Anda di halaman 1dari 4

6/19/2014 Najmie Abu Bakar: KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN

http://najmiabubakar.blogspot.com/2012/10/kepentingan-pembangunan-bandar.html 1/4
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala. Tidak kira semiskin mana pun kita, kita tetap kaya kerana tidak akan ada
seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak jauh lebih berharga
daripada emas dan permata. Menjana Ke Arah Transformasi Minda Yang Ideal
Tuesday, 9 October 2012
Pembangunan bandar sememangnya semakin menjadi-jadi selaras dengan arus
pemodenan pada zaman ini. Hal ini demikian kerana setiap negara masing-masing ingin
berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan
penduduk, malahan menjadi tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini. Apabila
sesebuah bandar itu sudah mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan
menjadi mercu dan idola kepada negara lain untuk membangun dan menjalankan
hubungan diplomatik serta melabur yang dapat memberi kebaikan kepada penduduk bandar
dan kepada pembangunan bandar itu sendiri. Pembangunan bandar dapat didefinasikan
sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial,rohani,
kemapanan dan sifat fizikal sesebuah bandar. Dari sudut pandangan masyarakat
pembangunan bandar dapat ditafsirkan juga sebagai proses tranformasi sesebuah kawasan
yang mundur menjadi kawasan yang maju dan membangun kesan daripada pertumbuhan
bandar iaitu peningkatan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, peningkatan intensiti
kegunaan, peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk. Oleh itu,hal ini menunjukkan
betapa pentingnya pembangunan bandar dalam menjamin pembangunan yang mapan di
sesebuah bandar. Terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan yang mungkin berlaku hasil
daripada pembangunan sesebuah bandar.

Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan
perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami
dari segi populasi penduduk,peningkatan dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti
guna tanah dan sebagainya. Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada
pembesaran kawasan bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti
hutan dan paya. Apabila kepadatan penduduk bertambah,keperluan untuk membangunkan
perumahan menyebabkan berlakunya pemkembangan bandar. Ini menunjukkan kesemua
aspek pertumbuhan, perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk
kepada pembangunnan bandar. Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada
corak dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar
sememangnya bnyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat
selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.
Antara kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar dapat
meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Apabila
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR
YANG MAMPAN
My Blog List
powered by
2012 (3)
October (1)
KEPENTINGAN
PEMBANGUNAN BANDAR
YANG MAMPAN
September (2)
Blog Archive
i lUv to be fRienD with eVeryonE
DIRI SAYA
0

