Anda di halaman 1dari 1

Perkhemahan di hutan

Arahan : Gariskan kata nama am konkrit yang terdapat dalam teks di bawah.


Pada 21 Mac 2014, kelas tahun 4 telah terlibat dengan aktiviti
perkhemahan di Hutan Sepilok. Kami berkumpul di padang. Antara
peralatan yang dibawa ialah baju hujan, khemah, wisel, kompas dan tali
untuk keselamatan semasa berkhemah. Pada jam 9.00 pagi, kami mendaki
bukit dengan berhati hati menggunakan tali agar tidak tergelincir. Pada
jam 11.00 pagi, kami melalui jambatan dengan waspada agar tidak
berlaku kemalangan.
Kami berjalan berdua dua dalam tiga barisan. Cikgu Rahim
selalu berpesan supaya jangan memetik dahan dahan pokok. Kemudian,
kami ternampak beberapa ekor monyet.
Kami telah selamat sampai di kawasan perkhemahan yang
berhampiran dengan sungai. Cikgu Rahim mengira jumlah murid untuk
memastikan semua telah selamat sampai sambil tersenyum kerana puas
hati dengan disiplin yang kami tunjukkan.

Anda mungkin juga menyukai