Anda di halaman 1dari 4

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)).
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis
bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-
bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan
iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek
intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang
melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan
cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam
pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di
dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran
manusia.


Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini
bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula
telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.
Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang
tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh
Benjamin S Bloom.




Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom



Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom


Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji
sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah
dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta
khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu
dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang
bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan
beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental
untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur
bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian
atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah
makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan
idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu
membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan
menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada
bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep,
teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala
konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan
penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid
juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis
hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip
iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah
soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan
khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan
satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu
idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan
dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan
suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang
abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti
teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya
kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori
daripada data atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu
perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat
dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri
khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,
idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu
bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan
kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-
kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua
adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa
kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,
generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.


Rumusan

Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras
yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek
intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini
mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan
penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras
pemikiran tinggi.

Anda mungkin juga menyukai