Anda di halaman 1dari 88

PPG

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM (IPGKPI)



_________________________

JPT PROJEK
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
_________________________
NAMA




KUMPULAN
PPG 2.08 AMBILAN JUN 2011

PENSYARAH
PUAN MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI

TARIKH HANTAR
31 MAC 2012








i




HALAMAN PENGAKUAN





Bahawasanya saya akui tugasan ini
ialah hasil karya saya kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.


Nama :
No Kad Pengenalan :
Tanda tangan :




ii

PENGHARGAAN





Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan
kurniaNya, dapat menyelesaikan tugasan projek ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang
sepenuh penghargaan kepada Doktor Hajah Nazariyah bt Sani, pensyarah Jabatan Bahasa
Melayu di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi
ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk
merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa memahami tentang pengorbanan daripada aspek
masa dan doa kalian yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya dalam mengharungi
liku-liku sebagai seorang pelajar.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak memberi idea-
idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara
kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.

iii




"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

Halaman Pengakuan i
Penghargaan ii
Isi Kandungan iii
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan

2.0 PERANAN KERAJAAN 3
2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
2.2 Dasar Pendidikan Negara
2.3 Dasar Pendidikan Kebangsaan

iv

3.0 MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 5
3.1 Hubungan Sukatan Pelajaran dengan FPK

4.0 WAWASAN 2020 10
4.1 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

5.0 PEMBESTARIAN SEKOLAH 12


6.0 PELAN TINDAKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
14

7.0 PROGRAM ROBOTIK
16

8.0 PENUBUHAN PUSAT SAINS NEGARA 19

9.0 INOVASI GURU 20
9.1 Kreativiti Dalam Pembelajaran
9.2 Pengenalan Inovasi
9.2.1 Pengurusan
9.2.2 Perancangan Perubahan
9.2.3 Pengetahuan
9.2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
9.2.5 Kurikulum
9.2.6 Kepimpinan
9.2.7 Budaya
9.2.8 Teknologi
9.2.9 Pemikiran
9.3 Peranan Guru
9.4 E- Learning di Malaysia
REFLEKSI
PENUTUP
RUJUKAN
LAMPIRAN
v



1

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau
perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang
atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta
pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan
sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu
sistem tanda. Hal ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan
makna.

Rajah 1 Asal Usul Bahasa Melayu

Di sebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik
bermaksud mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur
bahasa. Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam
sistem tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya,
Pensyarah Bahasa Melayu saya Encik Rani. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan
hubungan penyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan
keadaan dalam dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda
tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep.

2

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada
kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi,
morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami
kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan
itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta
menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada peringkat
morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan
emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada
fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi apabila
penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada
pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata mata, tetapi
juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar.


Rajah 2 - Semantik dalam Bahasa Melayu

Abstrak bersifat kabur dan tidak jelas maknanya. Kekeliruan akan berlaku apabila ada
perkataan yang memerlukan penjelasan dan disebut sebagai makna kabur (taksa). Abstrak ini
mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan
makna, dan pertentangan makna. Konkrit ialah perkataan yang jelas maknanya. Ia juga disebut
makna denotatif. Denotatif mempunyai ciri-ciri seperti tepat, tidak menimbulkan kekeliruan atau
pun keraguan. Ia merupakan makna yang boleh dirujuk terus kepada objek itu sendiri dan lebih
berbentuk fakta.


3

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
1.1 Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna.
Contohnya:
i. Dia meminjam buku di perpustakaan.
ii. Buku tebu sukar untuk dipotong.
iii. Dia membeli dua buku sabun.

Maksud perkataan buku dalam ayat-ayat di atas adalah berbeza-beza maknanya. Maksud
buku pada ayat pertama bermaksud kertas-kertas yang telah dijilid, buku pada ayat yang
kedua bermaksud ruas tebu dan buku pada ayat yang ketiga berfungsi sebagai penjodoh
bilangan.

Contoh ayat:
a) Pondok itu telah runtuh.

Perkataan pondok itu mungkin membawa maksud rumah kecil, pondok tempat mengaji atau
dangau. Kekaburan rujukan bermaksud makna yang hampir sama tapi fungsinya dalam ayat
berbeza. Contohnya: Sahabat dan kawan. Sahabat adalah lebih rapat daripada kawan.
Ketidakpastian makna membawa maksud item yang kabur atau tidak jelas seperti binaan ayat
bahasa Inggeris. Kurang ketentuan makna bermaksud pengertian makna yang tidak jelas. Ayat
yang dinyatakan secara umum sahaja. Contohnya:

Budak itu terjatuh.

Budak tidak dijelaskan daripada segi jantina, bangsa dan umurnya. Situasi terjatuh pula tidak
diketahui tempat dan sebab-sebabnya. Pertentangan makna bermaksud makna yang diberi
terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan.

Contohnya:

a) Perjumpaan akan diadakan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat.

Berdasarkan ayat di atas, ia menimbulkan ketaksaan kerana terdapat dua arahan yang kurang
jelas sama ada perjumpaan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat kerana mungkin

4

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
waktu asar adalah lebih awal dari waktu pulang dari pejabat. Makna konotatif berbeza dengan
makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif
adalah makna yang bersifat positif. Sekiranya nilai rasa tidak wujud, maka sifat perkataan itu
nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Contoh perkataan: Mati dan mampus.

Walaupun perkataan mati dan mampus mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-
dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Mati mempunyai nilai rasa yang tinggi
manakala mampus mempunyai nilai rasa yang rendah. Bagi masyarakat yang beragama Islam
pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat yang bukan beragama Islam.
Makna konotatif juga boleh dilihat dari aspek lain yang tidak spesifik pada bahasa tetapi juga
dikongsi bersama sistem komunikatif, bervariasi menurut budaya. Contohnya iklan di televisyen
yang menggambarkan kemewahan dan bergaya walaupun dengan cara berhutang iaitu
penggunaan kad kredit.

Leksikel adalah makna yang dapat dibaca dalam kamus, kata-kata yang dapat berdiri sendiri,
dalam bentuk imbuhan atau dalam bentuk dasar. Contohnya: perkataan lari, selari, berlari,
berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal kerana maknanya dapat
dirujuk dalam kamus. Di dalam kamus Dewan Edisi Keempat (2007), leksikel didefinisikan
sebagai bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, makna sesuatu bahasa
itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Contoh: Pohon itu bergoyang ditiup
angin. Perkataan pohon itu merujuk kepada pokok. Pohon maaf atas segala kesalahan.
pohon di atas adalah bukan bermakna leksikel.

Etimologis bermakna mengkaji asal usul sesuatu perkataan terbentuk dan ia juga mencari
maklumat tentang perubahan sesuatu perkataan. Perubahan kata mungkin berlaku
berdasarkan perubahan nilai, norma, keadaan sosiopolitik atau ekonomi sesebuah masyarakat.
Contoh perkataan: abang Abang adalah merujuk kepada saudara lelaki yang lebih tua. Ia juga
merujuk kepada panggilan kepada orang lelaki yang umurnya melebihi daripada si pemanggil.
Tetapi kini, ia telah berubah iaitu merujuk kepada panggilan kepada suami yang pada suatu
waktu dulu panggilan untuk suami ialah kekanda.

Makna baharu yang wujud akibat dari proses pengimbuhan, pengulangan, pemajmukan yang
menghasilkan makna-makna gramatis adalah disebut gramatikal. Contohnya daripada kata
dasar jalan. Jika diletakkan imbuhan menjadi perjalanan, berjalan, menjalankan, sejalan dan
menjalani. Apabila pelbagai imbuhan diberikan ia memberi makna kata yang berlainan. Makna

5

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
stalistik ialah perbezaan kata berdasarkan perbezaan sosial atau bidang-bidang tertentu. Bagi
orang yang mempelajari tentang bahasa, konkrit bermaksud perkataan yang jelas maknanya
manakala orang yang terlibat bahagian kejuruteraan, konkrit membawa maksud bahan binaan
yang bercampur batu, simen dan pasir.

Makna kolokatif ialah kata yang bersinonim yang hanya sesuai dengan padanan tertentu dan
merangkumi perkataan yang penggunaannya dalam lingkungan yang sama. Makna kolokatif
berkenaan dengan ciri-ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang
bersinonim. Contohnya perkataan jijik dan kotor yang membawa maksud benda yang telah
tercemar. Namun begitu, jijik lebih kepada sesuatu yang memualkan seperti najis atau
perbuatan yang hina. Sinonim ialah dua perkataan yang hampir maksudnya atau seolah-olah
sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sinonim adalah kata yang sama maknanya
dengan kata yang lain.

1.2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama
atau hampir sama. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai
perkataan seerti bahasa Melayu.
Contohnya:
i. Buruk hodoh
ii. Kuat gagah
iii. Harum wangi

Sinonim Pinjaman Pepatung dalam dialek Perak bermakna cakcibau. Batas ialah jalan
raya dalam dialek Kedah. Maksud konvesionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi
sempadan petak-petak sawah. Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak
digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya jemput digunakan dalam konteks lisan,
manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan
yang sama makna. Sinonim laras sosial ialah perkataan-perkataan tersebut digunakan
dengan berdasarkan status. Misalnya, penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala
biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Antonim ialah dua perkataan atau lebih makna seolah-olah berlawanan. Menurut Kamus
Dewan Edisi keempat antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata yang
lain. Terdapat tiga jenis antonim iaitu antonim berpasangan merupakan perkataan yang

6

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya: Tidur - jaga Hidup -
mati Cantik buruk. Antonim berperingkat ialah makna kata adjektif yang menunjukkan
pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.

Contohnya:

Besar - kecil Kurus - gemuk Tinggi - rendah

Antonim Berhubungan ialah kedua-dua pasangan itu daripada segi semantiknya membawa
makna yang setara.
Contohnya:

doktor - pesakit
jual - beli
guru - murid

Hipernim dan hiponim saling berkait di antara satu sama lain. Hipernim adalah kata-kata
yang mewakili banyak kata lain manakala hiponim adalah kata khusus yang terwakili ertinya
oleh kata hipernim. Hipernim merupakan satu kata yang lebih besar iaitu kata umum yang
juga disebut superordinat. Manakala hiponim adalah kata khusus yang disebut sebagai
subordinat yang terangkum dalam maknanya dalam kata umum tadi, (dalam hipernim).
Contoh hipernim ialah sayur. Hiponim bagi sayur seperti bendi, kacang, kangkung, sawi dan
sebagainya. Contoh Hipernim kedua ialah barang kemas. Hiponim barang-barang kemas
ialah cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Contoh hipernim yang ketiga ialah air.
Hiponimnya pula ialah air sungai, air laut, air hujan dan sebagainya.

Hiponim umum bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum seperti rumah
teres dan rumah banglo. Ini bermakna bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung
dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. makna sesuatu
perkataan juga boleh dianalisa dengan menggunakan istilah lambang, fikiran dan benda.
Ketiga-tiga istilah ini saling berhubungan antara satu sama lain sama ada secara langsung
atau tidak langsung.


7

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
1.3 Unsur Lewah dalam Bahasa Melayu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan lewah bermaksud berlebih-lebih sehingga
bertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Terdapat beberapa aspek
penggunaan bahasa Melayu yang memperlihatkan kekeliruan berkait dengan unsur lewah
dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, penggunaan "demi untuk" seperti yang digunakan
dalam ayat "Kami berjuang demi untuk negara tercinta" dianggap kurang betul. Perkataan
"demi" dan "untuk" membawa makna yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut ialah kata
sendi nama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknanya dalam satu
ayat secara berturutan dianggap lewah. Penggunaan salah satu daripadanya sudah
mencukupi.
Selain itu, terdapat beberapa perkataaan lain yang digunakan dan membawa makna lewah,
antaranya ialah "Selain daripada itu,...", "Semua guru-guru...", "Antara masalah-masalah...",
"Sejak dari...", dan sebagainya. Sebenarnya sifat kelewahan ini sangat digemari oleh
masyarakat Melayu. Kita beranggapan bahawa, sesuatu buah fikiran itu perlu ditegaskan,
maka satu perkataan dirasakan tidak cukup.

