Anda di halaman 1dari 11

Setakat yang saya ketahui, sarjana-sarjana Islam telahpun melakukan kajian yang

bukan sedikit mengenai siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an,


siapakah kaum Yakjuj dan Makjuj dan di manakah pula letaknya Tembok Zulkarnain.
Dalam artikel ini saya akan mencatat beberapa perkara yang mungkin menarik minat
anda.

SIAPA SEBENARNYA ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa


Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain
(Alexander The Great) telah dinafikan oleh
ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji
latarbelakang Iskandar Zulkarnain,
ternyata bahawa beliau bukanlah seorang
yang berperibadi mulia sebagaimana
Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-
Qur'an. Atas sebab itu sarjana yang
kemudian telah mengkaji lagi dan mencari
siapakah sebenarnya Zulkarnain itu. 

Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman
bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu
Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin
Saba' bin Yusyiab bin Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin
Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana
baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik
ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s.
telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk
menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri
selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini.
Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India.
Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang
terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-
orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung,
Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan
menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang
mulia.

Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan


tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain
dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat
panjanglah artikel ini. Memadailah untuk
saya catat di sini pendapat Muhammad
Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji
dengan terperinci mengenai raja-raja
berkaitan. Beliau berpendapat bahawa
adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai
Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap
bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung
yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau,
kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar
pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh.
Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain
yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.
  
YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz
Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa
asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa
Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj
berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat
Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.
Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj.
Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada
masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-
Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar,
Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari
keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah
menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s.
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan
Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa
Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang
tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara
Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-
Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula,


banyak pendapat yang berbeza-beza telah
dikemukakan oleh para ulama.
Sebahagiannya dianggap terlalu aneh,
pelik dan menyimpang dari realiti dan
telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat.
Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan
Makjuj digambarkan oleh sebahagian
ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya
Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan
kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin
Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok,
tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji
berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah
dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip
bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith
bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama
ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada
kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan
membentuk kerajaan.
Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu
Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui
Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya,
bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima'
secara bebas dengan perempuan dari
kalangan mereka (maksudnya mereka
menjima' sesuka hati) dan ikatan
perkahwinan mereka dibentuk mengikut
kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada
yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota
kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat
bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga
peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika
dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun
dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya)
adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah
mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui
Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih
daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat
Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka
melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu
Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan
(Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi
berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu
Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti
jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan


oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama
berpendapat bahawa mereka ini
melakukan kerosakan dan keganasan
dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan
ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi
berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua
yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya
masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan
disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan
manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol.
Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada
kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol
dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim
berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa yang berlainan petunjuk
dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar merupakan
nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka, dan
bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang Turki telah
keluar dari Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh
orang-orang Mongol. Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki
ketika keluar dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah
barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis
Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa
bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah
Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan.
Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.

Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan
telahpun dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada
yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang
terkenal ganas dan telah menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi,
dan kaum Mongol jugalah yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan
menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan
membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka temui dalam
siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti
membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang
kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan
Hulagu. Mereka ini adalah antara raja-raja
Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang


dikatakan oleh sesetengah mereka
hanyalah merupakan satu pendapat atau
ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan
Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan
Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan
bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah
dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah
menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel
Pass yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel
R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa
kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada
kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah
tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang
Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai,
pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa
bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam
bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya
beratus batu.. Mereka kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian
masuk ke siri gaung yang berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung
Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang
Caucasus.

Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah
melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah
berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi,
hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang
mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok
Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas
muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang
lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan
kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka
bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah
"dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya
berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa
Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-
kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak
yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat
Palestin pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan
Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka
tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China
dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok
yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk
membuat kerosakan." Tantawi Jauhari
berkata: "Di dalam risalah-risalah
terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3
dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj
dan Makjuj adalah penduduk yang berada
di sudut yang maju di utara China.
Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah
ke utara hingga 50 darjah. Negara ini
sekarang merupakan bahagian yang besar
di China dan ianya (lokasinya) sekarang
merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."

DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN?

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang
telah mengkajinya dengan terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam yang telah
dilakukan untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut. Untuk mengelakkan dari
menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa setakat ini seolah-olah
terdapat satu persetujuan bahawa lokasi Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya
telah melakukan carian demi carian untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain
tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi
Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama renungkan.

Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia,


selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus
Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel
atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras
laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera
Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan
sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang dilalui untuk tujuan menjajah.
Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai Gerbang Alan, atau
Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia. 

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di
Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur
tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu
antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam
hingga Laut Qazwain. Ianya
menghubungkan antara dua laut ini.
Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial
ini secara umumnya masih tidak terusik,
masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-
lapis. Di sana ada suatu timbunan yang
tinggi daripada besi tulen bercampur
tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah
merupakan suatu hasil kerja menyumbat
satu lubang yang ada di situ. Penduduk-
penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan
semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di
sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini
menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong antara batu-batu bukit dan Tembok
Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka
bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya.
Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana
"geological fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut geografi dan
budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang ganas dan
membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara menyebabkan Tembok Besar
China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang
berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina untuk melindungi Timur Tengah (dari
kaum nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of
Alexander The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa
Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog
dari melakukan keganasan dan kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang
Georgia (matahari, bulan dan lima bintang) kononnya adalah sempena lambang
Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang
dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal
sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah
dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok
Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek (5033m/16,800') dan Elbrus
(5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang aktif tapi sudah
tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan
menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.

Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara
bukti-bukti bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi.
Di kawasan Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths)
yang dipercayai merupakan kepuk kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi
(high-precision) dan di batu tengahnya telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan
ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata
(jeweller).

KESIMPULAN
Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi
(mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan
masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini
sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah
pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah
Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di
bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah
diputuskan bahawa mereka ini adalah
anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka
adalah sebagaimana manusia di atas muka
bumi juga. Para sarjana Islam telah
menolak kemungkinan bahawa mereka ini
berupa seperti binatang atau berbentuk
ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada


sarjana berpendapat bahawa pada akhir
zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari
Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara
pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat
yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru
keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari
kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain)
tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga
menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun,
ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti. 

Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh
umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur'an. Kerana itu jugalah
ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah
menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang
telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan
teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam
lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan
seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj
dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji
mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah
kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan
generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-
Qur'an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur'an itu sendiri. Ianya satu berita misteri
besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara
berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam
perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan
kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat
Allah Yang Maha Bijaksana.

Semoga Allah menambahkan ilmuNya kepada kita semua. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Anda mungkin juga menyukai