Anda di halaman 1dari 85

i

KESEDARAN PEMBANGUNAN LESTARI


DI PERINGKAT AWAL UMUR KANAK-KANAK






MARIANI BT HAMBUG





Tesis ini dikemukakan adalah sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam



FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





MEI 2008



ii



SUSTAINABLE DEVELOPMENT AWARENESS
AT EARLY CHILDHOOD AGE






MARIANI BT HAMBUG





This thesis is submitted as a partial requirement
for award of Bachelor Degree in Civil Engineering




FACULTY OF CIVIL ENGINEERING
UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA





MEI 2008



iii




PENGESAHAN PENYELIA













Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.






Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. ROZANA BINTI ZAKARIA
Tarikh : 14 APRIL 2008









iv



PENGESAHAN PENULIS













Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.






Tandatangan :
Nama Penulis : MARIANI BT HAMBUG
Tarikh : 14 APRIL 2008









v





.Teristimewa buat bapa En Hambug bin Hj
Momen, mak Pn Saniah bt Abd Ghani,
abang-abang Mohd Safri & Nazri,
kakak-kakak Marni & Masni,
serta adik-adik Mohd Sahrun & Maziana
terima kasih atas sokongan kalian














vi




PENGHARGAAN


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...... Saya
ingin memanjatkan kesyukuran Alhamdulillah kerana dengan izinNYA maka
terlaksana sudah hasil kajian ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali lepada bapa tersayang,
En. Hambug bin Hj Momen dan mak tercinta, Pn. Saniah bte Abd. Ghani serta adik-
beradik yang lain dengan sepenuh kasih sayang dan sokongan moral yang dicurahkan
serta berkat doa kalian, maka kajian ini berjaya dilaksanakan.

Penghargaan yang tidak terhingga khas buat penyelia yang dihormati, Dr
Rozana bt Zakaria di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga semua staff Fakulti Kejuruteraan Awam
yang turut sama-sama membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekuliah dan semua yang sudi
membantu dalam menjayakan laporan ini. Semoga Allah memberkati apa yang kita
lakukan ini Amin










vii


ABSTRAK



Persidangan Puncak Dunia (WSSD) yang diadakan di Johannesburg pada
tahun 2002, telah membawa kepada satu pendekatan baru terhadap kemusnahan alam
sekitar dan pembangunan global yang pantas. Pendekatan ini adalah berasaskan
kepada konsep pembangunan lestari. Konsep pembangunan lestari atau
pembangunan seimbang merupakan gagasan pembangunan moden yang paling
proaktif dan praktikal untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan
pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Malaysia menerusi Rancangan
Malaysia Ketujuh (1996-2000) telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk
menjayakan konsep pembangunan lestari. Walaubagaimanapun, penerimaan terhadap
konsep ini, masih tidak jelas dalam memastikan pembangunan yang lestari. Pada
masa kini, pencemaran udara, pencemaran air, perubahan suhu bumi dan bencana
yang disebabkan aktiviti manusia seperti banjir kilat, hakisan tanah adalah masalah
yang berlaku berkaitan dengan pembangunan. Mengapa masalah ini berlaku? Adakah
disebabkan kelemahan terhadap konsep pembangunan lestari ataupun kurangnya
kesedaran dan pengetahuan di kalangan masyarakat mengenai pembangunan lestari.
Disebabkan itu, perancangan yang berkesan terhadap pembangunan perlu
dilaksanakan. Oleh itu kajian ini adalah membincangkan kesedaran pembangunan
lestari di peringkat awal iaitu dalam kalangan kanak-kanak yang berumur diantara 5
tahun (pra sekolah) hingga 12 tahun. Kajian ini dijalankan berpandukan kepada
kajian literatur dan menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data. Data
ini dianalisis menggunakan SPSS 16 dan Microsoft Excel 2003. Keputusan yang
diperolehi, didapati konsep pembangunan lestari telah diterapkan di sekolah-sekolah
kawasan kajian, di samping itu, mereka juga memahami pendekatan konsep ini yang
menyeimbangkan antara pembangunan dan alam sekitar. Kajian ini juga, telah
menunjukkan bahawa konsep pembangunan lestari sesuai didedahkan kepada kanak-
kanak sebagai sebahagian matapelajaran atau aktiviti di sekolah. Perlaksanaan yang
telah dilakukan pada masa sekarang telah dikenalpasti dan untuk memastikan
keberkesanan konsep ini, beberapa perkara telah dicadangkan sesuai dilaksanakan di
sekolah dan kawasan kejiranan agar konsep ini dapat diterapkan dengan berkesan dan
berterusan.







viii




ABSTRACT


The World Summit on Sustainable Development (WSSD), held in
Johannesburg in 2002 directing into new approach of new solution to sustain
continuing environmental degradation and accelerating globalization. The key
approach is based on the concept of sustainable development. It is proactive and
practical initiative to overcome the issues arises between the urban development and
the environmental protection. Through the seventh Malaysian Plan (1996-2000),
Malaysia have put more effort to realising the sustainable development objective.
This sustainable development initiatives, however have been slowing accepted in
addressing environmental degradation and ensuring a sustainable mode of
development. Nowadays, air pollution, water pollution, global climate change and
natural disaster such as flash flood and soil erosion are the problem occur which
relate with development. Why this scenario happening? Is that come from the
weaknesses of the sustainable development concepts or it was affected by the human
awareness and knowledge about sustainable development. Hence it is important to
plan a better development to sustain environment. Therefore, this research were
conducted in order to investigate the sustainable development awareness at early
childhood age. The study was carried out using literature and questionnaires survey
method and have been distributed to the respondent around Universiti Teknologi
Malaysia residential area.. The data collected were analysed Statistical Package for
Social Science (SPSS 16.0)and support by Microsoft Excel 2003 to obtain the
average index and percentage. In conclusion, the result have been identified that
sustainable development are applied at school and the responden understand
sustainable development concept. From this study also shows that, the sustainable
development education are suitable to be practised and applied in subject or any
activities in school. Through this study, several method are identified suitable to be
done at childhood age in order to make sustainable development concepts adapted in
lifestyle.









ix

ISI KANDUNGAN


BAB













BAB 1








BAB II





PERKARA

JUDUL
TITLE
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
1.1 Matlamat Kajian
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Metodologi Kajian

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan
2.1 Falsafah Pembangunan Negara
2.2 Apakah Pembangunan Lestari?
M/ S

i
ii
iii
v
vi
vii
viii
ix
xii
xiii
xiv
xv



1
3
5
5
6
6



8
11
14
x




















BAB III







BAB IV




2.3 Kronologi Konsep Pembangunan Lestari
2.4 Prinsip Pembangunan Lestari
2.5 Evolusi Pendekatan Pembangunan Lestari
2.6 Masalah Alam Sekitar Akibat Pembangunan
2.6.1 Pendahuluan
2.6.2 Kesan Rumah Hijau
2.6.3 Penipisan Lapisan Ozon
2.7 Pertimbangan Ekologi dalam Pengurusan Alam Sekitar
2.7.1 Pendahuluan
2.7.2 Definisi Ekologi
2.7.3 Ekologi: Keseimbangan Alam
2.7.4 Gangguan Ekosistem Kesan daripada Tindakan Manusia
2.8 Usaha Untuk Memupuk Pembangunan Lestari
2.8.1 Pendidikan Dan Kesedaran Awam
2.8.2 Kurikulum Untuk Pra Sekolah dan Sekolah Rendah
2.8.3 Pembentukan Sekolah Lestari
2.8.3.1 Pendahuluan
2.8.3.2 Hasrat Sekolah Lestari
2.8.3.3 Objektif Sekolah Lestari
2.9 Kesimpulan

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan
3.1 Pengumpulan Data Kedua
3.2 Pengumpulan Data Utama
3.2.1 Soal Selidik
3.3 Analisis Data

ANALISIS DATA & KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan
4.1 Maklumat Responden
4.2 Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari
16
17
21

24
25
26

27
28
29
31

32
35

36
37
38
39



40
40

41
42


44
45

xi

















BAB V













di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah
4.2.1 Penerapan konsep pembangunan lestari diterapkan di
sekolah
4.2.2 Adaptasi pembelajaran pembangunan lestari di sekolah
4.3 Mengkaji pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi
pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan
lestari
4.3.1 Pendedahan konsep pada peringkat awal umur (5-12) tahun
4.3.2 Pembelajaran dan pengajaran pembangunan lestari di
peringkat awal kanak-kanak?
4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak
sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari
diadaptasikan dalam gaya hidup
4.4.1 Kaedah pembelajaran pembangunan lestari
4.4.2 Perlaksanaan pembangunan lestari di sekolah
4.5 Perlaksanaan pembangunan lestari di kawasan kejiranan
4.6 Rumusan

KESIMPULAN

5.0 Pengenalan
5.1 Kesimpulan
5.1.1 Penerapan dan pemahaman pembangunan lestari
5.1.2 Kesesuaian pendedahan pembangunan lestari di peringkat
kanak-kanak
5.1.3 Langkah-langkah yang perlu dalam perlaksanaan
pembangunan lestari
5.2 Cadangan
5.3 Had Kajian
5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan
RUJUKAN

LAMPIRAN A
46

47
47


48
49

50


50
51
53
55
57



59
59
60

60

61
61
62
63
64

66

xii

SENARAI JADUAL


NO. JADUAL TAJUK M/S

1.0
4.1
4.2
4.3
4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10


Garis panduan kualiti udara 1996-1998
Status responden
Pekerjaan responden
Tempoh pengalaman bekerja responden
Peratus responden yang mengetahui konsep pembangunan
lestari
Tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan adaptasi
pembangunan lestari
Persetujuan responden terhadap pendedahan pembangunan
lestari pada peringkat awal umur kanak-kanak
Persetujuan responden terhadap sikap masyarakat yang perlu
dipupuk dari peringkat awal
Pendapat responden terhadap kaedah penerapan pembangunan
lestari
Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah
perlaksanaan pembangunan lestari di sekolah
Kaedah-kaedah perlaksanaan pembangunan lestari di kawasan
rumah

10
45
45
46

47

47

49

50

51

53

55










xiii



SENARAI RAJAH


NO. RAJAH TAJUK M/S

1.0
2.0
2.1
4.1
4.2

4.3

Carta Alir Metodologi Kajian
Objektif pembangunan lestari
Hubungan tingkat kemajuan dan tingkat pencemaran
Keberkesanan adaptasi pembangunan lestari
Peratus persetujuan responden terhadap pendedahan
pembangunan lestari pada peringkat awal umur kanak-kanak
Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah-kaedah
penerapan pembangunan lestari

7
15
23
48

49

51


















xiv



SENARAI SINGKATAN


WSSD
UTM
SKTU 1 & 4
JAS
CFC
NGO
DDT

- World Summit on Sustainable Development
- Universiti Teknologi Malaysia
- Sekolah Kebangsaan Taman Universiti satu & empat
- Jabatan Alam Sekitar
- Cloroflorocarbon
- Non Government Organization
- Dichloro Diphenyl Tricholoethane





















xv



SENARAI LAMPIRAN


























LAMPIRAN TAJUK M/S

A

Borang soal selidik

66



BAB I



PENDAHULUAN


1.0 PENGENALAN

Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi dan
hubungan di antara keduanya semakin berubah. Penghujung 1980 an telah
menyaksikan satu penilaian semula yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke
atas pembangunan sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam
sekitar, kualiti hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi. Penilaian radikal ini telah
membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan sumber semulajadi dan
alam sekitar (Khairulmaini, 2000). Pendekatan ini adalah bertujuan untuk
mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan daya tampung alam sekitar
akibat kendalian sistem ekonomi. Pendekatan ini di gelar pembangunan lestari.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga; Pembangunan dapat didefinisikan sebagai
perihal membangun, mencapai kemajuan serta perkembangan. Manakala lestari
adalah merujuk kepada keadaan yang tidak berubah-ubah, kekal serta tetap. Oleh
yang demikian, pembangunan lestari merupakan satu konsep kemajuan yang
mengekalkan sumber alam semulajadi dan ekosistemnya supaya dapat dimanfaatkan
bersama oleh generasi masa depan.

Konsep pembangunan lestari yang dicerap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada tahun 1987 sudah lama menjadi inspirasi Malaysia. Dasar Kerajaan
Malaysia yang secara langsung atau tidak mempengaruhi pembangunan alam sekitar
merangkumi beberapa perkara. Undang-undang merangkumi dasar-dasar yang
2
menggalakkan pembangunan lestari sumber semulajadi seperti i) pemeliharaan
sumber-sumber air ii) pemeliharaan hutan iii) pemeliharaan perikanan iv)
pemeliharaan binatang liar v) penginapan penduduk termasuk keselamatan, kesihatan
dan kebajikan vi) pemuliharaan tanih vii) pemeliharaan sumber marin x) kawalan
pencemaran xi) dan penilaian kesan ke atas alam sekitar (Khairulmaini, 2000).

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah menjadi polimik dan
perdebatan hangat beberapa dekad lamanya dikalangan pencinta alam dan ahli
industri. Di suatu ekstrim, alam merupakan khazanah yang tidak ternilai dan perlu
dipelihara untuk warisan sejagat dan tinggalan untuk generasi akan datang. Di
ekstrim yang lain pula, alam merupakan sumber yang perlu diterokai untuk
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Usaha dalam mengurus alam sekitar
untuk kepentingan masyarakat masa kini dengan tidak mengabaikan kepentingannya
untuk generasi akan datang adalah merupakan falsafah pemeliharaan yang sebenar.
Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai pembangunan lestari (Ibrahim, 2000).
Falsafah pemuliharaan dan pemeliharaan juga mendokong konsep pembangunan
seimbang yang mengekalkan proses ekologi yang penting untuk sistem sokongan
hayat, memelihara kepelbagaian genetik, dan memastikan pengunaan sumber alam
secara berterusan.

