. kain sutera hitam) ,samsam , senarai (3) Pinjaman Imbuhan Tekanan yang kuat untuk menerima unsur asing datang daripada kemajuan sains dan teknologi. Ini memaksa bahasa Melayu mengambil imbuhan asing. Pada masa dahulu, yang dipinjam hanyalah imbuhan daripada bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab, tetapi kegunaannya terhad. Bermula 1960-an, peminjaman dilakukan dengan terancang. Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama. (a) Imbuhan Bahasa Sanskrit (i) Awalan > dwi- (dua) : dwibahasa; dwifungsi; dwiguna; d wilambang > eka- (satu) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku; ekawarna > maha- (agung, besar, tinggi) : mahaguru; maharani; mahasiswa; mahasiswi > panca- (lima, bermacam-macam) : pancabentuk; pancalogam; pancasuara; pancawarna

> pasca- (selepas) : pascamerdeka; pascaperang; pascasiswazah > tuna- (tidak mempunyai) : tunabudaya; tunasusila; tunabusana > pra-(sebelum) : prakata; pramoden; prasangka; prauniversiti

(ii) Akhiran > -man : budiman; seniman; > -wan (memiliki sesuatu; ahli) : cendekiawan; hartawan; usahawan > -wati (merujuk feminin) : peniagawati; seniwati

(b) Imbuhan Bahasa Jawa Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif. Yang selalu digunakan hanyalah berupa awalan. (i) Awalan > tata- (peraturan) : tatabahasa; tatacara; tatasusila; tatatertib

(c) Imbuhan Bahasa Arab

Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan hanya berbentuk akhiran.

(i) Akhiran > -ah (merujuk perempuan) : sultanah; ustazah; siswazah > -at (merujuk perempuan) : hadirat; muslimat > -iah ("bersifat") : ilmiah; rohaniah; wataniah > -in (merujuk lelaki) : hadirin; muslimin > -wi (bersifat) : duniawi; manusiawi (d) Imbuhan Bahasa Inggeris Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu meliputi awalan dan akhiran. (i) Awalan > anti- (melawan, menentang) : anti-Amerika; antibiotik; antihadis; antipoligami > pan- (seluruh; genap) : pan-Afrika; pan-Amerika; pan-Asia > pro- (menyokong) : pro-Amerika; prodemokrasi; pro-Russia > sub- (pecahan; bawahan) : subgolongan; subjenis; subkontraktor > supra- (atasan; tinggi) : suprakebangsaan; supranasional; suprasegmental > ultra- (keterlaluan; terlampau) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu 2. Akhiran

> -is (ahli) : artis; cerpenis; kartunis; novelis; sosialis > -isme (fahaman, ideologi) : komunisme; nasionalisme; sosialisme (4) Pinjaman Tatabahasa (Nahu) Asing Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.

Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ialah dan adalah daripada bahasa Inggeris, iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu, tetapi diterima sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri semenjak 1934 kerana pernah dihuraikan oleh Zaba melalui bukunya, Ilmu Mengarang Melayu.

> Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)

> Ali penoreh getah.

Bentuk ialah dan adalah tiada dalam bahasa Melayu klasik.

(5) Pinjaman Bentuk Majmuk

Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan melengkapkan istilah.

> bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau(green book) ; bulan madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ;gajah putih (white elephant) ; kepala surat (letter head) ; nota kaki(footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold war). (6) Kesan-kesan Pinjaman

Pinjaman unsur daripada bahasa asing membawa dua kesan utama, iaitu memberikan faedah, dan sebaliknya.

Kebaikan peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak diperkatakan. Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain. Sebaliknya, Zaba beranggapan bahawa mengg unakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh pembaca. Kemungkinan besar terjadinya pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama 2 ulasan:

Fakeh berkata... Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd (c) Jom Kenali Dr Maza & Co (d) Ahlul Bait Yang Dicerca (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA 2 Julai 2010 11:20 PTG

SUHAIMI MOHD SALLEH berkata... Sdr. Fakeh, Artikel "Bangsa Melayu Mengikt Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah" menarik dan berkaitan dengan tajuk. Terima kasih. Namun demikian, beberapa artikel lain dalam senarai anda terkeluar daripada aspek perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai