Anda di halaman 1dari 1

Salina Binti Musa

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran



Masalah menambah dengan mengumpul semula merupakan masalah utama bagi pelajar
untuk menguasai operasi tambah. Operasi tambah dengan mengumpul semula merupakan
operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid supaya tidak keciciran apabila berada di tahun dua.
Apabila murid tidak menguasai kemahiran di tahap I, kebiasaannya murid akan dihantar ke kelas
pemulihan yang boleh menyebabkan mereka ketinggalan berbanding murid arus perdana.

Hal ini dapat saya buktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas saya iaitu Tahun 2
Uranus. Seramai 9 daripada 35 orang murid menghadapai masalah untuk menyiapkan tugasan
yang saya berikan. Apabila saya mengemukan soalan yang melibatkan satu digit dengan satu
digit yang melebihi, 9 murid tersebut dapat memberikan jawapan yang betul walaupun mereka
menulis tidak mengikut nilai konsep tempat. Namun apabila menambah nombor 2 digit dan 1
digit yang melibatkan kumpul semula, murid keliru seterusnya memberikan jawapan yang
berlainan daripada yang sepatutnya.

Sebagaimana yang kita tahu, latihan dan latih tubi sebagai satu cara pengukuhan terhadap
Matematik tetapi dalam konteks ini saya dan rakan-rakan guru Matematik sependapat murid
yang terlibat harus dicelik Matematik terlebih dahulu supaya ia bermakna kepada mereka.
Pembelajaran bermakna merangsang murid untuk membuat latihan dan latih tubi dengan rela
hati. Penguasaan konsep akan lebih tekal.

Murid yang pelbagai kecerdasan mungkin segelintir tidak dapat menerima penerangan
guru secara kelas, mereka perlu satu kaedah alternatif yang lain. Oleh itu, saya memikirkan satu
kaedah yang lebih efektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan
pencapaian murid terlibat.

Anda mungkin juga menyukai