Kesungguhan Malaysia di dalam usaha untuk mewujudkan corak pembangunan
ekonomi yang mementingkan kualiti alam sekitarnya tidak perlu dipertikaikan.
Matlamat dan objektif pembangunan lestari adalah sangat jelas. Bagaimanapun
mekanisma untuk menghasilkan perubahan-perubahan ini masih belum begitu
berkesan. Cabaran pada alaf baru adalah untuk mengharung prinsip-prinsip
pembangunan lestari yang sudah direka kepada dasar-dasar yang boleh dicapai yang
akan menghasilkan perubahan-perubahan yang nyata. Setakat ini, sistem udara, air
dan tanah-tanih masih terjejas (Sham,1994). Masalah alam sekitar seperti
pencemaran air dan pencemaran organan masih merupakan masalah genting yang
mempengaruhi sungai-sungai di Malaysia dan masalah ini telah wujud sejak tahun
1960 an lagi (Abu Bakar, 2000). Di tambah lagi dengan kadar pertambahan
penduduk yang tinggi dan keperluannya, faktor peningkatan pencemaran,
penggunaan sumber alam secara berlebihan dan degradasi tanah secara berterusan
3
merupakan petunjuk penting alam sekitar yang membawa kemusnahan (Ibrahim,
2000).

Sebagai mewujudkan pembangunan yang berkekalan dan berterusan,
pengetahuan mengenai pembangunan lestari perlu di semai bermula dari peringkat
awal persekolahan iaitu pra sekolah dan sekolah rendah (Bhaskar, 2005). Penilaian
sama ada sistem pendidikan dan penerapan kesedaran pembangunan lestari
dikalangan masyarakat umum telah mencapai kejayaan sistem pendidikan
seharusnya berterusan di peringkat sekolah supaya murid mendapat pendedahan.
Penilaian ke atas penerapan kesedaran terhadap pembangunan lestari kepada
masyarakat umum adalah lebih sukar sekiranya masyarakat itu belum pernah
didedahkan kepada pendidikan mengenai pembangunan lestari di peringkat sekolah
(Jamaludin, 1996). Sekiranya ini berlaku bermakna penerimaan masyarakat
mengenai nilai berkaitan pembangunan lestari akan menjadi lebih sukar dan perlahan
kerana sikap dan cara hidup yang tidak mementingkan alam sekitar. Ekoran itu,
penyediaan garis panduan khususnya untuk penglibatan para pelajar perlu juga
diwujudkan untuk memastikannya berjalan lancar dan efektif.


1.1 PENYATAAN MASALAH

Pembangunan yang dijalankan pada masa kini banyak menyumbang kpada
kemusnahan alam sekitar seperti kadar pencemaran yang tinggi, kepupusan hutan
dan menjejaskan ekosistem kehidupan (Jamaludin, 1996). Memang tidak dapat
dinafikan, pembangunan adalah salah satu bidang yang memberi sumbangan besar
dalam meningkatkan ekonomi negara. Adalah menjadi matlamat utama setiap
negara-negara yang membangun untuk mencapai kemajuan dari segi ekonomi untuk
meningkatkan taraf hidup rakyatnya untuk menjamin kehidupan yang lebih berkualiti
di masa hadapan. Disebabkan keghairahan dalam mengejar kemajuan, aspek dalam
pemeliharaan alam sekitar semakin diabaikan, hanya segelintir sahaja yang
mementingkan kualiti alam sekitar ( Surtahman dan Abd. Ghafar, 1997). Keadaan ini
semakin membimbangkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga ia menyentuh
kepada aspek globalisasi. Alam sekitar negara yang pada masa ini diancam dengan
isu pelupusan buangan berbahaya secara haram yang semakin meningkat, kejadian
4
tumpahan minyak, pembalakan haram, hakisan tanah, pembangunan dilereng-lereng
bukit dan di tanah tinggi, pembangunan zon pantai dan lain-lain (Rosnani, 2000).
Manakalan di peringkat global pula, pelbagai impak negatif hasil daripada
pembangunan yang dijalankan contohnya seperti penipisan lapisan ozon,
peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber kepelbagaian biologi.

Berdasarkan kajian Surtahman dan Abd Ghafar mengenai peningkatan suhu
sebanyak 7.8C (14F) dibandingkan dengan suhu purata kawasan luar bandar. Ini
menunjukkan bahawa, peningkatan ini akan bertambah dari masa ke semasa
sekiranya pembangunan yang dijalankan tidak terancang. Kepanasan ini adalah
disebabkan keadaan bumi yang terlalu kering yang tidak dapat menyerap
kelembapan pada batu-batu, tambahan pula bangunan konkrit yang didirikan dapat
memerangkap haba persekitaran dan bangunan yang tinggi ini juga telah menjadi
penghalang kepada laluan angin atau peredaran udara. Pada tahun 1997, musim
kemarau yang berpanjangan akibat daripada fenomena El-Nino telah mengurangkan
isipadu aliran sungai. Hal ini menyebabkan kadar pencairan bahan pencemar yang
dilepaskan ke dalam sungai menjadi terlalu sedikit. Masalah pencemaran sungai
adalah semakin ketara tahun demi tahun. Hampir dua pertiga daripada 116 batang
limbangan sungai yang diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar didapati tercemar atau
sedikit tercemar (Rosnani, 2000).

Alam sekitar di Semenanjung Malaysia umumnya terdapat pada tahap
pertengahan di mana sesetengah tempat pada masa-masa tertentu keadaannya buruk.
Sementara di kawasan-kawasan lain pula ada yang bertambah baik dan ada pula yang
bertambah buruk. Begitu juga dengan aspek jenis pencemaran yang kadang-kala
wujud satu-satu ada masanya terdapat tertumpu di kawasan tertentu. Keadaan
tersebut bergantung pada tahap pembangunan yang dilaksanakan serta keupayaan
alam sekitar dalam menyerap pencemaran. Kesedaran masyarakat mengenai
pentingnya untuk menjaga alam sekitar bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi
juga untuk masa hadapan bersesuaian dengan strategi pembangunan berterusan
(Jamaludin, 1996).

Masalah kemerosotan alam sekitar telah dikesan mempunyai beberapa dimensi
yang paling berkait, iaitu dari segi jenis pencemaran, kawasan yang diliputinya dan
5
juga punca-punca utama. Kesemuanya ini menggambarkan polisi pembangunan yang
tidak mengambil kira perancangan guna tanah yang menyeluruh dan menitik
beratkan pengekalan serta pemeliharaan alam sekitar fizikal.

Mengikut soal selidik yang dilakukan oleh Jamaludin sebelum ini berkenaan
pendapat awam, didapati bahawa sejumlah 66.3% daripada 795 responden yang
mengetahui mengenai kempen tentang pembangunan dan alam sekitar dalam media
massa adalah tidak berkesan. Dari segi mata pelajaran yang berkaitan pembangunan
dan alam sekitar yang diajarkan disekolah, hanya 13.6% sahaja yang mengatakan
mata pelajaran itu sudah mencukupi, sementara 68.7% mengatakan sebaliknya.
Kenyataan ini telah jelas menyokong perlunya sistem pendidikan formal di sekolah
sebenarnya satu-satunya cara yang paling baik bagi memupuk semangat menyintai
dan menyedari kepentingan pembangunan yang berteraskan alam sekitar bagi
kegunaan kini dan masa depan.



1.2 MATLAMAT KAJIAN

Mengkaji kesesuaian penerapan dan adaptasi pembangunan lestari di
peringkat awal umur kanak-kanak dalam masyarakat Malaysia.


1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari
diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah
ii) Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi
pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari
iii) Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak sekolah
dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari diadaptasikan dalam
gaya hidup.


6
1.4 SKOP KAJIAN

i) Kajian hanya mengkaji kesesuaian penerapan dan adaptasikan
pembangunan lestari di peringkat awal umur kanak-kanak
ii) Responden terdiri daripada ibubapa dan guru sekolah
iii) Kajian hanya melibatkan kanak-kanak diperingkat sekolah tadika dan
sekolah rendah kebangsaan di sekitar kawasan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).



1.5 METODOLOGI KAJIAN

Umumnya, kajian ini akan dilaksanakan mengikut carta alir yang ditunjukkan
dalam metodologi kajian. Kajian ini dimulakan dengan kajian awal untuk
mengenalpasti masalah, menentukan objektif kajian, menentukan skop kajian dan
seterusnya kajian literatur yang menggunakan sumber buku dan jurnal. Bagi
mendapatkan data dan maklumat, borang soal selidik dibuat dan diedarkan kepada
responden. Data yang diperolehi kemudiaannya akan dianalisis menggunakan indeks
purata untuk mendapatkan rangkin. Hasil daripada analisis data, perbincangan akan
dibuat seterusnya kesimpulan dan beberapa cadangan akan diutarakan di bab terakhir
kajian ini.












7

Metodologi Kajian



































Langkah Pertama

Anggapan awal
Status Pembangunan Di
Malaysia


Langkah Kedua

Memahami prinsip
pembangunan lestari

Mengenalpasti masalah

Membina Borang Soal
Selidik


Pengumpulan Data

Analisis data

- Perisian computer
( SPSS 16, Microsoft
Excel)


Langkah Ketiga

Kesimpulan dan cadangan
Kesedaran mengenai
pembangunan lestari

Prinsip Pembangunan
Lestari
Komuniti ibubapa Guru Sekolah
Membina Borang
Soal Selidik
Edar Borang
Soal Selidik
Analisis Data &
Keputusan
Kesimpulan &
Cadangan
Rajah 1.0 : Carta Alir Metodologi Kajian



BAB II



KAJIAN LITERATUR



2.0 PENDAHULUAN

Keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya
mengekalkan integriti alam sekitar merupakan tuntutan yang selari dan perlu
dilakukan secara bersama. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan
kesejahteraan manusia perlu disokong oleh usaha mengekalkan kesihatan alam
sekitar. Ringkasnya, sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam
sekitar. Kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan
sumber alam.

Negara kini berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar yang kian hari kian
mencabar. Punca pencemaran kini tidak lagi mengenal sempadan. Pada tahun 1997,
seluruh negara berhadapan dengan bencana pencemaran udara merentasi sempadan
yang paling teruk iaitu jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara
berleluasa di negara jiran. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan alam sekitar,
malahan juga telah mengakibatkan kerugian kepada ekonomi negara serta mengugat
kesihatan orang ramai (Rosnani, 2000).

Bukan itu sahaja, alam sekitar juga di ancam dengan isu pelupusan buangan
berbahaya secara haram yang semakin meningkat, kejadian tumpahan minyak,
pembalakan haram, hakisan tanah, pembangunan di lereng-lereng bukit dan di tanah
tinggi, pembangunan zon pantai dan lain-lain. Manakala di peringkat global pula, isu
9
mengenai penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber
kepelbagaian biologi telah mendapat perhatian.

Pada masa kini secara amnya kualiti udara di seluruh negara kecuali semasa
jerebu melanda berada dalam keadaan baik. Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu
petunjuk yang digunapakai untuk memudahkan orang ramai memahami status kualiti
udara di kebanyakkan tempat adalah di bawah paras 100 seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.0, mengikut parameter karbon monoksida (CO), ozone (O
3
), sulfur
dioksida (SO
2
), nitrogen dioksida (NO
2
) dan (partikal-partikal halus di bawah 10
mikron) PM
10
iaitu di paras baik atau sederhana baik. Bahan pencemar yang paling
ketara sekali di kawasan bandar dan perindustrian atau kawasan-kawasan yang
sedang dibangunkan ialah habuk terampai (habuk halus). Pencemar-pencemar lain
seperti gas-gas yang berpunca kebanyakanya daripada kenderaan bermotor dan
industri-industri janakuasa masih dibawah paras yang ditetapkan dan disyorkan baik
untuk alam sekitar. Namun demikian, di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan Pulau Pinang ada kalanya paras pencemaran gas ini meningkat lebih
daripada paras purata bagi seluruh negara (Rosnani, 2000). Keadaan ini perlu di
awasi dengan lebih teliti terutama sekali dari segi perancangan pembesaran tempat-
tempat berkenaan di masa akan datang.















10















Kualiti alam sekitar juga dipengaruhi oleh perubahan cuaca. Contohnya pada
tahun 1997 musim kemarau yang berpanjangan akibat daripada fenomena El-Nino
telah mengurangkan isipadu air aliran air sungai. Hal ini menyebabkan kadar
pencairan bahan pencemar yang dilepaskan ke dalam sungai menjadi terlalu sedikit.
Disamping itu juga, data-data pengawasan kualiti marin telah mendapati air laut
dibeberapa tempat mencatatkan paras minyak dan gris, pepejal terampai dan bakteria
Escherichia coli melebihi paras piawaian yang ditetapkan. Pencemaran pantai oleh
tumpahan minyak yang terjadi akibat perlanggaran kapal tangki minyak.

Masalah pencemaran sungai adalah semakin ketara tahun demi tahun. Hampir
dua pertiga daripada 116 batang limbangan sungai yang diawasi oleh Jabatan Alam
Sekitar didapati sama ada tercemar atau sedikit tercemar (Rosnani, 2000) walaupun
tidak berlaku di sepanjang sungai dimana kebanyakan keadaannya masih lagi baik
dan terkawal. Hanya apabila sungai-sungai ini mengalir atau melintasi kawasan-
kawasan yang dibangunkan maka keadaannya akan menjadi tercemar. Punca utama
pencemaran sungai ialah kelodak daripada aktiviti kerjatanah dan sebagainya. Kedua,
adalah disebabkan oleh pelepasan kumbahan dari rumah-rumah kediaman dan
premis-premis yang menyediakan kemudahan awam.
Bahan Pencemaran
Udara
Petunjuk/Standard
Pseudo
Masa
Purata
Purata Indeks
Pencemaran Udara
SO
2
0.04 ppm
0.13ppm
0.19ppm
24 jam
1 jam
10 min
100
O
3
0.10ppm
0.06ppm
1 jam
8 jam
100
NO
2
0.17ppm 1 jam 100
CO 30ppm 1 jam 100
PM
10
150 g/m
3
24 jam 100
Sumber; A. Bakar Jaafar,2000
Jadual 2.0: Garis Panduan Kualiti udara 1996-1998
11
Situasi ini memanglah tidak menghairankan kerana, pembukaan tanah
dilakukan tanpa langkah-langkah pencemaran hakisan yang sepatutnya. Masalah
kumbahan pula akan berlanjutan buat beberapa tahun yang akan datang sehingga
sistem pembentungan negara dapat disempurnakan.