Terdapat juga perkataan lewah yang menggandingkan perkataan bahasa Melayu dengan
bahasa Inggeris, contohnya "cuba try", dan "kasut boot". Perkataan ini bukan sahaja lewah,
bahkan juga berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan
bahasa dengan betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kita hendaklah mengelak
daripada menggunakan bentuk lewah yang melanggar hukum bahasa kerana perkara
sedemikian akan mencemarkan keindahan bahasa kita.











8

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
2.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa
merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian
makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh
linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa
itu ditinjau dari sudut itu.
Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau
teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli
bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini
nampaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga
sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa
dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur
linguistik itu dituturkan.
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur
ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi
ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat,
perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna
perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua
makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang
digunakan tanpa membawa apa-apa makna.
Contohnya dalam ujaran Banyak cantik kerja kamu, kata cantik tidaklah membawa
maksud lawa atau indah tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar
dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi
tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.
Selain daripada itu makna konotatif (tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa.
Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna
walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu
diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan,
naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi.

9

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-
kata terkadang di dalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara
kiasan.
Contohnya,

(1) Puteri lilin
(2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna puteri yang diperbuat daripada lilin, tetapi
ayat ini membawa maksud seorang yang tidak boleh tahan dengan panas .
Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari
ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih
banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup
manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain.
Perkataan leksikal diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau
perbendaharaan kata. Di peringkat leksikal, sememangnya sesuatu perkataan itu membawa
makna yang berlainan. Makna perkataan tadi, tari, tali, tahi, tani, misalnya
sememangnya berlainan diantara satu sama lain. Jadi ini bermakna, perkataan-perkataan itu
berfungsi membawa pengertian yang tersendiri dan makna dalam sesuatu ayat.
Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang yang buas, yang tinggal di
dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat. Makna itu nampak jelas dalam ayat berikut.

(1) Buaya disungai itu telah ditangkap.
(2) J angan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.
Dalam ayat (2) buaya tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa
membawa makna seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Dengan kata
lain makna leksikal sesuatu perkataan ialah gambaran tentang sesuatu konsep yang
dilambangkan oleh perkataan dan secara lansung membawa makna kepada ayat.



10

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

2.1 Intonasi Ayat
Di peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan haus dalam intonasi
berlainan, ia akan membawa maksud atau makna yang berlainan. Misalnya, ujaran haus!
dan haus? membawa maksud yang berlainan. Ujaran haus! lebih merupakan satu
penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri. Sementara itu ujaran haus?
(dengan intinasi ayat tanya), bukan lagi merupakan penglahiran rasa penutur tetapi
merupakan pertanyaan kepada si pendengar ujaran tersebut. Sekiranya ujaran ini ( haus?)
ditujukan kepada A, tentunya si A akan menjawab, misalnya Tidak, saya tidak haus! Atau
Ya, saya berasa haus! atau mungkin juga katanya Belum, masih boleh dipakai lagi.
Dalam keadaan ini, nyata bahawa konteks ujaran benar-benar menentukan makna sesuatu
ayat. Sekiranya perkataan haus dimaksudkan kepada dahaga, maka ia memungkinkan
jawapan yang berhubung dengannya seperti pada contoh di atas. Makna perkataan ini
berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan tapak kasut
misalnya, di mana di sini haus bukan lagi bermaksud dahaga tetapi kasut yang telah
kehilangan bunga. Dengan itu dalam menentukan makna sesuatu ayat atau perkataan
intonasi juga memainkan peranan.
2.2 Makna Konseptual
Makna konseptual merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau
makna yang diucapkan sahaja. Umpamanya apabila disebut sekolah maka akan
dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid
dan guru. Di samping itu, makna konseptual seseorang itu mingkin berbeza daripada
individu yang lain. Tidak semestinya dua orang itu mempunyai makna konseptual yang
sama. Misalnya, katakan seseorang anak kecil yang sentiasa didera oleh ibunya dengan
anak kecil yang sentiasa menerima kasih sayang secukupnya daripada ibunya. Kedua-dua
anak ini akan mempunyai presepsi yang berbeza dengan perkataan ibu. Mungkin bagi
anak yang pertama itu, ibu baginya ialah sebagai syaitan kerana pengalaman yang dilaluinya
terlalu perit dan tidak berperikemanusiaan. Manakala bagi anak yang berikutnya pula
membawa makna seorang dewi kerana amat dikasihi ibunya.


11

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
2.3 Makna Stilistik
Makna stilistik lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang
tertentu. Misalnya untuk mengatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput
kawannya ke rumah akan mengatakan ;
Jika ada masa lapang, sila datang ke teratak saya di Likas.
Sebenarnya, orang yang menjemput atau pengujar itu tidak menghuni di sebuah teratak
(yakni rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah) tetapi di rumah yang diperbuat daripada
batu.

2.5 Makna Tersurat
Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna
ujaran sahaja, sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Kita lebih bergantung kepada
kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu
tersebut biasa digunakan. Justeru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut
seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu.
Perhatikan contoh-contoh berikut;
(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari
ini.
(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-
ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantik
atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan.
Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada
bapa. Daripada ulasan dan contoh di atas makna adalah penting dalam penggunaan dan
pemakaian bahasa.


12

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
3.0 TEORI PEMBUKTIAN
Pembuktian-teori Semantik (PTS) adalah alternatif kepada model-teori (atau kebenaran-
keadaan) semantik. Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah
lebih berdasarkan bukti berbanding kebenaran.
3.1 Keharmonian dan Pembuktian
Disebut juga sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang
logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan
untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan
pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan bahawa sekiranya
orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung
dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut :
Langit itu biru dan rumput itu hijau.

Maria pandai. Mariana tidak pandai.
Kedua-dua pernyataan kedengarannya tidak selaras. (kerana tiada penghubung logik). Untuk
mengharmonikan kedua-dua pernyataan di atas, kata manakala ditambahkan.
Maria pandai manakala Mariana tidak pandai.
Penambahan sedemikian akan memberi pernyataan yang lebih harmonis dan bermakna
bahawa Maria dan Mariana memiliki pencapaian yang berbeza.
3.2 Koheren Dalam Pembuktian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010), koheren boleh didefinisikan sebagai
berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat
dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
Contohnya:
1. Logam mengembang apabila dipanaskan.

13

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
2. Besi mengembang apabila dipanaskan.
3. Besi ialah logam.
Pernyataan (1) adalah fakta atau kebenaran yang tidak dapat disangkal. Pernyataan (3)
koheren dengan pernyataan (1) dan (1) dalam erti kata bahawa (1) dan (2) membuktikan
kesahihan pernyataan (3). Teori koherensi menjadi dasar dalam pengembangan ilmu deduktif
atau matematik. Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah atau
pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-hal yang
bersifat faktual melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi bukti.
Ciri-ciri deduksi harus benar supaya kesimpulan yang koheren dan benar dapat ditarik
daripadanya Deduksi merupakan penaakulan yang sesuai dengan hukum-hukum serta aturan
logik formal (common sense). Dalam hal ini orang menganggap bahawa tidak mungkin titik-titik
tolak yang benar menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang tidak benar (Beerling at al, 1996 :
23).




















14

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
4.0 PERIBAHASA BAHASA MELAYU

Peribahasa merupakan salah satu cabang puisi lama yang tertua memaparkan masyarakat
dahulu kala yang kaya dengan adat sopan. Adap sopan ini bukan saja terpancar melalui
perlakuan dan perbuatan, tetapi juga dalam komunikasi sehari-hari. Melalui peribahasa, perkara
yang ingin disampaikan tidak dinyatakan secara terus terang bagi mengelakkan tergurisnya hati
pihak lain. Kebijaksanaan masyarakat melayu yang menegur secara berhemah, penuh
pengajaran, nasihat dan panduan secara halus ini memaparkan nilai hati budi dan
keintelektualan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Rajah 3 - J enis-jenis Peribahasa


4.1 Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam
susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang
tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan
bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Ciri-ciri Simpulan Bahasa :
Terbentuk daripada penggunaan kata nama am anak buah, anak emas, buah tangan, lipas
kudung.
Peribahasa
bidalan
pepatah

perbilangan
Perumpaman Lidah Pendeta
kata hikmat
Selapis Berlapis

15

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
a) Terbentuk daripada penggunaan kata kerja ajak-ajak ayam, buat bodoh,
pasang telinga, cakar ayam
b) Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif besar kepala, bodoh sepat,
kecil hati, berat hati, panjang tangan
c) Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas Abu Jahal, Mat Jenin,
Pak Kaduk
d) Terbentuk daripada nilai kepercayaan air pinang, batu buyung, makan
bulan

Contoh :

Buah tangan
(bingkisan /hadiah yang dibawa ketika berkunjung sebagai tetamu)


Rajah 4 - Contoh Simpulan Bahasa

4.2 Perumpamaan

Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud atau tujuan
dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Terdapat dua bentuk
perumpamaan iaitu menyatakan perbandingan secara terang-terangan. Biasanya didahului
dengan kata-kata perbandingan seperti bagai, bak, laksana, ibarat, macam dan seperti .

Contohnya ;
Ibarat retak menanti belah
Bagai anjing dengan kucing
Umpama galah di tengah arus



16

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Menyatakan perbandingan tidak secara terang-terangan : contohnya :

Telinga terbakar muka menyala
Si Bisu sesat di kaki, Si Pembohong sesat di lidah
Berdua terkunci, bertiga terbuka

Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada perkara
lain sahaja. Mengandungi kata-kata kiasan yang mengumpamakan situasi dengan kejadian
alam semula jadi

Laksana bulan di pagar bintang
(Kejelitaan wanita yang memukau pandangan


Rajah 5 Contoh Perumpamaan


4.3 Pepatah

Pepatah merupakan ungkapan yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan
dalam masyarakat. Orang yang pandai menyelitkan pepatah dalam percakapannya dilihat
sebagai orang yang panjang akal, bijaksana dan halus budi pekertinya. Pepatah tergolong
dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan
sifat ringkas dan bijak susunan katanya. Beza antara pepatah dengan bidalan ialah semua
bidalan mengandungi pengajaran dan nasihat. Pepatah ada yang tidak mengandungi
pengajaran. Tidak banyak bezanya dengan bidalan. Mementingkan pengajaran dan pendidikan.
Digunakan untuk mematahkan bicara pihak lawan. Dicipta berdasarkan peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan seharian.



17

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
.Ada padang adalah belalang
(Setiap kawasan atau tempat ada adat resamnya tersendiri.)


Rajah 6 Contoh Pepatah

4.4 Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
Bidalan mempunyai nilai ilmu dan di dalamnya terkandung perbandingan, teladan dan
pengajaran. Biasanya ungkapan bidalan ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat dan
jangan. Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang
bermaksud semakin kaya semakin sombong. Cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah
melekat di mulut orang ramai dari beberapa zaman. Walaupun dituturkan secara lurus sahaja,
namun mempunyai kiasan yang diumpamakan kepada perkara lain.


Alah bisa tegal biasa
(Perkara yang sukar akan menjadi mudah apabila biasa dilakukan )


Rajah 7 - Contoh Bidalan

4.5 Perbilangan

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan
menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan).

18

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkabau dan Palembang yang
dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'. Perbilangan ini juga di sebut sebagai Teromba. Di
Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu
digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari
satu generasi ke satu generasi. Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian
mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami
penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini:

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat

Cakap-cakap bidalan yang telah menjadi seperti undang-undang. Menyebutnya satu persatu
seperti orang membilang. Menjadi rujukan orang zaman dahulu dalam hal adat istiadat.

4.6 Kata-kata Hikmah / Lidah Pendeta

Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata-kata
hikmah dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai
maksud yang benar dan dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah
perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang tinggi. Ini bermaksid ungkapan
yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya
"bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju bangsa maju
negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah
pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.
Contoh-contoh kata hikmat antaranya ;

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.


19

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
5.0 ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
5.1 Kata Dasar dan Kata Akar

Menurut Asmah (2008) kata dasar dan kata akar merupakan satu unsur asas dalam
pembentukan kata.Kata akar adalah satu unsur asas yang yang hanya terdiri daripada satu
morfem bebas.Kata dasar pula merupakan satu konsep yang lebih menyeluruh iaitu boleh
terdiri daripada :


Rajah 8 J enis Kata

Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata morfem
bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus atau dalam bahasa
yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Kata dasar pula
ialah kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar. Kata dasar atau
bentuk dasar ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan
tatabahasa.

Menurut Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat
menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar.
Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan.Kata akarialah perkataan
asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan, manakala kata terbitan ialah perkataan yang
diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan
bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti:

olok-olok
memperol
ok-olokkan
setiausaha
kesetiausa
haan
kemampu
an
berkemam
puan
ada
berada
keadaan
Kata
akar
Kata
berlapis
Kata
gandaan
Kata
majmuk

20

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Kata Akar Kata Dasar
pakai pakaian
angkat angkatan
oleh perolehan
dapat dapatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian menjadi berpakaian,
berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002).Perkataan
terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang
terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah
morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak
mempunyai makna.


Rajah 9 Pembentukan Kata

Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim
Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu
perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun),
pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan
penambahan atau imbuhan.

Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang menyatakan
bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar
(pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b) kata akar digabungkan dengan kata akar
lain: tanggung + jawab (tanggungjawab), setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan
(kakitangan), dan dari + pada (daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-

21

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
rumah) dan gunung (gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu
pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

5.2 Imbuhan

Imbuhan ialah proses menerbitkan kata dengan mencantumkan imbuhan dengan kata dasar.
Pengimbuhan ini membentuk kata terbitan. Termasuk dalam imbuhan ialah imbuhan awalan,
imbuhan akhiran ,imbuhan apitan, imbuhan sisipan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Selain itu
terdapat juga imbuhan yang dipinjam daripada bahasa lain.

Rajah 10 J enis Imbuhan

5.2.1 Imbuhan Awalan

Imbuhan yang hadir di hadapan suatu kata dasar. Contoh imbuhan awalan :

meN

me- , mem- , men- , meng- ,menge-

peN

pe- ,pem- ,pen- ,peng- , penge-

beR

be- , bel- , ber- ,

di- , ke- ,se- ,dipeR- , mempeR- , ter- ,juru

Imbuhan awalan meN-
Awalan meN terdiri daripada lima bentuk iaitu me-,men-,mem-meng- dan menge-,
Awalan meN mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut :
Imbuhan
Imbuhan
awalan
Imbuhan
akhiran
Imbuhan
sisipan
Imbuhan
Apitan

22

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI


Fungsi/Maksud Contoh
1.Menunjukkan perbuatan atau kata kerja menulis , melompat
2.Menjadi subjek ayat menari ,merupakan
3.Menunjukkan bunyi Mengaum , menguak
4.Menunjukkan arah atau tempat Menghilir , merapat,menepi

Imbuhan awalan peN-
Awalan peN- terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-,pem-,pen-,peng-,dan penge-.Awalan
peN mempunyai fungsi dan maksud seperti yang berikut :

Fungsi/Maksud Contoh
1. Menunjukkan pekerjaan. peladang,petani,pembesar,penyanyi
2. Membentuk kata nama daripada kata
kerja
pengarah,pensyarah,penapis
3. Membentuk kata nama daripada kata
adjektif atau sesuatu yang bersifat
seperti kata dasar.
pemurah,pemalas,penguat

Imbuhan awalan beR-.
Awalan beR- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.Awalan beR- terdiri daripada
tiga bentuk iaitu be-,bel- dan ber-.
Imbuhan awalan ber-apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf r,satu daripada huruf r akan digugurkan. Contoh :
ber + rehat - berehat
Awalan beR- mempunyai fungsi dan maksud seperti yang berikut :

Fungsi/Maksud Contoh
1. Melakukan perbuatan berjalan , berlari
2. Keadaan yang sudah sedia berlaku bergosok,berjahit,berlipat
3. Memiliki atau mempunyai berilmu,berwang,berada
4. Memakai,menggunakan berkereta,berinai,berseluar

23

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
5. Mengeluarkan atau menghasilkan berdarah,berbuih
6. Saling,berbalas-balas berbual-bual,berbisik-bisik

Imbuhan di-.
Awalan di- menggantikan awalan meN- dalam kata kerja transitif yang dipasifkan.Contoh:
me + masak -- memasak (kata kerja transitif)
di + masak dimasak ( kata kerja pasif )
Awalan di- mempunyai fungsi dan maksud seperti di bawah :

Fungsi/ Maksud Contoh
1. Sebagai penanda kata kerja dalam
ayatpasif.
mengajar - diajar
membaca - dibaca
2.Menyatakan makna perbuatan pasif
dilakukan oleh pihak ketiga.
Buku itu dibaca oleh Amin.
3. Memberikan perbuatan. Dipikulnya guni beras itu.

Imbuhan awalan diper-
Awalan diper- satu kelompok dengan awalan dipe- dan dipel-.Awalan ini mempunyai
fungsi dan maksud.
Fungsi /Maksud Contoh
1. Membentuk kata kerja pasif diri ketiga
daripada kata kerja trasitif berawalan
mempeR-
memperdaya diperdaya oleh
2. Membawa makna bertambah atau dijadikan
lebih apabila kata dasarnya ialah kata
adjektif.
diperluas,diperbuat
3.Membawa makna dibahagi apabila kata
dasarnya ialah kata bilangan.
diperdua,dipertiga

Imbuhan awalan memper-
Awalan mempeR- bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama,kata
adjektif dan kata tugas.Awalan mempeR- mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut :


24

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Fungsi/Maksud Contoh
1. Menjadikan memperkecil
2. Bertambah memperbesar,memperlebar
3. Mendapat memperoleh

Imbuhan awalan ke-.
Awalan ke- hanya digunakan dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan sebarang
perubahan pada huruf. Contoh :
ke + tua ketua ke + kasih kekasih
Imbuhan ke- membawa beberapa maksud.

Fungsi/maksud Contoh
1. Membentuk kata nama daripada kata
adjektif atau kata bantu.
ketua,kekasih,kehendak
2. Menunjukkan kata bilangan tingkat. kedua,ketiga,kelapan
3. Bermaksud keseluruhan atau himpunan. Kesemua,ketiga-tiga

Imbuhan awalan se-.
Imbuhan se- bercantum dengan semua kata dasar.Membawa beberapa fungsi dan
maksud.
Fungsi/maksud Contoh
1. bilangan satu sesekor,sebiji
2.sama setaraf,sejenis
3.seluruh sejagat,sedunia
4. perbandingan sepandai,sekaya,sebijak
5.sama-sama senegara,sekampung

Imbuhan awalan ter-.
Imbuhan ini sekelompok dengan imbuhan te- dan tel-..Mempunyai beberapa fungsi dan
maksud.
Fungsi/Maksud Contoh
1. Tidak sengaja terpijak,terjatuh,terjatuh
2. dapat atau keupayaan tidak terangkat,tidak terdaki

25

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
3. sudah atau sedia terhidang,terdampar
4. berulang-ulang atau berterusan terlompat-lompat
5. paling terpandai,tertinggi
6. membentuk kata sendi terhadap

Imbuhan awalan juru-.
Awalan juru- membawa maksud orang yang ahli, mahir, atau mempunyai kebolehan
istimewa dalam sesuatu pekerjaan. Contohnya :

Juru- Maknanya
jurujual Orang yang menjual.
juruteknik Orang yang ahli dalam hal jentera.
jurutaip Orang yang kerjanya menaaip surat.

5.2.2 Imbuhan Akhiran

Imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar.Imbuhan akhiran adalah seperti -an,-kan dan -i.
Imbuhan akhiran mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut..

Akhiran Fungsi/Maksud Contoh





-an
menunjukkan hasil Tulisan,tanaman
menunjukkan banyak Ribuan,ratusan
menunjukkan alat Acuan,saluran
kawasan yang luas Lautan,daratan
manusia atau haiwan Tahanan,buruan
benda atau perkara Pakaian,cadangan
menunjukkan ukuran Batuan,mingguan
menunjukkan sifat Kilauan,manisan
menunjukkan tempat hentian

-kan
membentuk kata kerja transitif
dengan awalan meN
Guru Besar menyampaikan
hadiah.
membentuk kata kerja pasif
dengan awalan di-
Hadiah sampaikan oleh Guru
Besar.

26

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

-i
membentuk kata kerja transitif
dengan awalan meN.
Kita hendaklah menjauhi
gejala buli.
membentuk kata kerja pasif
dengan awalan di-.
Majlis disudahi dengan
bacaan doa.



5.2.3 Imbuhan Apitan.

Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di awal dan di akhir suatu kata dasar.
Contoh imbuhan apitan adalah seperti berikut :


Rajah 11 J enis Imbuhan Apitan

Contoh penggunaan imbuhan apitan dalam perkataan

Bentuk Huruf Kata Dasar Contoh
meN--kan
me-..-kan
mem--kan
men--kan
meng--kan
menge--kan

m,n,ny,ng,r,l,w,y
b,f,p,v
d,c,j,sy,z,t,s
g,gh,k,kh,h,a,e,I,o,u
kata dasar satu suku
kata

masuk.nanti
besar,fatwa
diri,cari
guling,ghaib

memasukkan,menantikan
membesarkan,memfatwakan
mencarikan,mendirikan
menggulingkan,mengghaibkan

mengecamkan,mengesahkan
meN-....-i
meN-...
-kan
peN-...-an
ber-...-kan beR-...-i
di-...-kan
di-...-i
mempeR-...-
i
ke-...-an
dipeR-..-kan
dipeR-..-i
mempeR-..-
kan

27

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
meN--i
me-.-i
mem--i
men--i
meng--i
menge--i

m,n,l,w,s,k
b.p
c,d,j,sy,z,t,s
a,e,u,g,kh,h
s,k,t

masuk,naik
baik,pelajar
cukup,damping
awas,ekor
syak,tahu

memasuki,menaiki
membaiki,mempelajari
mencukupi,mendampingi
mengawasi.mengekori
mengesyaki,mengetahui

Bentuk Huruf Kata Dasar Contoh
peN-.-an
pe--an
pen--an
peng-.-an
penge-..-an

m,n,ng,ny,r,lp,t,k,s
d,c,jt,sy,z,s
g,kh,h,a,e,I,o,u,k
bergabung dengan
kata dasar dua suku
kata

makan,nanti
dedah,cari,jajah
guna,khusus

pemakanan,penantian
pendedahan,pencarian
penggunaan,pengkhususan
pengeboman,pengesahan

5.2.4 Imbuhan Sisipan

Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.Contoh imbuhan kata
sisipan adalah seperti -el,-er,-em,dan -in.
Kata Dasar Sisipan -el Maksud
ganggang
gegak
jajah
kangkang
kembung
gelanggang
gelegak
jelajah
kelangkang
kelembung
Tempat sesuatu perlawanan
Mendidih dan berbunyi
Pergi berjalan ke merata-rata tempat
Bahagian tubuh.
Sesuatu yang berisi udara.
Kata Dasar Sisipan -er Maksud
cucuk
gigi
sabut
kuping
cerucuk
gerigi
serabut
keruping
Batang(kayu,besi)
Gigi tajam pada permukaan
Serat seperti yang terdapat pada sabut.
Selaput kering pada kudis.
Kata Dasar Sisipan -em Maksud
gelap
gilang
gemerlap
gemilang
Berkilat-kilat,berkilauan.
Bercahaya,terang-benderang

28

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
guruh gemuruh Berbunyi seperti guruh.
Kata Dasar Imbuhan -in Maksud
sambung sinambung Berlanjutan,berterusan

5.2.5 Morfem Kosong.

Morfem yang berubah fungsi nahu nya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya. Dalam
Bahasa Inggeris,salah satu cara membentuk jamak adalah dengan menambahkan
akhiran-s pada kata dasar nama.

Contoh :
book books

Tetapi bagi perkataan sheep bentuk jamaknya tidak mengalami pertambahan morfem s.
Perubahan bentuk tunggal kepada bentuk jamak tidak melibatkan perubahan atau pertambahan
sebarang bentuk.Ini dinamakan morfem kosong. Gejala ini tidak terdapat dalam Bahasa
Melayu.

5.2.6 Bentuk Fleksi

Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu
makna nahu.Misalnya dalam Bahasa Inggeris,perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan
menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan.

Contoh :
book - books
boy - boys

Imbuhan fleksi juga ditambahkan pada kata kerjauntuk menunjukkan kala atau kasus.
Contoh :
wait - waited
lough - loughed

Gejala fleksi ini juga tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Austronesia termasuk bahasa
Melayu

29

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
6.0 PERBENDAHARAAN KATA BAHASA SERUMPUN
Istilah perbendaharaan bahasa Melayu boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu, sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada
bahasa Melayu,
Contoh seperti berikut :
gambut (daripada bahasa Banjar) peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke
DBP sendiri telah menerbitkan Pedoman Umum untuk pembentukan istilah Bahasa Malaysia
pada tahun 1975, seperti berikut :








6.1 Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975
Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai Lingua Franca di
dunia Melayu sejak masa lampau. Oleh yang demikian, kita boleh menemui
banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya
dari Jawa dan Sumatra. Aliran perbendaharaan kata ini berlaku disebabkan ramai petani
berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra. Perkataan -perkataan dari
bahasa Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai dalam bahasa Melayu dan sudah menyerap
sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang.
Terlebih dahulu carilah kata umum bahasa Malaysia yang sesuai dan
lazim digunakan. Jika tiada, carilah kata yang tidak lazim digunakan pula.
Jika tiada atau masih kurang sesuai, cari pula kata yang lazim digunakan
dari sumber dialek serumpun, dan jika tiada yang lazim, cari kata yang
tidak lazim pula. Hanya setelah proses itu dilakukan, dan tiada juga kata
yang sesuai untuk digunakan, barulah mencari kata dari bahasa asing
yang tidak semestinya Inggeris semata-mata.

30

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Dalam jumlah kata tersebut, bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta
Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Sebahagian daripada perkataan-perkataan
tersebut terdapat dalam Kamus Dewan.
Contoh :
Bahasa Jawa : alu, banjir, bengawan, kuno, lahar, omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma,
warga, gotong, lontong
Bahasa Minangkabau : acak, bagar, bako, bancah, gerai, kacang, kelumun, kila, mumuk,
pondik, rumbing, satir, toboh, uda.
Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP ) mendefinisikan lebih lanjut serumpun
sebagai segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenis. Sebagai contoh kamus
ini menyatakan bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu rumpun bahasa. Maka
timbul istilah Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Antara perkataan-perkataan daripada
masyarakat Jawa yang telah diterima dalam bahasa melayu adalah seperti berikut :
1 mentong untuk hi-tea
2 gombal untuk kain buruk untuk mengelap air
3 ngompol untuk kencing malam di tempat tidur

Perkataan-perkataan tersebut telahpun dimasukkan dalam Kamus Dewan, namun, sayang
masih tidak diguna pakai seluasnya oleh masyarkat kita, terutama untuk majlis rasmi tertentu.
Sebaliknya lebih suka menggunakan perkataan hi-tea daripada bahasa Inggeris
Contoh Bahasa Serumpun yang lazim seperti :

1 gambut (daripada bahasa Banjar) peat
2 labur ( Negeri Sembilan )
3 dermaga (daripada bahasa klasik ) wharf (pelabuhan)

Contoh bahasa yang tidak lazim :
1 dening (daripada dialek Kelantan ) yoke ( sejenis kayu diletak pada
leher lembu )
2 engkabang ( daripada bahasa iban ) illipenut (sejenis tumbuhan
hutan )
3 nyeri (daripada bahasa Sunda ) pain

31

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
DBP juga telah bersusah- payah mengumpul kata-kata dialek dalam pelbagai bentuk.
Antaranya ialah melalui Glosari Dialek Kedah ( 1997) dan Glosari Dialek Terengganu
(1997). Beratus-ratus perkataan terdapat di dalam dua glosari ini, dan ada yang boleh
digunakan sebagai kata baku dalam bahasa Melayu sebagai padanan kepada kosa kata
bahasa asing. DBP juga telah menerbitkan buku Kata Bahasa Sukuan untuk
perbendaharaan kata Bahasa Malaysia ( 1988) yang memuatkan kata-kata bahasa peribumi
Sabah dan Sarawak yang boleh digunakan untuk menggantikan kata pinjaman- terjemahan
daripada bahasa Inggeris khususnya. Usaha ini bertujuan mencari gantian bagi kata
pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.
Contohnya :
1 gabi (bahasa Kadazan) makan malam
2 ruai (bahasa Iban dan Bidayuh ) lobi atau ruang legar
3 awah ( bahasa Kayan, Kenyah dan Bidayuh ) Koridor
4 tuhunan ( bahasa Kadazan ) Kusyen
5 kisus (bahasa Dusun ) screw driver / pemutar skru
6 gadar ( bahasa Melanau ) lutsinar / transparent
7 merarau
Hajah Norasah Baharom ( Ketua Editor) melalui Kamus Dewan Edisi 4, menyatakan kira-kira
50 patah kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak telah dipilih dan dimasukkan ke dalam
kamus tersebut.
Contohnya:
1 merarau - makan tengah hari
2 lapak - botak di tengah kepala / bersulam benang emas
3 randau - memasukkan sesuatu benda lain dalam makanan supaya lebih
Sedap.
4 pugai - sesuatu yang telah dijampi untuk memikat seseorang / ubat
guna- guna.
5 pugas - meronta-ronta
6 mera - masakan atau makanan separuh masak




32

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
7.0 SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU
Peristilahan merupakan usaha untuk membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea,
proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Tujuannya adalah
untuk membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi.
Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti bahasa Melayu, bahasa serumpun dan
juga bahasa-bahasa asing. Kata baharu dalam bahasa Melayu lazimnya muncul sama ada
melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan penulisan kreatif atau
melalui perancangan bahasa yang rasmi.

Rajah 12 Pembentukan Istilah BM
7.1 Penggunaan Popular
Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular selalunya dihasilkan oleh penulis-
penulis sama ada untuk siaran dalam media massa, media elektronik ataupun dalam tulisan-
tulisan kreatif seperti sajak, cerpen dan novel. Perkataan baharu ini pada awalnya
diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya.
Bentuk-bentuk perkataan ini akhirnya menjadi popular dan digunakan secara umum.
Antara contoh perkataan :
ibu kota sidang media kempen
perang dingin sidang kemuncak pasaran hadapan
tunjuk perasaan banjir kilat tanah runtuh
rumah haram kudapan berita gempar


Kata Baharu
bahasa Melayu
Penggunaan
Popular
Perancangan
Bahasa Yang
Rasmi

33

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
7.2 Perancangan bahasa yang rasmi
Pada umumnya hal ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan institusi
pengajian tinggi. Perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini berbentuk istilah
yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Dalam hal ini terdapat langkah-langkah
yang diambil untuk tujuan mencipta perkataan baharu ini.
7.3 Syarat Syarat
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum
Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara
Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan
istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian
dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia.
Syarat-syarat pembentukan istilah bahasa Melayu adalah seperti berikut:
1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap
konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.
2. Kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara pilihan yang ada dan
mempunyai rujukan yang sama.
3. Kata atau frasa haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau
boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan
antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap didengar iaitu
mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata ini dibentuk berdasarkan kaedah yang
diterima. Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis
panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima
masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa
sumber, iaitu daripada bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing.

34

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Rajah 13 Sumber Pembentukan Istilah
7.4 Istilah daripada bahasa Melayu
Perkataan umum bahasa Melayu boleh dijadikan istilah asalkan perkataan tersebut memenuhi
syarat-syarat berikut :
i. memberi makna yang tepat mengandungi konsep, proses, keadaan atau sifat istilah
yang dimaksudkan
ii. sekiranya ada dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihlah
perkataan yang lebih singkat
iii. Perkataan tersebut tidak membawa konotasi buruk

7.5 Istilah daripada bahasa serumpun
Sekiranya perkataan Melayu umum tidak terdapat, maka bolehlah diambil perkataan
daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun.

7.6 Istilah daripada bahasa asing
Apabila tidak ada perkataan daripada bahasa Melayu, dialek Melayu dan bahasa
serumpun, maka baharulah diambil perkataan daripada bahasa asing. Ini dilakukan
dengan dua cara iaitu :
i. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu
Sumber
Pembentuk
an istilah
bahasa
Melayu
bahasa
serumpun
bahasa
asing

35

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
ii. Menyerap seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu

7.7 Penulisan kata istilah
Hendaklah daripada ejaan Rumi dalam bahasa sumber tetapi sebutannya disesuaikan dengan
sistem bunyi bahasa Melayu. Hanya huruf-huruf tertentu sahaja perlu disesuaikan apabila yang
di dalam bahasa Inggeris tidak konsisten. Misalnya g disebut j, c disebut s. Misalnya factor
disebut faktor, screw disebut skru. Terdapat istilah Inggeris yang sudah lama diserap iaitu
sebelum 1970. Perkataan itu sudah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Semua ejaan istilah
ini dikekalkan seperti kamsen (commission), gran (grant) dan pencen (pension).
7.8 Pembentukan Istilah Baharu
Dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan
kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Semenjak itu
pengajaran Sains dan Teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Istilah Sains dan Teknologi
perlu diadakan dengan segera sebagai memenuhi dasar ini. Bagi mendapat hasil yang seragam
dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Namun, kita
ditegah mengambil sembarangan bentuk bahasa Inggeris secara sepenuhnya seperti acid,
asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi
bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an
telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.
Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas
dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.

36

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Dasar baharu yang ditetapkan ini telah memberi peluang kepada penggubal-penggubal istilah
untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan
melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam
bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-
kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.
7.9 Proses pembentukan istilah
Umumnya terdapat dua proses pembentukan istilah iaitu :
i. Melalui proses pinjam terjemah
ii. Melalui proses pinjaman


Rajah 14 Proses Pembentukan Istilah
7.9.1 Melalui proses pinjam terjemah
Istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi
makna baharu untuk membawa konsepbtertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa
Melayu. Terdapat lima proses pinjam terjemah iaitu :
i. Terjemah langsung, contohnya;
dose - sukatan
soluble - larut
resistence - rintangan

Proses
Pembentukan
Istilah
Melalui
Proses Pinjam
Terjemah
Melalui
Proses Pinjam

37

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

ii. Penggabungan dua kata umum, contohnya :
missile - peluru berpandu
right angle - sudut tepat
honeymoon - bulan madu

iii. Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi
mendukung konsep baharu. Contohnya :
arrears - tunggakan
up date - kemas kini
configuration - tatarajah
iv. Perluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu. Sering
juga perkataan yang dicipta mengalami perubahan bunyi. Contohnya :
gelap lawan legap
serap lawan jerap
biji lawan bijirin
salur lawan salir

v. Mencipta kata baharu dengan gandaan separa. Contohnya :
liquid - cecair
capillary - rerambut
radius - jejari
coplanar - sesatah



38

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

7.9.2 Melalui Proses pinjaman
Cara pembentukan kata adalah dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan
penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan.

i. Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan. Contohnya :
structure - struktur
geography - geografi
mathematics - matematik
kinetic - kinetik

ii. Pengambilan tanpa perubahan ejaan. Contohnya :
magnet - magnet
radio - radio
bonus - bonus
eksport - eksport
standard - standard
audit - audit

Istilah pinjaman di atas hendaklah disebut mengikut kelaziman sebutan bahasa Melayu
baku.






