Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3

MATA PELAJARAN
DAN KELAS
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 RAJIN
TEMA/ TAJUK Hidup Positif/ Penghargaan Kendiri
MASA / TARIKH 10.30 -11.00 tengah hari/ 03 Ogos 2014
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.1Menyatakan maksud penghargaan kendiri.
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan maksud penghargaan kendiri dengan betul.
2. Memberikan sekurang-kurangnya 3 ciri penghargaan kendiri
dengan betul.
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi
1. Guru membuat soal jawab di dalam kelas
2. Contohnya: Nyatakan suasana yang terdapat di dalam buku
teks.
3. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Langkah 1
1. Guru menerangkan dengan ringkas tentang hidup positif
terlebih dahulu.
2. Guru juga memberikan beberapa contoh kepada murid bagi
meningkatkan kefahaman mereka.
3. Murid memberi pendapat dan guru membimbing.

Langkah 2
1. Murid diminta untuk memejamkan mata dan membuat
gambaran tentang apa yang perlu mereka lakukan ketika
beraya.
2. Murid memberikan idea dengan dibimbing oleh guru.
3. Guru memberikan beberapa contoh lain bagi meningkatkan
kefahaman murid.

Penutup
1. Guru membuat rumusan bersama dengan murid untuk
melihat tahap memori mereka.
2. Guru menggalakkan murid mempraktikkannya di rumah.

PENERAPAN NILAI Ambil tahu, tolong- menolong, hormat-menghormati
KEMAHIRAN
BERFIKIR
Membuat perbincangan, membuat keputusan, membuat rumusan
BAHAN BANTU
MENGAJAR
1. Buku teks
2. Kertas lukisan
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Guru membuat sesi soal jawab bersama murid dan soalan yang diaju
perlu ditulis di dalam buku latihan.
REFLEKSI SELEPAS
PENGAJARAN

Anda mungkin juga menyukai