Sektor perindustrian pada umumnya telah dapat mengurangkan beban
pencemaran masing-masing ketahap yang ditetapkan. Walaupun begitu, masih
terdapat dikalangan sektor perindustrian yang masih melepaskan efluen yang tidak
mematuhi piawaian yang ditetapkan terutama oleh industri-industri kecil dan
sederhana. Pelupusan sampah sarap ditapak-tapak pelupusan yang tidak langsung ada
sistem kawalan pencemaran telah menyebabkan tapak-tapak ini dan kawasan
sekitarnya menjadi tercemar. Pembuangan sisa- sisa pepejal ini menjadi satu lagi isu
yang kritikal menyumbang kepada masalah alam sekitar (Fathimath, 2005). Di
Malaysia dalam tahun 1994, kadar penjanaan sisa pepejal adalah pada 7,500 tan
dalam masa sehari dan di bandingkan pada empaat tahun selepas itu, sebanyak
15,300 tan dalam sehari (Muzaffar, 2008). Kesimpulan daripada ini, apakah yang
akan terjadi pada alam sekitar, sekiranya pengurusan mengenainya tidak
dititikberatkan? Oleh itu, konsep pembangunan lestari harus difahami oleh
masyarakat agar mereka dapat berkerjasama dalam penjagaan alam sekitar.

Pada masa kini dikalangan masyarakat atau orang ramai kesedaran terhadap
isu-isu alam sekitar dan pemuliharaannya telah meningkat dan boleh dibanggakan.
Malangnya tahap pembabitan atau iltizam setiap individu masih diperingkat yang
rendah dan kebanyakannya masih beranggapan bahawa pemuliharaan alam sekitar
adalah tanggungjawab pihak yang berwajib semata-mata.


2.1 FALSAFAH PEMBANGUNAN NEGARA

Pembangunan merupakan satu konsep yang amat luas dan sukar difahami
tanpa merujuk kepada keadaan tertentu. Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah
menggariskan beberapa perubahan yang kini terjurus melalui matlamat Wawasan
2020. Pada dasarnya, pembangunan ditumpukan kepada usaha menjadikan Malaysia
sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan di Malaysia telah
12
menyandarkan asasnya kepada pembangunan ekonomi sambil memberikan tumpuan
memperkukuh kestabilan sosial dan politik.

Pembangunan negeri-negeri di Malaysia lazimnya selaras dengan DPN.
Negeri Selangor umpamanya, melalui Wawasan Selangor 2005 telah melakarkan
rancangan mencapai status negeri maju menjelang tahun 2005, iaitu 15 tahun lebih
awal dari hasrat pembangunan keseluruhanya. Bagi mencapai hasrat ini Selangor
telah menyusun pelbagai strategi pembangunan, dan antaranya ialah mengimbangi
pembangunan antara Lembah Klang dan kawasan lain di Selangor. Sementara
penekanan pembangunan tertumpu kepada kepelbagaian guna tanah, perumahan,
perindustrian, perhutanan dan pertanian. Bagaimanapun, usaha untuk mengimbangi
pembangunan telah diterapkan dalam strateginya seperti antara ekonomi dan
pengagihan, antara ekonomi dan alam sekitar, dan antara pembangunan fizikal dan
spiritual (Ibrahim Komoo, 2000).

Lebih dua dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami proses modenisasi
serta proses perubahan persekitaran yang begitu drastik. Akibatnya terdapat
peningkatan dalam populasi penduduk di samping berkembangnya jumlah ruang
pembandaran khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia (Noorazuan, 2003).
Pertambahan populasi secara semulajadi dan kemasukan migrasi menyebabkan
permintaan ke atas sumber-sumber semulajadi kian meningkat. Pembangunan dan
urbanisasi membawa kepada perubahan dalam pola-pola guna tanah perbandaran
yang moden serta canggih.

Menurut Noorazuan (2003), Ladang Galloway dan Ladang Bukit Badak dua
dekad lalu merupakan kawasan utama penanaman getah dan kelapa sawit di
Selangor, namun sekarang menjadi tapak Pembinaan Bandar Cyberjaya dan
Universiti Multimedia. Ladang Perang Besar dan Ladang Sedgeley pula telah
menjadi tapak Bandar Pintar Persekutuan Putrajaya bagi menghadapi arus perdana
globalisasi abad ke -21. Kecenderungan perubahan gunatanah ini sudah sinonim
dengan corak pembangunan di Malaysia. Apa yang jelas, proses urbanisasi dan
pemodenan di Malaysia seolah-olah meletakkan prasyarat wajib perubahan litupan
atau gunatanah bagi menjayakan sesuatu projek pembangunan. Apakah harus alam
sekitar termasuk sumber-sumber asli semulajadi dijadikan korban bagi menentukan
13
hala tuju pembangunan sesebuah negara? Sukarkah komponen-komponen dalam
alam sekitar dipelihara atau dipulihara dan proses pemuliharaanya selaras dengan
pembangunan ekonomi?

Jesteru itu, adakah usaha-usaha bagi menentukan arah pembangunan dalam
arus globalisasi yang menguntungkan dunia sosial serta sistem ekologinya di
Malaysia? Persoalan seperti ini telah dibincangkan di peringkat dunia dan
membentuk konsep pembangunan yang seimbang, di mana faktor ekonomi dan
ekologinya di kawal bersama-sama. Konsep pembangunan lestari telah
diketengahkan bagi menangani konflik antara alam sekitar dan pembangunan yang
wujud di dunia.























14
2.2 APAKAH PEMBANGUNAN LESTARI ?

Konsep pembangunan lestari atau seimbang merupakan gagasan
pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu
mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Konsep
ini masih baru dan tercetus semasa Persidangan Bumi (Earth Summit) di Rio pada
tahun 1992. Walaupun pengertian operasinya masih kabur dan boleh ditakrifkan
secara pelbagai dalam situasi dan keperluan yang berbeza mengikut perspektif dan
ideologi yang diterjemahkan oleh sesebuah organisasi atau pihak-pihak tertentu
(McManus, 1996), (Gedeon, 2005).

Walaubagaimanapun, pengertian sebenar pembangunan lestari lebih banyak
cenderung kepada yang termaktub dalam WCED (Brundtland Commision) yang
mentakrifkan sebagai keperluan sesuatu aktiviti pembangunan yang dilaksanakan
tanpa menjejaskan keperluan untuk mgenerasi akan datang. Keperluan disini adalah
dirujuk kepada pendidikan, ekonomi, perindustrian dan pembinaan (Gedeon, 2005).

Kebanyakkan definisi pembangunan lestari merangkumi tiga idea utama yang
saling bergantung iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Pada tahun 1987, Barbier
telah melakarkan tiga idea ini dalam bentuk tiga bulatan yang saling mengunci antara
satu sama lain seperti dalam Rajah 1. Gambaran ini menyatakan objektif
pembangunan lestari yang perlu diperkembangkan mengikut persilangan ketiga-tiga
idea tersebut. Dengan kata lain ketiga-tiga idea ini haruslah dilaksanakan secara
seimbang.










15
















Walaupun konsep pembangunan lestari negara dilakar secara umum,
pernyataan-pernyataan seperti mengintegrasi aspek sosial dan alam sekitar,
peningkatan kualiti alam sekitar, dan hasrat penggunaan sumber bumi dengan lebih
cekap menggambarkan wawasan yang jelas untuk mengimbangi objektif
pertumbuhan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar.

Malaysia menerusi Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000) telah
menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan lestari dan
menakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan ksejahteraan generasi masa
kini tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang (Abdul Manaf,
2003). Ke arah mencapai matlamat tersebut, pertimbangan alam sekitar dan
pemulihan akan disepadukan dengan perancangan pembangunan. Sebagai langkah
menggalakkan pembangunan lestari, mekanisme ekonomi yang inovatif akan
diwujudkan untuk menggalakkan sektor swasta mengaplikasi dan membangunkan
teknologi bercirikan alam sekitar.



Sistem ekonomi
Mengurangkan kemiskinan
Taraf hidup meningkat
Meningkatkan mutu
perkhidmatan
Alam Sekitar
Mengekalkan keindahan
alam semulajadi
Mengekalkan sumber
alam
Mengekalkan Kitaran
Biologi
Sistem sosial
Mewujudkan institusi dan pusat
pendidikan
Mewujudkan pertubuhan
sukarelawan untuk
pembangunan lestari
Kesejahteraan Hidup
Rajah 2.0: Objektif pembangunan lestari
Sumber: Barbier, 1987
16

2.3 KRONOLOGI KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI


























Sumber: Noorazuan (1999)





Perkembangan Prinsip Pembangunan Lestari

1972
Persidangan UNCED (Stockholm)
- Konsep pembangunan lestari diperkenalkan



1980
World Conservation Strategy
- Edisi pertama yang berkaitan dengan pembangunan lestari



1987
Our Common Future (WCED)
- Terbitan kedua, konsep mula digunakan di seluruh dunia



1992
Persidangan UNCED (Rio De Janeiro)
- Mesyuarat rasmi mengenai perancangan Agenda 21 yang dihadiri oleh pemimpin
setiap negara


1993-1996
The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD)
- Meneliti kerangka kerja bagi setiap bab Agenda 21



1997
The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD)
- Meneliti penyelesaian kepada konflik yang timbul yang dibentangkan oleh
wakil setiap negara.

17

2.4 PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk
mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar
dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 jun 1992 mengumumkan
prinsip-prinsip berikut :

Prinsip 1 : Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak
menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan
alam semulajadi.

Prinsip 2 :

Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-
undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk
memanfaatkan sumber-sumbernya untuk memantapkan polisi-polisi
alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab
memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan
kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain
atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan
pembangunan dan alam sekitar yang saksama untuk generasi kini dan
akan datang.


Prinsip 4 :

Untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar
hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak
boleh dipertimbangkan secara berasingan.

Prinsip 5 :

Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi
kemiskinan sebagai suatu keperluan yang wajib untuk pembangunan
lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan
18
memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.
Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-keperluan khas negara membangun, terutama
negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam
sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan
antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah
juga mengambilkira kepentingan dan keperluan semua negara.

Prinsip 7 :

Setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian
sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan
integriti ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza
terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai
tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti
memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan
antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan
yang diberikan oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta
teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai

Prinsip 8 :

Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik
untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan
memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak
lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

Prinsip 9 :

Negara-negara hendaklah berkerjasama mengukuhkan keupayaan
masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan
mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan
mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan
pemindahan teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10 :

Isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua
rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat
kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai
kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak
berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya
19
dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan
mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah
membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan
meyebar maklumat secara meluas

Prinsip 11 : Setiap negara hendaklah mempunyai perundangan alam sekitar yang
berkesan. piawai alam sekitar, objektif serta keutamaan pengurusan
perlu menggambarkan konteks alam sekitar dan pembangunan yang
diamalkan

Prinsip 12 :

Negara hendaklah bekerjasama memajukan suatu sistem ekonomi
antarabangsa yang membina dan terbuka yang membawa kepada
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lestari di dalam semua
negara untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah degradasi
alam sekitar dengan lebih baik.

Prinsip 13 :

Negara hendaklah mewujudkan undang-undang kebangsaan berhubung
tanggungjawab dan pampasan untuk mangsa-mangsa pencemaran dan
kerosakan alam sekitar lain

Prinsip 14 :

Negara hendaklah bekerjasama secara berkesan untuk menghalang atau
mencegah penempatan semula dan perpindahan ke negara lain akan
sebarang aktiviti atau bahan yang menyebabkan degradasi alam sekitar
yang serius atau yang didapati merbahaya kepada kesihatan manusia.

Prinsip 15 :

Pendekatan yang berhati-hati secara meluas hendaklah digunakan bagi
melindungi alam sekitar oleh setiap negara mengikut keupayaannya

Prinsip 16 :

Pihak berkuasa kebangsaan hendaklah berusaha menginternalisasikan
kos-kos alam sekitar, memajukan kegunaan alat ekonomi dan
mengambilkira pendekatan di mana pencemar harus, pada dasarnya
menanggung kos pencemaran demi untuk kepentingan awam dan bebas
daripada ugutan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
20

Prinsip 17 :

Penilaian impak alam sekitar, sebagai suatu alat kebangsaan hendaklah
dijalankan bagi cadangan aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan
mempunyai impak yang bermakna terhadap alam sekitar dan tertakluk
kepada keputusan pihak berkuasa kebangsaan yang berkelayakan.

Prinsip 18 :

Negara hendaklah sedia memaklumkan negara lain akan sebarang
bencana tabii atau kecemasan lain yang berkemungkinan menghasilkan
kesan-kesan merbahaya kepada alam sekitar negara berkenaan.

Prinsip 19 :

Negara hendaklah mengeluarkan makluman awal dan berjadual serta
maklumat yang relevan kepada negara yang berpotensi terkesan oleh
aktiviti-aktivi yang mungkin memberi kesan alam sekitar.

Prinsip 20 :

Wanita mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar
dan pembangunan.

Prinsip 21 :

Daya kreativiti, idea dan ketabahan belia dunia hendaklah digerakkan
untuk membentuk suatu perkongsian global dalam usaha mencapai
pembangunan lestari

Prinsip 22 :

Masyarakat terpinggir dan komuniti-komuniti mereka, dan komuniti-
komuniti tempatan yang lain mempunyai peranan penting dalam
pengurusan alam sekitar dan pembangunan disebabkan oleh
pengetahuan-pengetahuan dan amalan-amalan tradisional mereka.

Prinsip 23 :

Alam sekitar dan sumber-sumber asli bagi rakyat yang tertindas, di
bawah penguasaan dan rampasan hendaklah dilindungi.

Prinsip 24 :

Negara-negara hendaklah menghormati undang-undang antarabangsa
yang melindungi alam sekitar semasa konflik peperangan dan
bekerjasama membangunkannya.