39

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
8.0 PERBENDAHARAAN KATA BAHASA ASING

Sesebuah bangsa atau masyarakat menggunakan bahasa untuk dua tujuan utama, iaitu untuk
menyampaikan maklumat atau makna yang terbit dari pemikiran mereka kepada pendengar
atau pembaca, dan juga untuk membolehkan mereka menerima maklumat daripada
persekitaran, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Oleh itu, bahasa adalah alat yang
digunakan untuk berkomunikasi oleh sesebuah masyarakat untuk menyampaikan dan
menerima maklumat. Bahasa juga sentiasa berkembang mengikut zaman dan bersifat dinamis
yang sentiasa mengalami perubahan. Perkembangan sesuatu bahasa itu bergantung kepada
penggunaan dan usaha memperkayakannya dengan menambahkan atau mengambil kosa kata
yang baru dari bahasa lain.

Peminjaman kata bahasa asing mudah berlaku sekiranya kata yang dipinjam itu berasal dari
bahasa atau masyarakat yang dipandang tinggi dari kemajuan tamadunnya. Perhubungan atau
pertembungan dengan kebudayaan lain seperti pelbagai peristiwa juga menjadi salah satu
faktor menyebabkan berlakunya peminjaman kata bahasa asing dalam bahasa
Melayu.Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa
kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

10.1 Peminjaman

Peminjaman kata merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa.
Oleh itu, kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam daripasa bahasa asing yang diserapkan
ke dalam bahasa sasaran dan dijadikan sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata
kepada bahasa yang meminjam.Kelazimannya peminjaman dalam bahasa tidak dirancangkan.
Gejala peminjaman ini timbul secara sedar atau tidak sedar dalam kalangan pemakai bahasa
sesuatu masyarakat dalam pertembungan mereka dengan pengguna bahasa daripada
masyarakat yang lain.

Bahasa Melayu turut meminjam perbendaharaan kata asing bagi memperkayakan
perbendaharaan katanya. Peminjaman sesuatu kata boleh dilakukan secara terus atau melalui
penterjemahan sesuatu perkataan atau konsep asing. Kelebihan peminjaman secara
terjemahan ialah dapat mempertahankan ketulenan bahasa Melayu. Apabila sesuatu perkataan
bahasa asing tidak mempunyai padanan maknanya dalam bahasa Melayu atau kata

40

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
terjemahan Melayunya tidak membawa makna atau konsep asal kata bahasa sumber, maka
peminjaman secara terus perlu dilakukan.

8.2 Kata

Kata merupakan sesuatu yang diujarkan atau diucapkan. Ia adalah suatu unit dari satu bahasa
yang mengandungi erti dan terdiri lebih daripada satu morfem. Kata terdiri daripada satu akar
kata atau dengan beberapa afiks dan gabungan kata-kata dapat membentuk frasa, klausa atau
ayat. Daripada segi linguistik, kata merupakan gabungan atau kesatuan bunyi yang
mengandungi atau menyampaikan pengertian tertentu.

Perkataan kata dalam bahasa Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu kath. Dalam
bahasa Sanskerta, kath sebenarnya bermakna konversasi, bahasa, cerita atau dongeng.
Dalam bahasa Melayu telah berlaku penyempitan makna semantik dan ia berubah menjadi
kata.

8.3 Unsur Penyerapan Bahasa Asing

Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi tunjang kepada proses peminjaman bahasa
asing dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Menurut Prof. Dr Zaharani Ahmad (2001)
peminjaman akan berlaku apabila sesuatu bahasa memerlukan perkataan baharu untuk
menamakan idea atau konsep baru kerana sukar mencari perkataan yang sama dalam bahasa
natif. Perkataan ini juga dipinjam untuk mengungkap sesuatu dengan lebih tepat. Malah
perkataan yang dipinjam lebih mudah digunakan daripada menghuraikannya dalam bentuk
baharu.

8.3.1 Proses Perdagangan

Bahasa Sanskrit diterima pakai ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu
apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan
India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan
bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama,
falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga
dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan
perniagaan.

41

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
8.3.2 Penyebaran Agama Islam

Kedatangan Islam ke Nusantara dapat mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Ini menjadiikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus
sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Faktor utama bahasa Melayu sebagai lingua franca
adalah kerana sifat bahasa itu sendiri begitu fleksible dan sederhana, dapat menerima
perubahan dan perkembangan baharu sejajar dengan kehendak masa. Malah, daripada sifat
tersebut bahasa Melayu itu mempunyai persamaan sifat ketatabahsaan dengan bahasa Arab
(Prof. Dr Zaharani Ahmad :2001). Peminjaman akan berlaku apabila sesuatu bahasa
memerlukan perkataan baharu untuk menamakan idea atau konsep baharu kerana sukar
mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif. Bangsa atau masyarakat akan meminjam
perkataan asing dari bangsa atau masyarakat yang lebih maju untuk kemegahan atau prestij.

8.4 Perbendaharaan Istilah Asing

8.4.1 Pengaruh daripada Bahasa Arab

Kedatangan Islam yang dibawa oleh para perantau Arab yang bertindak sebagai pendakwah
Islam ke rantau ini dapat memperkayakan bahasa dan kesusasteran Melayu. Malah dengan
kedatangan Islam Abjad Arab yang mewujudkan Tulisan Jawi, menambahkan lagi
perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu mencapai ke tahap yang begitu popular dan
matang. Justeru itu kedatangan Islamlah membawa pengaruh yang berkesan bagi
perkembangan kesusateraan Melayu.

Penggunaan perkataan bahasa Arab diasimilasikan dalam bahasa Melayu untuk menambahkan
dan mengukuhkan kesempurnaan dalam kesusasteraan Melayu. Natijahnya bahasa Melayu
telah menjadi salah sebuah bahasa yang berprestasi tinggi dan kukuh seantero dunia. Justeru
itu, pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu memberi makna yang amat besar
terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Penerapan Bahasa Arab dalam bahasa Melayu memakan masa yang agak panjang.Situasai ini
telah menyebabkna berlaku perubahan dalam pelbagai aspek seperti nada serta bunyinya.
Kata-kata Arab yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu itu separuh daripadanya
mengekalkan bentuk asalnya, sedangkan sebahagian lagi diubah mengikut penyebutan
Melayu.

42

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Contoh Bahasa Arab yang diserapkan ke dalam penggunaan Bahasa Melayu mengikut bidang
yang tertentu boleh diteliti seperti jadual di bawah ini.


Bidang

Perbendaharaan Kata

Keagamaan Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia,
nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat,
syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat,
fitrah, syaitan, masjid, al-Quran.

Keilmuan ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,
sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf,
kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh,
darab, alim, kertas, huruf, baki

Fikiran dan Perasaan Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus,
yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat,
aib, hajat, hawa, ilham, musibah

Hukuman dan Peraturan Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah,
wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf,
wazir, mansuh, uzur, daftar

Adat dan pergaulan manusia Kaum, umat, awam, nikah, muhrim,
tahniah, layak, syukur, lazat, martabat,
watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki,
darjat, batin, fitnah

Benda-benda, kejadian dan
perbuatan
Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas,
maut, roh, kubur, jubah, kubah, dunia,
alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat,
jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah,
berkat

43

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa keagamaan.Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya
yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja. Agama Islam
juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan
kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-
adat Islam, dan sebagainya.

8.4.2 Pengaruh daripada Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan
sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India
akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam
bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman
dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang
berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit.

Berikut merupakan beberapa perbendaharaan kata yang menerima proses pinjaman dan
akhirnya diterima masyarakat Melayu sehingga hari ini.




Bidang

Perbendaharaan Kata

Agama dan Falsafah Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi,
dewata, puasa, sakti, sengsara

Bunga dan Tumbuh-tumbuhan Amra, angsana, cempaka, melati, penaga

Hubungan dan Kekeluargaan Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda,
saudari, saudara, seteru

Alam Semula Jadi Angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah,

44

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

Bahagian Tubuh Badan Anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi

Perdagangan dan Barangan Arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya,
warna, berat


8.4.3 Perbendaharaan Kata Yang Tetap

Bahasa Melayu telah meminjam kata-kata daripada bahasa Sanskrit, Bahasa Tamil, Bahasa
Portugis, Bahasa Belanda, sesetengah loghat Cina dan lebih kini, bahasa Arab (khususnya
dalam banyak istilah keagamaan), Bahasa Inggeris (khususnya banyak istilah saintifik dan
teknologi). Terdapat sebilangan perbendaharaan kata yang masih mengekalkan bunyi, ejaan
dan maknanya daripada Bahasa asal. Terdapat beberapa contoh yang dipetik sebagai rujukan
bagi mengenal pasti perbendaharaan kata tersebut.


Perbendaharaan Kata

Abjad
dari bahasa Arab abjad
Agama
dari bahasa Sanskrit agama/dharma
Bahaya
dari bahasa Sanskrit bhaya "risiko, bahaya"
Biskut
dari bahasa Inggeris
Durjana
dari bahasa Sanskrit durjana
Guru
dari bahasa Sanskrit guru
Hisab

45

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI






Namun demikian, terdapat juga Bahasa asing yang diterima sebagai proses peminjaman ini
mengalamai perubahan dalam maknanya dan penggologan katanya. Perubahan ini
berkemungkinan disuaipadankan dengan situasi atau keadaan masyarakat Melayu itu
sendiri.terdapat beberapa contoh yang boleh dilihat seperti di bawah ini.




Ali sedang sujud di hadapan Kaabah.

Perkataan sujud asalnya adalah kata nama terbitan dalam bahasa Arab. Apabila digunakan
dalam bahasa Melayu, perkataan sujud berubah menjadi kata kerja dengan adanya kata bantu
iaitu sedang.




Encik Aminullah memberi salam kepada para pekerjanya sebelum masuk pejabatnya.

dari bahasa Arab /hisb
Kaunter
dari bahasa Inggeris "counter"
Kereta
dari bahasa Portugis carreta
Renda
dari bahasa Portugis renda
Syor
dari bahasa Mandarin Shu
Teko
dari Hokkien t-ko
Utara
dari bahasa Sanskrit uttar(a)
Contoh 1
Contoh 2

46

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Perkataan salam juga merupakan kata nama terbitan dalam bahasa Arab. Ia berubah menjadi
kata kerja dengan adanya kata bantu iaitu kata kerja bahasa Melayu memberi. Bahasa
sebenarnya hak dan ciptaan manusia.corak dan bentuk sesuatu bahasa itu bergantung pada
orang yang menggunakannya dan suasana bahasa itu digunakan. Setiap bahasa, sama ada
bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil mempunyai ciri yang
berlainan kerana digunakan oleh masyarakat yang berbeza cara hidupnya.

Umum mengetahui bahasa adalah aspek penting dalam sejarah masyarakat. Selain sebagai
penyebar maklumat, dengan bahasa manusia mampu menterjemah idea mahupun mewujudkan
jaringan sosial yang dapat menterjemah hasrat dengan jelas. Bahasa adalah medium
komunikasi yang berkesan dalam menyebar maklumat.Namun begitu, komunikasi bukanlah
semata-mata terjadi kerana penghasilan bahasa tersebut.

Peminjaman bahasa berlaku maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang
bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Maka, peminjaman kata
memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan
memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan.peminjaman kata Arab memberi pengaruh
yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan bahasa asing yang masuk
ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan sahaja
memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Ini juga
menjadikan salah satu faktor yang menyebabkan bahasa Melayu itu tidak menjadi bahasa yang
pupus.











