Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN

PEMBELAJARAN
Ada kalanya, setelah selesai mengajar guru merasakan bahawa dia gagal mencapai objektif-objektif yang
telah disediakan. Guru berasa kecewa dan tidak berpuas hati. Dia merasakan bahawa pengajarannya
tidak berjaya dan mungkin perlu diulang semula. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini
berlaku. Antaranya adalah:
1. Objektif terlalu tinggi
Objektif pengajaran-pembelajaran yang disediakan hendaklah sesuai dengan tahap keupayaan clan
pencapaian pelajar. Walaupun seseorang guru itu mengajar perkara yang sama, bahan yang sama,
di tingkatan yang sama, tetapi kelas yang berbeza, pencapaian pelajar di kelas-kelas tersebut tidak
semestinya sama. Guru perlu prihatin akan wujudnya perbezaan individu clan perbezaan kelompok di
kalangan pelajar.
2. Objekti f terlalu banyak
Sedikit atau banyaknya objektif pengajaran-pembelajaran untuk sesuatu masa pelajaran, bergantung
kepada beberapa faktor, seperti masa, pencapaian pelajar, clan bahan pelajaran. Untuk satu masa
pelajaran objektifnya tentulah kurang jika dibandingkan dengan dua masa pelajaran. Pelajar yang
pen capaiannya rendah tentulah tidak sesuai jika disediakan objektif yang banyak. Oleh itu, sedikit atau
banyaknya objektif hendaklah sesuai dengan kemudahan clan kekangan yang ada.
3. Pengetahuan sedia ada pelajar kurang
Sebelum mengajar guru perlu menentukan pengetahuan sedia ada pelajar. Ada kalanya guru
menganggap pelajar sudah mengetahui serba sedikit apa yang akan mereka pelajari. Tanggapan ini
kerap kali tidak tepat.
4. Kaedah mengajar tidak sesuai
Kegagalan mencapai objektif pengajaran-pembelajaran mungkin juga berpunca daripada kegagalan
guru menyampaikan pelajaran. Teknik atau kaedah mengajar yang guru gunakan tidak berkesan clan
pelajar gagal untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru.
5. Gangguan dalam proses pengajaran-pembelajaran
Komunikasi antara guru clan pelajar ada kalanya tidak berhasil kerana beberapa faktor yang
mengganggu, seperti kebisingan bilik darjah, kebosanan dan keresahan pelajar, clan faktor-faktor lain.
Faktor-faktor ini perlu diatasi atau dihindari agar objektif-objektif yang disediakan itu dapat dicapai.
6. Ketidaksesuaian bahan
Bahan pengajaran-pembelajaran yang disediakan perlulah bersesuaian dengan objektif-objektif
pengajaran-pembelajaran. Apabila guru menentukan objektif objektif yang hendak dicapai, pastikan
bahan pelajaran yang dipilih dapat membantu mencapai objektif-objektif tersebut.tercapai? Jelaskan
halangan-halangan yang mungkin perlu anda atasi.

Anda mungkin juga menyukai