21
Prinsip 25 : Keamanan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah saling
berhubungkait dan tidak boleh dipisahkan

Prinsip 26 :

Negara hendaklah menyelesaikan perbalahan alam sekitar secara aman
dan dengan cara yang sesuai dan selaras dengan Perakuan Bangsa-
Bangsa Bersatu

Prinsip 27 :

Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama dengan jujur berlandaskan
semangat perkongsian dalam memenuhi prinsip-prinsip yang
terkandung di dalam deklarasi ini dan dalam pembangunan selanjutnya
undang-undang antarabangsa berhubung pembangunan lestari.


Komitmen negara-negara dunia mengenai usaha menerima konsep
pembangunan lestari merupakan perubahan paradigma yang paling
memberangsangkan ke arah mengimbangi tuntutan pembangunan pemuliharaan alam
sekitar (Ibrahim Komoo, 2000).



2.5 EVOLUSI PENDEKATAN PEMBANGUNAN LESTARI

Konsep formal pembangunan lestari muncul lewat 1980-an sebagai suatu
pendekatan yang bersepadu dan berbagai bidang terhadap kerisauan berkait dengan
eksploitasi alam sekitar, pembangunan ekonomi dan kemerosotan kualiti hidup.
Pendekatan perhubungan ini boleh dicerap di skala global, rantauan dan negara, dan
membekalkan satu kerangka di mana manusia dapat memahami dan seterusnya
mempengaruhi arah pembangunan ekonomi, di negara terbangun atau yang sedang
membangun. Fikiran tentang pembangunan lestari ini mula diperkenalkan di
perjumpaan Strategi Pemuliharaan Dunia (World Conservation Strategy) pada tahun
1980 tajaan International Union for the Conservation of Nature (IUCN).

22
Fikiran pertama ini menegaskan kelestarian atau mengekalkan semata-mata
di sudut ekologi, dan tidak menghiraukan langsung pembangunan ekonomi. Tegasan
utama adalah :-

(a) pemeliharaan proses-proses ekologi
(b) keterusan sumber semulajadi
(c) pemeliharaan kepelbagaian genetik

Tegasan hanya mementingkan kesejahteraan alam sekitar fizikal ini telah
dikritik kerana difikirkan sebagai anti pembangunan. Formulasi ini melihat
perhubungan ekonomi-alam sekitar hanya dari sudut kesan manusia ke atas alam
sekitar dan mengambarkan semua kesan adalah bersifat negatif. Oleh itu fikiran ini
cenderung untuk melihat kepada kesan-kesan negatif, dan bukan penyebab degradasi
alam sekitar. Sebagai contoh, pendapat yang mengatakan semua penebangan hutan
tropika perlu dihentikan kerana akan menjejaskan alam sekitar tanpa memikirkan
sama ada daya-daya yang mengakibatkan pencerangan boleh dikawal (khairulmaini,
2000).

Salvage (1974) berpandangan bahawa secara umumnya terdapat hubungan di
antara tingkat pencemaran alam sekitar dengan tingkat kemajuan ekonomi sesebuah
negara. Semakin maju sesebuah sistem ekonomi maka semakin besar masalah alam
sekitar yang dihadapi. Hubungan ini ditunjukkan oleh beliau melalui model Rostow
(Rajah 2). Salvage telah menunjukkan bahawa zaman pertumbuhan industri secara
berterusan dan zaman penggunaan secara besar-besaran merupakan zaman kritikal
yang menyumbang kepada peningkatan kadar pencemaran.









23






















Pembangunan ekonomi juga berperanan penting dalam meningkatkan
kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Ini terbukti apabila berlaku
peningkatan dalam indeks-indeks seperti pengangguran. Namun demikian jika kualiti
alam sekitar terabai maka akan menyebabkan kebajikan masyarakat akan menurun.
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan lebih cenderung untuk menjatuhkan tingkat
kebajikan sosial berbanding dengan meningkatkanya (Abdul Manaf, 2003).

Fahaman yang kurang mengenai perhubungan pembangunan ekonomi ke atas
alam sekitar telah menghasilkan formulasi-semula konsep pembangunan lestari.
Formulasi - semula ini telah mempengaruhi pembentukan World Commission On
Environment and Development (WCED) pada 1984 atau lebih dikenali sebagai The
Brundtland Commission. Suruhanjaya ini telah memulakan beberapa kajian yang
T
I
N
G
K
A
T

P
E
N
C
E
M
A
R
A
N
PERINGKAT PERTUMBUHAN
(melalui masa)
Zaman
Tradisional
P
e
c
u
t
a
n
Pertumbuhan
Industri
Berterusan
Penggunaan
Besar-
besaran
Sumber : Salvage (1974)
Rajah 2.1 : Hubungan Tingkat Kemajuan dan Tingkat Pencemaran
24
menerbitkan Our Common Future ( The Brudtland Report) pada tahun 1987.
Laporan ini telah meletakkan satu tanda ukur bagi semua perbincangan masa-masa
akan datang tentang pembangunan lestari.

Laporan Brundtland ini mentakrifkan pembangunan lestari sebagai:

.pembangunan adalah satu keperluan dalam sesebuah negara yang mana
perlaksanaannya tidak menjejaskan keperluan untuk generasi akan datang..

Laporan ini menegaskan tanggapan yang berbeza terhadap pembangunan
ekonomi, di mana kualiti pertumbuhan dilihat sebagai sama penting dengan kuantiti
pertumbuhan. Satu cara untuk mengungkapkan ini adalah, manusia boleh meletakkan
nilai ke atas alam sekitar fizikal melalui beberapa bentuk pengurusan alam sekitar
tertentu. Langkah ini biasanya akan menghasilkan pulangan jangka masa pendek
yang rendah, tetapi menegaskan bahawa amalan alam sekitar yang bagus dan
pengurusan ekonomi jangka masa panjang yang kukuh berlaku sama-sama
(Khairulmaini, 2000).


2.6 MASALAH ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBANGUNAN

2.6.1 Pendahuluan

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam
sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan
tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi,
cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma
dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah
membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar.
Masalah ini semakin serius dan telah diikitiraf sebagai masalah sedunia dan telah
25
dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 (A. Halim, 2000).
Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini
yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan
ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Kenyataan ini diberikan oleh A.
Halim (2000) bahawa jika manusia terus melakukan exploitasi tanpa batas terhadap
sumbersumber asli dan alam sekitar, dunia mungkin akan menghadapi kemusnahan.

Seorang ahli ekologi, Dassman (1976) yang dibukukan oleh A. Halim
menyatakan bahawa, sampai ketahap ini manusia menguasai sumbersumber tenaga
yang tidak terkira banyaknya dan penyalahgunaan terhadap sumber tenaga tersebut.
Begitu juga kenyataan yang diberikan olah Nebel dan Wright (1997) yang juga
dibukukan olah A. Halim menyatakan bahawa populasi manusia yang semakin
bertambah berlipat kali ganda telah menjadikan tekanan kepada setiap sistem dan
pada masa yang sama melemahkan produktiviti melalui pencemaran dan eksploitasi
yang berlebihan.

Keduadua petikan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa punca utama
yang menyebabkan masalah alam sekitar pada hari ini ialah kurang pengetahuan
tentang alam ini iaitu saling pergantungan antara manusia dan alam sekitar.


2.6.2 Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinar
ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul
semula ke angkasa lepas oleh atmosfera, sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi
untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh
permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tidak semua tenaga
haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh
gas-gas di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida,
klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu
bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang
mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba
26
dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran
bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli.

Pertambahan yang berterusan ini sekiranya tidak dikawal, dijangka akan
meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun. Kesan rumah hijau ini akan
mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Antaranya ialah air di lautan dan
sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat, tanah-tanah terutamanya di
hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Berikutan itu,
atmosfera akan menjadi lebih panas, arah angin pula akan berubah dan menyebabkan
kejadian ribut kerap berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku
sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras
laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di Kutub
Utara dan Kutub Selatan akan cair. Kejadian-kejadian ini akan mengancam
kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain contohnya aktiviti-aktiviti seperti
pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan
meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan
tenaga elektrik akan bertambah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan
perindustrian semakin banyak. Kesemua aktiviti ini akan mengakibatkan
penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan
suhu bumi.


2.6.3 Penipisan Lapisan Ozon

Penipisan lapisan ozon atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian. ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang
terletak di lapisan stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan satu perisai semula jadi
bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya dan sangat penting untuk
keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada
atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan
bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan
kehadiran gas nitrogen. Formula Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada
molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik
atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau
27
juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh
pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan
mengembalikan oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan
molekul ozon yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.

Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun
1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia. CFC bukan sahaja
memusnahkan lapisan ozon tetapi juga molekul CFC berupaya menyerap haba 20000
kali ganda lebih baik daripada satu molekul karbon dioksida. Urbanisasi merupakan
proses pembandaran sesebuah kawasan dengan menjadikan kawasan itu kawasan
perbandaran. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat
imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk,
kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru akan dibuka untuk
menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa
akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyi. Penduduk lebihan yang kian
bertambah pula akan mewujudkan kesesakan dan kawasan setinggan. Keseimbangan
ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya dan bangunan dibina di
kawasan hutan yang dibuka.


2.7 PERTIMBANGAN EKOLOGI DALAM PENGURUSAN ALAM
SEKITAR

2.7.1 Pendahuluan

Dalam dunia moden berasaskan sains dan teknologi yang membawa pelbagai
kesenangan dan kemewahan ini, masalah alam sekitar juga turut menjadi topik
perbincangan di serata dunia. Pengetahuan dan kemajuan yang dimiliki seolah-olah
masih belum menjamin kesejahteraan hidup. Keadaan ini sangat membimbangkan
dan perlu di pandang serius untuk masa yang akan datang dan generasi yang bakal
mewarisinya. Pembangunan fizikal dalam bidang-bidang seperti pembinaan,
teknologi maklumat dan komunikasi masih menggusarkan masyarakat pada hari ini
kerana masalah-masalah alam sekitar yang menakutkan.

28
Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Meadows dan rakan-rakan (1972)
dalam The Limits to Growth yang menyebut bahawa apabila manusia terus
melakukan eksploitasi tanpa batas terhadap sumber-sumber asli dan alam sekitar,
dunia mungkin akan menghadapi kemusnahan menjelang abad ke 21.

Amaran ini telah mendorong kepada banyak persidangan dan perbincangan
mengenai alam sekitar di seluruh dunia seperti Persidangan Kemuncak Bumi
mengenai alam sekitar dan pembangunan yang diadakan dalam tahun 1992 di Rio de
Janeiro, Brazil dan persidangan mengenai perubahan cuaca dunia di Kyoto, Jepun
dalam tahun 1997 yang membincangkan mengenai perubahan cuaca dunia akibat
pencemaran.

Namun begitu, laporan atau berita sering kali memaparkan bahawa air dan
udara disekeliling kita semakin tercemar. Laporan kualiti Alam Sekitar 2002 Jabatan
Alam Sekitar menyatakan status kualiti udara bagi tahun 2002 secara keseluruhannya
mencatatkan kemerosotan berbanding tahun sebelumnya. Status kualiti udara tidak
sihat ini adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan pencemar ozon (O
3
) yang
tinggi dan kepekatan habuk halus di bawah saiz 10 mikron (PM
10
). Begitu juga
dengan kualiti sungai yang semakin tercemar. Dalam tahun yang sama, daripada 927
stesyen dalam 120 lembangan sungai, 489 (53%) masih terkawal manakala 303
(33%) dan 139 (15%) sangat tercemar.


2.7.2 Definisi Ekologi

Perkataan ekologi bukanlah suatu istilah baru atau moden kerana masalah
alam sekitar sering dikaitkan dengana pembangunan dan pemodenan. Ekologi
ditakrifkan sebagai suatu cabang sains yang melibatkan hubungan sesama organisma
hidup (makhluk) dan juga hubungan mereka dengan alam aekeliling.

Alam sekitar merujuk kepada satu lapisan nipis yang yang mengandungi
tanah, batu, air dan udara yang meliputi planet bumi, bersama-sama dengan
organisma yang ditanggungnya dan lapisan ini sentiasa berubah, sama ada ke arah
menambah atau mengurangkan keupayaannya menanggung kehidupan yang ada.
29
Lapisan nipis ini dipanggil biosfera dan lebih dikenali sebagai alam sekitar. Biosfera
adalah satu lapisan setebal kurang daripada 15 batu iaitu dari dasar laut yang
terdalam ke puncak gunung yang paling tinggi di mana organisma boleh hidup tanpa
bantuan alat-alat khas. Walaubagaimanapun istilah yang lebih kerap didengar ialah
atmosfera iaitu satu lapisan di atas muka bumi yang merangkumi tempat tinggal
manusia.

Ekosistem ialah suatu perkumpulan tumbuhan dan haiwan, termasuk bakteria
dan kulat, yang hidup berinteraksi sesama mereka dan juga dengan alam sekitar.
Contohnya hutan bakau yang merupakan satu ekosistem yang tersendiri.



2.7.3 Ekologi : Keseimbangan Alam

Bagaimanakah bumi ini dengan ekosistem-ekosistem yang ada di dalamnya
dapat terus bertahan sekian lama? Apakah faktor yang menyebabkan kehidupan terus
berpanjangan? Sebenarnya ekosistem yang ada dapat bertahan lama disebabkan
adanya kitaran atau pusingan nutrien yang sentiasa berlaku. Kitaran ini bermula
dengan kebolehan tumbuhan mengambil tenaga yang datangnya dari matahari.
Tenaga perlu kerana tiada benda hidup yang dapat wujud tanpa tenaga dalam bentuk
makanan. Semua makhluk mesti makan dan pola pemakanan di atas muka bumi ini
membentuk rantaian makanan yang tiada penghujungnya.

Bahan-bahan galian yang larut dari dalam tanah, yang larut dalam air di
panggil nutrien bersama-sama dengan nitrogen dalam udara akan diambil oleh
tumbuhan. Tumbuhan hijau juga memerlukan karbon dioksida dari udara dan yang
penting sekali, cahaya matahari untuk membentuk tenaga. Rantaian makanan
bermula bila tumbuhan dimakan oleh haiwan besar dan serangga. Haiwan-haiwan ini
kemudian dimakan oleh haiwan lain. Setelah makan, haiwan perlu membuang najis.
Bahan buangan ini akan berbalik kepada tanah. Bila haiwan mati, akan dimakan pula
oleh serangga, ulat, kulat dan bakteria yang akhirnya akan mereputkannya supaya
bahan-bahan ini juga kembali ke dalam tanah.

