Anda di halaman 1dari 3

Majlis Sambutan Hari Guru 2014 Sk Nanga Sama

Diminta kepada semua guru dan murid untuk mengambil tempat masing-masing
kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Mengumumkan ketibaan Encik Beraoh ak Manggan Guru Besar Sk Nanga Sama ke
tapak perhimpunan sekolah.
Para hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu dengan
iringan muzik.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha Encik Beraoh ak Mangga, Guru Besar Sk Nanga Sama, Yang
Disegani Encik Entalai ak Garu, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Rurien Ak
Umpi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Angking ak Tunang, Penolong
Kanan Kokurikulum, Yang diraikan, guru-guru pencetus kemenjadian insan,
seterusnya, murid-murid yang dikasihi sekalian
Alhamdulillah, Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya jua dapat kita
berkumpul bersama-sama pada pagi yang indah ini di dalam perhimpunan khas
sempena sambutan hari guru.




Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis, dijemput.. untuk membacakan doa. Terima
kasih diucapkan kepada.atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun pada 16 Mei sempena meraikan dan
memperingati jasa guru yang telah banyak berkorban dan menabur bakti demi anak
bangsa tercinta. Program sambutan hari guru di sambut di seluruh Negara, dan
sekolah kita SK Nanga Sama turut tidak terkecuali menyambut majlis sambutan
yang penuh bermakna ini saban tahun. Guru: pencetus kreativiti, penjana inovasi
merupakan ungkapan yang telah dipilih sebagai tema hari guru pada tahun ini. Tema
ini dipilih kerana guru penggerak sebagai agen perubahan yang sentiasa kreatif dan
inovatif dalam masyarakat pada hari ini. Guru pada masa kini dipandang sebagai
golongan professional, berketrampilan dan segala harapan disandarkan di bahu
guru untuk digalas. Justeru, pemilihan tema ini bersesuaian dengan peranan yang
dimainkan guru selaku pendokong usaha kerajaan untuk membudayakan inovasi
dalam gelombang transformasi pendidikan kerana dunia global hari ini memerlukan
masyarakat yang berfikir secara kritis dan kreatif.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis Sambutan Hari Guru 2014 peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sama
dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Khas yang diadakan pada pagi ini.
Sejurusnya, selepas tamat perhimpunan ini, iaitu pada jam 7.30 pagi, akan diadakan
senamrobik yang akan disertai oleh pada jam 7.45 pagi, sukaneka akan
diadakan di padang sekolah dan akan disertai oleh.. seterusnya, pada jam 8.45
akan diadakan pul pertandingan mewarna dan cabutan bertuah yang akan disertai
oleh. Pada jam 9.45 pagi, akan berlangsung majlis penyampaian hadiah dan
pada jam 9.50 semua murid-murid akan ke kantin untuk mengambil makanan. Pada
jam 10.20 pagi. Majlis bersurai dan p&p berjalan seperti biasa.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kini tibalah masa untuk kita mendengar perutusan daripada Ketua Pengarah
Pelajaran Negeri. Justeru, dijemput ......................untuk menyampaikan
perutusa. tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih
kepadaSeterusnya, marilah kita mendengar perutusan dari Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaian oleh..
Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada..atas
perutusan sebentar tadi. Hadirin yang dikasihi sekalian, tidak lengkap rasanya jika
kita tidak mendengar perutusan khas dari YB Menteri Pelajaran sempena hari guru
ini. Dijemput. Untuk menyampaikan perutusan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapakan kepadaatas amanat
yag dibacakan tadi.
Hadirin sekalian,
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Sebelum perhimpunan diakhiri, diminta semua guru dan murid berdiri untuk
menyanyikan lagu.
Dengan nyanyian lagu.. maka berakhirlah sudah perhimpunan
khas pada pagi ini. Diminta murid-murid bersurai dalam keadaan teratur.

Anda mungkin juga menyukai