Anda di halaman 1dari 4

Sinonim

Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah
sama
Contoh:
cantik boleh disinonimkan dengan indah
indah boleh disinonimkan dengan cantik
perkataan cantik dan indah bersinonim (kedua-dua boleh ditukar ganti)
Contoh lain:
ibu - emak
kekal - abadi
senang - mudah

i. Antonim

Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan.
Contoh:
gemuk antonimnya kurus
lelaki antonimnya perempuan
Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin.

ii. Homonim

Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang
berbeza.
Contoh:
haus kering tekak
haus berkurangan besarnya
Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III)
Contoh perkataan lain yang berhomonim:
mancung
mancung I = makin kecil ke hujung
mancung II =seludang kelapa yang kering

Homonim mengandungi dua konsep, iaitu homofon dan homograf
Homofon
Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza.
Perkataan bang dan bank sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza.
bang abang dan azan
bank tempat berurusan wang.
Perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza.
Contohnya:
semak [semak] dan semak [smak]
perang [perang] dan perang [prang]

iii. Hiponim

Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu
perkataan lain.
Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna
mawar termasuk dalam makna bunga.
Contoh perkataan berhiponim:
burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak




iv. Polisemi

Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna.
Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya:
i. tekanan benda
ii. tidak ringan
iii. sukar (dilakukan, diselesaikan)
iv. amat sangat, kuat
v. menyebelah, memihak
vi. berkenaan dengan novel, drama dll yang mengisahkan perkara yang serius

(seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya)

Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim
Tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga kelompok kata dan ayat. Contoh:
i. Pemenggalan bunyi
am/bil/kan/tong
ii. Imbuhan
pe+latih = orang yang melatih atau orang yang dilatih
iii. Kelompok kata
makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam

Anda mungkin juga menyukai