30
Ekosistem adalah sesuatu yang kompleks. Walaupun begitu tidak pernah
berlaku ketidak seimbangan di antara rantaian makanan antara tumbuhan dan
haiwan. Ini bermakna walaupun kompleks tetapi sentiasa ada kesinambungan dan
keseimbangan. Sungguhpun bumi mempunyai sumber tenaga yang tidak pernah
putus-putus daripada matahari tetapi jumlah bahan-bahan ini dapat digunakan
berulang-ulang kali kerana proses kitaran semula sentiasa berlaku. Kitaran karbon
contohnya bermula bila tumbuhan mengambil Karbon Dioksida dari udara untuk
membentuk makanan. Tumbuhan dan haiwan pengguna akan menukar sebahagian
daripada karbon kepada karbon dioksida dan dibebaskan ke atmosfera sebagai hasil
sampingan pernafasan. Pemakan detritus, iaitu organisma yang memakan sisa-sisa
haiwan dan tumbuhan yang mati akan memulangkan semula karbon ke atmosfera
menerusi pernafasan. Sesetengah haiwan yang mati akan tertimbus dalam endapan
sebelum mereka direputkan oleh pereput. Sesetengah bahan yang tertimbus sejak
berjuta-juta tahun dahulu telah ditukarkan menjadi arang batu, minyak dan gas
melalui tindakan haba dan tekanan. Bahan-bahan ini digunakan oleh manusia sebagai
bahanapi fosil, yang apabila dibakar akan menghasilkan karbon dioksida yang akan
kembali ke atmosfera.

Sekian lama kadar perpindahan tenaga dan bahan di kalangan komponen-
komponen alam sekitar yang tertentu telah menjadi stabil. Tetapi di akhir-akhir ini
aktiviti manusia telah mula mengganggu kadar perpindahan tersebut. Contohnya,
penggunaan bahan api fosil yang terlalu banyak telah menyebabkan pertambahan
dalam perpindahan karbon ke atmosfera dalam kuantiti yang banyak (Abdul Halim,
2000).










31

2.7.4 Gangguan Ekosistem Kesan Daripada Tindakan Manusia

Alam ini dijadikan begitu seimbang, di mana komponen-komponen di
dalamnya dijalin dengan kesempunaan. Sekiranya berlaku gangguan kepada satu
bahagian ekosistem akan menggugat keseluruhan ekosistem. Sebagai contoh
gangguan ekosistem adalah penggunaan racun serangga DDT (Dichloro Diphenyl
Tricholoethane) yang memberi kesan kepada populasi Burung Robin. Populasi
Burung Robin telah berkurang ini adalah rentetan daripada penggunaan racun
serangga DDT. Semburan ini telah menyebabkan daun-daun gugur ke tanah dan akan
di makan oleh cacing tanah yang menjadi makanan kepada Burung Robin. Ini akan
menyebabkan Burung Robin akan mati dan mungin akan pupus.

Begitu juga yang berlaku dengan populasi rusa di Hutan Simpanan Kaibab di
Arizona Amerika Syarikat. Apa yang berlaku, sebelum 1906, rusa di kawasan ini
lebih kurang 4000 ekor sahaja. Rusa ini membantu kehidupan haiwan-haiwan lain
seperti serigala, singa gunung dan beruang kerana rusa ini adalah makanan haiwan-
haiwan tersebut. Selain daripada pemangsa, rusa ini terpaksa pula bersaing dengan
haiwan lain seperti biri-biri untuk meragut rumput. Dalam tahun itu juga, kawasan
trsebut telah diumumkan sebagai kawasan perlindungan rusa bermakna tidak ada lagi
haiwan ternak dan pemangsa di kawasan tersebut. Disebabkan itu populasi rusa
bertambah secara mendadak. Namun, dalam kuantiti yang terlalu banyak ini rusa
sukar dikawal dan akibatnya banyak rusa yang mati disebabkan kebuluran dan
penyakit timbul daripada persaingan yang hebat sesama mereka. Akhirnya populasi
rusa menurun ke paras asal.

Contoh ini menunjukkan gangguan atau perubahan kepada suatu bahagian
ekosistem. Perlindungan ke atas hidupan liar juga tidak boleh tersalah langkah dan
tanpa pengetahuan tentang saling kaitan antara komponen-komponen ekosistem.
Dalam hal ini, pengetahuan tentang saling kaitan sesama organisma dan juga alam
sekitar adalah kunci kepada kejayaan dalam pengurusan alam sekitar.



32

2.8 USAHA UNTUK MEMUPUK PEMBANGUNAN LESTARI

2.8.1 Pendidikan Dan Kesedaran Awam

Walaupun telah banyak agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan sektor swasta telah melaksanakan program pendidikan dan latihan tetapi
kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia didapati masih lagi di tahap
yang tidak memuaskan (Ali Hamsa, 2000). Ini dapat dilihat, kesan aktiviti
pembangunan itu sendiri yang mengancam hidupan semulajadi diseluruh dunia yang
membawa kepada pemanasan bumi.

Kerajaan telah menggunakan pelbagai pendekatan sebagai strategi jangka
panjang bagi mewujudkan kefahaman dan pandangan yang lebih jelas di kalangan
masyarakat terhadap alam sekitar. Hal ini hanya akan dapat direalisasikan sekiranya,
dimensi alam sekitar diperkenalkan ke dalam kurikulum pra-sekolah dan sekolah
rendah (Ali Hamsa ,2000). Pendidikan pada peringkat awal umur kanak-kanak ini
penting diterapkan dengan lebih serius agar pada umur yang sebegini mereka sudah
memahami kepentingan penjagaan alam sekitar. Pembelajaran ini hendaklah
dilaksanakan secara berterusan pada setiap peringkat pembelajaran sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi. Usaha ini juga harus dilengkapi dengan kegiatan
kokurikulum yang berteraskan alam sekitar. Contohnya, mengadakan lawatan
tersusun ke tapak perlindungan atau kawasan-kawasan yang tidak tercemar,
penerapan program pembelajaran pembangunan lestari yang diadakan secara anjuran
bersama dengan persatuan seperti Persatuan Pencinta Alam dan jabatan-jabatan
seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendidikan. Melalui cara ini, kanak-kanak
lebih mudah memahami prinsip ekologi yang berkait rapat dengan konsep ekosistem

Disamping itu, pendidikan penting untuk mempertingkatkan pebangunan
lestari dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar
dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai
komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal atau tidak formal adalah
penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk
menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan lestari.
33

Melalui pendidikan juga, kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap,
kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan lestari dan untuk
keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai
keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan
dengan mengambilkira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik,
pembangunan manusia dan juga kerohanian.

Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha
mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan
dengan pendidikan sosial, daripada peringkat sekolah rendah dan tadika (Abu Bakar,
2000)

Selain itu, pendidikan di peringkat pengajian tinggi juga bertujuan untuk
meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua
program pendidikan, khasnya pemeriksaan ke atas punca isu-isu alam sekitar dan
pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang
paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan
khas kepada latihan lanjutan untuk membuat keputusan terhadap masalah alam
sekitar yang dihadapi.

Dengan mengambilkira bahawa negara telah mempunyai agendanya
tersendiri dalam menangani masalah alam sekitar, berikut dicadangkan beberapa
objektif yang dicadangkan sesuai untuk dilaksanakan terutamanya dalam
meningkatkan pendidikan yang berkaitan alam sekitar (A. Bakar, 2000):

a. mengalakkan pergerakan kempen kesedaran dengan menekankan peranan
keluarga dalam aktiviti alam sekitar, penyiaran pengetahuan dan nilai sosial
dan pembangunan sumber manusia
b. membangunkan program sokongan yang melibatkan kanak-kanak dalam isu
alam sekitar dan pembangunan seperti forum kanak-kanak, dan bergotong
royong untuk menambah pengetahuan mereka mengenai alam sekitar.
Program-program seperti melukis permandangan alam semulajadi dikalangan
34
kanak-kanak juga mampu memberikan rasa cintakan keindahan alam sekitar
yang menghijau.
c. Mengalakkan aktiviti-aktiviti seperti bercucuk tanam di antara kanak-kanak
dan ibubapa yang bertujuan memupuk minat kanak-kanak terhadap tumbuh-
tumbuhan semulajadi.
d. Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti seperti rekacipta barangan dengan
menggunakan bahan buangan, dengan ini konsep kitar semula dapat disemai.
Kitar semula adalah salah satu kaedah yang dapat menjimatkan penggunaan
sumber tenaga semulajadi. Sebagai contoh, dengan menggunakan tin
aluminium yang dikitar semula hanya memerlukan 5% tenaga jika
dibandingkan dengan memproses semula tin aluminium daripada sumber
semulajadi, sebanyak 95% penggunaan tenaga dapat dijimatkan. Ini
memberikan kesan yang begitu besar terhadap penggunaan sumber
semulajadi (Badruddin, 2007)
e. Mengadakan program lawatan ke kawasan yang tidak tercemar dan
keindahan yang masih kekal di bawah seliaan guru sekolah atau pihak
penganjur. Kanak-kanak hendaklah diberi peluang mengajukan seberapa
banyak persoalan yang timbul. Ini akan dapat membantu mempercepatkan
proses pembelajaran kanak-kanak mengenai pembangunan lestari.

Pendidikan merupakan diantara perkara utama yang boleh mempengaruhi
pemikiran sesebuah masyarakat. Dalam konteks ini, untuk mengubah sikap
masyarakat kepada yang lebih baik, perlu diterapkan pngetahuan mengenai
pembangunan lestari. Oleh itu sokongan yang lebih daripada semua pihak untuk
aktiviti pendidikan, latihan dan kesedaran awam yang berkaitan dengan alam sekitar
dan pembangunan haruslah dititikberatkan. Guru-guru sekolah dan ibubapa haruslah
sentiasa sedar dan peka terhadap peranan masing-masing agar pembangunan lestari
dapat diterapkan di peringkat awal umur kanak-kanak (Bhaskar, 2005).






35
2.8.2 KURIKULUM UNTUK PRA SEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH

Jadual di bawah menunjukkan idea yang mungkin berkesan dan realistik yang
dicadangkan oleh Bartholomew dan Bruce (1993). Cadangan ini juaga sesuai
diaplikasikan di peringkat sekolah menengah.

Cadangan garis panduan kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah;

i) Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan personaliti
Personaliti di sini merujuk kepada penampilan atau penyampaian tenaga
pengajar contohnya dapat menimbulkan minat pelajarnya untuk mempelajari
apa yang hendak disampaikan
Dengan cara ini, kanak-kanak mudah untuk mengaplikasikan apa yang
dipelajari dan akan menjadi amalan atau hobi mereka

ii) Isi kandungan bahan bacaan
Merujuk kepada apa yang kanak-kanak telah tahu perlu untuk mengetahui
pengetahuan asas kanak-kanak untuk mengembangkan lagi pengetahuanya
Apa yang kanak-kanak perlu tahu bertujuan memberikan dan menambahkan
pengetahuan mereka
Apa yang mereka nak tahu ini akan dapat menimbulkan minat dikalangan
kanak-kanak untuk mempelajari mengenai alam sekitar

iii) Pengunaan Perkataan dan ayat
Menggunakan pekataan dan ayat yang mudah di fahami oleh kanak-kanak


(Sumber: Bhaskar,2005)






36
2.8.3 PEMBENTUKAN SEKOLAH LESTARI

2.8.3.1 Pendahuluan

Sekolah Lestari adalah program yang dicetuskan semasa Simposium
Pendidikan Alam Sekitar untuk pengetua-pengetua sekolah peringkat kebangsaan
pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama
Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak-pihak
yang terlibat ini telah merangka draf Garis Panduan ke Arah Pembentukan Sekolah
Lestari.

Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada
kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak
langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam
sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang
menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek
pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penglibatan sekolah dalam
aktiviti sekolah lestari memberi peluang kepada mereka untuk mengamal,
menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di sekitar sekolah, rumah,
komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.











37
2.8.3.2 Hasrat Sekolah Lestari

Hasrat Sekolah Lestari adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam
Sekitar Negara. Dasar ini mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi
hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang membri
kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari,
selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Lestari dalam Agenda 21 di Rio.

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan
masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor
penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu
cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui
pendidikan terutamanya di peringkat sekolah rendah.

Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar sekolah
lestari, tumpuan perlu di berikan kepada empat komponen iaitu pengurusan,
kurikulum, kokurikulum dan penghijauan
















38
2.8.3.3 Objektif Sekolah Lestari

Sekolah Lestari yang dibentuk adalah bertujuan mencapai objektif-objektif
berikut :

a. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
b. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
c. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan
d. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam
menjayakan pendidikan alam sekitar dan
e. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

(Sumber : Jabatan Alam Sekitar)

Bagi memperolehi kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang
konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari serta sikap prihatin
terhadap alam sekitar, pendidikan dan kesedaran alam sekitar akan digalakkan secara
menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat secara latihan selaras
dengan agenda 21. Pendidikan alam sekitar yang formal dan tidak formal yang
menyeluruh dan strategi latihan serta program penyebaran maklumat perlu di
perkenalkan di sekolah sekolah.










39
2.9 KESIMPULAN

Pendekatan pembangunan merupakan sebuah cara radikal baru mendekati
eksploitasi sumber semulajadi dan pembangunan ekonomi, dan dilihat sebagai satu
jalan keluar untuk mengatasi masalah pembangunan sumber semulajadi menuju alaf
baru. Pada asasnya prinsip-prinsip murni yang terdapat dalam pendekatan tersebut
masih belum disepadukan ke dalam satu program tindakan yang koheren. Jelas
terdapat beberapa halangan utama yang perlu diatasi sebelum matlamat pendekatan
ini dicapai. Keupayaan untuk mengatasi halangan-halangan ini adalah cabaran yang
perlu dihadapi oleh manusia menuju alaf baru ini.

