Anda di halaman 1dari 1

Surah al-Waqiah

Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan


manusia, iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri.

Siapakah Muqarrabin itu? “Mereka ialah yang didekatkan pada Allah


dan berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan.”

Siapa pula Golongan Kanan? Golongan Kanan ialah yang melakukan


kebaikan semasa di dunia (orang yang bertakwa) dan mereka talah
dijanjikan oleh Allah dengan kebahagiaan di akhirat. “Mereka duduk
antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang
bersusun-susun buahnya serta naungan yang terbentang luas.
Mereka menikmati air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak
yang tidak berhenti berbuah dan mereka tidak dilarang
mengambilnya. Mereka duduk di atas tilam-tilam yang tebal lagi
lembut. Sesungguhnya kami menciptakan bidadari-bidadari dan
kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang sebaya umurnya.
Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan…”

Siapa pula Golongan Kiri? Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam
keadaan mewah dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.
Mereka terdiri dari golongan yang kufur.

Surah Waqiah dikatakan surah untuk rezeki kerana Nabi Muhammad s.a.w
menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi
pembaca Al-Quran dan di dalam buku ini ditegaskan bahawa untuk
mendatangkan rezeki, kita dianjurkan untuk membaca surah ini dengan
khusyuk.

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya
saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap
malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Banyak lagi persoalan-persoalan lain yang boleh meningkatkan rezeki


berdasarkan garis panduan yang terdapat dalam Al-Quran, hadis,
pengalaman, petua-petua dan tips untuk berjaya dari segi kewangan. Buku
berbentuk e-book bertajuk “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki
Melimpah Ruah dan Diberkati.” Di http://rahsiarezeki.com
Menerangkan segalanya.

Anda mungkin juga menyukai