47

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
9.0 ANALISIS BAHAN SASTERA

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Teori Analisis Komponen cuba menerangkan kata-kata
mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini disebut struktur
leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat hubungan makna bagi sepatah
perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna. Antara perkara yang harus
diperhatikan dalam teori ini ialah melihat sejumlah perkataan, melihat kemungkinan adanya
hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata lain, dan melihat ciri khusus bagi kata yang
mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang
lain.

Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan
adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains. Misalnya, ahli
sains menjelaskan maksud air sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan
oksigen. Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata tersebut, keperluan
untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus dilakukan. Analisis
sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu
seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan
makna rujukan.

Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu seseorang
memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai
kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Misalnya, perhatikan ayat yang diujarkan ini:
Guru saya lelaki. Orang itu dapat menggunakan perkataan Lelaki bagi merujuk kepada
gurunya dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik yang terdapat pada perkataan
tersebut.

Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis
sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang
kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari
perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Secara ringkasnya, teori ini digunakan untuk
menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan atau ujaran. Di
samping itu, teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur
pertentangan. Misalnya teruna dara dan suami isteri.


48

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah
ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara
sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai
hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang
lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam
ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya
bunga.

Analisis ini mencuba untuk menghubungkan antara aspek gaya bahasa dengan
bahan sastera. Hubungan ini boleh diperlihatkan melalui analisis stilistik, iaitu kajian tentang
gaya (daripada segi semantik) yang dapat menggambarkan penggunaan bahasa dalam
sesuatu teks sastera (Leech&Short 1991). Cebisan teks sastera yang dipilih adalah karya
Hasanuddin Md. Isa yang bertajuk Mereka yang Tertewas. Teks ini pernah memenangi
Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam.

Konsep tentang sastera Islam ini pernah menimbulkan polemik dalam kalangan sasterawan di
Malaysia, khususnya pada sekitar tahun 70-an. Analisis ini, bagaimanapun, tidak berhasrat
untuk membincangkannya secara tuntas kerana yang ingin diserlahkan ialah bagaimana
penggunaan perbendaharaan kata dan istilah dalam sesuatu karya itu sebagai sastera yang
berunsur Islam. Pemilihan novel ini adalah kerana sastera Islam bukanlah hasil karya yang
kabur kerana Islam menentang sebarang kekaburan dan ambiguiti. Penggunaan bahasa pula
kebiasannya mudah supaya maksudnya tepat dan tidak keliru.

Teknik penceritaan dalam sastera Islam tidak harus melampau atau berlebih-lebih kerana
dalam Islam ia lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan. Beberapa garis asas di atas
dapat dipermudahkan, iaitu sastera Islam haruslah jelas amanatnya, menggunakan bahasa
yang mudah, dan tidak melampau daripada segi penceritaan, misalnya, tidak menggunakan
teknik hiperbola yang melampau. Dalam erti kata lain, sastera Islam meletakkan amanat
(mesej) pengarang sebagai aspek yang terpenting, selain aspek gaya bahasa dan gaya
penceritaan, memperlihatkan ciri teks sastera Melayu yang berunsur Islam.

9.1 Analisis Kandungan Perbendaharaan Kata dan Istilah
Kategori lingusitik dan stilistik dalam kajian ini tertumpu kepada aspek leksikal dan
perbendaharaan kata dan istilah. Aspek leksikal merujuk kepada perkataan. Sebagai contoh,
melalui pengamatan terhadap teks yang dikaji, pengarang cenderung menggunakan kata

49

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
adjektif dan kata nama yang tertentu misalnya, fasik dan Islam. Penggunaan kata seperti ini
mempunyai maksud yang tertentu iaitu perkataan yang berunsur Islam yang akan disertakan
komponen maknanya yang sesuai, misalnya, [ - patuh] dan [ + agama].

Selain, itu ada juga digunakan kata nama yang khusus merujuk kepada orang yang beragama
Islam, iaitu Muslim [+Islam]. Pengarang menggunakan huruf besar untuk M, yang
menjadikannya seperti nama khas. Di sini, pengarang membezakan antara menjadi seorang
Muslim dengan nama khas Islam. Menjadi seorang Muslim bermaksud mematuhi perintah
Allah - seorang Islam yang sejati, sedangkan Islam hanya merujuk kepada agama atau [
+agama].

Nama khas yang berkait secara langsung dengan agama Islam ialah kata Islam dan Jumaat
iaitu hari bersolat secara berjemaah pada waktu Zohor di masjid. Nama khas Allah pula
digunakan sekali sahaja berbanding dengan nama am tuhan yang digunakan sebanyak 4 kali.
Hal ini tidaklah menghairankan kerana Allah dan tuhan mempunyai makna yang sama. Buktinya
ialah perkataan tuhan ditulis seperti nama khas, iaitu qadak dan qadar Tuhan dan anugerah
Tuhan dengan tujuan untuk menyamakannya dengan Allah.

Selain itu, terdapat juga nama khas yang mempunyai komponen [ + peristiwa], iaitu maulidar-
Rasul s.a.w. dan Asyura (6.4). Peristiwa maulidar- Rasul s.a.w. ialah ulang tahun hari
keputeraan Rasulullah s.a.w., iaitu pada 12 Rabiulawal, Asyura ialah perayaan mengingati
kejayaan Nabi Nuh a.s. berlabuh di Bukit Judi atau perayaan mengingati kematian Sayidina
Husain r.a. di Karbala. Analisis leksikal menunjukkan bahawa terdiri dari jenis kata nama dan
kata adjektif. Dalam hal ini, pengarang lebih cenderung menggunakan kata nama yang
berunsur Islam berbanding kata adjektif.

Terdapat sejumlah 17 kata nama, misalnya, takbir dan surau, berbanding 7 kata adjektif,
misalnya, fasik dan munafik. Penggunaan kata nama berunsur Islam ini dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis, iaitu nama am dan nama khas. Nama am, misalnya, surau dan masjid [
+ tempat] merujuk kepada tempat beribadah dan takbir ( + proses], iaitu proses memuji Allah.
Nama khas pula terdiri daripada komponen makna, misalnya, Bukit Judi [ + tempat], Allah [ +
Tuhan], Nabi Nuh a.s. [ + Nabi], Saidina Hussain [ + tokoh Islam], Asyura [ + peristiwa].

Analisis kajian ini memperlihatkan bahawa teks sastera Melayu ini lebih cenderung
menggunakan nama khas berbanding nama am. Bagi kata adjektif pula, pengarang

50

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
menggunakan perkataan tertentu, misalnya fasik munafik zalim zindik kafir untuk
menggambarkan sifat manusia yang [ - iman], dan telah dibezakan dengan muslim [ + iman].
Hal ini menunjukkan bahawa dalam teks sastera berunsur Islam, kata adjektif berfungsi untuk
menerangkan sifat seseorang. Perkataan ini juga telah disusun mengikut hirarki yang sesuai,
iaitu bermula dengan fasik (-ingkar) sehinggalah membawa kepada kafir (- percaya).


Terdapat juga penggunaan bahasa Sanskrit dalam novel ini. Bahasa Sanskrit banyak
digunakan dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu yang
menerima pengaruh bahasa Sanskrit tetapi mana-mana sahaja bahasa yang mempunyai
hubungan dengan India akan menerima pengaruh bahasa Sanskrit.

Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit
Maha Maha
Rupa Rupa
Mula Mula

Pengaruh bahasa Arab mula memasuki bahasa Melayu apabila mulanya kedatangan Islam ke
dunia Melayu. Aspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah kosa
kata, struktur ayat dan sistem bunyi. Dengan adanya peminjaman perkataan dari bahasa arab,
telah berlaku perubahan leksikal yang dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah.

Dapat dilihat di sini bahawa kebudayaan Islam telah memberi pelbagai pengaruh yang penting
kepada masyarakat Melayu termasuk daripada segi bahasa. Penggunaan perkataan Arab
dalam bahasa Melayu boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan
antara Tuhan dan manusia, perniagaan dan upacara sebagai kelahiran, perkahwinan,
pemakaman dan sebagainya.

Penggunaan perkataan bahasa Arab diasimilasikan dalam bahasa Melayu untuk menambahkan
dan mengukuhkan kesempurnaan dalam kesusasteraan Melayu. Natijahnya bahasa Melayu
telah menjadi salah sebuah bahasa yang berprestasi tinggi dan kukuh seantero dunia. Justeru
itu, pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu memberi makna yang amat besar
terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.


51

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Bahasa Melayu Bahasa Arab
khabar khabar
salam salam
dunia dunya
awal awal
selamat selamat
hukum hukum
alam alam

Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi dominan pada zaman kerajaan
Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa sebagai teras pemerintahannya. Pada zaman bahasa
Melayu kuno, bahasa Jawa bukan sahaja mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu tetapi turut
mempengaruhi aspek tulisan. Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku
melalui beberapa saluran antaranya termasuklah kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita-
cerita panji dan juga melalui pengaruh interaksi sosial dan ekonomi. Bahasa Jawa dan bahasa
Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa
Indonesia.
Bahasa Jawa Bahasa Melayu
Ayu Cantik
Libur Cuti


Analisis aspek kebahasaan yang sistematik terhadap sesuatu teks akan dapat menyerlahkan
mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang; selain dapat pula menghubungkan deskripsi
linguistik dengan interpretasi secara lebih eksplisit (Short 1996). Analisis dalam tugasan ini
bersifat empirik kerana perbincangan berdasarkan data yang terdapat dalam teks.
Seterusnya untuk memudahkan perbincangan, cebisan teks ini telah dianalisis secara
perenggan demi perenggan, dan ayat demi ayat.

Contoh ayat :

Pada sebuah surau yang dibina di atas nama gotong royong, berdiri mukmin, fasik,
munafik, fasik, munafik, zalim, zindik dan segala manusia yang mengaku dirinya

52

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
beriman.

Berdasarkan contoh di atas, terdapat sejumlah perkataan yang ditalikkan, iaitu surau, mukmin,
fasik, munafik, zalim, zindik dan beriman. Kesemua perkataan ini kecuali beriman dan mukmin
ialah kata adjektif. Perkataan ini berunsur Islam kerana surau merujuk kepada tempat orang
Islam menunaikan ibadah solat. Perkataan mukmin pula merujuk kepada orang Islam yang baik
dan beriman. Perkataan lain seperti fasik, munafik, zalim dan zindik lebih merujuk kepada
golongan manusia yang ingkar kepada perintah tuhan. Perbincangan yang berikut akan
memperincikan setiap unsur bahasa tersebut beserta komponen semantik masing-masing

Seterusnya dalam bab ketiga pengarang memilih subjek sungai, iaitu Sungai Cheneor yang
menjadi nadi kepada penduduk di Bukit Setugal. Perenggan keempat pula memilih topik jangka
masa Kampung Bukit Setugal diwujudkan, iaitu selama 40 tahun. Tempoh yang agak lama ini
telah menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka penghuninya. Masih berkisar pada tempat, kini
surau pula yang menjadi subjek dalam bab kelima, iaitu tempat berkumpulnya pelbagai jenis
manusia atas nama Islam. Perincian tentang surau ini dijelaskan dalam bab keenam.

9.2 Analisis Peribahasa

Antara sifat yang umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berima, susunannya yang
kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun demikian, sifat utama
peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya. Metafora
digunakan untuk membolehkan suatu topik, objek atau hal diterangkan, dihuraikan, dinyatakan
dan digambarkan dengan lebih baik, berkesan dan komprehensif, berbanding dengan makna
harafiahnya.