Hal ini mungkin memerlukan perubahan radikal dalam jentera pentadbiran,
aras tanggapan masyarakat, inovasi teknologi dan kaedah-kaedah ekonomi yang
baru. Paling penting pendekatan ini akan bergantung kepada pemikiran baru terhadap
perubahan ekonomi dan perhubungan manusia dan alam sekitarnya. Psikologi baru
ini mungkin merupakan cabaran paling besar kerana mereka yang mampu membuat
perubahan tidak akan membuat perubahan sehingga laluan pembangunan ekonomi
lain diterima. Kemunculan kesedaran alam sekitar sejak kebelakangan ini jelas
memberi harapan, tetapi sedikit sahaja yang akan berubah selagi harapan ini tidak
diubah menjadi tindakan atau perlaksanaan ke atas pembangunan lestari.
















BAB III




METODOLOGI KAJIAN


3.0 Pendahuluan

Penentuan metodologi penyelidikan adalah penting bagi memastikan projek
penyelidikan ini mencapai objektif yang diharapkan. Objektif utama kajian ini adalah
untuk mengetahui tahap kesedaran mengenai pembangunan lestari di peringkat
kanak-kanak. Kawasan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih
secara rawak untuk menilai tahap kesedaran mengenai pembangunan lestari.
Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan melalui pengumpulan data pertama
iaitu soal selidik dan temu bual dan data kedua melalui pembacaan. Data-data ini
dikumpulkan untuk tujuan analisis dan mendapatkan keputusan yang menyeluruh
mengenai kajian ini.



3.1 Pengumpulan Data Kedua

Pengumpulan data kedua adalah penting untuk mendapatkan gambaran awal
mengenai kajian yang dilakukan. Pemahaman yang mendalam dalam kajian ini
sangat penting untuk dimasukkan dalam bahagian kajian literatur. Daripada sumber
ini juga penyelidik boleh mendapatkan pendapat-pendapat penyelidik yang pernah
menjalankan kajian yang sama. Disamping itu, penilaian boleh dilakukan di antara
kajian sekarang dan sebelum ini untuk mendapatkan keberkesanan keputusan dalam
41
penyelidikan yang dilakukan. Secara umumnya pengumpulan data dilakukan melalui
buku-buku, jurnal, suratkhabar dan internet.


3.2 Pengumpulan Data Utama

Pengumpulan data kedua mempunyai maklumat yang penting untuk disertakan
dalam kajian. Walaubagaimanapun, dengan cara ini sahaja tidak cukup untuk
mendapatkan kesempurnaan dalam penyelidikan. Oleh itu pengumpulan data utama
juga diperlukan dalam kajian yang dilakukan untuk mendapatkan data terbaru, dan
gambaran mengenai situasi pada masa penyelidikan. Di dalam kajian ini terdapat dua
kaedah yang dijalankan iaitu soal selidik dan temubual.


3.2.1 Soal Selidik

Borang soal selidik diagihkan secara rawak kepada ibubapa, dan guru-guru
sekolah rendah di sekitar kawasan yang berdekatan UTM. Sebelum diedarkan kepada
responden, Pilot Study dilakukan untuk memastikan soalan-soalan yang diajukan
boleh difahami atau tidak. Kebanyakkan soalan-soalan yang terdapat dalam soal
selidik ini adalah dalam bentuk Likert Scale. Responden hanya perlu memberikan
pendapat sama ada sangat bersetuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

Bahagian I : Mengetahui latar belakang responden

Bahagian II : Mengenalpasti aplikasi pembangunan lestari diperingkat pra sekolah
dan sekolah rendah

Bahagian III: Mengenalpasti kaedah penerapan pembangunan lestari di peringkat
sekolah.



42
Tajuk
Kesedaran Pembangunan
Lestari pada Peringkat
kanak-kanak
Soal selidik
Analisis
statistik
SPSS
Version
16.0
Keputusan
dan
Kesimpulan
Persembahan
data
Pembacaan Awal
Pengumpulan
Data
Analisis Data
3.3 Analisis Data

Setelah pengumpulan data dilakukan daripada borang soal selidik yang telah
diagihkan, analisis data dilakukan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
perisian komputer SPSS Version 16.0. Dengan menggunakan perisian ini frekuensi,
peratusan, min, sishan piawai dan varians boleh diperolehi dengan mudah
menggunakan perisian ini. Metodologi penyelidikan adalah seperti di bawah :




Kaedah Purata Indeks (Al-Hammad, et al.1996) juga digunakan dalam analisis ini.

Purata Indeks =


x
x a
i
i i


Di mana a
i
= constant yang melambangkan pemberat bagi i: x
i
=
pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi I = 1,2,3,4,5 dan
digambarkan seperti berikut: xi = kekerapan jawapan bagi tidak utama dan sejajar
dengan a
1
= 1, x
2
= kekerapan bagi jawapan kurang utama dan sejajar dengan a
2
=
2, x
3
= kekerapan jawapan bagi sederhana utama dan sejajar dengan a
3
= 3, x
4
=
kekerapan jawapan bagi utama dan sejaajar dengan a
5
=, x
5
= kekerapan jawapan
bagi paling utama dan sejajar dengan x
5
= 5

43
Lima kategori skala yang digunapakai bagi menggambarkan keutamaan
perkara-perkara yang dikaji dengan berdasarkan lingkungan purata mata yang
dikelaskan seperti berikut : (Ab. Majid & McCaffer,1997)

5 = Paling Utama 4.50 Purata Mata 5.00 sama dengan 90-100%
4 = Utama 3.50 Purata Mata < 4.50 sama dengan 70-<90%
3 = Sederhana Utama 2.50 Purata Mata < 3.50 sama dengan 50-<70%
2 = Kurang Utama 1.50 Purata Mata < 2.50 sama dengan 30-<50%
1 = Tidak Utama 1.00 Purata Mata < 1.50 sama dengan 0-<30%




























BAB IV



ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN


4.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang analisis data serta keputusan yang
diperolehi hasil daripada analisis yang dibuat. Data yang dianalisis dan keputusan
yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat di sekitar Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Taman Universiti, dan Taman Sri Pulai. Kajian ini
melibatkan guru-guru sekolah rendah dan ibubapa yang mempunyai anak masih di
sekolah rendah. Sebanyak 150 set borang soal selidik telah diedarkan ke sekolah
sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti Satu (SKTU 1), Sekolah
Kebangsaan Taman Universiti Empat (SKTU 4), Sekolah Kebangsaan Taman Sri
Pulai, Taska Jati dan Masjid Taman Universiti. Sebanyak 109 set borang soal selidik
telah dikembalikan. Oleh itu analisis yang dibuat berdasarkan 109 responden yang
telah menjawab soal selidik ini. Analisis ini dibahagikan kepada empat bahagian
mengikut bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik seperti yang
disertakan pada lampiran A :

Maklumat latar belakang responden (Demografi)
Mengenalpasti penerapan dan pembangunan lestari di peringkat pra sekolah
dan sekolah rendah
Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi
pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari
Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak sekolah
dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari diadaptasikan dalam
gaya hidup.
45

4.1 Maklumat Responden

Jadual 4.1 : Status Responden








Hasil daripada maklum balas yang diperolehi, didapati 56% responden terdiri
daripada golongan ibubapa dan selebihnya iaitu sebanyak 44% adalah guru-guru
yang tidak mempunyai anak di sekolah kajian soal selidik. Keputusan ini ditunjukkan
seperti Jadual 4.1 di atas.

Jadual 4.2: Pekerjaan Responden








Bagi pekerjaan responden pula, sebahagian besar responden terdiri daripada
guru sekolah rendah iaitu sebanyak 87.2% responden. Sebanyak 4.6% responden
mewakili pensyarah dan 8.3% responden adalah kakitangan pentadbiran.






Kekerapan

Peratus
(%)

Valid

Ibubapa

61

56

Guru-guru yang anak-anak tidak
bersekolah di sekolah kajian

48

44

Jumlah

109

100

Kekerapan

Peratus
(%)

Valid

Guru Sekolah

95

87.2

Pensyarah

5

4.6

Kakitangan Pentadbiran

9

8.3

Jumlah

109

100
46
Jadual 4.3 : Tempoh pengalaman bekerja responden








Dalam soal selidik ini, pengalaman bekerja responden merupakan perkara
yang perlu di ketahui untuk memastikan keberkesanan kajian ini. Daripada data yang
diperolehi, didapati 15.6% responden mempunyai pengalaman 1 hingga ke 2 tahun,
26.7% responden berpengalaman 2 hingga ke 4 tahun. Manakala sebanyak 57.8%
responden berpengalaman 5 tahun ke atas.


4.2 Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari di
peringkat pra sekolah dan sekolah rendah

Analisis ini dibuat untuk mencapai objektif pertama kajian ini iaitu
mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari di peringkat pra
sekolah dan sekolah rendah. Terdapat tiga (3) soalan dalam bahagian ini, soalan
pertama memerlukan responden menandakan pada ruang jawapan yang disediakan.
Manakala soalan kedua dan ketiga, responden diberi lima pilihan menggunakan
Skala Likert sama ada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (4), tidak pasti (3), setuju
(4) dan sangat setuju (5) dengan pendapat yang diberikan dalam soal selidik ini.









Tempoh masa perkhidmatan

Peratus (%)

Valid

1 2 tahun

15.6

2 4 tahun

26.7

5 tahun keatas

57.8

Jumlah

100
47
4.2.1 Adakah konsep pembangunan lestari diterapkan di sekolah?

Jadual 4.4: Peratus responden yang mengetahui konsep
pembangunan lestari






Jadual 4.3 menunjukkan analisis kekerapan dan peratus untuk mengenalpasti
penerapan konsep pembangunan lestari di sekolah. Didapati sebanyak 80.7%
responden menyatakan bahawa konsep pembangunan lestari diterapkan di sekolah
dan 14.7% lagi menyatakan konsep ini tidak diterapkan di sekolah. Manakala 4.6%
responden tidak begitu pasti tentang konsep ini. Ini menunjukkan, konsep
pembangunan lestari telah diaplikasi di sekolah namun masih terdapat sekolah yang
tidak menerapkan konsep ini.


4.2.2 Adakah pembelajaran pembangunan lestari diadaptasikan secara
berkesan diperingkat sekolah pada masa ini?

Jadual 4.5 : Tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan adaptasi
pembangunan lestari



Kekerapan Peratus %
Valid Ya 88 80.7
Tidak 16 14.7
Tidak Pasti 5 4.6
Jumlah 109 100
Kekerapan Peratus % Persetujuan
Sangat Tidak
Bersetuju

1

9
Tidak Bersetuju 18 16.5


25.5
Tidak Ambil
Tahu
6 5.5 5.5
Setuju 73 67.0
Data Valid
Sangat Setuju 6 5.5

72.5
Jumlah 109 100.0
48











Rajah 4.1: Keberkesanan adaptasi Pembangunan Lestari diperingkat Sekolah

Berdasarkan data yang diperolehi, sebanyak 72.5% responden yang bersetuju
pembelajaran pembangunan lestari perlu diadaptasi secara berkesan di peringkat
sekolah. Manakala 25.5% responden tidak bersetuju pembangunan lestari diadaptasi
di peringkat sekolah. Daripada peratus ini, menunjukkan masih terdapat masyarakat
yang kurang menyedari kepentingan konsep ini. Ini mungkin disebabkan kerana,
penyebaran maklumat mengenai konsep ini amat sedikit atau kurang berkesan. Oleh
sebab itu, untuk menyampaikan kepada masyarakat tentang perlunya konsep ini
difahami. Sekolah didapati tempat yang sangat sesuai untuk penerapan konsep ini.



4.3 Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi
pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari

Analisis ini dibuat untuk mencapai objektif kedua kajian ini iaitu mengkaji
sama ada pelajar di peringkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh
tentang kepentingan pembangunan lestari. Terdapat dua (2) soalan dalam bahagian
ini, kedua-dua soalan, responden diberi lima pilihan menggunakan Skala Likert sama
ada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (4), tidak pasti (3), setuju (4) dan sangat
setuju (5) dengan pendapat yang diberikan dalam soal selidik ini.

Adaptasi Pembangunan Lestari Diperingkat Sekolah Rendah
25.5
5.5
72.5
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Tahap persetujuan
P
e
r
a
t
u
s

R
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
49

4.3.1 Adakah anda bersetuju bahawa pendedahan pada peringkat awal umur
(5-12) tahun boleh membentuk modal insan yang bertanggungjawab
pada alam sekitar?

Jadual 4.6 :Pendapat terhadap pendedahan pembangunan lestari pada awal umur









Rajah 4.2: Pendapat responden terhadap pendedahan pembangunan lestari pada
peringkat awal umur

Daripada soal-selidik yang dijalankan, didapati 80.7% responden bersetuju
bahawa pendedahan terhadap pembangunan lestari akan dapat membentuk
masyarakat yang mencintai alam sekitar. Pembangunan lestari adalah konsep
pembangunan yang menitik beratkan alam sekitar dan dilaksanakan berdasarkan
prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar seperti yang dijelaskan pada Prinsip
Pembangunan Lestari (Bab2, seksyen 2.4). Melalui prinsip ini, masyarakat akan
lebih bertanggungjawab, menghormati dan mementingkan kelestarian ekosistem.
Namun begitu terdapat 20% responden tidak bersetuju dengan pendapat ini dan
manakala 4.6% responden tidak pasti dengan pendapat tersebut.
Kekerapan Peratus % Persetujuan
Sangat Tidak
Bersetuju

1

9
Tidak Bersetuju 12 11


20
Tidak Ambil
Tahu
5 4.6 4.6
Setuju 71 65.1
Valid
Sangat Setuju 17 15.6

80.7
Jumlah 109 100.0
Tahap Persetujuan Responden Terhadap
Pendedahan Pembangunan Lestari Kepada
Kanak-Kanak (5-12) Tahun
20
4.6
80.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Tahap Persetujuan
P
e
r
a
t
u
s

R
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
50

4.3.2 Adakah anda bersetuju bahawa sikap masyarakat terhadap alam sekitar
boleh diperbaiki dengan pembelajaran dan pengajaran diperingkat awal
kanak-kanak?

Jadual 4.7: Persetujuan responden terhadap sikap masyarakat yang perlu di
pupuk dari peringkat awal.


