Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN

PERSEKITARAN
SOSIO-EMOSI
sosial
emosi
Sosio-
emosi
Kamus dewan :

Sosial ialah segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Kemahiran sosial adalah kemahiran kanak-kanak untuk
mereka membina kesedaran tentang orang lain dan
perasaan mereka serta mempunyai kebolehan untuk
mengekalkan perhubungan tersebut.Kemahiran ini juga
menjadikan mereka pandai dan mudah untuk
mendekati orang lain dan berkomunikasi dengan cara
yang efektif.

Kanak-kanak yang memepunyai kemahiran sosial akan
mematuhi peraturan sosial dan berkebolehan
bertingkah laku dalam kumpulan secara
harmoni.Mereka dapat melibatkan diri dengan berfikir
tentang kendiri , orang lain dan cara sesuatu
perhubungan sosial itu dijalankan.

Ahli psikologi dan fisiologi :

Emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak
balas fisiologi dan pernyataan emosi.

Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk
iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain.

Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya
emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti
gembira, teruja dan girang. Manakala emosi
negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa
dan lain-lain.
sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat
ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan
mengadaptasikan diri dalam masyarakat.

Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta
memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu
situasi atau keadaan.

Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak.
Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan
menjadi perangsang dan membangkitkan minat,
sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran
mereka.

Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.

Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll.

Peneguhan Positif penting untuk menambah
kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Emosi murid yang stabil membolehkan murid
mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti.

Murid yang mempunyai emosi yang stabil
mempunyai minat yang mendalam, suka
berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima
demokrasi secara terbuka, serta mampu mengatasi
konflik yang berlaku dalam bilik darjah.

Emosi murid perlu diurus dengan bijaksana supaya
mereka tidak berada dalam keadaan yang tidak
selesa apabila berada dalam kelas.
Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah
dibina terlebih dahulu.

Guru mestilah mengamalkan kepimpinan
demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi
dan akademik murid.

Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial
sesama mereka dalam aktiviti P&P.

Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami
emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan
orang lain.
Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah
meningkatkan Nilai Kendiri (Self-Esteem) dan
perasaan hormat-menghormati dalam kalangan
murid.

Nilai-nilai murni, keyakinan diri, inisiatif pergaulan
diri, dan inisiatif persefahaman antara mereka perlu
dipertingkatkan.
Perkembangan sosioemosi membolehkan
seseorang kanak-kanak dapat mengurus
dan memahami emosi sendiri, mencapai
emosi yang positif, membina kemahiran
sosial dan membina keyakinan untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan
harian.
Sekian..

Anda mungkin juga menyukai