Anda di halaman 1dari 8

Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?

Date: Sunday, June 17 @ 10:50:48 MYT


Topic: Kajian Dan Penyelidikan


Assalamu'alaikum,

Saya menyeru agar anda baca dengan teliti artikel ini,
renungkanlah dan VOTE artikel ini sebagai tanda sokongan anda.
Lihat blok Article Rating di sebelah kanan, pilih berapa bintang
yang mahu anda beri, kemudian klik Cast my Vote! Komen anda
juga amat dialu-alukan.

Setakat yang saya ketahui, sarjana-sarjana Islam telahpun melakukan kajian yang bukan
sedikit mengenai siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an, siapakah kaum
Yakjuj dan Makjuj dan di manakah pula letaknya Tembok Zulkarnain. Dalam artikel ini saya
akan mencatat beberapa perkara yang mungkin menarik minat anda.



SIAPA SEBENARNYA
ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa
Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain
(Alexander The Great) telah dinafikan oleh
ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji
latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata
bahawa beliau bukanlah seorang yang
berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain
yang diberitakan di dalam Al-Qur'an. Atas
sebab itu sarjana yang kemudian telah
mengkaji lagi dan mencari siapakah
sebenarnya Zulkarnain itu.

Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa
Zulkarnain adalah seorang raja Yaman
bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah
bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin
Yusyiab bin Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin
Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di
Page 1 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah
menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama
dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s.
dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini
dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah
menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya.
Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya
sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil,
hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang
mulia.

Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan
tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain
dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat
panjanglah artikel ini. Memadailah untuk
saya catat di sini pendapat Muhammad
Khair Ramadhan Yusuf yang telah
mengkaji dengan terperinci mengenai raja-
raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa
adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan
salah satu dari tiga raja ini sebagai
Zulkarnain yang disebut di dalam Al-
Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita
menganggap bahawa Zulkarnain yang di
sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi
mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan
perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang
benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah
Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.

YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu
Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan
bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam
Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani,
dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan
Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj.
Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini,
Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan
dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail
dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi
Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari
keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj
adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya
Page 2 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di
belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara
Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula,
banyak pendapat yang berbeza-beza telah
dikemukakan oleh para ulama.
Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik
dan menyimpang dari realiti dan telah
dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para
pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan
Makjuj digambarkan oleh sebahagian
ulama sedemikian rupa semata-mata untuk
menarik minat pembaca. Sepatutnya
Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan
sewenangnya hingga boleh mendatangkan
kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir
ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah
Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan
Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan
Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada
prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith
bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada
Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi
warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu
Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui
Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya,
bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima'
secara bebas dengan perempuan dari
kalangan mereka (maksudnya mereka
menjima' sesuka hati) dan ikatan
perkahwinan mereka dibentuk mengikut
kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar
berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj
ada yang mahir dalam sektor perkilangan,
pemerintahan dan sebagainya, dan anggota
kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka
mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk
pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan
laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala
berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan
oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh
Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj
dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di
kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan
Page 3 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan
(Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi
berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir
telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka
sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan
oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama
berpendapat bahawa mereka ini melakukan
kerosakan dan keganasan dengan
menerkam ke atas mangsanya seperti
binatang yang merangkak, liar dan ganas.
Mereka juga memakan ular, kala dan
semua yang bernyawa. Al-Kalbi
berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi
pada musim bunga dan memakan semua
yang dijumpainya sama ada yang hijau atau
yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa
dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat
bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka
keluar.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed
Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj
dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta
membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah
nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson
berpendapat bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau
satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa
orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka
diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak
Turki ketika keluar dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah
barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan
mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang asalnya
berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan
Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga
berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.

Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun
dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat
bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah
menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang
telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12.
Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang
mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih
Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang
kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu.
Mereka ini adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Page 4 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang
dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah
merupakan satu pendapat atau ijtihad
semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj)
adalah orang-orang Tartar dan Mongol.."
Ada pendapat yang menyatakan bahawa
kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari
bangsa Yahudi atau beragama Yahudi.
Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki
kawasan timur dan kemudiannya berpindah
ke Eropah melalui Dariel Pass yang berada
di banjaran gunung Caucasus. Dalam
sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse
berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi
telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal
sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini
beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya bernama
Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai
"Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta
di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia
ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung
Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel,
atau Gaung Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di
Gerbang Caucasus.

Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui
Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya
sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun,
sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi.
Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk
mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari
satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari
kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan
kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari
peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi.
Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi
adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka
ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah
apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj
tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar
terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di
situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj
dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari
berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah
menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di
utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini
sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang
Page 5 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."

DI MANAKAH TEMBOK
ZULKARNAIN?

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian
dari para sarjana Islam. Ramai yang telah
mengkajinya dengan terperinci. Malah ada
ekspedisi-ekspedisi silam yang telah
dilakukan untuk mencari di mana letaknya
tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari
menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di
sini bahawa setakat ini seolah-olah terdapat
satu persetujuan bahawa lokasi Tembok
Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah
melakukan carian demi carian untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih
gagal. Namun begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain
untuk kita sama-sama renungkan.

Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan
Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains),
iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal
(Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya
berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi
lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya
terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong
Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia
terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit
Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial
(Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya
menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara
umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada
suatu timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial.
Ia adalah merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-
penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi
saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah
tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-
ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga
sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya
mahupun mendakinya.

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu
rekahan (fracture, sebagaimana "geological
fault-line"), dan ia adalah pembahagi
bukan saja dari sudut geografi dan budaya
etnik, malah juga dari sudut geopolitik.
Terdapatnya kaum yang ganas dan
Page 6 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927
membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar China
telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa
Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa
Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of
Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok
Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan
keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari,
bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan
oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan
yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial
sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung
Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung
berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk
tempatan menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.

Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti
bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan
Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai
merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di
batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat
tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata (jeweller).

KESIMPULAN

Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin
yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih
membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya,
sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang
hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini,
saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan
bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak
Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana
Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk
ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti
kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok
Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu
atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat
bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin
bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan
Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya.
Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak
mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang
Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.
Page 7 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927


This article comes from MEGASUTRA
localhost/megasutra/html/

The URL for this story is:
localhost/megasutra/html//modules.php?name=News&file=article&sid=1927

Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita
Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh
umat Islam kerana ianya secara jelas
termaktub dalam Al-Qur'an. Kerana itu
jugalah ulama Islam bukan saja telah
meneliti berbagai sumber hadis, malah
telah menghujahkan pendapat mereka
dengan panjang lebar. Kajian demi kajian
yang telah dilakukan sebelumnya telah
dikaji semula oleh sarjana yang kemudian
dengan teliti sekali. Begitulah sikap
pengkaji Muslim sejak dari zaman
kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap
ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman.
Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata
putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka
telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah
didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan
Zulkarnain dalam Al-Qur'an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur'an itu sendiri. Ianya satu
berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian,
secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam
perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya
dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang
Maha Bijaksana.

Semoga Allah menambahkan ilmuNya kepada kita semua. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Ini adalah catatan original dan tidak dibenarkan anda menyalinnya dalam apa
bentuk pun melainkan mendapat izin bertulis dari saya - Hakcipta 2006
oleh Ibnu Yusof.


Page 8 of 8 MEGASUTRA - Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
4/28/2009 http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1927

Anda mungkin juga menyukai