Pemusnahan alam sekitar adalah sangat dipengaruhi oleh sikap manusia
seperti dibincangkan dalam Masalah Alam Sekitar Dan Pembangunan (Bab 2,
Seksyen 2.6.1). Sebanyak 93.6% responden menyokong pendapat bahawa masalah
ini akan dapat diperbaiki dengan pembelajaran dan pengajaran diperingkat awal
kanak-kanak. Ini kerana pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman dan perubahan
sikap diperingkat awal. Manakala hanya 3.7% responden tidak bersetuju dengan
pendapat tersebut.


4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak
sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari
diadaptasikan dalam gaya hidup.

Bahagian ini, responden dikehendaki menjawab soalan berdasarkan
pendapat-pendapat yang telah diberikan dalam borang soal selidik. Responden diberi
lima (5) pilihan jawapan menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Analisis pada
bahagian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai
Kekerapan Peratus % persetujuan
Sangat Tidak
Bersetuju

-

-
Tidak Bersetuju 1 0.9


0.9
Tidak Ambil Tahu 3 2.8 2.8
Setuju 58 53.2
Valid
Sangat Setuju 47 40.4

93.6
Jumlah 109 100.0
51
dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari
diadaptasikan sebagai gaya hidup.


4.4.1 Adakah anda bersetuju perkara-perkara di bawah sesuai dilakukan
diperingkat sekolah untuk memupuk kesedaran pembangunan lestari?

Jadual 4.8: Pendapat responden terhadap kaedah penerapan pembangunan lestari












Rajah 4.3: Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah-kaedah penerapan
pembangunan lestari

Peratus (%)
Bil

Perkara Tidak
Setuju
Tidak
Ambil Tahu
Setuju

S1
Pendidikan mengenai alam sekitar
dan modal insan harus dilaksanakan
di setiap sekolah

1.8

3.7

94.5

S2
Menggalakkan aktiviti di dalam dan
di luar sekolah yang bertujuan
memupuk rasa cinta kepada alam
sekitar

0.9

2.8

93.6

S3
Proses pembelajaran dan pengajaran
pembangunan lestari akan lebih
berkesan sekiranya teknik pengajaran
mampu menarik minat kanak-kanak
untuk mempelajari subjek berkenaan


0.9


0.9


95.4
Peratus Responden yang Bersetuju Terhadap
Kaedah Penerapan Pembangunan Lestari
Di Peringkat Sekolah
94.5
93.6
95.4
92.5
93
93.5
94
94.5
95
95.5
96
Kaedah-Kaedah Penerapan
P
e
r
a
t
u
s

R
e
s
p
o
n
d
e
n

(
%
)
Pendidikan Alam
Sekitar
Aktiviti-aktiviti di
dalam dan luar
sekolah
Teknik pengajaran
yang berkesan
52
Berdasarkan Jadual 4.5 di atas, kebanyakan responden bersetuju dengan
pendapat pendapat yang diutarakan dalam soal selidik mengenai kaedah penerapan
pembangunan lestari peringkat sekolah. Terdapat 95.4% responden yang bersetuju
bahawa teknik pengajaran di sekolah mampu menarik minat pembelajaran yang
berkesan mengenai pembangunan lestari. Pengajaran mengenai alam sekitar adalah
satu aspek yang penting sebagai penggerak utama dalam memupuk kesedaran
masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

Sebanyak 94.5% responden bersetuju bahawa pendidikan alam sekitar harus
dilaksanakan di setiap sekolah. Ini kerana, pendidikan alam sekitar adalah salah satu
subjek yang banyak menerangkan tentang ekologi dan ekosistem, penghijauan alam
sekitar dan kitaran hidupan yang saling bersangkut paut. Oleh itu, ini akan dapat
membentuk sikap bekerjasama masyarakat dalam pemuliharaan alam sekitar yang
berterusan.

Selain itu kesedaran juga mampu dipupuk dengan melaksanakan aktiviti-
aktiviti di dalam dan di luar sekolah. Antara contoh aktiviti di dalam sekolah seperti
seminar, ceramah dan sambutan Hari Alam Sekitar. Manakala aktiviti luar sekolah
seperti perkhemahan, lawatan sambil belajar dan ekspedisi ke tempat-tempat yang
bercirikan alam sekitar yang bersih. Perbincangan aktiviti-aktiviti berkaitan kaedah
penerapan pembangunan lestari ini telah dirujuk dalam Usaha Memupuk
Pembangunan Lestari (Bab 2, Seksyen 2.8)











53
4.4.2 Pada pendapat anda, bagaimanakah perlaksanaan berterusan
pembangunan lestari boleh dilaksanakan di peringkat sekolah?

Jadual 4.9: Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah perlaksanaan
pembangunan lestari di sekolah

Berdasarkan Jadual 4.8 di atas, secara keseluruhannya responden bersetuju
dengan pendapat yang diberikan. Walaupun konsep ini telah wujud pada tahun 1992
lagi, namun perlaksanaan mengenainya masih tidak jelas lagi. Hal ini perlu dititik
beratkan bermula dari sekarang untuk kepentingan generasi yang akan datang. Oleh
itu, konsep ini perlu difahami dan diikuti dengan perlaksanaannya di sekolah.

Daripada kajian yang dijalankan, kaedah-kaedah perlaksanaan pembangunan
lestari di sekolah dapat dikenalpasti mengikut keutamaan. Kebanyakkan responden
bersetuju iaitu dengan purata indeks sebanyak 4.24 bahawa mengadakan program
pembangunan lestari dengan anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan Pencinta
Alam merupakan kaedah yang berkesan menjayakan konsep ini. Anjuran program-

Kaedah
Tidak
Setuju
(%)
Setuju
(%)
Purata Ranking

S1
Pengajaran dan pembelajaran
secara tema alam sekitar dalam
subjek yang dipelajari.

3.7

90.9

4.24

1

S2
Mengadakan lawatan tersusun ke
tapak perlindungan atau
kawsasan-kawasan yang tidak
tercemar

2.8

91.7

4.15

2

S3

Aplikasi kemahiran generik lebih
banyak diadakan

3.7

84.4

4.13

3

S4
Penerapan program
pembelajaran pembangunan
lestari dengan abjuran bersama
Jabatan Alam Sekitar (JAS),
persatuan Pencinta Alam

0.9

90.9

4.13

4

S5
Penerapan pembelajaran
pembangunan lestari diadakan
bersama dengan komuniti
setempat.

3.7

89.9

4.01

5

S6
Bahan kitar semula lebih banyak
digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran

15

83.5

3.98

6
54
program seperti bergotong-royong bersama komuniti setempat dapat mewujudkan
sikap bekerjasama antara masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.

Pengajaran dan pembelajaran berteraskan alam sekitar dengan nilai indeks
purata 4.15 merupakan kaedah yang berkesan untuk dilaksanakan di sekolah. Ini
dapat dilakukan seperti mengadakan Tema Keindahan Alam Sekitar, Minggu Kitar
Semula dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu juga,
responden bersetuju bahawa mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan perlindungan
dengan indeks purata 4.13 dapat memastikan keberkesanan konsep ini. Ini kerana
pembelajaran teori dan praktikal dengan melihat keindahan flora dan fauna, kanak-
kanak akan dapat melihat dan menilai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Responden juga bersetuju bahawa, mengadakan program pembangunan
lestari bersama komuniti setempat dengan indeks purata sebanyak 4.13, aplikasi
kemahiran generik iaitu indeks purata sebanyak 4.01 merupakan kaedah yang
penting. Kemahiran-kemahiran seperti mereka cipta barangan daripada bahan-bahan
kitar semula, merupakan satu teknik yang mudah difahami oleh kanak-kanak dalam
memelihara alam sekitar daripada kepupusan.

Penggunaan lebih banyak bahan kitar semula dalam pengajaran dan
pembelajaran (3.98) merupakan kaedah yang berkesan dalam mewujudkan
pembangunan lestari. Walaupun bagaimanapun terdapat 15% responden tidak
bersetuju dengan kaedah ini. Keputusan kumpulan yang tidak bersetuju ini mungkin
dipengaruhi oleh faktor bahan kitar semula masih sukar diperolehi dan kesedaran
komuniti yang masih ramai tidak ramai yang menyedari akan kebaikan amalan ini.
Oleh itu penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran masih dianggap sukar.








55
4.5 Bagaimanakah perlaksanaan berterusan pembangunan lestari boleh
dilakukan di kawasan rumah dan kejiranan?

Jadual 4.10: Kaedah-kaedah perlaksanaan pembangunan lestari di kawasan rumah

Peratus (%)

No

Perkara
Ya &
Setuju
Tidak &
Setuju
Tidak
Pasti &
Setuju

S14

Peranan Ibubapa

82

11

4

S15

Saranan pihak berkuasa tempatan

85

11

4

S16
Aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong royong

67

10

4

S17

Penyediaan tong sampah kitar semula

84

11

5


Jadual 4.10 di atas menunjukkan pecahan pertindihan pendapat
(Crosstabulation) antara aplikasi pembangunan lestari di sekolah dan pendapat
mengenai kaedah yang dicadangkan untuk perlaksanaan pembangunan lestari di
kawasan kejiranan. Secara keseluruhanya, responden bersetuju dengan kaedah-
kaedah yang dicadangkan di atas walaupun terdapat dikalangan responden yang
menyatakan pembangunan lestari tidak diaplikasikan di sekolah. .

Sebanyak 85% responden yang bersetuju bahawa saranan terhadap pihak
berkuasa (pemaju perumahan) menanam pokok tinggi termasuk lanskap di tepi jalan
kawasan perumahan. Ini kerana penanaman pokok-pokok di tepi-tepi jalan akan
dapat mengurangkan haba dari permukaan jalan dan dapat mengurangkan suhu iklim
mikro di kawasan kejiranan sepertimana garis panduan perancangan susun atur yang
optima bagi kawasan perumahan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (Ruj). Di samping itu juga, ia dapat menyediakan ruang untuk kehidupan
habitat seperti burung-burung dan lain-lain.

Sebanyak 84% responden menyatakan bahawa penyediaan tong kitar semula
di kawasan perumahan dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak dalam penjagaan
dan pemuliharaan alam sekitar seperti yang dibincangkan dalam Bab 2 Seksyen
56
2.8.1. Dengan penyediaan tong-tong kitar semula di kawasan perumahan kanak-
kanak dapat mengetahui barang-barang yang boleh dikitar semula atau yang boleh
diguna semula. Daripada ini, akan dapat menjimatkan penggunaan sumber
semulajadi seperti yang dibincangkan dalam Bab 2 Seksyen 2.8.1.

Peranan ibubapa adalah aspek penting dalam memupuk semangat cintakan
alam sekitar kepada kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam Bab 2 Seksyen
2.8.1. Sebanyak 82% responden bersetuju dengan pendapat ini. Ini dapat dilakukan
apabila ibubapa menunjukkan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar, kanak-kanak
lebih mudah memahami dan melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh
ibubapa mereka. Dengan itu, objektif- objektif yang terdapat dalam pembentukan
sekolah lestari seperti dalam Bab 2 Seksyen 2.8.3.3 akan tercapai.

Sebanyak 67% responden menyatakan aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong-royong dapat meningatkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar
kepada kanak-kanak, memandangkan setiap negara mempunyai sumbangan yang
berbeza-beza dalam pemusnahan alam sekitar, adalah perlu usaha untuk
mengelakkan kemusnahan ini berterusan dielakkan seperti yang tercatat dalam
Prinsip 7 dalam Bab 2 Seksyen 2.4. Dalam prinsip 22 pembangunan lestari yang
menyebut setiap komuniti masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab
dalam menguruskan alam sekitar.

Hasil daripada analisis ini, didapati sebilangan kecil responden menyatakan
konsep pembangunan lestari tidak diterapkan di sekolah. Walaubagaimanapun,
kumpulan ini bersetuju jika kaedahkaedah seperti yang dinyatakan dalam Jadual
4.10. Dapatan yang sama dengan kumpulan responden yang tidak pasti dengan
perlaksanaan ini, namun bersetuju dengan kaedah-kaedah penerapan pembangunan
lestari di atas dipersetujui di aplikasi secara aktif di kawasan perumahan.






57
4.6 RUMUSAN

Daripada analisis yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan
responden yang terdiri daripada ibubapa dan guru sekolah bersetuju pembangunan
lestari patut diperkenalkan di sekolah rendah.

Kajian ini telah menunjukkan konsep pembangunan lestari telah di adaptasi
di sekolah. Bagi meningkatkan keberkesanan penerapan konsep ini perlaksanaan
perlu diadakan di sekolah mahupun di rumah. Setelah analisis dilakukan, beberapa
kaedah telah dikenalpasti sesuai untuk dilaksanakan sama ada di kawasan sekolah
atau rumah. Untuk mewujudkan kesedaran konsep ini, penerapan program
pembelajaran pembangunan lestari dengan kerjasama JAS dan Persatuan Pencinta
Alam perlu diwujudkan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara tema alam
sekitar dalam subjek yang dipelajari untuk memastikan perlaksanaan konsep ini.

Disamping itu, mengadakan lawatan tersusun ke tapak perlindungan atau
kawasan-kawasan yang tidak tercemar. Ini bertujuan supaya kanak-kanak akan dapat
melihat sendiri keindahan alam semulajadi. Penerapan bersama komuniti setempat
juga dapat mewujudkan pembangunan lestari. Selain itu juga, aplikasi kemahiran
generik boleh membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran seperti
penyelesaian masalah, komunikasi yang berkesan dan sebagainya.

Salah satu kaedah lagi adalah melalui penggunaan bahan-bahan kitar semula
dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini adalah berkesan untuk memberikan
pengetahuan kepada kanak-kanak barangan yang boleh dikitar semula dan barangan
yang masih boleh dibaiki, dan digunakan semula.

