Anda di halaman 1dari 2

Langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menggunakan serangga perosak Memandangkan penggunaan racun serangga amat meluas

dan popular di kalangan pekebun-pekebun, maka langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan racun kimia adalah amat penting bagi memastikan pekebun tidak terdedah kepada kesan secara terus mahupun kesan sampingan semasa dan selepas menggunakan racun tersebut : Pemilihan Racun Serangga Pilihlah racun dari kelas iii dan iv. Elakkan dari menggunakan racun kelas I dan ii kecuali terpaksa. Apabila pokok telah berbuah masa memetik (memungut hasil) telah hampir tiba, maka seeloknya guna racun jenis sentuh dan bukan jenis sistemik tapi tak tahan lama. Sebelum Membancuh Racun Serangga Baca dan fahami arahan pada label. Pakai pakaian pelindung diri yang sesuai seperti overall, sarung tangan, topi, boot dan sebagainya. Jangan pindahkan racun perosak ke dalam lain-lain bekas. Simpan racun perosak di tempat-tempat yang sesuai, jauh dari makanan, ubat, pakaian dan sebagainya. Semasa Membancuh Racun Serangga Jauhkan orang yang tidak berkenaan dari tempat membancuh racun perosak. Jangan menghidu atau menyedut racun perosak. Jangan sekali-kali membancuh racun perosak dengan tangan kosong. Berdiri dengan membelakangkan arah tiupan angin sewaktu membancuh racun perosak. Jangan tiup dengan mulut muncung alat penyembur yang tersumbat. Jangan makan, minum atau merokok. Semasa Melakukan Semburan Racun Serangga Pakai peralatan keselamatan semasa membuat semburan seperti but getah yang tinggi, topi, baju lengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung atau muka (mask). Perhatikan arah tiupan angin. Semburan hendaklah membelakangi arah tiupan angin bagi mengelakkan anda terkena kabus semburan. Selepas Melakukan Semburan Racun Serangga Cuci alat penyembur dengan air bersih dan letakkan di dalam stor.

Mandi dengan menggunakan sabun dan air yang banyak. Rekodkan semua penggunaan racun perosak. Jangan gunakan bekas racun perosak untuk menyimpan bahan makanan. Jumpa doktor dengan segera terdapat tanda-tanda keracunan.

Dipetik daripada : http://romatechagro.blogspot.com/2009/06/kawalan-penyakit-dan-perosak-tan aman.html

Anda mungkin juga menyukai