More

Next Blog Create Blog

Sign In
6/19/2014 Najmie Abu Bakar: KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN
http://najmiabubakar.blogspot.com/2012/10/kepentingan-pembangunan-bandar.html 2/4
berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang
melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan
baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan
untuk disajikan kepada masyarakat bandar. Kemasukan pelabur asing ini juga akan
membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar
seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan
pengeluar dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk
memenuhi permintaan msyarakat di kawasan bandar. Perubahan ekonomi ini juga dapat
meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan
raya, perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses
penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar.
Sememangnya faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam
pembangunan sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar
ini, ini akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan
ekonomi yang lumayan kepada sesebuah bandar. Hasil daripada pendapatan ini akan
menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal sepeti pertambahan kilang,
perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar baru hasil
daripada kegitan ekonomi yang giat dijalankan.
Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram
dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-
masing. Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi
pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani
kehidupan seharian. Jika sesebuah bandar itu mempunyai bnyak peluang pekerjaan, ini
akan menarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan
berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar. Penambahan penduduk di
kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.
Contohnya, pertambahan penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat
tinggal. Oleh itu, pemaju akan membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan
mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi
pembangunan fizikal di kawasan bandar. Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat
mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup
masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan makmur. Pertambahan peluang
pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan
masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi
bandar.
Selain itu juga, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki
kelemahan-kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan
untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan
bandar. Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan
dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk. Pembanguan bandar dalam meningkatkan
taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya
dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat
mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal
ini sememangnya membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui
kesilapan dan kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti
mereka. Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan
yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya
dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil
daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat
penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak terkawal dijalankan juga boleh
mendatangkan keburukan seperti rebakan bandar yang melampau dimana boleh
Do noT fear & do Not sCaRe
i'M a kiNd man & already luv 2 help
pEoPle!!! :-)
Join this site
with Google Friend Connect
Members (10)
Already a member? Sign in
Teman Saya
najmi abubakar
Follow
6
View my complete profile
About Me
6/19/2014 Najmie Abu Bakar: KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN
http://najmiabubakar.blogspot.com/2012/10/kepentingan-pembangunan-bandar.html 3/4
menyebabkan kesan-kesan negatif kepada bandar itu sendiri. Oleh itu, bagi mengatasi
masalah ini perancangan pembangunan mapan harus diperkenalkan. Secara ringkas,
pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa
hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam
sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.
Pembangunan mapan juga adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi
keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.
Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan
menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran
yang dilepaskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Perancangan bandar mapan
menitikberatkan kepada aspek ekologi, ekonomi, sosial, budaya, pertanian dan alam
sekitar yang boleh menjadikan sesuatu bandar itu sempurna,selamat, dan harmoni untuk
masyarakat sekarang dan masyarakat masa hadapan.
Persoalannya, kenapa setiap pembangunan hendaklah sentias mapan?
Pembangunan mapan memang banyak mendatangkan kesan positif kepada bandar untuk
menjamin kehidupan manusia yang aman,selesa dan harmoni. Antaranya ialah dapat
memastikan pembangunan fizikal kawasan bandar adalah berkeadaan seimbang iaitu
memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana
hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. Hal ini juga membantu
menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut serta
meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti
apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang
melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti
penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. Pembangunan fizikal yang seimbang juga boleh
mengelakkan daripada terjadinya pembaziran sumber yang mana dapat memastikan
penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui
penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan
pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Jika berlaku pembangunan yang tidak
terkawal menyebabkan banyak kawasan atau tanah digunakan sepenuhnya dan seterusnya
berlakunya kepupusan sumber semulajadi serta boleh membantutkan penggunaan pada
masa akan datang.
Selain itu juga, pembangunan yang mapan juga boleh mengelakkan daripada
berlakunya pencemaran alam sekitar serta dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik
dan kondusif. Pembangunan yang mapan dapat mengawal daripada pembangunan yang
tidak terkawal dan setiap pembangunan yang ingin dibuat mempunyai kuata dan had
tersendiri serta mempunyai perancangan yang mengambil kira kebajikan masyarakat dalam
semua aspek yang boleh mendatangkan kebaikan kepada penduduk mahupun alam
sekeliling. Contohnya seperti jika sesuatu kawasan bandar itu mempunyai perancangan
yang rapi yang mengutamakan kawasan hijau, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya
fenomena alam yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jika sesuatu
bandar itu dirancang semata-mata untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan alam
sekitar, hal ini boleh mendatangkan kesan negative kepada masyarakat sekeliling.
Pembangunan yang mapan juga mengambil kira cara-cara pelupusan dan pembuangan
sampah yang strategik yang boleh mengekalkan kualiti hidup manusia. Pembangunan yang
mapan sebenarnya adalah pembangunan yang berdasarkan doktrin pembangunan sejagat
yang amat sempurna dan berguna bagi semua pihak dimana pembangunannya adalah
mengambilkira 3 jenis hubungan iaitu hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia
dengan alam sekitar dan hubungan manusia dengan manusia. Ini jelas menunjukkan
penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam proses pembangunan mapan.
Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira
keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam,
kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai
pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu,
6/19/2014 Najmie Abu Bakar: KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN
http://najmiabubakar.blogspot.com/2012/10/kepentingan-pembangunan-bandar.html 4/4
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta
perdagangan menjadi sangat penting. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam
pembangunan mapan seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan
lain-lain ini mempunyai pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang
pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu
bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu tentang
pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat
dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan
pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Oleh itu,
pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk merancang
pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan sesuatu bandar
itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk mengelakkan
kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.
Posted by najmi abubakar at 18:56
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish

Preview
No comments:
Post a Comment
Ethereal template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai