Anda di halaman 1dari 7

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5



Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : 5 Inovatif

Tarikh : 10 Jun 2013

Masa : 1030 - 1130 pagi

Bilangan murid : 25 orang

Bidang pembelajaran : 3. Nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat

Nilai : 3.4 Peka terhadap isu sosial

Topik : Prihatin memupuk masyarakat penyayang

Bahan Sumber PdP : Papan putih, gambar, kertas edaran, kertas mahjong, pen
marker dan lembaran kerja

Pendekatan : Analisis Nilai & Bertimbang Rasa

Teknik : Bersoal Jawab & Perbincangan Kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar guru bercerita bagaimana
beliau membantu mengutip pakaian lama untuk didermakan kepada
mangsa - mangsa banjir.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

Kognitif : i. Menyatakan DUA bentuk emosi yang dihadapi oleh
mangsa yang ditimpa kesusahan.

ii Memberi DUA sebab mengapa mangsa yang
ditimpa kesusahan mesti dibantu.

iii Mencadangkan TIGA cara membantu mangsa
yang ditimpa kesusahan.

Afektif : i. Rasa sedih apabila melihat kesusahan orang lain
ii. Suka membantu tanpa banyak bicara dan mengeluh


Psikomotor : i Mengamalkan sikap rajin menolong orang yang
ditimpa kesusahan dalam kehidupan seharian.
ii. Berusaha mencari jalan membantu mereka yang
memerlukan bantuan


Kemahiran Berfikir : i Menganalisis
ii Menjana idea
iii Membuat kesimpulan



LANGKAH


ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN
PEMBELAJARAN


CATATAN / BAHAN BANTU
MENGAJAR

SET INDUKSI
( 5 MINIT)

1030-1035










LANGKAH 1
(10 MINIT)

1035-1045




















Kejadian bencana alam











Belas kasihan dan
bersimpati terhadap
kesusahan dan
kesedihan orang lain




















Sambil menunjukkan gambar
guru bertanya murid tentang
jenis bencana alam yang
dipamerkan.
cth. Kebakaran,
Gempa bumi, Banjir, Tanah
runtuh dll.





Kelas membaca
satu perbualan keluarga dan
menjawab soalan-soalan
seperti berikut:

1. Nyatakan sikap yang perlu
ditunjukkan terhadap
mangsa yang ditimpa
kesusahan.

2. Mengapakah mangsa yang
ditimpa kesusahan mesti
dibantu?

3. Apakah perasaan kamu
terhadap mangsa yang
ditimpa kesusahan?

4. Bagaimanakah kamu
dapat membantu mangsa
yang ditimpa
kesusahan ?















Gambar-gambar bencana
alam










Petikan dialog
(Lihat Lampiran 1)

































LANGKAH 2
(10 MINIT)

1045-1055



























Bertimbang rasa -
mengambil kira
keperluan dan
perasaan orang lain
sebelum membuat
sesuatu tindakan

Seorang murid diminta
membuat suatu
pengumuman tentang
seorang guru sekolah
yang ditimpa kemalangan
kebakaran rumah.

Semua murid disuruh
untuk membayangkan
buat seketika tentang apa
yang telah berlaku semasa
kebakaran rumah tersebut.

Guru bersoal-jawab murid :

1. Apakah perasaan kamu
apabila mendengar
pengumuman rakan
kamu?

2. Kita perlu membantu
keluarga Cikgu Aminah.
Mengapa?

3. Bagaimanakah
kamu membantu
Cikgu Aminah?


Petikan pengumuman
(Lampiran 2)


LANGKAH 3
(30 MINIT)

1055-1125








Menyedari masalah
masyarakat dan sedia
berusaha
menyelesaikannya.

1 Kelas dibahagikan kepada
8 kumpulan
perbincangan

2 Pembahagian tugas
kepada ketua kumpulan,
pencatat, pelapor dan ahli-
ahli

3 Satu petikan akhbar
diedarkan kepada setiap
kumpulan.

4. Setiap kumpulan
membaca dan
membincangkan
bentuk sokongan
moral dan
bantuan
kebendaan yang perlu
diberikan kepada mangsa
terbabit.


Petikan akhbar
(Lampiran 3)

Kertas mahjong dan
Pen marker

5. Pelapor kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan kepada
rakan-rakan

6. Guru membuat satu
rumusan bersama kelas
pada akhir pelaporan.






PENUTUP
(5 MINIT)

1125-1130











Rumusan daripada
pelajaran ialah adalah
penting kita prihatin
dan bersimpati
terhadap orang yang
ditimpa kesusahan dan
sedia memberi bantuan
kebendaan atau
sokongan moral
kepada mereka secara
ikhlas.

Guru membuat rumusan
bersama
kelas tentang apa yang
mereka telah
mempelajari.






Catatan Refleksi (Buat catatan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran)


1. Kekuatan (Apakah kekuatan / kelebihan pengajaran anda?)










2. Kelemahan (Apakah kelemahan / kekurangan pengajaran anda?)











LAMPIRAN 2



PENGUMUMAN


Perhatian,

Adalah dimaklumkan bahawa rumah keluarga Cikgu Aminah telah mengalami kebakaran petang
semalam. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon semua murid agar dapat menghulurkan
sumbangan kewangan bagi membantu keluarga Cikgu Aminah.

Empat orang pengawas akan mengedarkan Tabung Amal Sekolah ke semua kelas. Murid-murid
juga digalakkan menghulurkan sumbangan lain seperti pakaian, selimut dan sebagainya. Sesiapa
yang ingin menghulurkan sumbangan bukan berbentuk kewangan bolehlah berjumpa dengan
Puan Zuayah pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan. Sumbangan kamu amat
diperlukan.

Sekian, terima kasih.

















LAMPIRAN 3



PETIKAN AKHBAR


KARAK, Isnin Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku pada awal malam tadi, di Km 45, Jalan
Karak. Kejadian itu menyebabkan beberapa rumah di kawasan lereng bukit turut musnah. Walau
bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang mangsa yang ditemui mengatakan bahawa beliau terdengar bunyi kuat dan ternampak
beberapa batang pokok tumbang. Beliau terus menjerit meminta anggota keluarganya dan
penduduk berdekatan segera menyelamatkan diri. Walau pun kehilangan rumah, beliau bersyukur
kerana semua anggota keluarganya terselamat dalam kejadian tersebut.

Semua mangsa terlibat ditempatkan di sekolah berdekatan. Wakil rakyat kawasan berkenaan turut
melawat mangsa kejadian dan menyampaikan sumbangan kewangan. Pasukan penyelamat
membantu mangsa dan mengagihkan makanan serta pakaian kepada mereka.





TUGASAN PERBINCANGAN

Bincangkan 3 bentuk sokongan moral dan 2 jenis bantuan kebendaan yang perlu diberikan kepada
mangsa terbabit. Laporkan kepada rakan di kelas kamu.

Anda mungkin juga menyukai