Dengan membandingkan dua perkara, objek dan topik yang mempunyai sifat yang sama, maka
pemahaman kedua-dua pihak dijangka akan bertambah baik, mendalam dan dengan lebih
jelas. Dengan itu, makna yang ingin disampaikan dijangka akan mempunyai kedalaman dan
keluasan, kekayaan dan ketinggian yang lebih. Selanjutnya, ingin ditinjau pengaliran
sesetengah peribahasa Melayu. Sebelum kajian yang lebih lanjut dilakukan, sukarkah dikatakan
peribahasa yang mana berasal daripada pantun, misalnya, atau yang sebaliknya. Kerumitan itu
disebabkan sifat-sifat peribahasa: tradisi lisan dan tidak ada catatan tarikh, sumber dan tempat.
Misalnya,


53

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Pohon terung dililit akar,
Batang kapas tenggeran burung,
Ibarat burung di dalam sangkar,
Mata lepas badan terkurung.

Anak ayam disambar helang,
Dari enam tinggallah lima,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama
.
Anak Agam jual sutera,
Jual di Rengat tengah pekan,
Jangan digenggam bagai bara,
Terasa hangat dilepaskan.

Alang-alang menjeruk asam,
Biar lebih, kurang jangan,
Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Orang musafir melihat bulan,
Bulan terlindung di balik awan,
Kalau sesat di hujung jalan,
Sedia balik ke pangkal jalan.

Orang pekan pergi berakit,
Sampai di laut mengail ikan,
Jangan harapkan guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan.

Pohon senduduk dahan berpintal,
Patah ditimpa dahan berangan,
Kusangka mengantuk disorongkan bantal,
Rupanya tidur berbantal lengan.

pengarangan peribahasa juga melibatkan banyak aktiviti, termasak penjanaan ide dan
pengumpulan data, selain perlunya mempunyai motivasi, minat dan kemahiran. Di sini,
kemahiran mengingati kata-kata adalah aset yang amat dihargai dalam budaya lisan. Tetapi
cara mengingati kata-kata dalam masyarakat lisan itu berbeza daripada yang
diketahui/digunakan dalam masyarakat celek huruf. Kalau dalam budaya celek huruf,
kemahiran mengingat kata demi kata itu dilakukan dengan merujuk kepada teks, tetapi
kemahiran dalam masyarakat lisan bergantung pada oral memorization, atau verbatim
repetition (Ong 1982;
Walaupun hukum perlu dipatuhi, setiap pengarang digalakkan menunjukkan kreativiti masing-
masing dari segi memilih bahasa yang indah, isi yang mendatangkan faedah dan keselarian

54

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
bunyi yang sedap pada halwa telinga. Sifat-sifat itu amat dipentingkan kerana hanya peribahasa
yang bermutu akan dipertuturkan menjadi buah mulut, sementara yang kurang bermutu akan
dilupakan, dan lama-kelamaan dilupakan.

9.3 Analisis Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Sebagai sebuah teks
sastera yang berunsur Islam memang sudah dijangkakan teks kajian ini mengandungi sejumlah
kata yang berkaitan dengan Islam. Misalnya, kata adjektif yang berikut berfungsi untuk
memberi gambaran tentang sifat manusia.

Perkataan Maksud
fasik Engkar perintah Allah
munafik Pura-pura percaya
zalim Tiada perikemanusiaan
zindik terpesong
kafir Bukan Islam
Kesemua perkataan di atas mempunyai maksud yang negatif. Perkataan fasik dirujuk kepada
golongan yang tidak mempedulikan perintah Allah. Komponen makna bagi fasik ialah [ - patuh],
yakni tidak patuh kepada suruhan Allah. Kata munafik pula ialah golongan yang berpura-pura
percaya kepada Islam (bermuka dua), dengan komponen makna [ - percaya]. Kata zalim lebih
umum sifatnya kerana kata ini dirujuk kepada golongan yang tidak berperikemanusiaan dan
tidak adil, iaitu [ - adil].

Istilah Allah secara mutlak daripada Al Quran bererti Tuhan yang satu dan satu-satunya yang
merupakan satu nama khas dan bukan ganti nama. Allah tidak boleh digunakan dalam bentuk
atau makna-makna lain. Perkataan Tuhan sebagai bukan nama khas adalah Ilah dan
bukannya Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang identitinya adalah keesaan.
Penggunaan perkataan Tuhan boleh diumumkan dan boleh dibanyakkan dengan menggantikan
T besar kepada t kecil.


55

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Rajah 15 Makna Leksikal

Bagaimanapun kata zalim ini boleh dikategorikan sebagai berunsur Islam kerana sifat ini
bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara perkataan zindik dirujuk kepada golongan yang
telah terpesong atau orang yang sesat, dengan komponen makna [+sesat]. Dan yang terakhir,
kafir [ - Islam] dilabelkan kepada golongan yang tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya,
yakni ditujukan khusus kepada orang bukan Islam. Penggunaan perkataan yang berunsur
negatif ini amat sesuai dengan maksud teks dan telah disusun mengikut tata tingkatnya, iaitu
bermula daripada golongan yang fasik (tidak patuh) sehinggalah yang kafir (bukan Islam).
Seterusnya, terdapat juga perkataan yang berlawanan dengan sifat yang di atas, iaitu
mempunyai maksud yang positif.



Rajah 17 Perkataan Sinonim

Terdapat penggunaan sinonim laras sosial yang digunakan dalam novel ini. Kata nama
Sinonim Laras
Sosial
mukmin
mulia

56

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
mukmin merujuk kepada golongan yang percaya kepada Allah, yakni golongan yang beriman.
Sementara kata adjektif mulia [ +baik] bermaksud golongan yang tinggi kedudukannya, dan
dalam konteks Islam, golongan ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah.
Perbandingan di antara sifat positif, misalnya mukmin dan mulia dengan sifat negatif, misalnya,
fasik, munafik, zalim dan zindik bertujuan untuk memberi gambaran kepada pembaca bahawa
terdapat pelbagai jenis manusia tinggal di Bukit Setugal. Perbandingan ini digambarkan dalam
bentuk antonim hubungan darjah dan tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Dan
digambarkan sebahagian penduduk kebanyakkannya adalah jenis yang tidak mematuhi
perintah Allah, [ - iman].

Rajah 18 Perkataan Antonim

Kategori namaan yang digunakan oleh pengarang ialah hiponim dalam contoh ayat yang
berikut.

Sejak akhir-akhir ini kesunyian lebih banyak menemani surau tua itu daripada keriuhan
takbir, tahmid dan tasbih ke hadrat Allah.

Takbir bermaksud kalimat Allah akbar yang dilafazkan secara berulang-ulang untuk
memuliakan Allah. Tahmid pula merujuk kepada zikir, iaitu ucapan alhamdulillah secara
berulang-ulang. Dan tasbih ialah doa puji-pujian kepada Allah, iaitu dengan lafaz subhanallah.
Kesemua perkataan ini tidak dihubungkan dengan lakuan atau perbuatan kerana tiadanya
awalan, misalnya beR- dan berkongsi komponen makna [ + zikir]. Dalam erti kata lain, tiada
watak tertentu yang melakukan proses zikir tersebut. Semua perlakuan digambarkan dalam
bentuk hiponim iaitu kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain iaitu zikir.

mukmin fasik

57

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Yang menariknya dalam contoh tersebut, pengarang telah menggunakan perkataan yang
bertentangan (antonim) daripada segi makna, iaitu kesunyian [ - ada] dan keriuhan [ + ada].
Surau tua itu digambarkan sunyi sejak kebelakangan ini, iaitu tiada pengunjungnya berbanding
dengan sebelumnya riuh, iaitu suara orang ramai yang memuji Allah melalui takbir, tahmid dan
tasbih. Perbandingan seperti ini dapat meninggalkan kesan kepada pembaca bahawa manusia
di Bukit Setugal semakin lupa kepada Alllah.

Bagi nama am yang mempunyai komponen makna [ + tempat] pula diulang sebanyak 4 kali,
iaitu surau dan masjid digunakan sekali. Penggunaan kedua-dua kata nama tempat ini mudah
diinterpretasi kerana merujuk kepada tempat orang Islam berkumpul atau berjemaah untuk
melakukan ibadah. Pengulangan kata surau sebanyak 4 kali bertujuan untuk memberi
penegasan tentang keadaan surau tersebut yang sangat usang. Perkataan surau dan masjid
ialah perkataan yang mempunyai makna denotatif atau tersurat ialah makna yang tersurat/
makna umum/ makna lesikal atau makna kamus.

Makna denotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat
indera atau makna yang nyata. Ia menyatakan makna yang dimiliki atau ada pada leksem
meski tanpa konteks apapun. Keadaan ini berbeza dengan perkataan hulu yang terdapat
dalam novel ini. Perkataan hulu boleh dilihat dalam pelbagai aspek makna seperti perkataan
hulu digunakan dengan istilah hulu tempat kampung, hulu merujuk kepada orang hulu, benda
parang dan hulu tempat sungai.
Aspek berunsur Islam sudah wujud seawal perenggan satu, iaitu tentang qadak dan qadar
tuhan yang telah menetapkan bahawa embun tetap akan kalah dengan kekuatan cahaya
matahari. Dalam perenggan yang lain, pengarang telah menggunakan ayat majmuk yang
panjang untuk melonggokkan pelbagai maklumat yang berunsur Islam selaras dengn novel
yang bertemakan Islam., iaitu :

Tetap juga ia menerima manusia-manusia yang mulia, yang berdosa, yang zalim, yang
munafik, yang Muslim dan yang kafir membuang sisa-sisa badan mereka ke dalam aliran
airnya yang ganas itu.

Pada sebuah surau yang dibina di atas nama gotong-royong berdiri para mukmin, fasik,
munafik, zalim, dan segala manusia yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap

58

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
mengasingkan perjuangan manusia mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan
manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka

Bagi contoh ayat di atas, unsur relatif yang digunakan sebagai frasa keterangan kepada objek
manusia, iaitu yang mulia, yang zalim, yang munafik, yang Muslim dan yang kafir. Unsur ia
dalam konteks ini merujuk kepada sungai [ -bernyawa]. Sebagai subjek yang tidak bernyawa,
sungai ini tidak mampu membezakan di antara manusia yang mulia dengan sebaliknya.

Oleh sebab itu, sungai tersebut tetap akan menerima berbagai-bagai jenis manusia yang ingin
menyucikan diri masing-masing. Berhubung penggunaan subjek sungai dalam teks sastera
berunsur Islam, Ahmad Kamal Abdullah (1989) berpendapat bahawa sungai berfungsi sebagai
perlambangan bagi memuaskan dahaga kerohanian insan, iaitu dengan menyucikan diri
daripda sifat-sifat yang keji dan palsu.

Seterusnya, hal yang agak menarik perhatian saya ialah kesan artistik dalam teks ini yang
masih berbau sastera. Maksudnya, teks ini masih berjaya mengekalkan nilai sasteranya,
walaupun mesejnya berunsur Islam. Hal ini terbukti melalui penggunaan gaya bahasa yang
mengulang-ulang. Pengulangan perkataan, frasa atau ayat tertentu lebih bertujuan untuk
memberi penegasan tentang sesuatu subjek. Misalnya, pengulangan frasa manusia yang
mengaku dirinya beriman (5.1 dan 7.4) pada bahagian akhir setiap ayat merupakan sindiran
tentang sifat kepura-puraan manusia.

Begitu juga dengan pengulangan kata kerja peristiwa merayakan dan mengingati dalam ayat
6.4 yang bertujuan untuk menimbulkan keinsafan kepada manusia. Dalam perenggan terakhir
(perenggan ke-7), pengarang mengajak pembaca bersetuju dengan hakikat bahawa Tuhan
lebih mengetahui segalanya, iaitu melalui pengulangan unsur tetap dalam tiga ayat terakhir:
Tuhan tetap berkuasa, tetap meletakkan manusia pada tarafnya dan tetap mengasingkan
perjuangan manusia mukmin dan sebaliknya.