Manakala di kawasan perumahan pula, pemaju perumahan hendaklah
mengekalkan kehijauan pada kawasan perumahan contohnya penanaman pokok-
pokok di tepi-tepi jalan, mengindahkan kawasan taman-taman permainan dan
lanskap. Selain daripada penanaman pokok-pokok, saranan untuk menyediakan tong-
tong kitar semula juga perlu diadakan di setiap unit rumah agar amalan kitar semula
dapat dipraktikkan di mana jua. Dalam memupuk semangat ini, bukan sahaja guru
sekolah tetapi ibubapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk nilai-
58
nilai murni kanak-kanak terhadap alam sekitar. Ini kerana, dalam mewujudkan
pembelajaran yang berterusan, di kawasan rumah kanak-kanak perlulah dilatih
dengan sikap yang menjaga dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Aktiviti-
aktiviti seperti bergotong-royong juga akan dapat mewujudkan sikap saling
bekerjasama dikalangan masyarakat dalam menjaga, memelihara dan mengekalkan
keindahan alam sekitar.






























BAB V



KESIMPULAN DAN CADANGAN



5.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang kesimpulan serta cadangan hasil daripada
kajian ini. Kesimpulan dan cadangan yang dibuat adalah berkait dengan objektif
yang telah ditetapkan dalam Bab 1 iaitu untuk mengenalpasti aplikasi pembangunan
lestari diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah, mengkaji sama ada pelajar
diperingkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh tentang
kepentingan pembangunan lestari dan mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai
dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari
diadaptasikan dalam gaya hidup.



5.1 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulannya, daripada analisis, keputusan diperolehi mencapai matlamat
kajian. Data diperolehi daripada responden yang berada di sekitar UTM iaitu
daripada sekolah SKTU 1, SKTU 4, SK Taman Sri Pulai, Taska Jati dan Masjid
Taman Universiti. Keputusan bagi setiap objektif diterangkan lebih lanjut pada
seksyen seterusnya.


60
5.1.1 Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari
diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah dan kesesuaian
pendedahannya.

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati konsep pembangunan lestari
telah diaplikasikan di sekolah. Ini menunjukkan masyarakat mempunyai kesedaran
mengenai konsep ini. Walaubagaimanapun, perlaksanaannya perlu diperbaiki dan
diperbanyakkan untuk mencapai keberkesanan konsep ini. Memandangkan pada
masa kini kadar pencemaran semakin hari kian bertambah seperti yang diterangkan
dalam Bab 2 Seksyen 2.0, amatlah perlu usaha ke arah menjayakan konsep ini agar
dapat diaplikasikan disetiap lapisan masyarakat demi kepentingan di masa hadapan.



5.1.2 Mengkaji kesesuaian pendedahan pembangunan lestari di peringkat para
sekolah dan sekolah rendah

Daripada maklum balas yang diperolehi, didapati konsep ini sesuai
diterapkan di sekolah. Ini kerana, dengan pendedahan daripada peringkat awal
kanak-kanak, konsep ini akan mudah diaplikasi sehingga meningkat dewasa seperti
pepatah Melayu menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Melalui proses pembelajaran dan pengajaran juga, maklumat tepat tentang kebaikan
konsep ini akan dapat disampaikan. Disamping itu, pendedahan pada peringkat awal
ini, kanak-kanak akan membesar dengan ilmu mengenai penjagaan dan pemuliharaan
alam sekitar.







61
5.1.3 Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak
sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari
diadaptasikan dalam gaya hidup.

Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah
dijalankan oleh pihak sekolah dalam menjayakan konsep ini. Antaranya ialah,
melalui pendidikan alam sekitar, memberi galakkan terhadap aktiviti-aktiviti di
dalam dan di luar sekolah dan teknik pengajaran yang betul seperti yang dinyatakan
dalam Bab 4 Seksyen 4.3. Kaedah-kaedah yang sedia ada pada masa kini perlu
dibaiki untuk memastikan konsep ini diaplikasikan oleh setiap masyarakat. Oleh itu
beberapa kaedah telah dikenalpasti sesuai dilaksanakan seperti yang dibincangkan
dalam Bab 4 Seksyen 4.4 dan 4.5. Perlaksanaannya ini, mestilah di lakukan secara
berterusan sama ada di sekolah dan di rumah agar kanak-kanak mudah untuk
memahami konsep ini dan akan menjadikan amalan dalam penjagaan alam sekitar
sebagai sebahagian cara hidup.


5.2 CADANGAN

Memandangkan konsep pembangunan lestari di sekolah pada masa ini,
didapati memerlukan pembaikan/pengubahsuaian untuk meningkatkan
keberkesanannya, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk memperbaiki
perlaksanaan konsep ini. Antaranya ialah :

i) Di kawasan sekolah
Penerapan program pembelajaran pembangunan lestari dengan anjuran
Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam
Pengajaran dan pembelajaran secara tema alam sekitar dalam subjek yang
dipelajari
Mengadakan lawatan tersusun ke tapak perlindungan atau kawasan-kawasan
yang tidak tercemar
Penerapan pembelajaran pembangunan lestari diadakan bersama dengan
komuniti setempat
62
Aplikasi kemahiran generik lebih banyak diadakan
Bahan kitar semula lebih banyak digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran

ii) Kawasan rumah dan kejiranan
Peranan ibubapa
Saranan pihak berkuasa tempatan terhadap pemaju perumahan
Mengadakan banyak aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong
Menyediakan tong sampah kitar semula di kawasan rumah

Diharapkan, daripada kaedah-kaedah ini, akan dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi melahirkan masyarakat yang mempraktikkan amalan lestari.


5.3 HAD KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian, terdapat beberapa perkara yang dikenalpasti
kelemahannya dalam mendapatkan data. Antaranya ialah, kesukaran dalam
mendapatkan kerjasama daripada responden. Dalam kajian ini target responden yang
diperolehi adalah sebanyak 150 orang, tetapi disebabkan beberapa faktor seperti
masa dan keadaan responden tidak dapat memberi kerjasama dalam menjawab
borang soal selidik yang diberikan

Salah satu sebab lagi, maksud soalan yang sukar difahami. Responden perlu
difahamkan terlebih dahulu mengenai soalan yang diberikan sebelum memberikan
jawapan. Soalan-soalan yang panjang dalam borang soal selidik menyebabkan
kesukaran pada responden untuk memberikan jawapan.

Selain itu, tidak semua responden yang mengetahui konsep ini dengan jelas.
Mereka pernah mendengar konsep ini di war- war kan tetapi tidak begitu pasti
perlaksanaannya. Keadaan ini juga menyebabkan kesukaran responden memberikan
jawapan.

63
5.4 CADANGAN UNTUK KAJIAN MASA HADAPAN

Bagi memastikan perlaksanaan konsep ini pada tahap yang
memberangsangkan, diharap kajian-kajian yang seterusnya dapat mengkaji
keberkesanan konsep ini di setiap sekolah. Ini penting kerana, tahap penerimaan
kanak-kanak akan dapat di nilai. Kajian yang dijalankan pada kali ini hanya tertumpu
di sekitar kawasan taman perumahan dan sekolah yang berhampiran UTM skudai. Di
harap kajian lanjut di jalankan di kawasan kawasan perumahan seperti;

Status Bandaraya
Kawasan Pinggiran Bandar
Kawasan Luar Bandar

Ini bertujuan untuk membandingkan persepsi dan penerapan nilai-nilai dan
pemahaman pembangunan lestari yang mungkin berbeza. Perbezaan ini mungkin
disebabkan pendedahan dan latar belakang taraf hidup.
















64

RUJUKAN


A. Majeed .A. B & A.Yang .B, (2000), Pengurusan Bijak Alam Sekitar, Kuala
Lumpur : IWC Sdn Bhd

Fathimah , (2005), The World Summit on Sustainable Development, Netherland :
Springer

Garis Panduan Perancangan, (2003), Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan
Perumahan, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.

Gedeon .M. M & M. Shamsul .H, (2006), Sustainable Development Policy and
Administration, Taylor and Francis Group.

Hamsa .A., (2000), Program Pembangunan Mapan Dalam Rancangan Malaysia
Ketujuh, Cetakan Pertama Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Kuala Lumpur

Ibarahim .R, (1997), Alam Sekitar Malaysia: Status Kini Dan Masa Depan,
Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Jabatan Alam Sekitar, (2007) Garis Panduan Perlaksanaan Dan Penilaian Sekolah
Lestari, Cetakan Kedua.

Komoo .I, (2000), Antara Tuntutan Pembangunan dan Pemuliharaan Alam
Sekitar: Isu Pertentangan, Cetakan Pertama Penerbitan Institut Kefahaman
Islam Malaysia. Kuala Lumpur

Luc .H & Bhaskar .N, (2005), The World Summit on Sustainable Development,
Netherland : Springer

65
M.Yusof .M. B, (2008), Environmental Management (SAM 5913), Nota kuliah,
Universiti Teknologi Malaysia

Salleh .K. O, (2000), Peranan Malaysia Dalam Konteks Pembangunan Mapan,
Cetakan Pertama Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala
Lumpur

Sulaiman .A. H., (2000), Pertimbangan Ekologi dalam Pengurusan Alam Sekitar,
Cetakan Pertama Penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala
Lumpur

Surtahman .K. H & A. Ismail .G, (1997), Alam Sekitar, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Zainal .A. M, (2008), Solid Waste Management, Nota kuliah, Universiti Teknologi
Malaysia


















66

LAMPIRAN A

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Soal selidik ini dijalankan adalah bertujuan mengkaji kesesuaian penerapan dan adaptasi
pembangunan lestari di peringkat awal umur kanak-kanak dalam.

Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian ; I. Demografi , II. Mengenalpasti aplikasi
pembangunan lestari diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah, III. Mengkaji kesesuaian penerapan
pembangunan lestari di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah, IV. Mengenalpasti kaedah
penerapan /pembelajaran pembangunan lestari di peringkat sekolah.


BAHAGIAN I : Demografi

Sila tandakan () pada petak yang berkenaan

a) Status : [ ] Ibu/bapa [ ] Guru-guru yang anak tidak bersekolah di sekolah kajian kes


b) Pekerjaan :
[ ] Guru sekolah
[ ] Pensyarah
[ ] Lain-lain ; Sila nyatakan : _____________________________________

c) Sekiranya guru sekolah berapa lama telah berkhidmat?
[ ] 1 tahun-2 tahun [ ] 2 tahun 4 tahun [ ] 5 tahun keatas


BAHAGIAN II: Mengenalpasti aplikasi pembangunan lestari diperingkat pra sekolah dan
sekolah rendah

Bagi soalan (a) sila tandakan () pada petak yang berkenaan


a. Adakah konsep pembangunan lestari/mapan/mesra alam diterapkan disekolah?
[ ] Ya [ ] Tidak [ ] Tidak ambil tahu


Bagi soalan (b) sila hitamkan pada ruang yang berkenaan



1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak ambil
tahu
Setuju Sangat setuju




Perkara/Penilaian

1

2

3

4

5
i. Pembelajaran pembangunan lestari diadaptasikan secara berkesan
diperingkat sekolah pada masa ini?


ii.


Pada pendapat peribadi anda, adakah anda bersetuju konsep
pembangunan lestari diaplikasikan dengan serius di sekolah?

67




BAHAGIAN III : Mengkaji kesesuaian penerapan pembangunan lestari di peringkat pra
sekolah dan sekolah rendah



BAHAGIAN IV :Mengenalpasti kaedah penerapan/pembelajaran pembangunan lestari di
peringkat sekolah


Perkara/ Penilaian 1 2 3 4 5
i. Adakah anda bersetuju perkara-perkara dibawah sesuai dilakukan
diperingkat sekolah untuk memupuk kesedaran pembangunan lestari?


a. Pendidikan mengenai alam sekitar dan modal insan harus
dilaksanakan di setiap sekolah


b. Menggalakkan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar sekolah yang
bertujuan memupuk rasa cinta kepada alam sekitar


c. Proses pembelajaran dan pengajaran pembangunan lestari akan
lebih berkesan sekiranya teknik pengajaran mampu menarik minat
kanak-kanak untuk mempelajari subjek berkenaan



Perkara/ Penilaian

1

2

3

4

5
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah perlaksanaan berterusan
pembangunan lestari boleh dilaksanakan diperingkat sekolah?


a. Pengajaran dan pembelajaran secara tema alam sekitar dan
pembangunan lesteri dalam subjek-subjek yang dipelajari seperti
Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya.


b. Mengadakan lawatan tersusun ke tapak perlindungan atau kawasan-
kawasan yang tidak tercemar


c. Aplikasi kemahiran generic lebih banyak diadakan termasuk
motor skill learning (gerak kerja kitaran berkumpulan)



d. Penerapan program pembelajaran pembangunan lestari diadakan
secara anjuran bersama dengan persatuan-persatuan seperti
Persatuan Pencinta Alam dan jabatan-jabatan seperti Jabatan Alam
Sekitar dan Jabatan Pendidikan




Perkara/ Penilaian

1

2

3

4

5
i. Adakah anda bersetuju bahawa pendedahan pada peringkat awal
umur kanak-kanak iaitu 5 hingga 12 tahun secara berterusan boleh
membentuk modal insan yang bertanggungjawab kepada alam
sekitar?


ii. Adakah anda bersetuju bahawa sikap masyarakat terhadap
pencemaran/ pemusnahan alam sekitar boleh diperbaiki dengan
pembelajaran dan pengajaran diperingkat awal kanak-kanak?

68
e. Penerapan pembelajaran pembangunan lestari diadakan bersama
dengan komuniti setempat iaitu ibubapa dan masyarakat sekitar
sekolah


f. Bahan kitar semula lebih banyak diguna pakai sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran







iii. Bagaimanakah perlaksanaan berterusan pembangunan lestari boleh
dilakukan di kawasan rumah dan kejiranan?


a. Menyediakan tong sampah kitar semula di setiap rumah


b. Mengadakan aktiviti bergotong-royong untuk menjaga keindahan
dan kebersihan kawasan sekeliling


c. Saranan kepada pihak berkuasa menanam pokok-pokok tinggi di
sekitar perumahan


d. Ibubapa haruslah melatih dan memupuk semangat cintakan alam
sekitar kepada anak-anak dengan memberi contoh dan teladan
seperti mengamalkan kitar semula dan mengajak anak menanam
pokok supaya mereka lebih mencintai kehijauan


e. Cadangan lain sekiranya ada :
________________________________________________________
________________________________________________________



Kerjasama Anda Sepenuhnya Amat Dihargai
















69

Anda mungkin juga menyukai