Anda di halaman 1dari 5

CANDLING EGG

Candling your egg (bahasa inggeris) dan dalam bahasa Malaysia adalah teropong telur. Tujuan kita
candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio didalam telur kita. Perkara
candling selalu diabaikan oleh pengguna incubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses
pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Incubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan
sebarang telur proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus
ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jangan sesekali mencuba meneruskan
proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan candling adalah:

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walau pun terdapat cara untuk menampal retakkan namun
jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur
tersebut samada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin
anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yang lain, ini bermakna
kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana
ketidaksamarataan yang menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) didalam telur
tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang-kadang ada telur yang tiada kuning telur yang
disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya. Telur seperti ini juga kalau dieramkan tidak akan
mendatangkan anak ayam, Cuma akan membazirkan ruang dalam incubator sahaja.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan
sebagainya. Sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih
yang kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya.
Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap
permukaan telur. Kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas
pasir yang paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namum perlu diingatkan kulit telur akan haus
atau terhakis. Ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yang hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman didalam incubator. Telur
pertu diperiksa (candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan. periksa sama ada
terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan
menggantikan dengan baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak
akan terbentuk. Kalau dieramkan juga sampai 21 hari, takkan ada apa-apa yang berlaku.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 dimana apabila kita menyuluh, bayangan embrio
dapat dilihat. Biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas
kelihatan. Kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari. Embrio akan mula melakukan
pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari didalam incubator.
Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas
ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yang telah mencapai usia 17 hari
keatas sebolehnya tidak digangu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula
melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yang
hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan. Dibawah adalah gambar keadaan embrio
semasa dalam proses pembesaran:

Anda mungkin juga menyukai