Seterusnya pemilihan perkataan yang jelas kontras dari segi makna juga berjaya memberi
kesan artistik - kesunyian dengan keriuhan yang dirujuk kepada surau dan berunsur sinis, frasa
zaman senang yang berkontras dengan zaman susah dan masa libur yang berkontras dengan
masa kesedihan. Daripada segi teknik penceritaan pula, pengarang tidak mengungkapkan
sesuatu peristiwa secara berlebih-lebihan. Misalnya, qadak dan qadar Tuhan dibandingkan

59

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
dengan peristiwa embun-embun yang tetap kalah dengan kekuatan cahaya matahari, iaitu bagi
menggambarkan kekuasaan Tuhan.

Subjek sungai pula berfungsi untuk menggambarkan kepelbagaian jenis manusia yang wujud
di kampung tersebut, yang akhirnya bersatu di dalam sungai tersebut. Akhirnya,
pengarang telah menggandingkan subjek surau dengan perkataan tua dan uzur,
iaitu bagi maksud terlalu usangnya surau tersebut. Gaya personafikasi ini mudah difahami dan
sesungguhnya telah menimbulkan kesan estetik terhadap karya ini.

Karya Mereka yang Tertewas ini didapati menggunakan unsur leksikal yang berfungsi untuk
menggambarkan sifat manusia yang tidak beriman, yakni yang tertewas, misalnya fasik dan
munafik. Pengaruh Islam dalam karya ini semakin ketara apabila pengarang menggunakan
beberapa peristiwa dalam sejarah Islam, misalnya maulidar-Rasul s.a.w. dan Asyura sebagai
peringatan kepada mereka (manusia) yang tertewas(ingkar).

10.0 PERUBAHAN SEMANTIK
Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam
bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada
bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji
bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Makna
kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu
perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial
masyarakat.

10.1 Peluasan Makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan boleh meluaskan,
menyempitkan juga mengubah makna sesuatu kata. Menurut Chaer (16 Abdul Chaer. 2003.
Linguistik Umum) apa yang dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan makna adalah
gejala yang terjadi pada sebuah kata atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki satu
makna, tetapi kemudian kerana pelbagai faktor memiliki makna-makna lain. Beberapa
perkataan di dalam novel ini dapat dikenalpasti sebagai pengembangan makna, sebagai
contoh :

60

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI



Perkataan Maksud
kekasihku tidak secara khusus merujuk kepada individu yang dikasihi
tetapi berkembang dalam merujuk kepada Pencipta (Tuhan).
Perluasan makna juga dilihat dalam bait puisi Kekasih yang
juga boleh merujuk kepada Negara (Tanah air)

hamparan
Walaupun makna hamparan dalam bait puisi ini lebih
merujuk kepada alas, cadar atau tikar permaidani tetapi
penggunaannya dalam kehidupan penutur sudah menjadi
luas sebagai contoh, hamparan sawah, hamparan laut atau
sesuatu yang terdampar luas.
petik
Makna petik dalam kehidupan pertuturan masyarakat melayu
amnya sudah banyak berkembang. Kata petik tidak lagi
terikat pada perihal memetik buah, bunga dan sebagainya
tetapi juga pengunaannya pada keadaan petik gitar, memetik
ucapan.
kelopak
Maknanya berkembang pada pengunaan kelopak bunga ,
kelopak air dan kelopak mata.





10.2 Penyempitan Makna
Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya memiliki
makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti kata dai dalam bahasa

61

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang menjemput, orang yang
berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi. Tetapi kata ini telah
disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu pendakwah sahaja dan tiada makna lain.
Keperluan penutur Melayu terhadap kata ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja
menyebabkan makna-makna lain tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.
Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak saudara atau
orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah
disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga
pakar dalam sesuatu bidang.

Perkataan Huraian
Ranjang

Makna disempit dengan penggunaannya kepada ayat seperti
adegan ranjang sehingga lebih menjurus kepada hal hal yang
berlaku dalam bilik tidur. Ini berbeza dengan luasnya makna
asal yang menggambarkan gelanggang atau pangkin.


Payah
Perkataan payah disempitkan dengan maksud susah. Tidak
lagi digunakan dalam menggambarkan maskud sesuatu yang
bersifat liat.

Terik
Menjurus kepada panasnya matahari berbanding pengunaan
lain dalam pertuturan. Sebagai contoh, terik tali, terik ketupat.

kursi

Terus membawa makna ayat kursi sedangkan maknanya lebih
luas dalam merujuk kepada kekuasaan Allah, arasy dan sifat
Allah yang Maha Mengetahui.



62

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI




Menurut Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), proses penyempitan adalah proses
mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu perkataan. Makna sesuatu perkataan
boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada
mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang
cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk
merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan
Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana
Ekonomi.
Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba,
seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan
untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu, dalam bahasa Melayu, perkataan
daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi
daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna
perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (
Kamus Dewan, 1994). Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan
ini pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk
bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas
tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata-kata
yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat
dengan ayat.
10.3 Anjakan Makna
Anjakan merupakan istilah yang diperkenalkan oleh Catford (1965) yang bermaksud perubahan
bentuk padanan secara formal dalam proses terjemahan teks sumber ke dalam teks sasaran.
Anjakan atau perubahan ini perlu dibuat dengan menyusun semula perkataan kerana terdapat
ketidakserasian leksikal teks sumber dan teks sasaran. Anjakan ini tidak dapat dielakkan oleh
penterjemah jika bentuk asal itu ingin dikekalkan seboleh mungkin. Terdapat beberapa jenis
anjakan dan semuan berteraskan linguistik. Antaranya ialah anjakan kategori, anjakan kelas,

63

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
anjakan sistem intra, anjakan peringkat, anjakan unit dan anjakan struktur. Anjakan makna ialah
perubahan menyeluruh suatu makna dari makna asalnya. Memang ada kemungkinan makna
yang dimiliki sekarang masih ada sangkut pautnya dengan makna asal tapi keterkaitannya ini
tampaknya sudah jauh sekali. Anjakan berlaku apabila berlakunya perubahan unsur-unsur
dalam ayat. Terjadi ketika kelas kata yang dihasilkan dalam bahasa sumber (BT) berubah dari
kelas kata bahasa sasaran (BS). Terjadi perubahan makna secara keseluruhan. Misalnya kata
pandai dan pintar. Kini menjadi kata cerdas. Kata sigap dan rajin kini menjadi terampil. Sebagai
contoh perkataan seni yang mulanya bermakna air seni atau kencing sekarang digunakan
sebagai istilah untuk sebuah karya atau ciptaan yang bernilai halus seperti seni lukis, seni tari,
seni suara. Terjadinya anjakan makna boleh juga disebabkan oleh satu perkataan memiliki
makna primer dan makna sekunder.
Contoh:
a) The deer runs rusa itu berlari
b) The river runs sungai itu mengalir
c) My nose runs saya sejuk

Di samping itu, menurut Ullman, bahawa antara penyebab perubahan makna itu adalah kerana
pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris paper bermakna kertas namun
dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan dengan karya ilmiah yang bakal
dibentangkan dalam mana-mana seminar atau perbincangan atau mesyuarat.
Perkataan Huraian
Buih-buih Secara logiknya fizikal buih buih secara
lumrah bersifat rapuh, mudah rosak, polos
atau mudahnya menurut hukum tidak mungkin
atau mustahil dapat dipintal. Begitu juga
halnya dengan penggunaan gelombang
gelombang dan awan gemawan. Namun jika
diambil dari konteks maksud yang lebih dalam
ia sebenarnya menggambarkan kesanggupan,
kesungguhan dan pergorbanan.

Hal ini jelas berbeza jika dilihat dari
konteks umum pengunaan pertuturan dalam

64

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
kehidupan. Sebagai contoh :-
a) Memintal benang, menganyam tikar
dan menenun batik.




PENUTUP






Pengalaman yang "ditimba" oleh bahasa Melayu telah membuktikan bahawa bahasa Melayu
mempunyai sejarah yang gemilang dan layak dijadikan Bahasa Kebangsaan negara Malaysia.
Bahasa Melayu telah banyak melalui pengalaman yang bermakna, sama ada dari awal hingga
kini yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak bahan, yang pada zaman
awalnya menggunakan bahasa Melayu seperti batu bersurat, hasil sastera dan bahan sejarah.

65

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

Bangsa Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya tidak boleh lagi berundur dan terus
mengangkat tangan menyerah kalah dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kita ingin
membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang besar yang tidak segan menghadapi cabaran.
Bangsa yang besar harus tahu sejarah perkembangan bahasa kebangsaannya sendiri.

Jika ada pendapat yangmenyangka bahawa orang Melayu khususnya tidak perlu belajar
bahasa Melayu atau bahasa Malaysia disebabkan bahasa itu adalah bahasa pertama mereka,
sangkaan tersebut adalah salah. Alangkah kecewanya generasi kita yang sekarang ini gagal
melaksanakan tugas bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Malaysia adalah tonggak kepada bangsa Melayu sejagat yang sentiasa
memainkan peranan penting di dalam perjuangan memartabatkannya. Ia adalah antara bahasa
yang dituturkan oleh banyak bangsa dan merupakan gabungan daripada bahasa Arab, Parsi
dan Sanskrit. Melalui perdagangan dan penjajahan, bahasa Melayu berkembang dan menerima
istilah daripada bahasa Inggeris, Cina dan India. Dari aspek dakwah, usia bahasa Melayu
adalah lebih tua daripada segala macam bahasa yang wujud di Malaysia.

Bahasa itu berdaulat kerana bahasa Melayu meniti di bibir dan lidah penguasa Melayu yang
memeluk agama Islam. Hal ini membezakan bahasa Melayu daripada bahasa lain yang tidak
mencapai darjat kekuasaan. Ertinya, bahasa lain di dalam bentuk dakwah Islam tidak berada di
puncak kekuasaan seperti mana kedudukan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu.
Justeru, apabila bangsa Melayu kini tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa
pendidikan, keilmuan dan dakwah, maka bahasa ini akan mati dengan sendirinya. Penerimaan
kemasukan istilah pula ke dalam cabang bahasa Melayu melibatkan wacana keilmuan dan lain-
lain dimensi cabang pengetahuan. Oleh sebab itu, bahasa Melayu berkembang kerana dalam
kalangan pakar bahasa Melayu, kita mampu memperincikan hal ini dengan teliti mengikut
pengalaman bahasa.








66

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI
RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu : Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1995. Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Shah
Alam : Fajar Bakti.

Hajah Noresah bt Baharom, B. Sc. (UM). M. A. (Birmingham), (2007), Kamus Dewan
Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Koh Bon Boon, (1969), Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Azhar Abd Hamid, (2001), Pengenalan Pemikiran Kreatif dan Kritis, Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia

Nik Safiah Karim et. al. (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.



67

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI



68

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI




























REFLEKSI



69

PPG
BMM3111
TUGASAN PROJ EK
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
IPGKPI

PENUTUP














LAMPIRAN












PENILAIAN
PENGUJIAN PENTAKSIRAN

RAJAH



























Type here

Type here

Ujian
Analisis Ukuran
Interprestasi dan Tindakan Susulan
Rajah: Prosedur Penilaian












Type here
Type here
Type here
Type here
NOMINAL
KURANG MAKLUMAT
Rajah: Hierarki Skala Ukuran

























Type here
Type here

Type here

Type here
Rajah:


LEMBARAN KERJA MURID SEJARAH TAHUN 4

NAMA : .
KELAS : .
TARIKH : ..

Nyatakan 4 kehebatan Hang Tuah.



















KEHEBATAN
HANG TUAH






































Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Rajah: Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom


























Type here Type here Type here
Type here Type here
Type here
Type here Type here Type here Type here
Type here Penilaian Type here
PRK Diagnosis PRN Penempatan
Penggredan
Rajah: Konsep Pengujian dan Penilaian
























LANGKAH
PEMBINAAN
JPU
2.
Menentukan Jenis
Soalan
1.
Mengkaji Sukatan
Pelajaran
3.
Menentukan Bilangan
Soalan
4.
Menganalisis Objektif
Pengajaran
Rajah: Langkah Pembinaan JPU




PRN
PRN
PRN
PRN
Rajah: Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Anda mungkin juga menyukai